Kurang dari dua minggu lagi acara pembersihan pilihanraya bakal berlangsung. Dan jika dilihat di kaca tv dan di muka akhbar bermacam macam reaksi yang ditonjol kan. Beratus ratus pendangan telah dimuntahkan, baik dari politikus, agamawan, sasterawan mahupon rakyat jelata.
Ada yang menyokong ada yang tidak. Itu lumrah alam, duit syiling juga mempunyai dua belah sisi yang berbeza. Tetapi kefahaman tentang wajarnya perhimpunan itu diadakan adalah sangat penting. Tidak kurang juga yang mengatakan bersih sudah menjadi alat politik sesetangah susuk dan tidak lagi nuetral posisinya di mata sesetangah jasad.
Benar, kempen bersih ini dipelopori oleh sosok sosok politikus dari pihak penentang kerajaan. Sungguhpon bersih dikendali oleh sosok yang non partisan, ada juga pihak yang menuduh ini adalah rangkaian penentang kerajaan yang mahu mengambil tampuk kuasa secara rakus. Sejauh mana kebenarannya?
Jika kita membaca berita beberapa bulan yang lepas, kita akan melihat betapa dashyatnya mesir bergolak. Dari situ kebangkitan rakyat menendang keluar susuk mubarak. Maka kita disini pon mengucapkan syabas kepada rakyat mesir. Tetapi kebangkitan itu turut disertai oleh badan politik yang paling digeruni oleh mubarak. Ikhwan Muslimin nama diberi. Untuk kita buka sejarah adalah terlalu panjang cerita perlawanan Ikhwan menentang regim mubarak. Ikhwan yang dibuka oleh Hasan Al Banna adalah penentang utama mubarak dan ramai ahli politikus nya ke penjara kerana menentang suara susuk mubarak.
Tidak lupa kepada pihak Hizbullah. Dikenali sebagai Parti Tuhan yang dikepalai oleh imam syiah Hassan Nasrullah. Setelah berjaya menentang Zionist dan mengadakan tunjuk perasaan besar besaran rakyat lebanon sebulat suara memilih Parti ini sebagai kepala negara walaupon pada mulanya parti ini adalah sebuah organisasi yang sangat kecil.
Adalah pon tujuan info itu ditulis adalah untuk memberi contoh parti politik bergerak. Tanpa memenangi hati rakyat tidak mungkin sesuatu parti politik itu dapat bertahan. Adalah gagal satu satu parti politik itu jika mereka gagal untuk melihat peluang meraih sokongan rakyat. Didalam hal Bersih ini, parti PAS Keadilan dan DAP masing masing melihat peluang yang sama di dalam perikatan Pakatan Rakyat. Peluang menumbangkan kerajaan UMNO /BN dan adalah bodoh jika mereka tidak mengambil peluang ini.
Benar Bersih dilaungkan sebagai suara rakyat dan harus dilihat nuetral. Jadi apa relevan nya PAS Keadilan DAP mengambil tempat. Disini peranan kita sebagai rakyat adalah penting. Rakyat harus juga bijak membaca permainan politik yang dimainkan oleh mereka. Adalah gagal seseorang rakyat itu jika dia menerima bulat bulat atau mengutuk secara membabi buta peranan Pakatan Rakyat di dalam bersih. Sesungguhnya orang orang seperti ini gagal memahami permainan politikus.
Bersih adalah gerakan bebas, tetapi yang mampu membawa kekuatan massa adalah parti politik yang mempunyai penyokong. Tugas Bersih adalah untuk membawa 8 perkara mengubah sistem elektoral. Peranan parti politik membawa kekuatan massa. Dalam masa yang sama kekuatan massa itu adalah rakyat yang percaya bahawa sistem elektoral tidak lagi boleh diharapkan maka ia perlu diubah. Pakatan rakyat mengambil peluang ini kerana secara jelas pihak SPR tidak mengendalikan pilihanraya dengan adil.
Akan tetapi kenyataan Saudara Anwar baru baru ini jelas menunjukkan sikap oppurtunisnya. Adalah tidak wajar sama sekali untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa dikala rakyat semua dahagakan satu perubahan yang mampu menukar wajah malaysia. Secara jujur saya melihat suara Mat Sabu yang benar benar ikhlas mahukan perubahan. Benarlah Parti ini sudah berubah wajah setelah muktamarnya baru baru ini.
Di sebelah pihak yang lain kita lihat, Adakah UMNO tidak akan menggunakan cara yang sama sekiranya mereka ditempat PR? Jawapannya sudah tentu mereka akan melakukan perkara yang sama, bahkan UMNO telah memobilisasikan rakyat sewaktu menentang Malayan Union dimana 20000 rakyat turun membantah.
Sekali lagi disini rakyat memainkan peranan amat penting. Tidak kira sesiapa yang memerintah, perlaksanaan 8 perkara dibawa Bersih ini harus di implementasi. Jika Pakatan juga gagal merubah perkara ini sekiranya berjaya mengambil alih tampuk kuasa, adalah wajib kita sebagai rakyat melakukan Bersih 3.0 dan percayalah saat itu UMNO Perkasa, Pekida, Persatuan Teksi, Polis, SPR, Bomba, Persatuan Silat Lincah,Hindraf, Kesatuan Ulama Umno dan peniaga makanan runcit akan terhegeh hegeh melaung mejerit demokrasi bersama sama Bersih di jalan raya.
Jadi bukalah hati untuk peluang demokarasi bertapak di malaysia, dan biarlah Bersih menjadi pintu pertamanya ruang demokrasi ini dibuka. Perjalanan kita masih panjang, dan garisan penamat masih lagi jauh sekiranya kita tidak keluar dan dapat membezakan antara opportunis partai politik dengan rakyat marhaen yang jujur mahukan perubahan.
Yang perlu diubah adalah sistem bukan tubuh badan seseorang susuk, adalah gagal kita sebagai khalifah dimuka bumi ini jika kita gagal mengenal pasti sistem yang korup dan memuja sosok yang daging nya sudah busuk.
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
well written my fren. kudos!
ReplyDeleteBukankah PILIHANRAYA yang ingin diBERSIHkan itu juga adalah agenda politik?
ReplyDelete