Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum Vit

Hari ini aku menonton kau dari jaringan internet Vit, Hari ini aku melihat kau dari kaca komputer aku Vit, Hari ini aku mendengar suara kau yang tiada lagi ketika ini Vit, Hari ini aku melihat kau bersama rakyat Palestin dari jauh Vit..

Vit, perasaan aku bercampur baur, fikiran aku tak tentu hala. Vit, kau yang masih muda sanggup meninggalkan lapangan dunia untuk bersama mereka yang terperuk sempit di celah dunia. Vit sahabat ku yang tidak pernah aku bertemu, apa sebenarnya yang berada di fikiran mu?

Vit, selepas beberapa minit mendengar suara kau aku tersentak, masa kan dunia ini mampu melahirkan seorang yang begitu berani seperti kau. Mana mungkin dunia ini mampu melahirkan pahlawan seperti kau. Vit, aku ingin bertemu dengan kau, aku ingin bertanya pelbagai benda. Adakah aku terlewat wahai sahabat?

Vit, kesanggupan kau yang sedia mengorbankan diri untuk keadilan sememangnya luar biasa. Kau berhadapan dengan tentera yang tidak berhati perut semata mata kerana prinsip kau yang teguh.

Sejujur jujurnya Vit, aku mahu dilahirkan dengan hati kau yang berani, namon aku tidak begitu. Vit, jika kau mendengar, sampai kan pesan ini kepada yang Maha Esa, mintalah pesanlah agar hati hati manusia ini dibuka, dibuka untuk menerima kebenaran dan keamanan, juga bisikan lah agar diberi peluang untuk manusia yang masih bernafas ini berubah,merubah segala dosa dosa lama.

Vit, jika aku berpeluang, akan aku lawat makam mu di Italy. Akan aku tanamkan coretan ini disebelah pusara mu agar dapat kau membacanya. Vit, jika kita bertemu kelak, anggaplah kita sudah pon bersuai kenal.

Salute Dari Sahabat Mu..

http://english.aljazeera.net/programmes/aljazeeraworld/2011/06/201162975140291805.html

No comments:

Post a Comment