Thursday, March 10, 2011

Gugur daun daun di pokok itu
Togel badannya tidak berselimut
Angin pagi itu masih tidak tahu untuk berhenti
Bukan satu dan dua tapi berpuluh pokok semuanya berbogel

Cahaya suria tegak berdiri
Namun angin itu masih seperti tadi
Dibawa kenangan yang lama bersama
Entah dari mana muncul tiba tiba

Gambar demi gambar wajah demi wajah
Suara senyuman jelingan lambaian tangan
Kata demi kata bisikan setiap kali bersama
Angin tadi menjadi penyampai

Berlalu pergi segala gambar dan lirik kata
Tidak diberitahu bila akan menjelma
Entah esok entah lusa
Angin itu akan mengelilingi dunia mengumpul segala rasa

Sunday, March 6, 2011

I Have Forgiven Jesus

Why did you give me So much desire?
When there is nowhere I can go To offload this desire
And why did you give me So much love
In a loveless world When there's no one I can turn to
To unlock all this love And why did you stick me in
Self-deprecating bones and skin....

Friday, March 4, 2011

Hari ke 4

Suhu paras beku masih tidak berubah. Setiap pagi suhu di bandar Gwangju adalah negatif 1 dan apabila malam menjelma paras beku itu jatuh ke angka negatif 2 atau 3. Empat helai baju dipakai sekali gus belum tentu dapat menghalang angin beku dari Siberia ini. Musim paling sejuk adalah Januari dan pengakhiran March akan bermula musim bunga atau Spring.

Makanan agak sukar,tiada mamak atau gerai masakan orang melayu. Semuanya masakan tempatan. Rasa yang agak pelik bagi aku tapi tiada masalah yang besar, sudah dua hari aku memasak nasi sendiri. Tengahari pula makan diluar. Malam Jumaat disini tidak banyak bezanya dengan bandar Kuala Lumpur. Ramai anak muda yang keluar bersantai walaupon suhu menggila. Ramai yang ke kedai kopi dan ke restoran untuk bersantai menikmati soju (rice wine) bersama teman teman.

Masih baru aku disini dan belom banyak yang boleh diceritakan, jika aku tulis semuanya ia agak cliche. Masa masih panjang semoga kita bertemu di jalan raya kelak.

Tuesday, March 1, 2011

Fenomena baru

Malam pertama di daerah Gwangju.. Sejak dari pagi suhu tidak berganjak tetap kejam menusuk tulang. Sekali angin bertiup seperti hablur kaca melekat di pipi. Selapis baju sejuk tidak memadai untuk menentang kuasanya.

Malam ini bosan mengadap cerita mat saleh di kaca tv orang korea. Namun internet di mengecewakan cuma aku masih belom faham cara menggunakan telefon awam ditepi jalan. Bahasa menjadi batu penghalang. Belom banyak yang boleh dicerita, kecuali desas desus pemimpin utara mahu menyerang rakyat dibelah selatan diconteng di muka akhbar.

Makanan tidak banyak membantu, rasa rupa dan bentuk sememangnya berbeza dari tekak melayu. Mungkin esok ada warna yang baru juga cuaca sejuk akan berakhir dan musim bunga akan tiba harapnya suhu gila ini akan pergi buat sementara.

Selamat Malam