Friday, October 30, 2009

Jangan menderma wang di masjid dan surau.

Ini cerita yang tidak ditokok tambah, cerita ini cerita benar dan tidak menipu. Kisah ini diceritakan oleh saorang tua 2-3 hari yang lepas dekat aku. Orang tua ni dah macam bapak aku sendiri. Separuh umur aku hidup mengenali dia, jadi cerita ini cerita sahih.

Orang tua ini sudah pencen, dan biasanya bila dah pencen orang orang tua suka duduk dikampung dan menambah amal ibadat yang tercicir ketika sibuk bekerja dulu. Jadi orang tua ini pon balik lah ke kampung. Kampung orang tua ini tidak lah jauh, di sempadan negeri selangor dan negeri sembilan. Aku selalu juga ikut dia balik kampung jadi aku tahulah selok belok kampung orang tua ini. Betul2 depan rumah peninggalan arwah mak ayah orang tua ini ada sabuah surau yang agak lama tapi masih lagi cerah dengan orang ramai.

Surau dan masjid biasanya ada ajk bahagian seperti ajk kewangan ajk peralatan dan lain2. Nak dijadikan cerita suatu hari orang tua ini bersama saorang lagi temannya bertemu dengan ajk kewangan surau terbabit. Entah apa nama dia aku malas nak ingat. Jadi orang tua ini pon bersama temannya tadi meminta rekod keluar masuk wang termasuk wang derma orang ramai kepada surau itu.

Prosedur itu adalah prosedur biasa. Meminta rekod keluar masuk wang kerana langkah ini dapat lah dikesan mana pergi perbelanjaan wang surau itu. Tapi jawapan ajk itu sangat tidak boleh dipakai. "Kau tidak pecayo kat den lagi ko?" Itu jawapan yang paling tidak masuk akal.

Bukan soal percaya atau tidak, ini soal perbelanjaan wang yang diderma oeh orang ramai. Jadi prosedur tetap prosedur. Jawapan ajk itu seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Oleh kerana tidak mahu bertekak orang tua ini pon mengalah dan pulang.

Keesokkan harinya datang saorang hamba Allah menderma tin susu. Kebetulan ajk kewangan ini mempunyai sabuah kedai runcit. Tanpa perasaan malu ajk ini mengofferkan dirinya menjual tin susu itu di kedai runcitnya atas alasan takot susu itu rosak atau expired. Naik angin orang tua ini mendengar usul ajk itu. Orang tua ini terus menegah kerana perbuatan itu sama seperti mencuri wang derma.

Adalah lebih elok jika setiap kali selepas solat tetamu rumah Allah ini dijamu dengan air teh dan jika ada ceramah boleh lah digunakan susu itu untuk dibancuh. Itu usul dari orang tua ini. Ajk surau itu tidak berkata apa2 kerana semua tahu tindakan itu salah. Rekod keluar masok wang belom lagi diserah dan ini menimbulkan tnada tanya kemana wang derma itu pergi. Hendak kata dibelanjakan tidak nampak pula hasilnya, hendak kata wang itu masih ada tidak nampak pula mana wang itu.

Dengan akal yang aku ada, aku membuat kesimpulan ajk masjid itu sudah rembat duit derma surau untuk perutnya sendiri. Ini satu kisah yang aku tahu dan aku kongsi bersama. Tapi cuba kita fikir berapa banyak masjid surau, gereja, tokong, kuil yang wang derma orang ramai telah dirembat oleh ajk ajk rumah ibadat kita. Aku tidaklah menuduh semua rumah ibadat wangnya dirembat tetapi soal wang duit dinar dan dollar ini mata manusia mana yang tidak gelap. Bukan saja di Malaya, malah di Vatican City, Jerusalem dan St Petersburg's pasti ada kes merembat wang.

Oleh itu, jalan terbaik untuk mengelak wang derma atau wang tiket ke syurga ini dirembat oleh perampok alim ini adalah kita jangan beri sesen ke tabung rumah ibadat. Adalah lebih sempurna jika kita memberi wang kepada orang gila ditengah bandaraya 5 ringgit atau 10 ringgit. Jika ternampak 'homeless' sedang tidor selitkan wang nota sebanyak 10 ringgit. Golongan gila dan 'homeless' ini tidak bertuan dan selalu kesaorangan jadi peluang mereka untuk dimanipulasi amat rendah sekali. Duit yang diberi tidak akan digunakan untuk membeli belah atau pon membeli kredit telefon. Duit itu akan digunakan untuk membeli sebungkus nasi lemak dan air selama 2-3 hari.

Jika kita masih mahu menderma ke rumah rumah ibadat adalah lebih cantik jika kita menderma barangan atau makanan. Sejadah, getah paip, tukul besi, penyapu sampah, mee, gula, kopi sangat berguna. Tetamu tuhan masing-masing juga dapat mengenyangkan perut setelah penat melakukan ibadat.

Akhir sekali jangan kita lupa tuhan manusia adalah dollar, yen, dinar dan ringgit.Oleh itu, selamat beramal ibadat..

Sunday, October 25, 2009

Ke mana kau?

Sudah lama aku menunggu kau.Tiap Tiap malam aku memuja kau supaya datang. Hari hari menunggu kau masuk. Habuk pon tiada. Sudah lama kau tahu tak..sudah lama. Kenapa kau tidak mahu hadir disaat aku begitu ingin kan kau. Malam yang sejuk sangatlah kena dengan masanya jika kau muncul.

Macam macam cara sudah aku cuba. Macam macam kehendak kau sudah aku puaskan. Kau nak itu aku belikan..kau nak ini aku dapatkan. Ini balasan kau terhadap aku?

Kemana kah kau menghilang? Kemana kau pergi membawa diri..

Aku sedang mencari kau..Aku sedang menunggu kau..

Aku sedang mencari idea yang entah kemana perginya..Jika ketemu bawakan ia kepada aku.

Thursday, October 22, 2009

ter...tak sengaja

Ter, imbuhan awalan yang selalu digunakan apabila melakukan sesuatu yang tidak disengajakan dan juga apabila melakukan kesalahan. Ia juga satu cara untuk menyelamatkan diri dari dihukum oleh orang lain.

Imbuhan awalan 'ter' kerap digunakan sewaktu hari raya. tidak kira apa raya sekali pon.
Apabila musim raya banyak lah yang 'ter' buat sebelum ini. Semuanya 'ter', seperti

"Maaflah jika ada terkasar bahasa, sorrylah i termarah u, sory terambil seluar kau dan tak pulang samapai hari ni"

Ter adalah bahasa ciptaan yang paling canggih pernah direka kaum melayu kerana dengan hanya menyebut ter..semuanya adalah tidak sengaja.

Aku sebenarnya tertulis cerita ni.Sorrylah..

Monday, October 19, 2009

Dunia berputar kerana Dinar

Sewaktu di Afghanistan aku hidup seperti saorang YB. Makan minum dijaga. Rumah diselia rapi. Jika YB di Malaya hanya ada driver dan 2 pengawal aku ada 14 pengawal termasuk 1 pemandu dan saorang ketua komandar. Jadi nyawa aku lebih berharga dari YB Tian Chua dan YB KJ di sini. Dasat bukan. Tapi itu bukan ceritanya.

Begini..askar upahan ini bukan seperti laskar gringo Amarika yang terlatih menggunakan senjata. Taktik perang juga tidak begitu faham. Tahu-tahu sajalah di Afghan pada bila bila masa kita boleh mati. Jika bertuah hidup tetapi hilang kaki. Taliban dan para penentang kerajaan semuanya terlatih serta bijak menghidu peluang.

Aku di kawal ketat oleh askar upahan yang menerima latihan 3 minggu sebelum misi. Mereka kebanyakkannya orang biasa yang bekerja harian. Separuh dari mereka ini sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil. Hidup disana susah. Elektrik tidak begitu bagus air pula tidak selancar di sini. Oleh kerana itu mereka ini menerima saja peluang kerja yang ada. Lebih lebih lagi jika dinarnya Dollar Amarika.

Jika ditakdirkan konvoi aku diserang sewaktu misi merekalah yang wajib melindungi aku. Hanya bersenjatakan AK47 dan pump gun belom tentu dapat mengusir peluru dan roket Taliban. Di dalam latihan 3 minggu itu apalah sangat yang boleh di pelajari. Kaum pemodal Amarika lah yang paling banyak membuat duit dari nyawa rakyat Afghan. Bermacam-macam janji ditabur. Sehinggakan aku ada baju kalis peluru (tapi tidak pernah aku guna sewaktu misi.)

Jika mereka mati kerana menyelamatkan nyawa aku, sampai mati pon belom tentu aku dapat membalas jasa mereka ini. Kerana duit mereka sanggup mengadaikan nyawa untuk sasaorang seperti aku. Tapi aku tetap terhutang budi dengan mereka. Jika mereka mati mereka mati Syahid.

Askar Upahan pada hari akhir

Sunday, October 11, 2009

Beli surat khabar utusan malaysia 30 tahun dari sekarang..wajib beli.

Beringatlah Malaya sabuah lagi kapal perang akan tiba tidak lama lagi. Ini selepas KD InderaPura terbakar tanpa ada unsur sabotaj. Percaya atau tidak inlah yang berlaku. Kapal perang yang bakal berlabuh masih belom diputuskan dari mana dan apa cap nya.

Beberapa benda meragukan timbul walaupon Menteri Pertahanan berkata tiada unsur sabotaj dan kapal itu sudah berusia 25 tahun. Jika kapal perang ini kapal perang jenis Portugis yang berlabuh di Pelabuhan Melaka pada tahun 1511 aku percaya ia mudah terbakar.

Bagaimana kapal perang boleh terbakar dengan sendirinya? Lintar pintas? Seperti yang selalu berlaku pada rumah setinggan di pinggir Bandar Kuala Lumpur? Kapal perang sebesar ini tiada alat pemadam kebakaran? Di berita ada berkata ketika kejadian ada askar laut di dalam kapal. Askar askar ini tidak diajar bagaimana untuk memadam api ketika masih belom merebak?

Semasa terbakar anak kapal ini semua buat apa?Main judi ke?main mercun ke? Atau mabok todi?

Cerita ini cerita yang direka untuk perompak perompak merampuk komisen berjuta juta ringgit sama seperti kapal selam yang baru berlabuh tidak lama dulu. Sesiapa yang berumur awal 20an ketika ini sila beli surat khabar lagi 30 tahun. Ketika itu umur kita sudah 50 tahun dan berita kapal perang terbakar sekali lagi akan menjadi topic di surat khabar.

Cara sama akan digunakan oleh lanun lanun ini untuk sekali lagi mendapat komisen jutaan ringgit. Tapi tidak pula kapal perang ini pergi berperang hanya menjadi tukun dan bahan ekspo untuk pelajar sekolah. Kapal perang ini akan jadi bahan tatapan umum sahaja.

Sudah ada kapal perang pergilah cari pasal dengan Israel, pergilah cari pasal dengan Amarika, cari saja pasal dengan mana-mana negara. Barulah nampak hasilnya.

Yang patot kerajaan tukar bukan kapal perang bukan kapal selam bukan kapal terbang. Yang patot kerajaan tukar system pengangkutan awam. Sistem Komuter yang tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Yang bertukar hanya tempat duduk, yang lain tidak pernah. Rakyat setiap hari bersesak sesak untuk pergi dan pulang dari tempat kerja tidak pernah di peduli oleh lanun lanun perompak ini.

Tidak percaya?Aku tidak suruh kamu semua percaya. Yang perlu kamu semua buat beli surat khabar 30 tahun dari sekarang dan lihat tajuk ini. “Kerajaan cadang beli kapal baru”.

p/s pelik tidak pernah pula dengar berita komuter terbakar, walaupon usia komuter dan lebih 10 tahun.

Thursday, October 8, 2009

Dari cafe cyber Bagan Pinang

Madey Mohamad pernah berfatwa Melayu Mudah Lupa, surah ini surah sahih yang diriwayatkan oleh Utusan Melayu dan periwayat seangkatan dengannya. Riwayat ini samalah seperti Imam Bukhari yang meriwayatkan sirah Nabi Mohammad s.a.w.

Caranya sama, Utusan menjadi medium penyampai supaya fatwa ini akan diguna pakai sehinggalah bunyi tiupan sangkakala berbunyi. Sehingga waktu itu, orang Melayu akan dimomokkan dengan fatwa ini bahawasanya, orang orang Melayu mudah lupa dengan kesenangan yang dinikmati orang orang Melayu mudah lupa dengan pengorbanan orang orang Melayu terdahulu yang berkorban.

Apa yang disabdakan oleh Madey itu benar belaka. Madeylah orang yang paling kuat menentang Isa Samad di Bagan Pinang. Tetapi apa sudah jadi dengan fatwa dari Tun itu? Rekod buruk milik Isa hanya akan menjadi petualang pada parti kompenan Barisan Nasional. Namun suara hati Madey kini tidak dilayan. Apa yang keluar dari mulut Tun itu sudah tidak dipeduli oleh geng-geng baru dari UMNO.

Melayu Bagan Pinang mudah lupa dengan rekod rasuah Isa Samad, Melayu Bagan Pinang mudah lupa dengan fatwa Tun Madey, Melayu mudah lupa dengan kes rompakan lanun Isa Samad. Tetapi ramai yang tidak lupa untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Isa Samad walaupun Tun yang disayangi ramai telah bersabda bahawa Isa Samad tidak layak untuk bertanding.

Peluang Isa untuk menang tinggi walaupun berbuih mulut Tun supaya calon lain yang diangkat. Apa boleh buat Tun, masa Tun dah tamat. Benarlah kata-kata Tun itu, Melayu Mudah Lupa. Depa pon dah lupa pada Tun.

Satu kesilapan Tun, Tun meriwayatkan fatwa itu kepada salah periwayat. Utusan Melayu tidak boleh dipercayai. Siapa berkuasa itulah yang Utusan Melayu junjung. Siapa bagi duit itulah yang Utusan Melayu jilat.

p/s Sila rujuk Utusan Melayu, satu haram pon kata-kata Mahathir Mohamad tidak dikeluarkan oleh akhbar itu.

Tuesday, October 6, 2009

Altantuya, Ziana Zain dan Band Filipina

Sudah dua hari aku berada di Port Dickson. Dahulu jika aku sekeluarga ingin bersantai inilah port kami. Aku dulu anggap Port Dickson ni macam kat Miami. Maklumlah waktu budak budak. Kali ni aku dengan Yunus Ali bos NIEI. Port kami di Glory Beach Resort.

Port ni sebenarnya tak lah best mana pon jika nak di bezakan dengan tempat tempat lain. Bak kata black ‘Villagers’. Di sini banyak penyangak menginap. Penyangak beruniform biru dan konco konco nya. Oleh sebab itu bertambah tak best la tempat ini.

Aku menjenguk ke arah pantai dari balkoni apartment aku. Nampak ok jadi aku pon turun. Sebelum tu Yunus ada berkata mesti tak ada orang di pantai kerana air nya kotor. Betul aku perhatikan tiada orang di pantai. Semuanya bersantai di tepi kolam buatan manusia. Awek pon tak ada, kecewa aku.

Benarlah kata Yunus, airnya hitam kotor dan berlumpur. Air pantai ini tidak ubah seperti air longkang di tepi tepi jalan kuala lumpur. Patutlah tak ada orang nak mandi, lebih baik mandi di kolam renang. Kesian Port Dickson makin lama makin hancur port manusia bersantai.

Itu cerita pantai, lain pula cerita Altantuya di sini, jika di Permatang Pauh dan Kuala Terenganu setiap ceruk akan ada pekik lolong nama model Mongolia ni tapi saban hari sudah tenggelam nama minah cun ni dari ingatan orang-orang Malaya. Najib pastinya orang yang paling gembira kerana makin lama orang makin lupa nama model yang kena letup ni.

Ziana Zain penyanyi popular tahun 90-an juga tidak kedengaran. Tidur lena lah Najib dengan suaminya kali ni. Jika nak bagi Najib tak tenang senang saja, cari balik pegawai agama Negeri Sembilan yang hampir meng-kantoi-kan Najib dengan Ziana Zain. Dapatkan cerita pegawai itu dan bawa pegawai itu buat ceramah umum. Menggeletarlah kepala lutut isteri Rosmah.

Melihat pasukan bola kegemaran aku menang besar semalam membuat aku rasa terhibur. Senang hati aku, tapi hati aku tak tenang dengan mendengar band Filipina ini melalak. 3 awek yang menyanyi tapi sorang pon tak boleh harap, harapkan muka saja lawa, suara out ke laut. Gitaris pon macam haram. Sweet Child O Mine dia bedal suka hati ayah dia. Potong betul. Ingatkan boleh la layan Liverpool Chelsea, tapi akibat suara lahanat awek bertiga tu aku pon blah…

Best kan cerita aku..Best habes.

Sunday, October 4, 2009

Aku Sebatang Pen dari Emas dan Berlian

“Aku dimana? Kenapa tempat ini panas, tidak seperti di Peranchis yang dingin. Eh, kenapa ada pen-pen berjenama murah diatas meja itu. Ciss, apa tempat ini? Nasib baik aku masih berada di dalam kotak. Jika tidak pasti aku akan jatuh sakit”. Aku merungut.

Pintu pejabat dibuka, kelihatan dua orang manusia seorang lelaki dan seorang perempuan menuju masuk. “Eh dia ni mamat yang tidak tahu berbahasa inggeris di Peranchis, dia ni ke yang membeli aku? Siapa pula minah cun ni?” Aku memerhati.

“Sayang I heard you baru balik dari Peranchis apa you beli untuk I? Takkan you beli untuk bini tua you je. I ni takkan tak dapat apa-apa buah tangan dari sana?” keluh gadis muda yang cun itu.

“Of course dear, when I in France I see many beautiful things, I think I want to buy for you all. But I have meeting everywhere, no time but don’t sad sad dear. Here I buy you this beg Luis Vutton sayang” Kata Mr. H yang merapu meraban berbahasa inggeris. Aku tergelak apabila mendengar dia menyebut beg Louis Vuitton dengan sebutan Luis Vutton.

“Wow honey this beg is so gorgeous, I love you darling”, kata minah cun ni.

“Aik takkan I love you jer, I pergi seminggu dan I rindu kat you, I love you jer yang you bagi kat I”? En. H kelihatan seperti mahukan sesuatu.

“Alala sayang come here” minah cun cuba memujuk.

Aku tergamam melihat gadis cun ni bangun dan terus duduk di peha En. H, dan selepas itu……

Adegan seterusnya tidak mendapat kelulusan FINAS harap anda semua faham sendiri

Tidak lebih dan tidak kurang dari 5 minit semuanya berakhir. Aku menarik nafas lega, kerana tahan melihat perot boroi En.H yang umurnya aku agak-agak sudah 50-an. Gadis cun itu bingkas memperbetulkan skrit yang tadi terlondeh. En H tersenyum sinis tanda kemenangan.

Beg baru cap LV dibimbit dan menuju keluar. Selepas minah cun itu keluar masuk pula mamat ntah dari mana ni. Di tangannya sebuah briefcase dan kelihatan lebih segak dari En H. Seperti sudah biasa, mamat itu membuka peti beg nya, dan nah…duit. Semuanya duit di dalam briefcase itu. Jumlah nya aku rasa tidak kurang dari 200,000 ringgit.

“Ini duitnya H, duit hasil jualan tanah rizab orang kampung bulan lepas. Tauke Chin happy kau bagi kontrek ni dekat dia, jadi ini hadiah untuk kau.”

“Wah, cepat bisness dengan tauke cina ni. Kalau dengan Melayu bulan depan baru dapat hasil, ini yang buat aku happy ni”. Lantas aku di keluarkan dari kotak. “ Ni kau tengok pen ni, kau rasa berapa harga pen ni?

“Wow gila pen ni, siap ada berlian lagi. Mana kau beli ni? Eh mana kau dapat duit tiba-tiba ni? Tak bagitau aku sikit pon?

“ Janganlah marah Jenal, aku beli dekat Peranchis hari tu. 500, 000 dollar jer. Duit mana aku dapat tak kan kau tak tau? Berapa banyak orang atasan aku dah sogok untuk dapatkan projek? Tu buku sains dan matematik dalam bahasa Sepanyol tu kau ingat sapa yang dapat kontrek kalau bukan aku? Jenal, Jenal..Kau ni macam tak biasa pulak dengan aku.”

“Patut la makin kembang perot kau aku tengok. Takkan untuk aku tak da satu sen dua sen? Sejak bila kau berkira dengan aku ni Hasni oii..”

“Kau ni Jenal tak reti bersabar ke? Sabar tu separuh dari iman, mana iman kau ni Jenal? Hahaha..Nah cek 70,000 ribu ni. Ambil lah itu hasil tanah orang asli yang kita kebas buat sekolah memandu dua bulan lepas. Kau enjoy lah puas-puas dulu dengan duit tu. Eh nanti dulu biar aku sain cek itu dengan pen berlian yang aku baru beli ni. Baru ada ‘ong’.

“Pandai kau berkhutbah Hasni, bila masuk Islam?” hahahaha. Terima kasih la..Eh sekolah memandu dekat tanah orang asli tu dah roboh. Tak kuat foundationnya. Si Muthu tu lah mana punya kontrator dia cari, duit nak cepat jer. Tapi kau jangan risau kali ni kroni aku pulak yang bina balik sekolah tu, nasib baik tak mampos tok ketua tu kalau tak mati aku nak menjawab.”

“Eh aku haus la Jenal kau tolong buka peti ais tu, aku ada bawak balik Russian Vodka dari Peranchis. Terbaik datang dari ladang tahu”.

Hahahaha…mereka terus berhibur.

Aku cuma memerhati dua susuk itu. Mereka kelihatan tidak boleh dipercayai langsung. Habis duit orang orang miskin dikebas. Apa patut aku buat, aku baru sahaja terlibat dengan kerja kotor mereka tadi. Aku ni diperbuat dari emas dan berlian aku tak layak duduk semeja dengan malaun-malaun ini.

Puas aku berfikir tapi semuanya buntu. Sebatang pen lain menegur aku, Pen itu sudah tua dan buruk tapi berguna untuk menulis memo memo kecil. Kami berbual dan berkenalan. Aku bertanya siapa mereka tadi dan apa sebenarnya yang berlaku di sini. Menurut kata pen tua ini, mereka adalah golongan atasan yang kaya dan bertambah kaya dengan hasil rompakan duit orang-orang miskin tanpa disedari oleh sesiapa pon. Si gadis cun itu tadi adalah wanita simpanan En. H dan Si Jenal itu pula rakan kongsi En H.

Pen tua ini berkata dia sudah melihat perkara ini bertahun lamanya. Segala macam kerja kotor yang telah terjadi dan setiap kali perkara kotor itu terjadi pen tua ini akan terlibat sama. Pen tua inilah yang menjadi saksi pen tua inilah yang menjadi tanda termetrainya perjanjian kotor mereka. Pen tua ini sewaktu datang dahulu sama seperti aku. Suci dan bersih. Tetapi sekarang pen tua ni telah bermandikan darah dan keringat orang orang yang susah. Ramai orang yang menjadi mangsa dek kerana tanda berwarna biru diatas helaian kertas. Dan tanda biru itu datang dari pen tua ni.

Pada malam itu, ketika tiada orang di pejabat dan segalanya gelap, aku termanggu sendirian. Aku mengenangkan nasib aku. Aku dari keluarga yang baik-baik dan aku sangat dihormati. Aku tidak sanggup menjadi kotor dan hitam dari tangan-tangan yang putih tetapi berhati hitam lagi legam. Kenapa aku perlu terlibat sama?

Aku perlu melarikan diri tapi aku tidak mampu. Sama seperti pen tua itu. Lihat saja tubuh badannya yang sudah tua. Sudah berapa lama pen tua itu menanggung segala rahsia manusia jahanam dan menanggung dosa dan keringat orang-orang miskin. Alangkah bagusnya jika pen tua itu boleh bersuara seperti manusia. Pasti ke meringkuk lah mereka di penjara.

Tidak aku tidak mahu terlibat.Aku tidak mahu menanda tangani perjanjian syaitan mereka. Aku tidak mahu membunuh orang-orang miskin dan mengayakan orang-orang jahanam ini. Aku tidak mahu melihat dunia ini bertambah gelap dan hitam kerana aku sebatang pen dari emas dan berlian…

Apakah aku akan mengalami nasib seperti pen tua itu?...

Thursday, October 1, 2009

Al-Fatihah Memali

4 malam minggu:

Sabtu, 3 Oktober 2009, 7 mlm - 10 mlm, Annexe, Central Market, KL.
Sabtu, 10 Oktober 09, 8 mlm - 10 mlm, Han Chiang College, Pulau Pinang.
Sabtu, 24 Oktober 09, 8 mlm - 10 mlm, Sek. Men Chung Hua No. 1, Kuching, Sarawak.
Sabtu, 31 Oktober 09, 8 mlm - 10 mlm, Tropical Inn, Johor Bharu, Johor.

Sila klik http://cakaprakyat.blogspot.com/2009/09/al-fatehah-memali-jadual-tayangan-dan.html


Lebih style dari jin notty lebih menusuk hati dari titanic