Monday, November 21, 2011

Semangat Musa a.s

Penentangan terhadap Mubarak sudah pon tamat kira kira sepuluh bulan yang lalu walaubagaimanapon, penentangan terhadap regim Mubarak masih belom berakhir. Nampaknya sisa sisa air mani Firaun masih lagi wujud di bumi Mesir walaupon istananya runtuh beribu ribu tahun dahulu.

Ketika ini dibumi Mesir anak muda dari pelbagai cerok sedang menentang Supreme Council of Armed Forces atau SCAF. Anak muda melihat Scaf ini sebagai satu ancamam yang besar bagi membina Mesir yang baru. Badan ketenteraan sedang cuba menanggok di air keroh dan mereka mereka (berjawatan tinggi) di Scaf ini merupakan 'old guards' dimana mereka ini merupakan kroni kroni dan rakan taulan kepada Mubarak al Laknatullah.

Saya berpeluang bertemu salah seorang dari pengasas April 6 Movement beberapa minggu lalu. Ahmed Maher anak muda yang telah ditangkap berkali kali sewaktu menentang regim zionis Mubarak sejak ditubuhkan pada 2008. Dia (maher) berkata, walaupon Mesir telah berjaya menumbangkan Mubarak tetapi masih ada saki baki kroni Mubarak yang masih lagi berpengaruh di dalam membuat keputusan dan kekecohan yang berlaku di antara puak Muslim dan Kristen baru baru ini adalah salah satu langkah untuk mengkucar kacir kan ombak revolusi yang sedang dibawa oleh mereka.

Kenyataan Maher ini disokong oleh salah seorang saudara rapat saya yang sedang menjadi pemerhati pilihanraya di Mesir. Mesir akan memangkah kertas undi akhir November ini. Dia juga memberi komen yang sama iaitu Mesir masih lagi dibawah kuasa old guards dimana mereka ini adalah sebahagian dari wajah Mubarak tetapi berlainan susuk tubuh. Dia juga menambah proses transisi ini adalah waktu yang paling getir bagi seluruh rakyat Mesir. Proses ini akan memakan waktu yang panjang dan juga melibatkan soal nyawa.

Proses pembaharuan Mesir masih lagi jauh dan masih lagi berliku.Ketika ini entah berapa ramai anak muda Mesir terkorban demi masa depan Mesir. Bagi kita yang hanya mampu melihat dari jauh janganlah ada yang cuba menyalahkan anak anak muda ini kerana mengambil langkah turun kejalan raya. Anak muda Mesir ini telah membuat keputusan untuk berkorban demi negara seperti mana janji Nabi Allah Musa kepada tuhannya sewaktu baginda membelah laut dan menenggelamkan Mahafiraun dan kuncu kuncunya.

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2!

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2057017/Paedophile-imam-confronted-grown-girls-abused-Swindon-mosque.html

Di England seorang ustaz telah didapati bersalah kerana mencabul anak anak didik nya ketika mereka sedang mengaji Quran. Klik jaringan di atas untuk berita lanjut.

Ustaz ini bukan lah seorang homoseksual apatah lagi biseksual. Aku berani mengatakan bahawa si ustaz ini jika ditanya sama ada dia menyokong kelompok LGBT atau tidak, pasti dia akan menempelak golongan sonsang ini sambil mengeluarkan nas nas dan dalil dari kalamullah. Tapi apakah perbuatannya ini boleh diterima masyarakat? Tentunya tidak sama sekali. Ustaz ini seorang hetero yang tidak menongkah arus tetapi perbuatannya adalah salah sesalah salahnya.

Jelas di sini baik golongan hetero mahupon LGBT adalah sama dari sifat manusiawi. Yang membeza kan kita semua adalah cara kita menghormati antara satu sama lain baik dari agama, warna kulit dan seksualiti. Menjadi hetero tidak bermaksud kita tidak akan melakukan kesalahan seksual dan menjadi golongan LGBT tidak bermaksud kita hanya berniat melempiaskan nafsu serakah. Jelas di sini seks bukan penyebab utama mengapa adanya golongan LGBT wujud di dunia ini. Masalah kita adalah pada otak!

Masalah golongan LBGT di Malaysia ini pula mereka terlalu sibuk memikirkan hal hal dunia artis, fesyen, mencari teman yang jambu dan tidak langsung peka terhadap perjuangan dari sudut politikal demi mempertahankan survival mereka. Oleh kerana itu mereka dilihat jijik dan mereka juga mempunyai tingkah laku yang pada aku menjengkelkan. Ini tidak membantu mereka untuk dilihat sebagai satu kelompok manusia yang harus diiktiraf. Perkara ini sama seperti golongan migran dari bangla indon dan myanmar yang dilihat tidak lebih dari pendatang asing.

Dengan pengharaman majlis seksualiti merdeka ini, rakyat tidak akan dapat memahami masalah ini dan tidak akan dapat memahami golongan ini dan golongan ini juga tidak akan dapat bergerak maju kehadapan untuk menjadi lebih progresif. Mereka ini akan terus ditindas dan dicerca. Oleh kerana mereka ini akan terus ditindas, mereka akan terus berperangai jelak kerana bagi mereka, mereka tidak dihormati oleh masyarakat sekeliling. Dan kita pula akan terus memanjat doa kepada ilahi agar ditempatkan di kalangan orang orang beriman walhal kita tidak sedar bahawa kita tidak lebih dari seorang fasis yang sibuk bermimpi mencari surga. Dan kau akan terus beranggapan bahawa aku seorang yang liberal. Rasakan!

http://www.tariqramadan.com/Islam-and-Homosexuality.html (baca pandangan ahli falsafah tariq ramadan)

Seksualiti Merdeka!

Ramai beranggapan seksualiti merdeka itu satu majlis yang songsang dan tidak bermoral. Tidak bermoral kerana majlis itu mengiktiraf mereka mereka yang gay,lesbian, pondan dan biseksual. Dalam bidalan orang melayu perbuatan ini dipanggil menongkah arus. Dan ramai juga diantara kita apabila membincangkan hal ini akan terus melompat kepada satu konklusi yang cukup mudah. Konklusi itu tidak lain tidak bukan seks luar tabii.

Apabila kita melompat kepada konklusi itu kita telah membuat satu keputusan yang salah. Ini adalah kerana kita orang melayu cukup 'taboo' dengan perkataan seks. Kita melihat semuanya dari sudut pandang seks tanpa memberi perhatian kepada aspek aspek lain. Perbuatan seks ala gay itu dilihat sebagai perbuatan yang sungguh jijik. Ya saya setuju memang jijik tapi mengatakan ianya jijik tidak cukup untuk memberikan hak kepada kita menghukum golongan ini. Pada saat ini ramai yang akan menggangap saya membawa fahaman liberal atau lebih buruk atheist. Tunggu dahulu.

Sama ada gay atau tidak gay itu bukan persoalannya. Kepada sesiapa yang telah menonton 'the kite runner' pasti anda akan terkejut melihat babak apabila kanak kanak bernama Hassan diliwat oleh seorang pemuda bernama Assef. Lalu kita pun berfikir masakan orang Afghan ini bisa meliwat, bukankah mereka lebih warak melihat dari segi pakaian dan budayanya. Meliwat kanak kanak lelaki adalah perkara yang sering berlaku dinegara bergolak itu, ianya tidak bermaksud semua lelaki di Afghan menghalalkan liwat, tidak, pengembala pengembala kambing juga meliwat kambing mereka ketika berada di padang pasir. Ianya seperti satu bentuk hukuman. Saya sebelum ke Afghan beberapa tahun dahulu telah diingatkan oleh arwah Yunus agar tidak terlalu rapat dengan golongan lelaki yang berumur disana khuatir jika saya akan diliwat. Ini bukan jenaka. Yunus dengan seriusnya berkata "kau jangan gelak orang disana memang suka meliwat lelaki lagi lagi macam kau ni"

Di Malaysia pula kerap kali kita mendengar cerita sang bapa merogol anak sendiri, si datuk merogol cucu sendiri dan bermacam macam lagi kes serangan seksual ke atas lelaki dan perempuan. Mereka ini jika di tanya mereka tidak akan mengaku bahawa mereka itu gay atau pon biseksual malah mereka juga tidak tahu apa makna sebenar gay dan biseksual. Jawapan yang akan diberikan adalah 'saya mengikut hawa nafsu saya tidak sedar syaitan telah membisikkan ke telinga saya' dan bermacam macam alasan. Ini kerana mereka tidak mengenali diri sendiri dan tidak tahu menghormati orang sekeliling.

Menjadi gay pondan atau lesbian bukan seratus peratus kerana seks dan juga tidak bermakna jika kita bukan dari golongan gay pondan atau biseksual kita tidak akan melakukan perbuatan diluar batas norma manusia. Menyalahkan gay kerana menjadi gay tidak akan mengubah apa apa. Menghina pondan kerana menjadi pondan tidak akan memperbetulkan keadaan. Benar semua agama melarang perbuatan menongkah arus ini, baik islam, kristen mahupun yahudi dan juga tidak benar hanya golongan liberal, atheist, agnostic sahaja yang akan bersetuju dengan LGBT. Ada juga golongan agamawan yang menerima golongan LGBT ini dan melayan mereka sama seperti manusia manusia lain dan ada juga golongan liberal & atheist ini berfahaman fasis.

Yang perlu ditentang adalah diskriminasi terhadap sesama manusia. Menentang diskriminasi antara manusia ini sama maksudnya dengan menentang kezaliman zionist di tebing barat dan gaza, sama seperti menentang kekejaman Nazi di eropah, sama juga seperti menentang tindakan zalim askar indonesia terhadap rakyat di papua dan timur timur. Dan untuk menentang mereka mereka yang zalim ini kita perlu tahu apakah sebab sebabnya. Kita juga harus memahami isu pokoknya disini dan memahami bahawa penghormatan terhadap manusia tidak boleh dipaksa ataupun dibeli ianya datang apabila kita tahu bagaimana cara untuk menghoramati sesuatu susuk itu bukan dari pangkat atau pun rupa paras. Kita menentang sesuatu susuk itu bukan kerana dia gay pondan mahupon lelaki tulen. Kita menentang seseorang itu kerana jasad itu melakukan perbuatan yang zalim.

Adalah penting untuk kita memahami mengapa jalan ini yang telah dipilih oleh golongan ini. Ramai manusia di dunia ini baik di arab, palestine, israel, china, brazil, nigeria, singapura dan di mana mana sahaja adalah dari golongan LGBT dan jika ditanya sama ada mereka mempercayai tuhan atau tidak rata rata mereka cukup percaya dengan kewujudan Maha Esa. Jika mereka ini yang kita anggap jijik masih lagi boleh percaya pada kuasa tuhan yang maha pemurah mengapa tidak kita yang kononnya suci ini memberi secebis penghormatan pada mereka.

Apa juga fahaman yang kita anuti tidak kira konservatif, liberal, demokrat, anarki, komunis, syiah, sunni, athiest , agnostic tidak akan membawa apa apa beza jika kita saling mendiskriminasi. Adakah kita lupa bahawa Yang Maha Esa melihat iman dan taqwa bukanlah fahaman mahupon harta.

Apakah saya masih di anggap liberal?

Sunday, October 30, 2011

Semangat mahasiswa

Sejarah perjuangan anak muda dan anak mahasiswa telah lama wujud. Di Malaysia ianya wujud sekitar tahun 1930an di Kolej Perguruan Sultan Idris dimana Kesatuan Melayu Muda diasaskan. Sejak pada itu semangat api anak muda ini tidak pernah padam, dan meletus hebat pada tahun 70an dan 80an. Demonstrasi pro rakyat dukungan mahasiswa ini sering disalah erti dan dianggap perjuangan kaum sosialis yang radikal dari segi ideologinya walhal mereka yang mengaku islam ini lupa bahawasanya nabi terakhir junjungan kita berjuang mengangkat senjata demi rakyat yang tertindas.

Baik di bumi islam mahu pun dibumi bukan islam, mahasiswa memainkan peranan yang cukup penting dalam konstruktur politik sesebuah negara. Namun kekangan yang kita terima dibumi bertuah Malaysia ini telah membantutkan progress mahasiswa sebagai penjana idea.

Di bumi Korea Selatan, Mahasiswa dan gerakan anak muda telah memainkan sejarah yang cukup besar dan telah merubah konstrak politik negara mereka. Namun perjuangan mereka bukan satu perjuangan yang mudah. Ketika Korea Selatan di himpit krisis kepimpinan junta tentera, anak muda dan para mahasiswalah yang menjadi benteng dan penggerak demokrasi. Saban hari mereka akan berdemo dan membincangkan lanskap politik yang harus diubah untuk masa depan mereka. Gerakan ini cukup hebat sehinggakan ramai dari diantara mereka di label sebagai komunis tajaan pihak utara dan diseksa oleh pihak inteligensi.

Pada masa yang sama, kuasa imperialis amarika turut bersetuju dengan tindakan kerajaan brutal ini. Tetapi apabila kuasa rakyat berjaya menendang keluar regim zalim itu, pihak amarika mengubah dasar dan pendirian mereka semata mata ingin mengekalkan kuasa di bahgian selatan semenanjung korea. Tiada sekatan atau akta menyekat kebebasan mahasiswa untuk aktif baik di dalam bidang politik ataupun aktivisasi selepas itu.

Di Malaysia, sayangnya perkara ini tidak berlaku. Akta AUKU kononnya adalah untuk memelihara mahasiswa dari terjerumus ke lobang yang salah. Tiada ruang demokarsi untuk pelajar menyuarakan pandangan dan hanya pandangan yang menjilat kuasa penguasa sahaja yang akan diiktiraf sebagai idea. Segala ideologi yang bertentangan akan dilihat sebagai idea golongan kiri.

Mutakhir ini, semangat mahasiswa itu kembali meresap seperti pada awal 70an dan 80an dahulu. Progress ini dilihat sebagai satu tanda yang baik untuk masa hadapan mahasiswa dan tidaklah pula anak muda ini lupa diri apabila diri mereka diangkat sebagai perubah status quo.

Sejarah telah membuktikan golongan mahasiswa dan anak muda telah memainkan peranan yang besar dalam merubah sesbuah regim yang zalim. Jangan lah kita menipu diri sendiri dengan menidakkan peranan meraka. Jangan juga ada diantara kita yang lupa bahawasanya dibelakang Nabi terakhir dikota Mekah dahulu, anak muda lah yang berdiri tegak disisi baginda mengangkat senjata melawan penguasa zalim dan anak muda itu juga merupakan mahasiswa mahasiswa didikan Muhamad penyampai terakhir.

Wednesday, September 21, 2011

Troy Anthony Davis

20 tahun lamanya kau meringkuk terpenjara atas dosa yang tidak pernah kau akui
20 tahun lamanya kau melawan penahanan keatas jiwa bebas yang pernah kau miliki
20 tahun lamanya kau hidup dengan melihat dunia dari bayangan kepala sendiri

Hari ini 20 tahun sesudah itu, roh kau sudah telah meresap ke alam bumi
Hari ini 20 tahun sesudah itu, mereka masih belom dapat memberi bukti
Hari ini 20 tahun sesudah itu, nama kau disebut dijulang dan dilaungi

Ribuan menangisi, ribuan meratapi ribuan kecewa setelah mendengar berita
Dari jauh kami melihat dari jauh kami mendengar dari jauh kami memberi doa
Tepat jam 11 malam waktu Georgia setelah 20 tahun lamanya kau pergi bersama sejuta rasa

Esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan kami akan tetap mengingati peristiwa pembunuhan kau hari ni, peristiwa 1989 di Savannah dan peristiwa perlawanan yang tidak pernah berhenti dan hari ini Troy Anthony Davis, kau telah membuka mata dan hati kami.

Bagi mereka ini adalah perlaksanaan tetapi bagi kami ini adalah pembunuhan!

Thursday, September 15, 2011

Apa selepas ini?

Hakim telah memberi keputusan muktamad. Koperal Jenain di hukum penjara 5 tahun. Persoalannya, apakah ini pengakhiran buat kita smeua? Adakah kita semua boleh berasa senang hati dan adakah ibu arwah kembali tenang?

Untuk aku, semua ini belom selesai. Ini hanya permualaan. Dan untuk aku juga, aku tidak rasa Koperal Jenain berniat untuk membunuh Aminulrasyid dan juga aku tidak menyalahkan Aminulrasyid kerana lari daripada ditahan polis.

Persoalan seterusnya siapakah yang harus memikul tanggungjawab? Apakah tindakan yang akan diambil oleh badan kerajaan khususnya badan kepolisian? Jika perkara ini berlaku di Eropah, ketua polisnya sudah tentu akan meletak jawatan dan satu sistem pencegahan yang lebih efektif akan dirangka dan diketengahkan bagi membendung kematian trajik seperti ini. Dalam pada itu, aku juga percaya, tidak ada satu pon anggota polis diluar sana akan mengambil iktibar dari kejadian ini. Mereka hanya akan berkata kata "semuanya salah kami, bila kami dilanggar mat rempit saorang pon tidak ambil peduli" Mentaliti sebegini harus diubah. Siapa peduli siapa tak peduli ini tidak dapat menjustifikasi kan apa apa. Yang mati tetap mati.

Oleh itu, untuk merubah mentaliti seperti ini wajiblah satu sistem pembelajaran contohnya, dalam bidang hak asasi manusia dan langkah pencegahan direka dan di praktik bagi mengelak kejadian sebegini berulang. Semua badan kerajaan dan bukan kerajaan harus memikirkannya bersama. Pihak polis juga tidak harus terus berlagak ego kerana umum mengetahui, badan polis kini jika di tanya atau dibuat survey, pasti jawapannya GAGAL. Ini fakta yang harus mereka terima. Komen awal dari bekas ketua polis selangor juga tidak melambangkan kecerdikkan akal seorang pemimpin badan keselamatan.

Keadilan unutk Aminulrasyid tidak tercapai dengan terpenjaranya Koperal Jenain. Arwah tidak akan hidup kembali. Ibu arwah tidak akan senyum seperti biasa dan Koperal Jenain pasti mahu mengundur masa. Dan jika Koperal Jenain diberi ilmu yang cukup pasti kejadian ini berakhir dengan cerita yang berbeza.

Persoalan yang terakhir, sudah bersediakah kita untuk mengaku salah dan bersama sama mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang reput ini?

Sekali lagi, kisah penjara Koperal Jenain tidak akan dapat menghidupkan arwah, tidak akan dapat mengembirakan hati ibu dan keluarga dan tidak sama sekali dapat membersihkan nama badan kepolisian Malaysia. Ini bukan persoalan, ini kenyataan.

Monday, August 29, 2011

Mengenang Aidilfitri

Aku melihat kematian sejak dari usia yang kecil, aku masih ingat ketika aku berusia 5 tahun, aku melihat sang doktor datang ke rumah datuk untuk merawat jantungnya dan itulah kali pertama aku memegang 'stetoskop'. Sebulan dua selepas itu datuk pergi mengadap Ilahi. Kala itu, aku duduk betul-betul di hadapan arwah ayah dan aku sendiri melihat dia meratapi kematian bapanya dengan penuh kesedihan. Tidak berapa lama selepas itu, nenek pula mengikut jejak datuk.

Menyusuri arwah datuk dan nenek adalah abang kepada bapa aku, penyakit nya tidak aku ketahui dan tidak silap aku ia terjadi sekitar tahun 93. Sekali lagi bapa meratapi kematian abang kandungnya dengan penuh kesedihan dan seperti telah diarahkan aku duduk di tempat yang sama dimana aku melihat arwah datuk terbaring kaku beberapa tahun yang sudah.

Tahun 1997 giliran bapa pula mengadap yang Maha Esa. Aku berumur 10 tahun dan tidak lah aku benar benar fahami maksud kematian ketika itu. 2001, kakak sulung kepada arwah bapa pula tiba saatnya untuk pergi. Dia salah seorang yang benar benar rapat dengan aku sejak tiadanya arwah bapa, sebulan selepas itu seorang lagi ahli keluarga bapa menemui ajal. Dia yang aku panggil Pak Andak amat rapat sejak aku belom pandai berjalan apatah lagi berlari.

4 bulan yang lepas, ibu angkat aku, meninggal akibat sakit buah pinggang. Dia yang aku panggil mak, kerana menjaga kau dari kecil pergi ketika aku berada di perantauan. Aku benar benar patah hati terasa seperti kehilangan seorang ibu. Kecewa, marah dan geram tidak dapat aku hindari perasaan ini. Beberapa hari yang sudah, ibu tiri kepada emak pula yang ditarik nyawanya. Juga aku tidak dapat hadir kerana masih berada diperantauan hanya menerima panggilan dari hujung telefon. Aku kecewa kerana tidak dapat melihat mereka tidak dapat mengusung jenazah mereka seperi mana mereka pernah mendukung aku dikala kecil dahulu. Semuanya tidak dapat aku balas.

Kepada semua umat manusia, hendaknya berhati hatilah ketika memandu untuk pulang menyambut cuti. Aku telah merasai banyak kematian dan melihat banyak kesedihan dan aku sangat memahami perasaan ketika menerima berita berita sebegini. Dan juga sempena lebaran tahun ini sama sama lah kita mengutuk serangan keatas umat manusia
Bukan hanya mengenang mereka di Palestin dan Iraq, tetapi mereka di Kashmir, Tibet, Afrika dan segala ceruk dunia.

Semoga lebaran tahun ini, kita dapat menilai bahwasanya, mengutuk tindakan kejam ini adalah wajib bukan kerna kita dijanji kan surga dan pahala, tetapi bahwa kita tidak mahu melihat si anak menangis di sisi ibu, kita tidak mahu melihat sang emak meratap duka kematian si anak tunggal dan percayalah bahwasanya melihat pemergian orang orang tersayang adalah suatu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.

Salam Aidilfitri untuk semua umat manusia dari Gwangju.