Friday, February 5, 2010

Nasib

Di dalam kitab suci agama Islam, kitab untuk sekalian makhluk, yakni bukan untuk bangsa Melayu sahaja, ada diungkap dari kitab suci itu Nasib manusia tidak berubah melainkan manusia itu sendiri berusaha mengubahnya.

Ini kalam yang diperturunkan kepada manusia agar manusia senantiasa beringat. Yang malas berusaha menjadi rajin, yang bodoh berusaha menjadi pandai. Jika tidak tidak akan berubah nasib seseorang itu. Itu jelas diperkatakan di dalam Al-Quran.

Tetapi sayangnya di Malaya itu tidak berlaku. Walaubagaimana cara sekalipon nasib orang-orang miskin dan kurang bernasib baik tidak akan berubah. Setelah 50 tahun merdeka nasib orang orang ini masih lagi belom bertukar dan menjadi lebih teruk.

Bukan mereka ini malas, bodoh, sombong, tidak sembahyang, main judi, rompak sana samun sini. Mereka ini golongan teraniaya yang gaji bulan tidak sampai 1000 walaupon ke masjid siang dan malam.Ditambah dengan dua mulut yang perlu disuap, tangki motor yang perlu diisi, bill letrik, air telepon yang perlu dijelaskan. Susu, baju, gula, garam,beras, sewa rumah, makan minum, sekolah buku, pensil pen dan kasut semuanya perlukan ringgit.

Mereka overtime, kerja sabtu ahad, isnin sampai jumaat, 8 sampai 10 malam, makan nasi lauk sayur campur dan ikan kembung, hisap rokok gulung dan gudang garam. Akhir bulan masih lagi tidak cukup kerana membayar itu dan ini.

Yang naik minyak gula bil-bil, kadar telepon, kadar rumah sewa, bulanan dapur, belanja makan bla bla bla. Hidup 80 tahun pon belom tentu nasib berubah jika yang kaya terus merompak.

Yang kaya beri gaji sedikit, naikkan bil itu dan ini, kasi naik gula dan beras. tiba2 stok tiada, susut nilai pasaran naik pasaran antarabangsa, negara tiba2 gawat, minyak petrol yang murah lebih bagus yang mahal tentulah mahal. minyak naik kerana harga anatrabangsa tiba-tiba naik, setong USD bla bla bla, keluar alasan kita perlu bersaing, negara jiran lebih mahal walaupon harga kita naik tetapi kita masih ditakok murah. Bermacam-macam alasan.

Yang kaya sorok kan gula, naik kan tol, naikkan harga berubat. Semua berbayar, cucuk bayar sedut oksigen bayar, baring satu malam bayar semua bayar. Mahu hidup lama kene guna ubat ribu ribu yang miskin mati dulu. Harga kenderaan awam naik, bas mahal selalu eksiden, ada komuter lambat macam siput, sesak penuh dengan orang. teksi pula bertambah mahal dan cekik darah. Semua kerana sudah terdesak. Ini tipu sini sana tipu sana, sini rompak sini sana rompak sana. Semua nya terdesak untuk hidup kerana yang kaya sudah awal awal merembat tanah dan bukit untuk dijadikan bukti kekayaan.

Semuanya sudah terlambat. KLCC tidak akan diruntuhkan untuk membina rumah untuk orang miskin, Genting tidak akan dijadikan hospital untuk berubat, Sepang F1 tidak akan dijadikan sekolah, Yang sudah jadi akan kekal. Yang boleh mengubah orang orang tidak bernasib baik hanya dengan mengubah mereka yang memimpin.

Yang paling utama warga perlu sedar apa yang diperjuangkan oleh golongan politikus. Siang cakap lain malam cakap lain. Betul nasib seseorang tidak akan berubah jika orang itu sendiri tidak mengubahnya. Selagi tidak sedar selagi itu tidak berubah.
Yang paling pasti nasib bangsa melayu sudah berpuluh tahun ditipu dengan alasan demi alasan.. Ironik sekali kerana yang menipu itu sendiri bangsa melayu. Itupon ada yang masih percaya kepada daulatnya ketuanan melayu. Sudahlah miskin bodoh pulak tu.
Nasib lah badan..

No comments:

Post a Comment