Wednesday, September 21, 2011

Troy Anthony Davis

20 tahun lamanya kau meringkuk terpenjara atas dosa yang tidak pernah kau akui
20 tahun lamanya kau melawan penahanan keatas jiwa bebas yang pernah kau miliki
20 tahun lamanya kau hidup dengan melihat dunia dari bayangan kepala sendiri

Hari ini 20 tahun sesudah itu, roh kau sudah telah meresap ke alam bumi
Hari ini 20 tahun sesudah itu, mereka masih belom dapat memberi bukti
Hari ini 20 tahun sesudah itu, nama kau disebut dijulang dan dilaungi

Ribuan menangisi, ribuan meratapi ribuan kecewa setelah mendengar berita
Dari jauh kami melihat dari jauh kami mendengar dari jauh kami memberi doa
Tepat jam 11 malam waktu Georgia setelah 20 tahun lamanya kau pergi bersama sejuta rasa

Esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan kami akan tetap mengingati peristiwa pembunuhan kau hari ni, peristiwa 1989 di Savannah dan peristiwa perlawanan yang tidak pernah berhenti dan hari ini Troy Anthony Davis, kau telah membuka mata dan hati kami.

Bagi mereka ini adalah perlaksanaan tetapi bagi kami ini adalah pembunuhan!

Thursday, September 15, 2011

Apa selepas ini?

Hakim telah memberi keputusan muktamad. Koperal Jenain di hukum penjara 5 tahun. Persoalannya, apakah ini pengakhiran buat kita smeua? Adakah kita semua boleh berasa senang hati dan adakah ibu arwah kembali tenang?

Untuk aku, semua ini belom selesai. Ini hanya permualaan. Dan untuk aku juga, aku tidak rasa Koperal Jenain berniat untuk membunuh Aminulrasyid dan juga aku tidak menyalahkan Aminulrasyid kerana lari daripada ditahan polis.

Persoalan seterusnya siapakah yang harus memikul tanggungjawab? Apakah tindakan yang akan diambil oleh badan kerajaan khususnya badan kepolisian? Jika perkara ini berlaku di Eropah, ketua polisnya sudah tentu akan meletak jawatan dan satu sistem pencegahan yang lebih efektif akan dirangka dan diketengahkan bagi membendung kematian trajik seperti ini. Dalam pada itu, aku juga percaya, tidak ada satu pon anggota polis diluar sana akan mengambil iktibar dari kejadian ini. Mereka hanya akan berkata kata "semuanya salah kami, bila kami dilanggar mat rempit saorang pon tidak ambil peduli" Mentaliti sebegini harus diubah. Siapa peduli siapa tak peduli ini tidak dapat menjustifikasi kan apa apa. Yang mati tetap mati.

Oleh itu, untuk merubah mentaliti seperti ini wajiblah satu sistem pembelajaran contohnya, dalam bidang hak asasi manusia dan langkah pencegahan direka dan di praktik bagi mengelak kejadian sebegini berulang. Semua badan kerajaan dan bukan kerajaan harus memikirkannya bersama. Pihak polis juga tidak harus terus berlagak ego kerana umum mengetahui, badan polis kini jika di tanya atau dibuat survey, pasti jawapannya GAGAL. Ini fakta yang harus mereka terima. Komen awal dari bekas ketua polis selangor juga tidak melambangkan kecerdikkan akal seorang pemimpin badan keselamatan.

Keadilan unutk Aminulrasyid tidak tercapai dengan terpenjaranya Koperal Jenain. Arwah tidak akan hidup kembali. Ibu arwah tidak akan senyum seperti biasa dan Koperal Jenain pasti mahu mengundur masa. Dan jika Koperal Jenain diberi ilmu yang cukup pasti kejadian ini berakhir dengan cerita yang berbeza.

Persoalan yang terakhir, sudah bersediakah kita untuk mengaku salah dan bersama sama mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang reput ini?

Sekali lagi, kisah penjara Koperal Jenain tidak akan dapat menghidupkan arwah, tidak akan dapat mengembirakan hati ibu dan keluarga dan tidak sama sekali dapat membersihkan nama badan kepolisian Malaysia. Ini bukan persoalan, ini kenyataan.