Monday, August 22, 2011

Selamat Jalan Untuk kali Ini

Bila kah nafas ini akan terhenti, mungkin esok mungkin lusa,
Bila kah kita akan terus menyedut isi isi bumi, mungkin seratus tahun lagi.
Dan jika kita tidak lagi bernafas keesokkan hari, wajah siapa yang ingin kita lihat dan ratapi.

Bila nafas ini sudah terhenti,adakah bisa kita mengenal janji janji yang ditaburi,
Di lubuk hati kita, masih adakah rasa yang ingin di kongsi jika esok kita tiada lagi
Inginkah kita mengucap maaf dan meminta ucapan sayang buat kali ini.

Maafkan aku jika aku tidak dapat menghadir diri melihat engkau pergi
Perjalanan itu hanya seperti mimpi, perjalanan itu perjalanan sendiri.
Jika aku menyusul nanti, ntah bila siapa yang pasti, tapi apa yang pasti aku akan memeluk kau dan kita bakal berjalan kembali.
Berjalan di alam yang aku dan engkau tidak pernah alami melihat wajah wajah yang pernah aku sayangi dan mereka juga akan gembira kerana pertemuan ini tercipta lagi
Ketika itu aku pasti, rasanya akan sama seperti kita baru bersua untuk pertama kali.


Buat semua yang telah pergi dari alam ini


Khas buat Halimah Idid 1938-2011








Monday, August 15, 2011

Semoga berjaya Cesc

Berita pemindahan Cesc Fabregas ke pasukan handalan Barcelona amat mengecewakan aku. Tidak pernah aku berasa sebegini kecewa melihat seorang pemain bola pergi meninggalkan kelabnya. Semasa Thierry Henry berpindah ke Nou Camp aku tidak sekecewa ini.

Impian Cesc untuk pulang ke kelab asalnya setelah hampir 9 tahun di kota London sudah tercapai. Aku memahami hasratnya dan impiannya. Dia meninggalkan kelab Catalan itu sewaktu usianya 16 tahun untuk menimba pengalaman di Liga Perdana Inggeris dan di Arsenal, dia diangkat sebagai kapten dan juga salah seorang dari 11 pemain yang berjaya mengharungi 38 perlawanan tanpa kalah tahun 2003.

Namun dia juga sama seperti manusia manusia lain yang punyai mimpi dan cita cita. Setiap pada kita juga ada mimpi dan cita cita. Harapan dan impian kisah suka dan duka. Ini lah perjalanan hidup manusia yang belom pasti warna jalannya dan yang belom pasti selok beloknya.

Apa yang pasti kita hanya perlu berjalan terus melangkah apa saja halangan. Semoga beliau dapat bertemu surganya di sana.

Tidak pernah aku berasa sebegini sedih apabila bercakap soal bola sepak.



Salah satu aksi magik dari Cesc, antara yang gol terbaik yang pernah dihasilkan.

Thursday, August 4, 2011

Nasi kosong dan kuah kari

Aku berbuka dengan nasi kosong dan kari daging yang aku masak sendiri. Tiada kuih tiada air buah tiada kurma dan tiada teman. Selama 25 tahun ini lah kali pertama aku merasai ramadhan sebegini. Walaupon aku bukannya penganut yang taat, namun perasaan untuk merasai nikmat berbuka itu masih ada.

Sewaktu aku membesar aku tidak gemar berbuka bersama emak dan arwah bapak, aku lebih suka ke rumah nenek yang jauh nya hanya 30 langkah tapak kaki dari rumah orang tua aku. Sebabnya disana suasananya meriah, juadahnya banyak walaupon kebanyakkan hari nya aku tidak berpuasa. Dirumah orang tua aku, hanya emak dan bapak, kedua dua kakak aku sudah pon berumah tangga ketika usia aku baru 8 tahun. Abang aku aku tidak ingat, mungkin dia ada bersama aku ataupon dia kerumah pakcik yang juga tidak berapa jauh.

Setelah bapak pergi, aku masih berbuka di rumah nenek kerana suasananya, emak sudah memahami tetapi kadang kadang aku berbuka dengannya cuma jarang dan dia tidak kisah. Di asrama juga begitu sehingga ke universiti, asalkan suasananya meriah aku akan pasti gembira.

Tapi, itu semua hanyalah kenangan, rumah nenek tidak semeriah dahulu, semua membawa haluan, aku percaya ini lah perjalanan hidup setiap manusia. Yang datang pasti akan pergi, yang muda pasti akan tua, yang gagah pasti akan lemah dan yang dikasihi ada kalanya mengkhianati. Mungkin begini lah perasaan Yunus di Lebanon sewaktu mengangkat senjata, maut ada menanti setiap masa, mungkin begini lah perasaan emak yang juga keseorangan, mungkin begini lah perasaan Muhammad ketika dibenci Bani Quraisy, mungkin beginilah perasaan banduan banduan dipenjara, mengigati yang dikasihi, merindui yang disayangi menyesali seribu janji.

Kita hanya mampu berjalan mampu mendongak tapi belom pasti dapat mengagak apa yang menanti. Salah dan silap itu sudah pasti terjadi, tengking herdik itu kadang kala permainan diri. Itulah kita jasad yang selalu alpa jasad yang entah berapa kali bersumpah berjanji.

Ramadhan setiap tahun kita akan memberi kata yang sama, meminta pengampunan yang sama, menangis atas kesilapan yang sama, tapi kita lupa, yang kita hanya jasad lemah dari secebis tanah. Rayakan ramadhan ini bukan hanya semata mata mahu mencari firdausi, perbaiki diri dan duniawi.

Salam Ramadhan dari Gwangju.

Monday, August 1, 2011

Kata adalah senjata

Kelakar sekali apabila aku membaca hasil tulisan salah seorang kontributor utusan, beliau menulis tentang perjuangan saorang sasterawan Indonesia yang menulis begitu kritikal sekali tentang kerajaan regim suharto.

Sasterawan yang di maksudkan adalah Pramoedya Ananta Toer. Dia dikaitkan dengan gerakan komunisme oleh pak harto, dan dicampak ke lembah penjara tanpa bicara selama beberapa lama. Di dalam tulisan si pengarang, dia menceritakan bagaimana kerasnya tulisan Pak Pramoedya sehingga pemimpin negara itu begitu takot dengan kedua dua belah tangan nya. Tulisan nya juga tidak lebih hanya untuk memperkecilkan tindakan sasterawan negara Pak Samad Said yang turun kejalan raya beberapa minggu sudah.

Di dalam tulisan beliau, dia menulis, "Dia melampaui seorang sasterawan, sebaliknya melibatkan diri dalam perjuangan politik membela golongan yang menjadi mangsa pijakan elitis politik." "Pramoedya yang sangat dibenci sekali gus digeruni oleh diktator seperti Suharto bukanlah kerana dia turun membuat demonstrasi di jalanan" "Pena di tangan sasterawan jauh lebih berbisa daripada lontaran kata-kata retorik orang politik kononnya menjadi pejuang rakyat.
Maka bersatulah sasterawan untuk berjuang menggunakan pena, bukannya turun ke jalan raya".


Aku hanya mampu ketawa kecil apabila tulisan ini diterbitkan. Sekecil itu fikrah dan sudut pandang saorang yang mengaku diri nya sebagai penulis. Tapi ini bukan sesuatu yang pelik bin hairan. Ingatilah bahawa, suatu masa dahulu, perawi-perawi digunakan olih Yazid ibnu Muawwiyah untuk menjustifikasikan tindakannya melenyapkan darah daging Muhammad. Ia, benar ianya pembunuhan dan tiada kena mengena dengan tulisan penulis ini, tetapi modus operandi dan niat asalnya adalah sama , untuk mengumpul kata setuju. Mengolah kata tidak kepada ya, iaitu sasterawan patot fokus kepada tulisan bukannya turun ke jalanraya.

Perhatikan dimana penulis ini bijak mengambil contoh, diambilnya sasterawan yang dipercayai simpatisan terhadap komunis dan dikarang ayat seperti diktator dan gerilya untuk menghalalkan niat utama tulisannya. Adapon ini semua adalah taktik akhir penjilat penjilat kuasa untuk menjilat beberapa titis air kuasa yang menitik dari hujung kerusi takhta.

Jika Pak Pramoedya digeruni dengan tulisan dan tangannya, Pak Samad Said juga digeruni dengan keberaniannya menolak jaringan kuasa rakus dan jijik dengan turun kejalan raya. Jika Pak Pramoedya, ditakuti dengan jerit laung nya dari tulisan dan buku buku, Pak Samad Said juga ditakuti dengan kebisaan tangannya, kekuatan prinsipnya yang ingin membebaskan Malaysia dari regim rakus.

Pak Pramoedya dan Pak Samad adalah contoh dua sasterewan yang tidak tunduk kepada taik kuasa. Tidak tunduk kepada penjilat najis harta dan tidak sujud pada kaki sang perakus takhta.

Monday, July 18, 2011

Sudut pandang saya

Saudara sekalian, izinkan saya mengambil contoh cerita dibumi Palestin. Mengapakah jika apabila kita menonton di kaca TV akan penentangan rakyat Palestin dibumi mereka kita akan berasa bahawa ianya adalah satu perjuangan yang telus. Mengapa sewaktu kita melihat mereka berdemo di bandar Ramallah dan Gaza, kita turut berasa bahawa kita mahu bersama mereka.

Apabila askar Zionist itu menembak rambang wanita dan kanak kanak kita berasa marah dan geram. Dan mengapa kita tidak sesekali berkata bahawa, perhimpunan rakyat Palestin itu adalah perhimpunan haram yang akan menganggu gugat sistem ekonomi negara Palestin itu sendiri.

Perhimpunan rakyat Palestin itu adalah sia sia dan hanya membawa mudarat kepada rakyat mereka sendiri. Mengapa kita tidak berkata begitu? Hanya kerana mereka beragama Islam? Hanya kerana mereka itu rakyat Palestin yang terkandung ceritanya di dalam Al-Quran?

Pada minggu yang lepas sewaktu perhimpunan haram Bersih, saya yang tidak berada di dalam kota Kuala Lumpur, memerhatikan dari ruang alam maya rata-rata menggelarkan bahawa mereka mereka yang turun di jalan raya itu hanya membawa musibah dan bencana. Kerosakan dan pembaziran masa. Tidak kurang dengan runtuhnya sistem ekonomi negara. Saya tidak membangkang, itu pendapat mereka sekalian yang lahirnya dari akal fikrah kita sendiri.

Tetapi saya hairan mengapa kita melihat perjuangan rakyat Palestin itu satu perjuangan yang hakiki tetapi tidak melihat perjuangan dibumi sendiri itu sebagai perbuatan yang sah. Dengan alasan, Bersih sudah dipolitik kan? Ambiga bukan seorang beragama islam dan negara ini sudah sememangnya aman?. Apa situasi di Palestin tidak pernah dipolitikkan? Apa rakyat palestin itu semuanya Islam? Apa Palestin dahulu tidak pernah aman?

Ada pon tulisan ini bukan mahu mempertikaikan pandangan dan kepercayaan saudara sekalian. Tetapi 1 perkara yang kita lupa bahawa, dimana wujudnya penindasan, maka muncullah penentangan. Ini bukan teori yang direka reka dan bukannya rekaan saya. Ini satu perasaan yang wujud di dalam tubuh badan manusia yang tidak kira usianya.

Jika kanak kanak berusia 7 tahun kita rampas mainannya, maka dia sendiri akan memberontak menangis. Jika kita mencuri wang dari kawan sendiri, masakan kita mahu berdiam diri. Masakan rakyat Yahudi dari Poland berdiam diri sewaktu Hitler melancarkan genosid keatas puak Yahudi di eropah. Sudah tentunya tidak. Masakan UMNO berdiam diri ketika rakyat cuba meluahkan amarah di jalan raya? Jawapannya sila baca Utusan Malaysia.

Dari situ jelas bahawa dimana ada penindasan pasti wujudnya penentangan. Apa yang paling wajib difahami adalah apa yang diperjuangkan itu. Bukan menilai dari sudut rupa wajah jasad yang memimpin. Saya suka percaya bahawa setiap perkara itu mempunyai dua wajah yang berbeza sama seperti wang syiling. Adanya kaum manusia yang menyokong ideologi Nazism, ada yang tidak. Ada yang menyokong Bersih ada yang tidak.

Melihat perjuangan Palestin sebagai gerakan yang benar dan sah adalah tindakan yang betul, tetapi menyalahkan gerakan Bersih dengan kenyataan kenyataan yang tidak masok akal adalah satu pilihan yang salah. Ini sudut pandang dari saya. Kerana sudah saya katakan, menilai perjuangan itu harus dilihat dari sudut apa yang dibawa untuk pembaharuan. Dan jangan kita lupa bahawa setiap penindasan itu akan wujud bersama penentangan. Yang kita mahu hanya perbaharuan dan hak, dan pembaharuan serta hak itulah yang turut dituntut oleh darah rakyat Mesir, Syria, Tunisia, Libya, China, Cuba, Burma, Sudan, Timur Timor, Afghanistan, Iraq, Palestin dan bumi bertuah Malaysia.

Wednesday, July 13, 2011

Jika mereka peduli

Tamat sudah perayaan bersih di seluruh dunia. Jika di Tunisia mereka ada Jasmine Revolution, ada yang menggelar Malaysia dengan Revolusi Bunga Raya sempena nama bunga kebangsaan. Aku tidak berapa setuju meskipon bersih dirayakan di kebanyakkan pelusuk dunia.

Apa yang pasti perayaan ini telah membuka banyak mata baik dari yang menyokong atau pon tidak. Wajah wajah yang turun ke jalan raya juga sudah mempunyai pelbagai rupa dan warna muda dan yang tua. Segala teori dan dakwaan juga telah diterbitkan di ruang akhbar, baca dan nilai.

Regim fasis seperti ini akan melakukan apa sahaja untuk teros bertakhta. Di Amarika, Cuba, Italy, dan lain lain negara yang masih berjuang semuanya telah diceritakan sejarahnya.

Sebelum Micheal Jackson di sahkan mati, beliau ada menerbitkan sebuah lagu. Mari kita hayati..Benar kata raja pop dunia ini, mereka tidak peduli. Jika mereka peduli sudah tentu kita tidak perlu turun ke jalan raya 9 Julai yang lepas.

">

Tuesday, July 12, 2011

Jasad Bahagia

Tidak cukup dengan ucapan sayang aku hulurkan tangan untuk kau genggam,
TIdak cukup dengan ucapan syahdu aku hulurkan kan tangan untuk kau pegang
Tidak cukup dengan rasa rindu aku depakan tangan untuk kau dakap

Berapa jauh jalan kita tempuhi, berapa lobang dalam telah kita loncati
Peluh keringat basah lekit menjadi teman saban hari
Kau tersenyum tika aku mendongak, Aku tersenyum hanya dengan melihat kau tersenyum, semudah itu.

Sambil putaran lagu di pusing berkali kali, membayangkan semua bencana tidak pernah terjadi,
Sambil berbaring di padang yang hijau, membayangkan semua masa masa lampau.
Mendengar kicau burung dari dahan, membayangkan segala kenangan yang telah dipertahan.

Tidak kira apa yang pernah terucap, tidak kira apa yang pernah diluah
Jika masa itu boleh dijaga, kitalah jasad yang paling ceria
Jika masa itu boleh diputar tak kira masa, kitalah jasad yang paling setia,
Jika masa itu dapat di simpan didalam balang kaca, segala kenangan terpahat sedia.
Kitalah jasad yang paling bahagia,