Ramai yang kenal nama Rashid Maidin, Chin Peng, Abdullah C.D, Suiriani dan Shamsiah Fakeh, tapi jarang kita dengar nama ini. Toh Lung San a.k.a Lai Raifel. Si Lai Raifel ini lah orang yang bertanggungjawab memberikan pendedahan politik kepada Rashid Maidin. Jika tidak mungkin Rashid Maidin tidak menjadi komunis dan mungkin arwah Rashid hanya menjadi penjual air tebu dan goring pisang.
Tuesday, June 16, 2009
Toh Lung San a.k.a Lai Raifel
Monday, June 15, 2009
Teksi Wanita
Sudah jam 2.30 pagi. Mata belom mengantuk dan masih ada program TV yang menarik untuk ditonton. Channel 553 National Geography sedang menayangkan cerita Don’t Tell My Mother. Ini pertama kali aku menontonnya. Untuk hari ini si pengacara ke Republik
Wednesday, June 10, 2009
The old cannot kill the young forever
Satu dunia memperingati tragedi Dataran Tiananmen seluruh dunia berkabung mengenangkan nasib mereka-mereka yang maut di muncung senapang. Keberanian para mahasiswa pada hari tersebut terus menjadi lagenda. National Geography turut menayangkan dokumentari sempena hari berkabung itu. Tapi sayang aku terlepas menonton dokumentari tersebut. Dari blog hinggalah ke You Tube semuanya heboh hal Dataran Tiananmen. Paling diberi tumpuan adalah aksi saorang pemuda bernama Wang Weilin yang menahan sabuah kereta kebal yang mampu melenyek badannya sehingga hancur. Bagi aku itu simbol perjuangan mahasiswa pada saat itu.
Tak cukup dengan insiden Dataran Tiananmen yang mengorbankan nyawa manusia cerita perjuangan mahasiswa di Amerika Syarikat juga keluar.(sampahseni.blogspot.com) Seperti biasa yang hilang adalah nyawa. Perjuangan para mahasiswa sudah lama dilakukan. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Tapi berapa ramai yang sedar dan ambil ‘pot’ tentang cerita-cerita ini.
Nama-nama besar sekarang pernah merasai nikmat berdemo menentang kezaliman. Syed Husin Ali pernah ditangkap sewaktu berdemo bersama para petani di Baling. Jam itu dia saorang pensyarah. Anwar Ibrahim juga ditangkap sama, Mat Sabu, Guan Eng, Yunus Ali, Hishamuddin Rais dan ramai lagi turut ditangkap dan bercuti ke ISA.
Pada 2001, 7 mahasiswa dari beberapa universiti tempatan telah dibuang dari pengajian setelah didapati bersalah berdemo menentang ISA. Cerita ini baru aku dengar dari saorang teman baru. Dua penuntut UiTM telah dibuang dari kampus setelah berdemo menentang ISA. Perbicaraan mahkamah kampus mendapati mereka telah melanggar tatatertib yang di tetapkan oleh AUKU.
Lain pula halnya jika berdemo untuk mencium bontot sasaorang. Beribu-ribu pelajar tajaan UiTM dijulang sebagai hero kerana mempertahankan kedaulatan institusi itu. Aku graduan UiTM. Tapi aku tidak turut serta kerana di dalam AUKU telah terang-terangan meletakkan syarat dimana pelajar UiTM di haramkan untuk berdemo. Tidak pula dinyatakan jika berdemo untuk kerajaan adalah demo halal dan jika berdemo untuk menentang adalah haram dan akan dibuang. Di dalam AUKU dinyatakan pelajar tidak dibenarkan untuk berdemo. Jadi aku hanya menurut perintah yang jelas dinyatakan.
Jadi kenapa tidak dibuang pelajar-pelajar itu. Bukti sudah ada TV, Akhbar semuanya ada gambar-gambar pelajar berarak siap dengan bantuan polis. Jadi dimana halalnya dimana haramnya? Boleh ke yang haram itu halal dan yang halal itu haram? Aku celaru tidak faham. Menentang yang zalim itu wajib tiada kompromi.
Mahasiswa samaada yang berjaya bergraduasi atau tidak berjaya bergraduasi adalah tetap saorang mahasiswa. Mereka ini golongan intelektual yang boleh berfikir jadi tidak perlu ditutup otaknya dari terus mencari. Samaada mereka ke kiri atau ke kanan itu hak dan pendirian yang telah mereka pilih. Jadi salute kepada mereka-mereka yang menjadi ikon-ikon mahasiswa pada zaman ini.
Tragedi Tiananmen 1989
Tragedi UiTM 2007Gambar diambil dari Google.
Monday, June 8, 2009
Kenduri Kahwin (mungkin aku tak cool)
Khemah nya hijau dan tema pengantin juga hijau. Mungkin mereka ahli PAS aku tidak tahu..mungkin juga mereka ahli green peace..aku juga tidak tahu..Barangkali mereka meminati warna hijau.
Suasana seperti biasa lah..budak-budak berlari tak kira terik matahari, orang tua-tua konon-konon sebuk tapi cakap yang lebih..makcik-makcik dengan sembang-sembang. Anak-anak gadis melihat teruna..Anak jantan mencari bunga. Suasana ini tidak pernah berubah.
Tapi yang berubah mungkin aku, jika dulu sewaktu awal 90an kerja-kerja kenduri ini dibuat bergotong royong..yang tua memasak nasi yang muda mengangkat belanga yang cantik memotong sayur yang gagah memasang khemah..semuanya kerja semuanya tak kisah.
Hujung minggu yang lalu yang tua bergoyang kaki yang gagah menyedut tembakau yang cantik bertelefon bermesej yang hensem berspek mata hitam sahaja..semua peduli semua kesah.
Ohh lupa sekarang sudah 2009..aku sangat ketinggalan. Aku sangat tak cool..Tapi aku peduli.
Tuesday, June 2, 2009
Mari Mengenal Lagi
Jika ke balai polis jangan hanya ingat mereka yang beruniform biru itu adalah pegawai polis dan mereka yang berpakaian biasa seperti orang awam itu hanyalah orang awam. Jangan silap mereka juga polis hanya mereka ada tugas-tugas khas yang membolehkan mereka berpakaian biasa. Mereka berpakaian biasa kerana mahu mengelak dari dikenali oleh penjenayah dan jika mereka berpakaian biru mudahlah mendedahkan identiti mereka. Silap-silap boleh di tembak. Tetapi kita boleh mengenali susuk ini dari beberapa aspek.
Kelibat mereka kadang kala tidak dapat di pastikan. Tujuan dan matlamat mereka hampir mustahil unutk di ketahui. Kadang kala tersilap mengagak susuk-susuk ini gengster. Sewaktu di Penanti susuk ini amat banyak sekali. hampir di mana mana ada saja SB. Kedai makan warung nasi kandar ceramah dan rapat umum kedai toto kedai runcit tepi-tepi jalan semua penuh dengan kelibat ini.
Mereka ini mudah dikenali jika selalu bersua muka atau terserempak. Perhatikan riak wajah mereka, serius dan mesti ada facial hair. Mat-Mat jambu biasanya tak jadi SB. Misai yang tebal tanpa janggut. Tidak berjambang yang panjang seperti bassist system of a down. Facial hair mereka tidak terurus. Bibir hitam akibat menghisap rokok dengan kadar yang serius. Bibir pink macam Najib kita tak jadi SB. Rambut pendek dan jarang berambut panjang
Itu bab wajah, sekarang bab penampilan. Harus berseluar jeans. brand tidak harus pada satu cap saja. kalau yang ranggi mungkin levi's atau wrengler. Gucci dan Armani tak laku. bukan apa takot ditembusi peluru musuh (mahal beb). Ber t-shirt. T-shirt yang popular sekarang adalah t-shirt cap polo yang ada number 3. apa kaitan number 3 ni tak tahu. 3 line kot. Kaler putih dan hitam memang menjadi pujaan mereka (SB). Mungkin trend sekarang. Kasut pula harus adidas nike ataupon jenis sarong. Kaler putih. Kasut sukan ini memberi keselesaan lebih pada mereka yang kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Lagipon tebal senang nak sepak dan terajang.
Jika berbual di dalam telefon nada mereka keras. Jika terdengar sebutan tuan dan baik tuan berita faham dan segala terma yang jarang kita dengar sah la mereka SB. Jika duduk sekumpulan mereka akan memandang dengan lirikan yang tajam. Muka ala-ala gengster sambil memandang keliling. Jika malam tiba kebanykkan mereka ber jaket. Siang panas. Malam baru ada stail jika berjaket.
Akhir sekali jika ternampak beberapa kelibat bertubuh sasa dengan penampilan yang sudah dnyatakan lepak di kedai minum perhatikan gelagat mereka. Mereka tidak akan ketawa terbahak-bahak, mereka akan menghisap rokok dunhill dengan banyak mereka akan memegang telefon bimbit mereka dan mata yang memandang sekeliling. Perbualan mereka juga tidak dapat di dengari...
Selamat Mengenal Pasti..
Bundle Bijok
Harga semua barangan pakaian memang boleh dibawa berbincang..kadang kala tidak perlu berbincang kerana harga yang sangat gila murah..satu topi wool aku beli harganya 50 puluh sen ya lima puluh sen..jika di uptown dan bundle sekitar lembah kelang paling murah mesti 5 ringgit. Ini tidak 50 puluh sen..berapa kali ganda lu pikir la sendiri.
Baju-baju semuanya murah dan elok lagi. Aku angkat baju puma untuk bermain futsal kaler yang rare dan agak sekolah lama.
Di dalam banyak-banyak bende aku beli yang paling berbaloi-baloi ada sepasung kasut Onitsuka Tiger dari Jepun..PErnah saorang kawan beli kasut ini dari butik di sunway harganya..400 matawang ringgit..400 ratus john! di Penanti aku beli dengan harga 60 ringgit john..ya 60 matawang ringgit..kaler putih sekolah lama dan kelihatan lusuh..perghh..
sila lah ke penanti kerana banyak yang menanti..berbaloi-baloi.







