Tiba-tiba Malaya seperti kembali ke era 60an. Era masyarakat masih lagi belom ada internet radio dan TV secara meluas. Zaman itu jika mempunyai TV dan radio sudah cukup mewah dan cool.
Kenapa kita secara tiba tiba kebelakang? Ini kerana dua tiga hari ini berita di radio TV dan internet semuanya bercerita hal rumah ibadat diserang. Suasana tidak tenteram beginilah mungkin yang berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.
Soal agama seperti ini cukup sensetif baik bagi mereka yang alim mahupun tidak. Bahaya dan ancaman tidak mengenal alim dan tidak alim. Meningkatkan taraf kebencian pada sesetangah golongan adalah cara yang terbaik bagi meraih sokongan. Dengan cara ini dapatlah golongan tertentu meraih simpati dengan cara tidak betul. Tidak kisah lah pihak mana pon yang menggunakan taktik ini tetapi adalah tidak wajar menggunakan agama sebagai bahan dagangan untuk politik. Lebih lebih lagi dengan nama Sang Pencipta.
Walaupun berdemo itu satu cabang demokrasi tetapi sikap double standard pemerintah menunjukkan ketidak ikhlasan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Adakah kerana dengan nama tuhan baru berdemo itu halal?
Tiba-tiba saja penuh Masjid Negara penuh kain rentang laungan nama Pencipta yang selama ini sepi. Semuanya menangguk di air keruh. Untuk melihatkan aku lebih alim dari engkau maka taktik ini digunakan walhal kau dan aku sama sahaja. Tiba-tiba semuannya mengaku Ayatollah.
Serangan keatas rumah ibadat adalah taktik paling kotor sekali bagi meraih sokongan golongan tertentu dan cara menakut nakutkan rakyat dengan cara ini sangatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin dengan zaman internet ini dapatlah rakyat sekalian memahami perjalanan politik di Malaya dan tidak termakan lakonan sandiwara sang politikus.
Dahulu kononnya pihak penjajah dengan bantuan pemimpin Melayu pernah berkata, komunis ini tidak mempercayai tuhan maka tidak bisa hidup dengan panduan ilahi.
Tapi sekarang terbalik, mereka yang ada agama sudah mula menjual nya sebagai bahan dagangan seperti tubuh pelacur demi memastikan kuasa mutlak di pihak mereka.
Pergilah mampus.
Satu forum antara pengamal agama yang fasih dan mahir tentang selok belok agama tidak kira Islam Krstian Buddha dan Hindu perlu dilaksanakan dengan segera bagi membuka mata dan minda rakyat Malaya.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment