Tuesday, December 29, 2009

Orang tua yang tak cool

Aku cukup tidak gemar dengan orang tua yang tak cool. Orang orang berumur ini selalunya tidak suka dengan apa yang anak anak muda buat. Aku sejak dari kecil sudah banyak kali mendengar larangan orang orang tua dan sampai sekarang masih ada lagi bunyi bunyian itu.

Seperti saorang tua yang telah aku kenal sejak dari lahir ini dia sangat tak cool. Atau zaman sekarang ini dipanggil poyo. Pernah aku dan beberapa kawan lain membina rumah di atas pokok. Oleh sebab mahu kelihatan cool rumah itu siap dengan rangka katil yang boleh memuatkan 4 orang sekali gus. Memang cool. Direka juga atap bagi menahan panas dan hujan, dibawah pokok pula tempat memasak.

Aku tidak tahu mungkin orang tua ini sakit hati melihat ke-cool-an kami membina rumah di atas pokok. Kerana selalunya dia akan bising melarang kami memanjat pokok. Untuk menakut2 kami direka cerita jembalang dan hantu mendiami dipokok itu. Kerana kami cool kami tidak peduli. Kini pokok itu sudah pon mati dan dia jugalah yang meruntuhkan port cool kami itu.

Sampailah sekarang masih lagi orang tua ini tidak dapat membuang perangai tak cool nya. Tapi kini giliran anak-anak buah aku pula yang ditegah dari membuat perkara perkara cool. Apakah yang cool di mata orang tua ini? Adakah mat-mat belia cool di mata nya atau mat mat skema?

Orang tua ini bekas askar mungkin juga pekerjaan ini tidak cool dan terus menjadikan dia saorang yang tidak cool. Pihak berhaluan kiri juga tidak dianggap cool oleh orang tua ini. Yang cool bagi orang tua ini adalah stesen radio dan Berita TV1 RTM, Utusan Malaysia dan cerita Roda Roda Kota Raya.

Banyak lagi orang orang tua tak cool di luar sana. Anak anak muda yang tak menyokong idealisme mereka ini dianggap tidak negarawan dan tidak pernah merasa derita nenek moyang.

Mungkin dia tak tahu nenek moyang yang banyak menderita itu menderita demi melihat cucu cicit nya hidup dengan penuh gaya cool. Nenek aku cool kerana dia dulu perokok. Kerana itu aku pon merokok. Menjadi cool adalah sangat cool.

3 comments: