Sunday, May 31, 2009

Mari Mengenal

Cukup lah hampir seminggu di penanti...penanti yang panas dan tidak pon hujan. Ada pon cuma beberapa ketika saja. Lepas tu panas ya tuhan....Tujuan aku ke sini adalah untuk menjadi pemantau pilihanraya sabuah badan bebas yang tidak dicengkam oleh mana-mana organisasi. NIEI namanya. atau nak lebih sedap National Institute for Electoral Integrity. Sebelum penamaan calon aku bergerak bersama saorang orang lama, orang nya tidak lah tinggi dan agak tembun. Lingkuan umur 50-an begitu.

Aku yang memandu ke penanti, di dalam perjalanan kami bersembang-sembang abgi menghilangkan rasa bosan dan cuba berkomunikasi. Maklumlah baru pertama kali bersua muka dan berbual. Aku sudah tahu serba sedikit tentang orang lama ini. Sejarah nya semenangnya amat bernilai dan tidak ada saorang rakyat di Malaysia yang se "otai" orang lama ini.

Di penanti keadaan tidak tegang. Ketiadaan Umno menyebabkan tiada aura yang selama ini ada. Jadi orang lama ini membawa aku bersiar-siar di Pulau Pinang. Aku yang suka berjalan ini tidak membantah lalu mengawal stereng ke kiri dan ke kanan.

Percaya atau tidak orang lama ini adalah bekas pejuang gerilya di lebanon. Pemergiannya di Lebanon sewaktu awal usia 20-an nya membuatkan aku rasa sangat kagum. Siapa yang di tentangnya sewaktu di Lebanon? Sudah pasti regim zionis israel dan tentera fasis arab. Ya tentera zionis Israel..coolll bukan...

Kita disini hanya mampu melaung kan slogan jahanam israel boycott israel dan bermacam-macam lagi kutukan sumpah seranah. tidak kiralah kita ini siapa pon. Ustaz ka imam ka mamak ka belia ka semua nya protes di jalanan dan berarak. Tapi tidak bagi orang lama ini. Dia mengangkat senjata AK-47 nya lalu menembak musuh. (apabila perang sajalah).

Umurnya panjang walaupon menghabiskan 5 tahun berjuang di sana. Selepas itu dia terus merantau mencari pengalaman (bukan jadi gerilya lagi). Serata pelusuk dunia. dari barat ke timur dari utara ke selatan.

Aku tidak berhak bercerita lebih-lebih disini.. aku sarankan untuk terus ke blog orang lama ini kerana dia ada bercerita tentang pengalamannya sewaktu mengangkat senjata. Mengikut kata orang lama ini dia sedang dalam proses untuk menerbitkan buku. Cadangan yang amat bijok sekali.

Walaupon bekas gerilya dia bukan lah saorang yang bengis, dia saorang yang suka makan makan dan makan. Dia saorang yang cool namanya Yunus b Lebai Ali, uknowsanasini.blogspot.com

Friday, May 29, 2009

Balai polis

Aku ke balai polis di Shah Alam kerana menemani sorang teman untuk membuat repot kehilangan barang, aku tidak pernah ke sana kerana tidak ada urusan lebih2 lagi untuk melihat suasana polis bekerja, untuk apa? Jadi inilah pertama kali aku melihat balai secara lebih dekat.

Aku diberitahu untuk ke cawangan perisikan ataupon investigative branch. Lebih kurang FBI dan CIA la diorang ni..laluan masuk ke cawangan risikan agak menakutkan..lorong belakang yang sunyi kelihatan banyak motor curi di humban ke situ, malah bangunannya agak usang. Aku menaiki tangga tingkat satu..laluan nya gelap semacam laluan kaki pow. Agaknya inilah atmosphera para perisik, dunia gelap dan kelam. Kalau cerah tak james bond la agaknya. Terpengaruh dengan cerita di TV agaknya PDRM ini.

Kelihatan beberapa pegawai perisik sedang berbual..strategi agaknya tak pon cerita tentang bagaimana mahu menjadi semacam Bond atau Horatio Caine dari CSI. Semua nya berpakaian preman ataupon plain cloth. Cuma kelihatan beberapa anggota sahaja ber unifrom biru gelap.

Pejabatnya kelihatan tidak cool. Tak ada hiasan ataupon warna warna menarik untuk membuat mata ini segar, asap rokok berkepol-kepol. Mesin cetaknya "old school" kerusinya kelihatan tua, anggotanya juga kelihatan tua tapi adalah pelapis muda. Pistol dipinggang gaya seorang perisik KGB. Gelang perak gengster wajib disarung, cincin batu besar sebesar bijik mata pon wajib dipakai. Barulah gaya cool dan ranggi.

Wajah perisik agaknya sudah dilatih menjadi serius. Jadi aku pon tidaklah terasa seperti ingin senyum kepada mereka, hanya pandangan serius. Saorang perisik muda berlagak seperti seorang perisik upahan FBI. Pistol automatik mesti wajib ada dan bercakap di telefon bimbit dengan nada yang kuat ditambah dengan carutan Jubor dan Burit bagi menambah perencah di dalam perbualan. Agaknya barulah mat risikan jika tak mencarut tak cool la. Dari dialek nya sahlah dia dari pantai timur.

Mesin cetaknya yang "old school" mengeluarkan bunyi yang amat menjengkelkan. Krettt Kreett Krett untuk mencetak sehalai kertas sahaja. Agak lama juga dan mungkin buatan tahun 1976. Sesudah merepot aku pon balik kesimpulannya, mungkin itu gaya mat-mat risik disini..gaya ranggi dan rock, mungkin juga mereka bekas ataupon pernah terlibat di dalam areana rock. Jadi itu lah yang menyebabkan mereka bengis dan serius.

Tapi kasihan la mereka peralatan pejabat dah tak up todate..semacam pejabat polis thun 1976. Mereka mungkin tidak tahu yang sekarang orang ramai sudah guna Telefon Bimbit untuk berinternet mereka hanya ada komputer cap acer tahun 1990. Alahai....

Thursday, May 28, 2009

Mee Siam Nan Guang

Semasa aku di Pulau Pinang tiada apa di dalam kepala melainkan nasi kandar..itu saja yang terlintas di kepala. Tapi aku dikejut kan dengan Mee Siam Nan Guang Bayan Lepas. Rasa sekali pasti hendak lagi. Yang memperkenalkan pada aku tidak lain tidak bukan orang lama Pak Ya.

Aku dan Pak Ya sememangnya lapar pada jam itu. Lantas 2 mangkuk seorang menjadi kan 4 mangkuk semua sekali..disajikan pula air pala yang begitu mengancam gelodak jiwa...sekali lagi kecur air liur...

Dua Wajah

Mereka berteriak mereka melolong mereka berjoget mereka bergembira mereka bersorak mereka berdoa mereka bersyukur mereka bermunajat mereka bernyanyi seluruh malam...Merekalah Barcelona



Mereka bermuram mereka bersedih mereka berharap mereka bersugul mereka berduka mereka berair mata mereka bermenung mereka berpaling arah mereka hampa seluruh malam...Merekalah Mee Udang...

Wednesday, May 27, 2009

Tak Cherita


Herba Tak Cherita
Ubat kencing manis paling mujarab. hidup di kaki-kaki semak dan hutan kecil tubuhnya kecil dan berbuah kecik. Daun nya runcing dan rasa nya pahit. Ya Tuhan..pahit sungguh. Jika di kunyah nescaya berpinar mata ternganga mulut. Tapi khasiatnya cukup mahsyur.

Belum di pattern kan dan belum diterokai kapitalis-kapitalis bangsat. Masih sah milik rakyat jelata. Hasil herba orang melayu. Kahsian Kacip Fatimah kahsian tongkat si Ali. Sudah jatuh ke tangan kapitalis. Siapa punya angkara agaknya..menjual hasil bumi khasiat turun temurun orang melayu kepada pemodal antarabangsa. Kacip Fatimah sudah jadi milik PepsiCo.

Bahasa Melayu di gadai herba Melayu di gadai..Apa yang tinggal. Semoga herba Tak Cherita selamat dari tangan Kapitalis. Tuhan Selamatkan Tak Cherita.

Tuesday, May 26, 2009

There is still place for communists here. We respect Democracy

"My comment is simple, Chin Peng and his commandos who had killed many people in the past certainly do not deserve any consideration from us," he told reporters after delivering a lecture on 1Malaysia to senior officers of his ministry at Angkasapuri, here Monday.

Ini jawapan dari Kampung perdamaian sukhirin.

Mengangkat senjata menentang penjajah bukanlah sesuatu yang salah, juga tidak bermakna menolak berjuang secara aman, tetapi situasi telah mendorong ia harus dilakukan.
Ramai yang merujuk kepada PKM sebagai organisasi keganasan dan zalim kerana melancarkan perjuangan bersenjata, malah PKM dikatakan dimiliki orang Cina yang ingin menjajah Tanah Melayu, pada hal ini semua tidak benar sama sekali. PKM berlandaskan ideologi komunis yang bersifat humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi. Ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.


Umno harus sedar bahawa kecanggihan teknologi sekarang mendidik rakyat untuk mencari bahan cerita yang benar. sejarah tidak berbohong. Buku-buku teks sejarah sekolah menengah hanya untuk mereka yang malas belajar. bagi yang rajin, mereka mencari cerita disebaliknya.

Blog terbitan Mat Amin ini sejarah perjuangan menentang kolonial british, kemerdekaan malaya perjuangan kemerdekaan. itu benar. Dia tidak berbohong. Apa yang perlu ditakuti dengan blog ini sampai di bawa ke kabinet?Tumpukan hal masalah rakyat malaysia yang memerlukan. Bukan mengalih pandangan masyarakat ke atas isu blog ini.

Ini hal democracy, kita boleh bersuara jadi blog ini suara mereka yang perlu kita dengar. Tidak adil untuk menutup suara ini demi kepentingan politik sempit. Ini sama seperti Presiden Marcos seperti Jeneral Batista. Mereka diktator. Kita laungkan Democracy jadi jangan menyimpang dari maksud democracy.

PKPIM ini pulak melolong apa pasal?? Pergi sekolah balik la..Peristiwa Memali sapa yang buat??Chin Peng?? Rashin Maidin??Mat Amin??Blog Mat amin ke yang bunuh ustaz-ustaz disana??Siapa yang lebih bahaya??

Sunday, May 24, 2009

Man United eh silap Mee Udang

Post ini tidak berniat sama sekali menyinggung perasaan peminat fanatik Man United di luar sana. Tidak sama sekali merendahkan martabat kelab gergasi ini. Semalam aku ke Kota Kuala Muda Kedah. Kota nelayan yang dirempuh badai tsunami 2006 dahulu. Keadaan sudah pulih senyuman masih manis seperti tiada apa yang pernah terjadi. Aku ke sini kerana diberitahu Mee Udang nya tip top!

Ya benar memang tip top. Mana tidaknya udang yang di hidang besar-besar belaka. aku melantak 2 kali kali dan bos aku sekali. Pemandangan di sini menarik ombak kuat menakutkan aku sebagai tetamu baru disini. Kampung ini pon telah dimajukan dengan kawasan perumhan baru. Lebih menarik ada tugu peringatan tsunami bagi mangsa-mangsa yang terlibat.

Ada juga yang lebih menarik..ada sebatang sungai disini yang namanya sungai DERHAKA..haha ironik sekali. Sedang heboh hal derhaka ada pula sungai derhaka. Entah apa dosa sungai ini pon tidak diketahui. Mungkin sungai ini dulu tidak mengalir sewaktu Sultan Kedah mahu bersiar-siar menaiki kapal..manalah tahu.kisah dongeng dahulu kala.

Bos aku kenal rapat dengan penduduk disini...dia dahulu pernah berbakti disini sewaktu badai tsunami. jadi tidak hairanlah dia kenal penduduk disini. Berbumbung kan pokok mertajam kami duduk berborak sambil minum teh. Inilah pertama kali aku bertemu pokok mertajam.

Mahu dijadikan cerita, setibanya aku disini kelihatan anak dara pak teh yang boleh tahan cun nya. putih berseri. Bos aku kenal rapat dengan pak teh ini. Anak dara nya pon semacam filem dahulu beralaskan tuala menutup rambutnya. FUUHH...Dia berpaling mengadap arah bertentangan sejurus dia perasan kedatangan kami. Macam filem melayu dolu-dolu...

Jika hasnol ada mungkin dia akan berkata "aku sudah jatuh cinta..dia lah teman hidup ku".

Saturday, May 23, 2009

Penanti

Dah dua malam aku tidor awal..jam 12 jer mata dah berat agaknya memang penat. Bangun pon awal rasa macam budak U pulak tido awal2 ni.mat belia betul.Tapi nak buat lagu mana..kt sini apa pon xdak. Pub karoke disko dangdut semua bungkuih...ada pon hat orang tua. Pusing ikot mana pon lagu tu jugak. Pasai tu la cek tidok awai....

Semalam cek meronda2 dengan bos cek, pusing kona u-turn satu kampung pi tengok ceramah..ada satu kat kubang semang..ramai orang mai. depa suma teringin tengok MB sah Perak Nizar..Tapi yang syok nya xdak polis mai ganggu..hang pi la bersyarah lagu mana pon..hang nk berjoget ka hang nak berzapin ka lantak pi kat hang la..ini kempen xdak UMNO jadi polis xdak mai nak kacau hang tapi kalau ada UMNO hang siap...pi la berzanji ka bertaranum ka bermunajat ka mesti ada mat uniform biru pi mai singgah suruh hang stop. kali ni hang free la..

Siang nya pulak cek pi tengok penamaan calon..sesak jugak wei..tapi bos cek kata ni baru 10 percent dari keadaan normal...cek pon terkejut..lagu ni baru 10 percent?kalo 80 percent lagu mana?polis ada jam ni..tapi bos cek pon habak mai kata tak ramai pon polis.rodblok pon xdak senang rakyat pi sana tengok calon depa.

Habis ya tengok perut lapak..nak makan tapi cek sini reja makan ya...non stop.bos cek ni kuat makan cek pon ikot dia la pi tang mana pon. Mai Mat sabu tempat kami dok lepak..bos cek ni kenai Mat sabu..dulu sama-sama berjuang dlm ops lalang..cek pon dapat la salam si mat ni..si mat ni ok..ramai pemuda pemudi suka dia ni...akai dia baguih..

ni saja ya nak crita kt hangpa semua..cek xdak reja la ni..esok lusa mungkin ada la..ini hari public holiday kalau nak rompak hari isnin boleh la...tapi cek heran noo..depa semua dok cakap lagu lagu tu lagu apa??lagu kebangsaan ka lagu tiga kupang?..hahaha.

Thursday, May 21, 2009

quick note just a short one

Done judging for shout award this evening in damansara..200 awaits..need money to carry on living. Money seems to be vital at some point..the night before had a wonderful experience fishing in janda baik..unfortunately didn't bump into any janda yang 'baik'..no luck i guess..

Patin keli talapia seems to love me. they can't stop eating my "dedak" and all 8 of them fell into my hand. what a catch for a dump beginner like me...

my friends especially hasnol dude im sorry im going to penanti without you. Last minute got the call...im going for a week so don't miss me too much. will be on the road tomorrow afternoon at 2.30 pm.

Lets see how it goes there...salute!

Saturday, May 16, 2009

Better Luck Next Time


Red Devils juara liga perdana Barclays untuk musim ini. Suka atau tidak hakikat ini perlu diterima oleh peminat liverpool, Chelsea dan Arsenal. Pujian harus diberikan kepada skuad Alex Ferguson dan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

Cuma satu saja lah sebagai peminat Arsenal aku kecewa kerana kempunan untuk mengangkat trofi. Nak buat macam mana sudah termaktub. Setidak-tidaknya pasukan muda ini kekal sebagai salah satu pasukan elit eropah.

Mazhab bola sepak ini sudah menjadi mazhab bagi semua agama dan scientology di dunia. Tidak kira Buddha, Kristian, Hindu, Islam dan Atheist semuanya menganut fahaman GOL. Ini satu perpaduan yang menarik yang mungkin boleh merealisaikan konsep 1 Malaysia.

Tahniah kepada semua penyokong pasukan masing-masing yang menolak segala bentuk fahaman kolot dan rasis demi laungan keramat GOL.

Friday, May 15, 2009

BAA 4328







Baru aku perasan blog aku ni pucat tak bergambar. Jadi nak bagi ceria sikit blog aku ni. Kereta bug ni empunya Tad. Aku sibuk sikit mahu pulangkan kereta ni jadi aku lanyak dulu si bug ni kehulu kehilir. Jom jalan jalan..

Nak tambah sikit..hari Guru bila?semalam ke hari ni?confuse la. Aku nak ucapkan selamat hari guru kepada Guru sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah universiti, sekolah memandu,sekolah musik, sekolah sukan, sekolah agama, sekolah pondok dan lain-lain sekolah.

Khas aku dedikasikan untuk guru mathematik Mr Lee Chin Teck (HS Klang) Puan Has...apa ntah aku lupa (HS Kajang), kerana tak jemu masuk kelas mengajar mathematik walaupon aku tak pernah minat subjek ini.

Mari menilai

Dari bangku sekolah kita di ajar menilai sesuatu yang buruk dan yang baik. Di dalam kelas cikgu berkata "Murid-murid sudah besar nanti kamu semua mahu jadi orang berguna atau tidak?.".Jawapan murid-muird 100 persen jawab mahu. Yang bongok duduk kat belakang pon jawab mahu. Tidak kira pandai atau tidak semua nya mahu jadi berguna.

Apabila sudah usia meningkat tua, kita sudah pandai menjawab. Apabila ditanya soalan yang sama kita akan menjawab dengan jawapan yang pelbagai. Tidak semestinya Mahu. Kerana apa, kerana kita sudah menimba pengalaman dan belajar sedikit demi sedikit. Kita tidak akan menurut 100 persen apa yang ditanya oleh si tukang tanya.

Selain itu kita sudah pandai menilai cantik buruk seseorang itu, murah mahal sesuatu barang itu, tertakluk pada budi bicara kita sendiri. Jawapan yang sama kerana kita menimba pengalaman dan belajar sedikit demi sedikit. Sudah tentu kita akan coba menawar semurah mungkin harga sepasang seluar jeans di bundle. Kita tidak akan terpengaruh dengan price tag yang dilekat pada bahagian bontot seluar.

Bab menilai ini tertakluk juga pada pegangan seseorang itu. semakin tinggi pendidikan nya semakin pandai ia menilai sesuatu. tapi jangan silap sangka, ada juga golongan yang belajar tinggi tinggi tetapi tidak pandai menilai. Ianya berbalik kepada pegangan dan prinsip manusia.

Aku bukan mahu bersyarah tentang pahala dosa neraka syurga. Tidak layak untuk aku berkata-kata tentang hukum hakam kerana tiada title di depan aku tertulis Haji atau dibelakang tertulis Al-Hafiz.

Tukar tiub pernah berkhutbah dan aku setuju dengan kata-katanya, Kita tidak boleh samakan perjuangan Ernesto Guevara di Cuba dengan perjuangan Thaksin di Thailand, Kita perlu menilai kenapa Che menentang Batista di Cuba dan kita perlu menilai hala tuju Thaksin di thailand.

Satu percobaan menilai untuk semua. Aishah Ghani berkata, pilihanraya di perak hanya membazir kan wang rakyat saja. pembubaran dun tidak perlu kerana kita berlunaskan undang-undang. Jadi mari kita nilai, adakah membazir wang jika kita mahu demokrasi ditegakkan?Adakah membazir masa rakyat jika melihat demokrasi dihidupkan?Adakah tidak membazir wang rakyat jika memberi rasuah kepada tokey-tokey besar?Adakah tidak membazir jika demokrasi itu tidak dihidupkan?

Saya tidak akan kata berdosa jika kamu memilih rasuah. Saya juga tidak akan berkata pahala jika menerima pilihanraya. Saya juga tidak berkata mengundi UMNO itu membawa ke neraka dan mengundi PR itu membawa ke jannah. Nilai lah sendiri.

Thursday, May 14, 2009

Apa tajuk yang sesuai untuk cerita ini...

Pertama kali aku menggunakan telefon bimbit adalah sewaktu aku berumur 15 tahun, aku dipaksa untuk memiliki sabuah telefon bimbit kerana aku tinggal di asrama. Tujuannya memudahkan aku menghubungi keluarga di kampung. Tapi jarang sekali menelefon yang lebihnya berfoya-foya. Sewaktu itu model nya 3310. Hanya aku sorang saja yang memilikinya di asrama pada jam itu. Bukannya bangga tapi takot dicuri..tapi syukur tak pula kena rembat.

Dari waktu itu aku teringat model telefon pakcik aku sewaktu zaman pertengahan 90an. model telefon jam itu gabak-gabak. Boleh pengsan jika singgah dikepala. Siap ada briefcase lagi. Evolusi telefon bimbit berubah pantas sepantas larian Usian Bolt. Berdesup minggu ni model lain minggu depan dah ada yang lagi canggih. begitu pantas permintaan terhadap menatang ni.

Sekarang dah macam-macam fungsi, kamera 5 megapix pon ada, 3g wifi ntah hape ntah lagi fungsinya pon aku tak terkejor. Aku sendiri lembab dalam hal teknologi ni. Blog ini pon aku mintak kawan yang ajar.

Beberapa hari lepas aku temankan kawan yang ingin melihat telefon baru di pasaran. Aku pon pelik dah 2 telefon takkan mahu jadi 3. Aku pon melayan karenah dia. Sampai saja di kedai dia meminta model E71. Rupa paras tidak la cantik tetapi canggih ada GPS. disamping kamera dan wifi. Dah macam mini computer. Harga Seribu tiga ratus mata wang ringgit. Boleh tahan mahal nya. Dia mahu berbarter dengan tokey kedai, bincang punya bincang dia boleh mendapat model itu dengan harga 800 saja. Berbaloi juga dalam fikiran aku.

Di tepi-tepi kedai itu ada beberapa pelanggan berbangsa asing. Mata mereka memerhati setiap telefon di dalam bingkai kaca. mungkin sedang memasang impian. Ntah apa model nya pon aku tak terkira. Dari model E sampailah K berapa-berapa I bersepah telefon.

Bila agaknya pekerja-pekerja asing ini boleh merasai nikmat kesenangan. Nikmat kehidupan yang tidak memerlukan mereka berhempas pulas memerah tulang empat kerat. Muka hitam terbakar dek mentari, tangan berurat-urat dek mengangkat timbunan batu, Muka tua sebelum usia dek kerja berat.

lain pula dengan teman aku ni, hidupnya senang sekarang. 800 itu macam 80 sen atau mungkin 80 puluh ringgit. aku pula tidak lah begitu senang tetapi boleh la hidup. Pernah aku terdengar kata orang-orang kaya "Money makes the world go round". Aku setuju. Dirham Dollar Bath Rupee Rupiah semuanya berkuasa terhadap manusia. Tuan manusia adalah wang. Tanpa ringgit mana mungkin Othman Jailu sanggup meliwat dirinya sendiri, berpaling tadah menjadi taik. Tanpa Dinar mana mungkin juga Hee Yit Fong sanggup bertukar menjadi Puteri Hang li Po.Nah itu bukti kuasa wang.

Tapi jika aku seorang warga pakistan mana mungkin aku mampu membelanjakan wang 800 itu untuk telefon berwifi dan berGPS. Jika aku warga Pakistan aku akan menyimpan 800 itu untuk membeli gandum dan pakaian di musim sejuk. Jika aku warga pakistan aku rasa aku masih lagi menggunakan telefon model 3310 untuk menelefon teman dan keluarga di Karachi.

Nine Men Down

Ini kesah benar, Ini kesah sejarah, ini bukan satu cerita bohong yang direka oleh Razak Mohaideen atau Steven Spielberg. Cerita ini berlaku pada Mei 1970. Ya bulan Mei. Tragedi 13 Mei tapi bukan 13 Mei. Cerita ini meletus di Kemboja. Yang dahulu nya dihimpit perang Veitnam. Regim Khmer Rouge dan angkatan setannya.

Dek kerana perang yang gila ini angkatan media dari seluruh pelusuk dunia bertandang ke Phnom Penh. Amarika, Peranchis, Jepun dan macam-macam lagi negara menghantar wakil wartawan mereka. Dalam banyak-banyak wartawan ada seorang wartawan yang popular iaitu anak kepada aktor Hollywood Errol Flynn, Sean Flynn anaknya.

Si Flynn bersama teman kameranya Dana Stone adalah antara wartawan yang mula-mula hilang sewaktu mencari bahan berita. Tiada siapa yang tahu jasadnya dimana hingga hari ini. Kerana ingin tahu apa yang terjadi kepada Flynn dan Stone, 9 wartawan lain nekad untuk mencari mereka, ditambah pula dengan desakan pihak CBS yang mahukan bahan berita dari Kemboja.

Sama seperti Stone dan Flynn, pemergian mereka sia-sia. Mereka tidak dijumpai sehingga 20 tahun kemudian mayat mereka dijumpai di tanam berhampiran sebuah kuil. Atas desakan pihak atasan mereka mati sia-sia. Bahan cerita adalah cerita mereka mati di tangan Khmer Rouge.

Jika tidak kerana keberanian mereka cerita sejarah ini tidak dapat kita ketahui. Mungkin juga cerita ini menjadi cerita dongeng yang direka-reka untuk menakut-nakutkan orang lain. 9 wartawan ini mati kerana mahu dunia tahu perang itu busuk, perang itu hina, perang itu jijik.

Kita sebagai warga dunia wajib menentang segala bentuk, rupa, jenis dan bau perang itu. Tidak ada apa yang seronoknya dari melihat manusia mati dengan dada yang terlopong dengan tangan kaki yang berkecai..Tiada apa yang boleh membuatkan kita tersenyum dengan perang!

Tuesday, May 12, 2009

Alahai..kesian kau Henry Ford

Zaman sekarang ni macam-macam kereta dan motor ada atas jalan. dari yang kecil sampai lah yang besor. dari Perodua sampailah Brabus. Semua ini memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat. kalau zaman dulu orang pakai kuda dan burung helang untuk mengutus surat sekarang tak payah. hidupkan kereta zzoomm pantas bergerak.

Kalau hujan lebat sekali pon tak basah kena air hujan tapi kalau bermotor tu basah la nak buat macam mana. Tapi kita lupa siapa agaknya yang susah payah memerah otak untuk mencipta sabuah kenderaan. Jika tidak kerana di bijaksaan makhluk ini mungkin kita masih mengutus surat guna helang atau masih menunggang kuda. Lalu aku teringat pada manusia ini, Henry Ford warga Amerika yang berjaya sampai hari ini. Ya dia sudah pulang ke hadrat tuhan tapi nama nya ada di setiap jalan. tak kira lah di Togo atau di Cleveland dari Yangoon dan Brunei bersepah nama si ford ni.

Si Ford ini telah berjaya mengagumkan Thomas Edison dengan hasil rekaannya. Atas hasil ini Ford bertambah cargas untuk mereka kenderaan bermotor. Nasib si Ford ini bertambah baik, dia berjaya menjadi model hadapan majalah Times dan dia juga mendapat anugerah dari kerajaan Nazi german kerana otak yang kreatif.

Macam macam lagi rekaan si Ford ni. Kapal terbang pon dia reka sempena perang dunia pertama. Dari tahun ke tahun berbagai ciptaan Ford telah diubah suai dari segi keselamatan. Tapi sayang, zaman sekarang nama Ford telah dimalukan oleh pengguna jalan raya. Setiap hari nama Ford akan dibusukkan dengan perangai pemandu jalan raya.

Tak cukup di sini di Jordan pon nama Ford menjadi taik. Orang sudah tidak peduli siapa yang mereka kereta, tidak peduli hasil titik peluh si Ford ini. Semua orang sudah tidak kesah dengan arwah si Ford ini. Susah payah dia fikir untuk kemudahan manusia tapi sayang semua orang sudah lupa nama Ford.

Susah payah si Ford ini memikirkan langkah keselamatan untuk manusia. Dia mereka signal kiri dan kanan dan lampu brek tapi sekarang semakin sikit pemandu yang memahami niat sebenar Ford. Ford tidak mahu hasil rekaannya membawa celaka pada manusia. Ford juga tidak mahu namanya menjadi busuk kerana perangai manusia yang tidak faham erti selamat.

Berapa ramai manusia sekarang yang reti memberi signal jika mahu masuk ke simpang?Berapa ramai yang menyalakan lampu hazard jika kereta rosak?

Jika si Ford ni masih hidup mungkin dia mengharamkan kereta nya dari diperlakukan sebegini rupa mungkin dia tidak akan mereka kemudahan jika dia tahu namanya akan busuk ditengah jalan raya. Sudah berapa banyak kereta Ford yang sudah remuk dan barai akibat perbuatan sendiri?

Mungkin si pemandu ni orang kaya, orang atasan. Boleh beli 13 lagi bijik kereta Ford tapi kasihanilah si Ford ni..Bertahun-tahun dia mereka tapi sayang tak ada siapa pon yang tahu menghargai jasa si Ford ini.

lebih baik kau reka Playstation 4 atau kau patot reka Bong bermotor. Senang hendak stone..Alahai kesian kau Ford...

p/s Masuk simpang berilah signal..memudahkan pemandu lain yang faham niat sebenar Ford yang cintakan keselamatan dan keamanan di atas jalan raya.

Oh Tuhan Ku (OTK)

Selesai makan malam kami di Damansara, Gendang gendut tali kecapi, perut kenyang senang hati! Muhaimin dengan santapan raja bersiong daging masak ala barat aku dan nol melihat geram saja. malam ni hujan sikit boleh la sejukkan dunia ni sementara waktu asyik-asyik panas tak larat juga.

Tapi memandang kan suasana bosan aku bersetuju untuk melepak lagi jam dah pukul empat tapi mata masih lagi seperti jam 8 malam. terang saja dunia aku ni. nak kata dibawah pengaruh dadah tidak pula..seriusly suasana sangatla bosan nak berseronok wang tak ada nak harap kan hiburan percuma mana mungkin. tiada yang percuma sekrang ni. payah betol la nak enjoy sebagai pemuda.

Kerana kami bertiga sangat bosan, tulisan ini aku dedikasi kepada muhaimin yang tiba-tiba melolong menjerit "Lets Fuck the Fuckers" di tengah pagi buta ni..persoalan yang timbul fuckers mana yang ada time sekarang ni? Oh tuhan ku..

Selamat jalan Jamil & Mar Muthu

Esok hari rabu..maka genaplah dua minggu Jamil pulang ke kampung halamannya di Madras. Mar Muthu pula sudah genap 4 tahun tidak bertemu. Apa lah nasib dia sekarang. Aku dan Jamil mengenali antara satu sama lain kira-kira 3 bulan yang lalu. Jamil seorang pelayan di restoran mamak di kawasan tempat aku selalu melepak. Kerana berkongsi minat aku dan Jamil senang berbual. cakap melayu nya pon tidak kurang hebatnya..cakap inggeris boleh tahan la merapunya.

Mengikut kata Jamil dia harus pulang kerana tidak mampu untuk memperbaharui permit kerja yang berharga Ampat ribu mata wang ringgit. Jadi dia harus pulang setelah 10 tahun kerja keras di Malaya. Tambah jamil di India susah mahu cari kerja halal tapi nasibnya baik kerana abang iparnya ada Kedai elektrik. Dia memasang angan-angan mahu berkahwain apabila sampai India, calon pon dah ada walaupon tak secantik Freida Pinto.

Mar Muthu pula aku kenal semasa bekerja sebagai buruh di sabuah pasar raya. Dia teman kerja aku dan bersama memunggah stok untuk disusun. Kadang-kadang tak larat dibuatnya kerana barangan terlalu banyak. Jangan terkejut kerana si muthu ini lulusan sarjana di dalam bidang sejarah di Universiti dekat India. kerana miskin dia terpaksa kerja sebagai buruh di sini.

Pernah sekali si Muthu di tuduh mencuri minum minuman keras di stor. Dia di tampar oleh pegawai penyiasat pasar raya dan bingkas rakan-rakannya memprotes di depan pintu. Sikit lagi mahu jadi bergaduh.

Rupa-rupa yang mencuri minum adalah orang tempatan..orang kita jugak, tak fasal-fasal si muthu yang kena. Buat malu saja..

Apa agaknya nasib si jamil dan si muthu sekarang?sudah kah dia berkahwin?jadikah dia berkahwin,si muthu ni dekat mana? hidup lagi ke dia?sebagai manusia aku kesian melihat mereka terbang jauh-jauh untuk cari duit.Hati mahu kena tabah..

Selamat jalan Jamil Selamat jalan Muthu..

Sunday, May 10, 2009

Janji

Bercakap fasal janji, lebih-lebih lagi dalam budaya melayu janji memang sangat dititik beratkan. Ada juga ungkapan seperti ini "lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji", orang melayu lagi lah particular dalam bab janji menjanji ni..pantang datuk nenek orang yang mungkar pada janji..time aku kecik dulu selalu aku dengar ayat ni.."Jangan jadi keling la kau janji pukul 2 sekarang dah pukul 6 petang..janji keling la kau ni"..Padahal yang berjanji tu orang melayu kenapa perlu cakap keling?Janji bukan satu kaum jer yang berjanji...

Masuk saja Universitas aku disaji pula dengan Aku Janji. Aku banyak melanggar janji AUKU ini..aku pun x pernah ambil pot langsung tentang AUKU. bagi aku tak cool la nak ikut AUKU ni macam mat belia jer...aku bukan nak bercerita fasal AUKU pun.

Kebanyakkan janji yang dijanjikan oleh orang melayu ni selalunya lambat..susah nak jumpa orang melayu yang on time.Ada la satu dua makhluk tapi selalunya janji melayu ni mesti lambat setengah jam..jika tidak percaya pergilah ke show artis yang dikelola oleh orang melayu mesti lambat setengah jam tak pun cuba janji dengan kawan-kawan untuk menonton wayang..set masa dan sudah pasti lewat.

Alasan pula macam-macam, masa tulah nk terberak, masa tulah salah jalan dan macam macam. nak buat macam mana mungkin dah jadi budaya melayu.lambat setengah jam. ok lah setengah jam dari setengah hari...

Peribahasa mat salleh ada berkata " better late than never", kadang kala alasan ini aku guna pakai untuk cover line diri sendiri. Mungkin M.salleh ni sudah tahu betapa susah nya nak be on time and to be punctual. oleh itu mereka reka satu peribahasa yang membolehkan orang lain berkata, "betul jugak..dari pada tak datang langsung lebih baik lewat sedikit". Setahu aku, tak ada pulak peribahasa orang melayu yang sinonim dengan better late than never..kalau ada pun tak begitu padu seperti "biar lambat asal selamat" selalu nya dgunakan dalam kempen jalan raya jadi tidak ada kene mengena dengan janji.

Soal pasangan kekasih janji ini sesuatu yang amat penting, macam betapa penting nya kita berpuasa di bulan ramandhan macam tulah penting nya janji antara kekasih..kantoi lewat habislah..ruin the mood bak kata M.salleh. Lebih-lebih lagi jika berjanji nak sehidup semati..ini sangat bahaya..silap-silap boleh jadi sewel jika termakan janji ini..

Janji memang payah nak ditunaikan.lagi-lagi janji taik lovers. Jangan jadi pongek yang suka berjanji macam-macam tapi habuk pon tada..

Mob's crib: PUTSCH


Sempena One Black Malaysia!

Mob's Crib: PUTSCH!: Reuters is spot on!

Saturday, May 9, 2009

How to end your damn stupid relationship

There are few steps before your so called precious relationship comes to an end. This is how it starts.

Intrapsyhic phase- 1st phase in relationship termination. When an individual engages in an internal evaluation of the partner.

Dyadic phase- 2cd phase. When the individual discusses termination together

Social phase- 3rd phase. When your social network of both parties are informed and invovled in their termination process

Grave dressing- Final phase(sucks). When partners generate public explanation and move past relationship.

There are two strategies before you end up saying we should break up.

Indirect termination strategies- Attempts to break up a relationship without explicitly stating the desire to do so. ( You may say this to your partner-Lets just be friends...I love you but I don't know maybe its my fault). In malay it is called cover line...padahal dah ada awek lain atau balak lain.

Direct termination strategies- Explicit statement of a desire to end up a relationship. ( You may say this to your partner- I've found someone else or I can't stand to be around you anymore.) In malay culture this is harsh. Frust menonggeng bile balak or awek korang cakap macam ni..rasa mcm nak bagi penumbuk kat hidung....

Now you know how to end up your stupid relationship..Selamat mencuba & goodluck while attempting this.

Friday, May 8, 2009

Panas Panas Panas

Hari ini malam yang panas, panas,panas, panas.
Suasana malam yang diam,panas, panas, panas.
Keadaan sekitar yang suram, panas, panas, panas.

Idea tepu tak berduyun datang, panas,panas,panas
Nafsu tak naik tak turun, panas,panas,panas,
Hati hitam bertambah hitam, panas,panas, panas

Esok bertambah panas,panas, panas,panas
Perak lagilah panas, panas,panas panas
Dendam hantu altantuya jadi panas, panas, panas, panas

Semakin hari semakin panas, panas, panas, panas
Selsema BABI jadi panas, panas, panas, panas
Dunia sudah panas dengan panas,panas,panas panas

Sekian panas!