Friday, March 5, 2010

Hijrah

Hari ini kalau mengikut kalendar Islam tarikhnya 19 Rabiul Awal 1431.Jika mengikut islam Muharram adalah tahun baru dan tahun baru dalam kalendar islam masih lagi jauh. 07-12-2010 barulah umat islam akan menyambut tahun baru. Cerita tahun baru ini telah diceritakan kepada aku sejak aku sekolah rendah lagi. Kisah perjalanan Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Jika dalam bahasa inggeris di sebut Renaissance iaitu zaman Pencerahan dari yang buruk ke baik dari yang gelap ke cerah.

Perjalanan Muhammad menjadi sejarah yang sering kali diulang untuk manusia melihat pengorbanan pada zaman itu untuk lari dari kegelapan. Bukan sahaja di zaman Muhammad tetapi selepas itu telah banyak cerita hijrah dari pelbagai manusia direkodkan untuk dijadikan bahan sejarah dan bahan bacaan.

Tetapi tidak semua cerita hijrah itu cerita tentang perjalanan yang cerah. Ada juga cerita perjalanan dari putih ke hitam cerita pembelotan dan pengkhiantan. Itu lumrah alam semesta. Ada baik ada buruk.

Aku pernah mendengar cerita tentang perbezaan antara Thaksin Sinawat dan Che Guevara. Ada persamaan antara mereka, iaitu mereka berdua meninggalkan negara masing-masing untuk lari daripada ditangkap. Tetapi bezanya cerita mereka adalah megapa mereka lari meninggalkan bumi masing-masing. Thaksin berhijrah ke London kerana takut ditangkap polisi Thailand olih kerana skandal rasuah dan baru baru ini harta yang berkoyan koyan dirampas. Che (salute) pula lari ke Bolivia kerana dicari CIA. Che pejuang total untuk kemerdekaan. Dia diburu kerana jika dia hidup rancangan Amarika untuk memonopoli ekonomi Amarika latin akan gagal. Paksi kapitalis Amarika juga akan gagal. Jadi Che wajib diburu dan dihapuskan. Hasilnya dia dibunuh.

Adakah hijrah mereka berdua sama? Tentu sekali tidak. Moral dan prinsip boleh dilihat dari sudut pegangan dan kepercayaan.

Di Malaya tidak kurang juga cerita hijrahnya. Seminggu dua ini heboh cerita manusia berhijrah. Sama seperti cerita diatas rakyat sudah boleh menilai cerita hijrah mereka tetapi perlu berhati hati agar tidak terkeliru dengan gaya dan alasan mereka berpindah (hijrah).

Alasan yang keluar dari mulut mulut ini adalah tidak lain tidak bukan kerana nama ALLAH. Kononnya Allah dilelong kesana sini dijual oleh agama lain dibeli oleh Islam dan 'difotostate' di kedai runcit. Maka mereka yang berhijrah ini merasakan agama mereka sudah dijual beli dan mereka sebagai pengamal agama tulen berasa dihina.

Lakonan ini sudah bolih diagak dan ditayangkan. Muka diakhbar berketayap putih suci menggambarkan mereka baru lepas Solat Asar.

Ini semua mainan politikus. rakyat selalu lupa bahawa masih ramai lagi mereka yang didalam PR berjiwa kontrek dan projek. Semua mahukan wang berjuta-juta. Hanya segelintir di dalam PR yang betul2 fokus untuk rakyat. Tidak dapat projek mulalah bising dan menyalak semua kerana wang lantas agama dijaja.

Jangan samakan hijrah Mohsin Fadzli Samsuri, Tan Tee Beng dan Fairus Khairuddin dengan hijrah Muhammad dari Mekah ke Madinah, Che yang lari dari Cuba ke Bolivia dan Yunus Ali dari Malaya ke Beirut. Kerana Hijrah Muhammad, Che dan Yunus tidak didorong oleh wang dan harta ia didorong oleh prinsip dan kepercayaan.

No comments:

Post a Comment