Boleh jadi dia meliwat boleh jadi dia tak meliwat. Dua kebarangkalian ini susah untuk di jawab meskipon suatu hari nanti keputusan akan diumumkan. Tapi sebelum itu, ada satu perkara yang sudah boleh diramalkan. Iaitu dia pasti akan ke penjara.
Perkara ini bukan perkara tidak masok akal ataupon mustahil. Perkara ini dahulu pernah terjadi pada 1998. Ingat lagi pada Sukma Darmawan Ummi Hafilda dan Tilam junjungan? Kisah itu semuanya kisah sahih. Sama ada dia melakukannya di kondo mewah sambil berkata 'can i f*** you' atau tidak itu tidak penting.
Aku percaya ramai penganalisis politik yang menjadi saksi peristiwa 1998 akan terus percaya bahawa dia akan ke penjara buat kali kedua. Aku percaya peguam bela dia sendiri sudah boleh mengagak keputusan. Aku lagi sekali percaya bahawa isterinya juga percaya dia akan tinggal kesaorangan buat kali kedua. Aku lebih percaya bahawa dia adalah orang pertama yang penuh yakin berasa bahawa, akan lagi sekali hidup dibelakang tembok batu.
Kerana apa, kerana sudah ada susuk yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan dia ke penjara. Walau dengan apa cara sekalipon dia wajib ke penjara. Game ini telah dimainkan 10 tahun lalu. Masakan player-player ini sanggup membuang masa mereka dengan permainan yang merugikan. Sumpah sudah diangkat Al-Quran sudah dijunjung. Masakan mahu dilihat perkara itu sebagai perkara enteng. Tidak semudah itu dia boleh lepas dari penjara.
Permainan ini permainan golongan atasan. Golongan elit. Tapi aku sendiri belom nampak kenapa dan mengapa. Ada orang yang telah aku jumpa berkata ini permainan golongan elit dari MCKK. Ingat MCKK ini sekolah golongan elit. Permainan elit ini bukan permainan orang macam aku. Jadi sukar untuk aku selami permainannya.
Tapi semua ini sudah seperti soalan bocor SPM. Jawapan sudah diketahui. Tinggal isi tempat kosong dan bulatkan jawapan yang benar. Semudah itu A B dan C. Soalan juga tidak banyak. Klue sudah terang terang diberi. Cikgu pula tutup mata buat tak nampak. Anak murid apa lagi ambik peluang lah meniru jawapan. Itulah aku. Si peniru jawapan yang klue nya telah ditunjukkan sejak dari tahun 1998 lagi. Jawapannya adalah dia akan tetap ke penjara.
Suka atau tidak suka itulah jawapan yang cikgu telah beri. Tapi bagi aku, aku lebih percaya dia ini adalah saorang womanizer dari saorang bi-sexualitas atapon gay. Jika tuduhannya dia 'menongkat' saorang wanita, aku akan percaya 100 peratus tanpa perlu mengemukakan bukti tilam mahupon sampel air mani.
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment