Friday, July 31, 2009

Hapus..Hapus..Hapuskan ISA


Jam sudah 2.30 pagi waktu Malaya, esok anak muda, pakcik makcik, abang adik, melayu cina india akan ke jalan raya bagi menumbangkan kerakusan pihak-pihak yang menjerut leher setiap rakyat yang mahu kebebasan dan maksud demokrasi sebenar..

Jadi turunlah ke jalan raya kerana disitu suara kita bakal didengar oleh puaka-puaka..suara keramat ini bagaikan sangkakala yang akan menghancurkan kerakusan mereka sama sekali..

Jangan termakan rencana mereka kononnya ISA untuk membela tanah air, membela melayu dari terus hanyut, menyelamatkan Malaysia dari anasir terror. Itu semua bohong, hakikatnya mereka mahu terus memijak tulang temulang kita dan terus dihenyak sehingga akhir zaman. Untuk menyelamatkan bangsa Malaysia dari terus hancur perlulah dihancurkan kerakusan syaitan-syaitan ini.

Hapuskan ISA!!!

Thursday, July 30, 2009

T.I.A

Sepanjang siang hari ini aku bekerja mencari info..dari satu tempat ke satu tempat. Yuli sudah tidor aku masih menahan mata dari tidor. Esok tiada program kerana disini Jumaatnya off day manakala Khamis separuh hari. Aku tidak mahu menulis panjang malam ini.

Sepatutnya kami berpindah ke tempat lain dari sini tetapi kerana tempat baru kami berdekatan dengan bangunan kerajaan ianya terpaksa dibatalkan kerana faktor keselamatan. Bosan sememangnya bosan tapi aku cuba untuk 3 minggu ini. Kenalan lain yang berada di daerah lain turut mengalami masalah tempat tinggal.

Bosan bukan topik kali ini. Aku pon tak tahu nak cerita apa..Cuma ada satu quote yang aku pelajari disini apa saja masalah itu adalah biasa kerana di sini adalah T.I.A

T.I.A (This is Afghanistan)

Wednesday, July 29, 2009

Aku bukan VVVVVVIIIIPPPPPPPPP

Mesti ramai yang bingung dengan tajuk aku..entah hape hape ntah..Biar aku menjadi tukang karut sambil mencarut. Percaya atau tidak aku sedang menikmati alunan muzik beethoven sungguh syahdu...Dicampur dengan musik techno ala-ala tak sedar diri dari si benny benasi. Demi apa saja yang ada di muka bumi ini sesungguhnya aku teramat bosan di Shar-e-Pul(SEP).

Jam 5 pagi sudah bangun untuk ke pangkalan terbang di Kabul menuju ke Mazar-E- Sharif(MES). Menaiki pesawat sumbangan Jepun. Sejam 30 minit di langit dan 2 jam dari MES ke SEP. Alah mcm Kl Ipoh. Tapi disini jalan sangat koboi..Beberapa kali aku berpaut pada pemegang kereta kereta kerana pemandu ini sangat handal dari Lewis Hamilton. Demi sesungguhnya bumi Afghan sangat la cantik. Sangat cantik.

Aku tiba di SEP macam kampung pedalaman sikit tidak seperti di Kabul. Lebih kurang macam belah pantai timur yang tidak berapa membangun, tapi cantik. Aku dan yuli di ekskot oleh 5 kereta anti peluru. Di dalam jeep kami siap dengan helmet dan baju anti peluru. (tidak perlu sama sekali). Tiba saja di rumah tumpangan kami tidak dibenarkan turun. Mereka berada di setiap parameter utk kami. Setelah di cek baru kami turun (ini pon aku tidak setuju). Macam lah aku ni anak Barack Obama. Orang kampung seperti melihat malaikat turun ke bumi. Tidak pernah ada orang sebegini penting datang ke kampung mereka. Aku rasa seperti aku ini kelas atasan dan aku tidak suka. Mereka memanggil aku gelaran SIR yang sama sekali aku bangkang. Jijik sekali aku bukan SIR dan aku bukan penjajah inggeris. Aku menyuruh mereka memanggil saja nama aku tidak perlu ber SIR SIR. Aku cuma pemuda yang tiada kerja di Malaya.

Kami terus ke rumah pasong di sini untuk bertemu ketua polis, bukan apa ini sebagai salah satu tugas kami yang perlu kan maklumat dari polis tentang situasi pengundi di sini. Takot2 mereka ada menerima ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab. Kami pulang sejurus itu. Bilik kami tidak enak sama sekali. Elektrik tidak bagus bilik air perlu berkongsi, internet tidak cantik, tiada penghuni lain selain kami dan seperti berada di dalam gua. Tidak boleh begini. Sebagai pemantau kami perlu bertemu orang dan tidak boleh menyorok seperti ini.

Aku sangat tidak setuju dengan corak keselamatan yang terlalu ketat dan tidak munasabah. Rakyat marhein hanya akan menjadi takot. Sampai aku jadi menyampah. Tapi tanpa rasa bosan dan menyampah ini tak mungkin aku dapat berkongsi cerita dengan rakyat Malaya..

Ingin saja aku menggunakan F word untuk meungkap tahap bosan tapi tidak manis jika dibaca oleh pembaca yang budiman...Malam ini kepala aku tidak sedap seperti malam-malam sebelumnya..

Monday, July 27, 2009

Paranoia

Jam ini kepala masih sedap seperti semalam, Di sini tiada aktiviti selain makan minum gelak ketawa.Tetapi ini akan berakhir esok kerana tamat sudah waktu ini kerana tugas lain menanti. Danny Tara Faizal baru berangkat pulang ke kamar. Semua kepala sedap.

Ketemu Isaac di taman tadi, kenalan baru dari Sri Lanka dan teman lama Nuri (observer). Sudah 2 tahun disini dan sihat saja orangnya. Jesteru timbul buah fikiran. Kenapa semuanya kelihatan ok disini dan kenapa kami perlu eskort tentera dan pelbagai jaringan keselamtan sedangkan ngo lain yang bertahun disini semuanya berkata semuanya akan selamat disini.

Mungkin ini cara gerombolan tentera upahan membuat duit. Membuat paranoia di kalangan observer. Dengan cara ini mudah kita jatuh ke satu tahap paranoia. Dimana-mana kita akan berhati-hati dengan kadar yang lebih. Ya ini benar, kerana petang tadi sewaktu pulang ke hotel dengan berjalan kaki aku gusar melihat melihat kereta yang dipandu perlahan kerana sudah di tanam di fikiran bahawa akan terjadi hal yang tidak enak seperti penculikan. Tapi ini tidak benar, jelasnya mereka hanya memerhati susuk asing yang jarang mereka lihat. Seperti di Kuala Lumpur kita juga akan memperlahankan langkah jika melihat susuk asing yang seksi dan gaya yang ranggi. Ini realiti. Jadi mereka para laskar gringo amat suka hati mencipta paranoia.

Adakah masuk akal jika bertemu rakyak marhein Afghanistan dengan berhelmet kevlar serta berbaju anti peluru? Ini hanya menimbulkan perasaan paranoia keatas observer dan juga kepada rakyat. Adakah wajar berjalan bersama laskar yang lengkap dengan senjata api sedangkan yag ingin di cari informasi pilihanraya?. Berkonvoi secara militer juga hanya mendedahkan diri kepada bahaya.Easy target bak kata orang putih. Bukannya aku berkata bahawa tiada perlu jaringan keselamtan tetapi di atas kerja observer dan pencarian maklumat seharusnya kedua-dua belah pihak (observer dan rakyat) perlu berasa selesa dengan kehadiran susuk asing.

Sekarang bukan Taliban saja tetapi penjenayah tempatan yang lebih aktif dari Taliban. Dengan berpakaian seperti susuk asing para observer lebih mudah terdedah dengan bahaya. Cukup dengan simbol ngo, ini tidak akan menakutkan pihak disebelah sana.

Hanya pandangan...

Sunday, July 26, 2009

Sehari Suntuk.

Aku baru saja pulang dari meeting. Lama sehari suntuk waktunya. Tadi berkesempatan makan di restoran sufi, Makanannya enak-enak belaka. tapi dalam gelap.lilin saja yg ada dan ditemani alunan ghazal yang asyik sekali. Terfikir seperti berada di zaman uthmaniyah...

Tadi briefing dari pelbagai pihak termasuk satu dari agensi keselamatan. Kerja mereka adalah menyediakan keadaan selamat untuk para observer. Aku dan yuli (pemantau berpengalaman dari Indonesia) akan ke Nawar e Sharif 29 julai ini. Ini berada di belah utara Afghanistan. Aku dibekalkan dengan dua hanset untuk kegunaan disini. Dan kemudian akan dibekalkan dengan telefon jaringan jauh a.k.a walkie talkie serta beberapa kemudahan lain seperti jaket anti peluru dan helmet kevlar..

Bukannya apa sebagai jaringan keselamatan. Tiada apa yang perlu dirisau.Setiap orang perlu optimis kerana di mana-mana juga ada bahaya dan risiko. Bukan saja di Afgahnistan. Itu sememamgnya klise untuk berkata bahaya jika berada di Afgahnistan.

Jim pegawai keselamatan ini hanya mengutip untung kerana orang luar seperti Amarika yang banyak membuat duit disini, rakyat marhaein dari Afghanistan hanya berkerja keras setiap hari. Itu realiti. Sehari beribu dolar mereka telan hanya dengan meyakin kan orang-orang seperti kami bahawa jaringan keselamatan di sini amat diperlukan. Suka atau tidak kami terpaksa menerima.

Sekarang aku faizal danny dan tara (observer a.k.a pensyarah kesusasteraan inggeris dari india sedang menikmati minuman..Sehingga ketemu lagi

Kepala tengah sedap di Kabul!

Saturday, July 25, 2009

Berpindah hotel

Semalam jam 2300 aku sudah tidor..Tiada apa nk dibuat jadi tidor jelah..Jam Malaysia waktu itu sudah pukul 3 pagi. Internet pon tidak berfungsi malam itu. Pukul 5 pagi aku sudah terjaga kerana matahari sudah timbul. Dek kerana masih awal aku tarik selimut dan tidor. Jam 8 aku bangkit. Masih tiada internet.

Sarapan dan melepak di tanam bersama Faizal dan Danny. Agak lama juga di tanam. Dalam jam 12, Amin pengelola di sini menelefon aku untuk bersiap siaga. Kami semua berpindah dari Assa 3 ke Assa 2. Ada 3 Assa disini. Assa 3 terlalu klasik manakala Assa 2 lebih tersusun dan cantik senerinya.

Disini anak-anak muda nya agak stail. Tidak seperti orang tua disini yang kebanyakkan berjubah. Anak-anak muda ini tidak banyak berbeza dari anak-anak muda dari Malaysia. Agak indie mereka ni. Pengaruh TV barangkali. Mereka ini ramah-ramah belaka. Terdapat lebih kurang 5 warga Malaysia yang bekerja disini dan semalam aku bertemu dengan salah saorang dari mereka. Umurnya sudah tua 60 tahun tapi masih kelihatan segak. Sudah 2 tahun dia bekerja dengan UN disini. Banyak cerita kami berkongsi.

Sebentar tadi dari Assa 3 ke Assa 2 kami dijemput dengan Jeep Toyota yang kalis peluru. Perghh seram juga aku kerana mengetahui jeep itu anti peluru. Berat pintu nya. Kelihatan juga beberapa laskar tempatan berkawal di beberapa tempat. Mujur hotel Assa 3 dan 2 tidak jauh.

Suhu disini tidak sepanas di Malaya. Sedap-sedap saja..Salam dari Kabul

p/s Macam surat tahun 1970-an.Siap ada salam lagi.Cehh..

Friday, July 24, 2009

Jubah Jambang & Bang Bang Bang

Waktu sekarang Jam 7 petang di sini Kabul. Aku baru saja bangun dari tidor setelah semalaman terbang dari K.lumpur ke dubai dan dubai ke Kabul. Penat memang penat. Dari semalam aku tidor tidak cukup. Di Dubai cuaca cukup panas. Jam 3 pagi suhunya 33 celcius. Pergh..tak tahan aku. Flight ke Kabul pula penuh dengan Askar Gringo Amarika. Sama ada mereka ini anggota Black Water atau pon askar upahan aku tidak tahu. Senang mahu kenal mereka ni. Tattoo penuh di tangan.

Suhu di Kabul 26 celcius. nyaman dan enak. Gunung ganang kiri dan kanan. Bangunan boleh dikatakan kelihatan lama kerana sewaktu perang soviet Afghan terok dibedil. Habis pokok-pokok pon ditebang oleh Soviet. Jalan raya berlubang lubang dan kereta semuanya tidak tentu hala. Laju laju belaka.

Ohh ya, aku di sini bukan untuk bercuti tetapi atas urusan kerja. Tugas aku menjadi pemantau pilihanraya bersama komrad lain dibawah naungan ANFREL (Asian Network for Free & Fair Election) sila lah google ya. Sebulan aku disini umtuk bekerja.

Di sini hotelnya old school @ sekolah lama, tapi pemandangan memanng klasik tidak seperti Hilton atau Marriot yang ala-ala mewah.Di sini pokok-pokok ros cukup banyak dan pohon apa ntah macam pokok balak di tanam merata. Cantik dan segar.

Otak masih blur lagi. Aku tidak tahu apa lagi yang patot di tulis. Mungkin esok lusa aku tulis lagi..Selamat malam dari Kabol.

Wednesday, July 22, 2009

Kesian Beruk2 itu

Beberapa hari lepas aku ada menonton Tv3 punya berita. Biasalah putar alam sikit2. Kadang-kadang syok juga tengok berita ni. Boleh kita bezakan cara penyampaian berita dan maklumat dari setiap massa di Malaya.

Dalam masa setengah jam keluar lah berita para anggota Rela menembak beberapa ekor tupai dan berok2 di hutan. Tak salah aku di Penang. (kalau salah maaf ler.aku dah tak ingat). Alasan mereka berok2 dan tupai2 ni telah mengganggu tanaman dan merosakkan tanaman. Jadi berduyun-duyun berok dan tupai terburai isi perot nya terkena peluru senapang patah dari RELA.

Yang aku kesian tu Berok dan tupai tu semua comel2. Tupai yang kecik terburai isi perot. Berok yang cute pecah kepalanya. Kenapalah zalim sangat militan RELA ni. Tak boleh ker di pasang satu jerangkap samar yang besar untuk menangkap berok2 dan tupai2 itu dan lepaskan ke hutan. Jadi sistem kitaran alam yang kita belajar dari sains itu dapat diteruskan. Dan RELA ni tak sekolah ker?Memang lah berok2 dan tupai2 tu makan buah-buahan. Jadi mereka sebat ajelah apa yang ada. Kalau berok2 tu mintak izin korang kata berok dari kayangan pulak. Jelmaan hantu yang tak tenteram lah Jin makcik jenab yang tak dapat di buang lah..haiiii....

Satu lagi kita fikir..kenapa berok2 dan tupai2 ni makan hasil tanaman orang..kenapa tak makan hasil hutan..jawapan nya mudah. Tengok sekeliling..berapa banyak hutan dah diliwat pemaju..berapa banyak hutan disondol traktor pemaju..Mana pergi hutan2 ni? Semuanya untuk duit untuk jadi kaya macam Qorun..tapi Qorun tak tebang pokok2.

Kaya kaya kaya apa ada dengan kaya, sampai sanggup membunuh berok2 dan tupai2 yang comel lagi cool...Dan yang paling best selepas acara menembak makhluk comel itu para anggota RELA dihadiahkan hamper saorang satu...(apa punya otak).

Monday, July 20, 2009

Hujan aduh syahdu sekali

Hari ini, Selasa 27 Rajab 1430, hujan mencurah-curah turun. Sudah lama tidak turunnya hujan. Bagus sekali bagi mereka yang di alam mimpi. Teruskan bermimpi. Bagi yang celik amat rugi sekali. Nyaman sungguh udara kerana hujan dan angin sejuk.

Kerana hujan ini juga saorang teman telah ponteng kerja..kerja angin sejuk inilah dia tewas di tengah katil yang empuk.

Apa yang boleh aku katakan..Selamat berjuang Faizal Abu Hassan @ Bada.

Saturday, July 18, 2009

Tahniah Malaysia

Mengejutkan amat mengejutkan...Malaysia mampu mengikat Man united 2 sama selama hampir 30 minit. Man united ataupon nama sebenarnya Mee Udang nampak seperti budak bodoh di tengah padang. nasib baik otai giggs selamat kan telor-telor mee udang.

Gol amri yahya sememangnya superb..dan yang paling superb adalah ben foster yang entah mengapa menjadi biol. Thaniah Malaysia kerana ada sedikit improvemnet di tengah padang

Tapi jangan alpa..Misteri kes Teoh jangan dilupakan oleh kita lebih-lebih lagi peminat Mee udang. Lupakan Mee Udang sebentar dan berikan sokongan kepada keluarga arwah Teoh.

Konspirasi demi konspirasi dari altantuya ke kugan dari kugan ke teoh..lepas ini entah apa pula konspirasi..terkenang pula pada band offspring Conspiracy of One!

Thursday, July 9, 2009

Menyusur jalan ke Syurga


Kisah ini bermula 24 tahun yang lalu, pada waktu itu para malaikat turun ke bumi melebarkan sayapnya dari syurga lalu tangan-tangan hina menadah tanda syukur. Ketika ini jalan ke Syurga masih jauh.

Masih lagi belom kelihatan simpang dan laluan namun berterusan doa dipanjatkan.Siang dan malam, cerah dan gelap, hujan dan ribut, tetepi jalan ke Syurga masih panjang.

Kini setelah tragedi hitam berlaku 24 tahun yang lalu jalan ke Syurga bertambah perit, jalan ke Syurga masih hitam berdebu.Jalan ke Syurga di pagari nisan-nisan berkulat.

Jasad yang gugur berdarah tanda akur pada kuasa tuhan namun jasad ini kufur dengan nikmat TUAN. 14 nyawa suci di rompak dengan peluru jijik. Kuasa TUAN akhirnya menumpaskan kuasa tuhan takkala tuhan hanya melihat, melihat mereka yang gugur dengan agung.

Dan kini setelah 24 kali berpuasa, 24 kali berhari raya, 24 kali menyambut kelahiran Isa, jasad ini tiada lagi. Daging suci ini dimamah ulat dari tanah tiada lagi wajah mereka namun wajah-wajah TUAN yang berkuasa masih segar dan molek, TUAN-TUAN masih gagah berkuasa.

Dan bagi aku,JALAN KE SYURGA MASIH JAUH...

Friday, July 3, 2009

MJ hanyalah MJ



Genap seminggu MJ meninggalkan kita, berita secara tiba-tiba dan telah mengejutkan satu dunia. Sampai hari ni MJ masih belom dimakamkan dan masih menjadi topik hangat di hotel lima bintang sampai ke warung nasi lemak tepi jalan.

Ramai berbual hal hidup si MJ, ramai berspekulasi akan hal agama MJ, berspekulasi akan hal wang MJ, harta berkoyan-koyan dan paling hangat hal MJ memutihkan kulit yang hitam.

Sewaktu konsert-konsertnya MJ kelihatan seperti Jesus, ramai yang hysteria takkala aksi moonwalk dilakukan. Gadis-gadis muda berteriak dan menangis kerana aksi MJ yang cukup gah. Tak kurang juga mereka yang terpaksa diusung kerana pengsan.

Aku masih teringat sewaktu MJ masih hidup, hal kedatangannya ke Malaysia mendapat tentangan para penjaga akhlak, kononnya MJ ni bakal memesongkan manusia islam di sini. MJ dituduh sebagai manusia yang tidak bersyukur kerana cuba memutihkan kulit yang gelap, sebagai penentang kuasa tuhan kerana mahu kelihatan putih.

Sesungguhnya, MJ hanyalah MJ, cubaan memesongkan manusia islam di sini hanya dimomokkan oleh penjaga akhlak dimana sekiranya kita pergi ke konsertnya kita bakal mengikut jejak langkah MJ yang cuba melawan kuasa dari atas. (tak perlu ke konsert, di tv pon kita sudah boleh tengok jadi apahal nya jika ke konsert).

Melawan kuasa tuhan itu hanya omong kosong dari penjaga akhlak ini. MJ sendiri bukan saorang muslim pada ketika itu, soal melawan kuasa tuhan tidak timbul. Dia bukan saorang yang percaya dengan islam pada waktu itu dan dia manusia yang kaya raya. Saat itu juga tentangan perkauman sangat kuat. MJ yang berkulit gelap dikecam oleh mereka yang rasis.

Beberapa tahun lepas berita MJ menganut islam menjadi topik, jadi sekiranya benar apa pula kata penjaga akhlak ini? Adakah MJ masih lagi cuba melawan kuasa tuhan dengan menganuti agama islam? Sudah lah berani mengubah warna kulit dan berani pula MJ menganuti agama islam yang dahulu dilawannya. (sekarang pening kepala penjaga akhlak ini).

MJ hanyalah MJ. Dia cukup menghiburkan dan itu tidak dapat dinafi oleh semua orang termasuk penjaga-penjaga akhlak. Takkan lah mereka ini tidak pernah mendengar lagu thriller dan beat it di radio sambil cuba meniru aksi dan suara MJ. Jika tidak pernah mereka berbohong secara terang-terangan. Soal melawan yang Maha Esa tidak timbul dan sekiranya benar MJ memeluk islam itu sudah menunjukkan kuasa tuhan mengatasi segala-galanya termasuk tuduhan para penjaga akhlak yang impikan syurga disaat matinya mereka.

Dan aku peminat MJ

Wednesday, July 1, 2009

Bukan cakap sajer.

Bidalan Mat Salleh “Talk is cheap” sangat benar. Tak kira siapa pon boleh berkata-kata, baik muda, tua, cantik, buruk, besar, kecik, kurus, gemok, kafir zimmi, kafir harbi, alim ulama atau alim fulamak. Semua boleh bercakap tapi belom tentu boleh melaksana.

Semalam aku terbaca hal penangkapan dua siswa UM kerana menconteng perkataan C4, puaka, dan pembunuh di dinding Universiti itu untuk menyambut turunnya Rosmah Mansor a.k.a our first lady ke Universiti tersohor di Malaysia itu. Aku pun terus masuk ke blog-blog lain. Sangkaan aku tepat, blog-blog lain sudah mengupload cerita ini. Sampahseni juga dah upload lalu aku terus membaca komen-komen yang ada.

Ada satu komen yang tidak sedap dibaca, orang tidak dikenali itu bercakap perbuatan menconteng dinding itu hanya orang penakut sahaja yang buat, dalam erti kata lain tak jantan dan pondan kerana tak berani bersua muka dengan first lady.

Kesian pondan..Apa dosa pondan? Pernah ke dia terfikir yang budak berdua tu tak cukup man power dan tiada jalan lain. Ianya seperti dua orang budak menentang Rosmah yang sememangnya berbadan besar dan menentang sabuah kerajaan. Ini tak adil handicap namanya. Sama seperti pengebom berani mati di Palestin, mereka tidak ada jalan lain untuk bersemuka dengan Zionist, man power juga tak cukup. Jadi kenapa tak gelar pengebom itu semua pondan?

Itu yang termampu dilakukan oleh budak berdua tu dan perlu diingat untuk melakukan perkara seperti itu keberanian juga harus ada, jika tak berani budak berdua tu tak akan buat, risiko tetap ada tak kira kecik atau besar. Orang tidak dikenali itu lah yang sebenarnya tak ada telor. Pandai mengomen tapi bubuh nama pon tak. Aku tak rasa mamat tak dikenali ni berani menconteng dinding sama seperti budak berdua tu. Satu huruf pon aku jamin mamat ni tak berani.

Kesimpulannya kita boleh berkata-kata tapi gunalah akal yang ada. Walaupon budak berdua tu conteng dinding macam budak sekolah menengah tapi risiko sebelum dan selepas kejadian tetap ada. Jadi keberanian perlu ada, tak besar kecik punya berani pon cukup…sekurang-kurangnya budak berdua tu tak berbual kosong dan tak ye ye kelape.