Monday, November 21, 2011

Semangat Musa a.s

Penentangan terhadap Mubarak sudah pon tamat kira kira sepuluh bulan yang lalu walaubagaimanapon, penentangan terhadap regim Mubarak masih belom berakhir. Nampaknya sisa sisa air mani Firaun masih lagi wujud di bumi Mesir walaupon istananya runtuh beribu ribu tahun dahulu.

Ketika ini dibumi Mesir anak muda dari pelbagai cerok sedang menentang Supreme Council of Armed Forces atau SCAF. Anak muda melihat Scaf ini sebagai satu ancamam yang besar bagi membina Mesir yang baru. Badan ketenteraan sedang cuba menanggok di air keroh dan mereka mereka (berjawatan tinggi) di Scaf ini merupakan 'old guards' dimana mereka ini merupakan kroni kroni dan rakan taulan kepada Mubarak al Laknatullah.

Saya berpeluang bertemu salah seorang dari pengasas April 6 Movement beberapa minggu lalu. Ahmed Maher anak muda yang telah ditangkap berkali kali sewaktu menentang regim zionis Mubarak sejak ditubuhkan pada 2008. Dia (maher) berkata, walaupon Mesir telah berjaya menumbangkan Mubarak tetapi masih ada saki baki kroni Mubarak yang masih lagi berpengaruh di dalam membuat keputusan dan kekecohan yang berlaku di antara puak Muslim dan Kristen baru baru ini adalah salah satu langkah untuk mengkucar kacir kan ombak revolusi yang sedang dibawa oleh mereka.

Kenyataan Maher ini disokong oleh salah seorang saudara rapat saya yang sedang menjadi pemerhati pilihanraya di Mesir. Mesir akan memangkah kertas undi akhir November ini. Dia juga memberi komen yang sama iaitu Mesir masih lagi dibawah kuasa old guards dimana mereka ini adalah sebahagian dari wajah Mubarak tetapi berlainan susuk tubuh. Dia juga menambah proses transisi ini adalah waktu yang paling getir bagi seluruh rakyat Mesir. Proses ini akan memakan waktu yang panjang dan juga melibatkan soal nyawa.

Proses pembaharuan Mesir masih lagi jauh dan masih lagi berliku.Ketika ini entah berapa ramai anak muda Mesir terkorban demi masa depan Mesir. Bagi kita yang hanya mampu melihat dari jauh janganlah ada yang cuba menyalahkan anak anak muda ini kerana mengambil langkah turun kejalan raya. Anak muda Mesir ini telah membuat keputusan untuk berkorban demi negara seperti mana janji Nabi Allah Musa kepada tuhannya sewaktu baginda membelah laut dan menenggelamkan Mahafiraun dan kuncu kuncunya.

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2!

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2057017/Paedophile-imam-confronted-grown-girls-abused-Swindon-mosque.html

Di England seorang ustaz telah didapati bersalah kerana mencabul anak anak didik nya ketika mereka sedang mengaji Quran. Klik jaringan di atas untuk berita lanjut.

Ustaz ini bukan lah seorang homoseksual apatah lagi biseksual. Aku berani mengatakan bahawa si ustaz ini jika ditanya sama ada dia menyokong kelompok LGBT atau tidak, pasti dia akan menempelak golongan sonsang ini sambil mengeluarkan nas nas dan dalil dari kalamullah. Tapi apakah perbuatannya ini boleh diterima masyarakat? Tentunya tidak sama sekali. Ustaz ini seorang hetero yang tidak menongkah arus tetapi perbuatannya adalah salah sesalah salahnya.

Jelas di sini baik golongan hetero mahupon LGBT adalah sama dari sifat manusiawi. Yang membeza kan kita semua adalah cara kita menghormati antara satu sama lain baik dari agama, warna kulit dan seksualiti. Menjadi hetero tidak bermaksud kita tidak akan melakukan kesalahan seksual dan menjadi golongan LGBT tidak bermaksud kita hanya berniat melempiaskan nafsu serakah. Jelas di sini seks bukan penyebab utama mengapa adanya golongan LGBT wujud di dunia ini. Masalah kita adalah pada otak!

Masalah golongan LBGT di Malaysia ini pula mereka terlalu sibuk memikirkan hal hal dunia artis, fesyen, mencari teman yang jambu dan tidak langsung peka terhadap perjuangan dari sudut politikal demi mempertahankan survival mereka. Oleh kerana itu mereka dilihat jijik dan mereka juga mempunyai tingkah laku yang pada aku menjengkelkan. Ini tidak membantu mereka untuk dilihat sebagai satu kelompok manusia yang harus diiktiraf. Perkara ini sama seperti golongan migran dari bangla indon dan myanmar yang dilihat tidak lebih dari pendatang asing.

Dengan pengharaman majlis seksualiti merdeka ini, rakyat tidak akan dapat memahami masalah ini dan tidak akan dapat memahami golongan ini dan golongan ini juga tidak akan dapat bergerak maju kehadapan untuk menjadi lebih progresif. Mereka ini akan terus ditindas dan dicerca. Oleh kerana mereka ini akan terus ditindas, mereka akan terus berperangai jelak kerana bagi mereka, mereka tidak dihormati oleh masyarakat sekeliling. Dan kita pula akan terus memanjat doa kepada ilahi agar ditempatkan di kalangan orang orang beriman walhal kita tidak sedar bahawa kita tidak lebih dari seorang fasis yang sibuk bermimpi mencari surga. Dan kau akan terus beranggapan bahawa aku seorang yang liberal. Rasakan!

http://www.tariqramadan.com/Islam-and-Homosexuality.html (baca pandangan ahli falsafah tariq ramadan)

Seksualiti Merdeka!

Ramai beranggapan seksualiti merdeka itu satu majlis yang songsang dan tidak bermoral. Tidak bermoral kerana majlis itu mengiktiraf mereka mereka yang gay,lesbian, pondan dan biseksual. Dalam bidalan orang melayu perbuatan ini dipanggil menongkah arus. Dan ramai juga diantara kita apabila membincangkan hal ini akan terus melompat kepada satu konklusi yang cukup mudah. Konklusi itu tidak lain tidak bukan seks luar tabii.

Apabila kita melompat kepada konklusi itu kita telah membuat satu keputusan yang salah. Ini adalah kerana kita orang melayu cukup 'taboo' dengan perkataan seks. Kita melihat semuanya dari sudut pandang seks tanpa memberi perhatian kepada aspek aspek lain. Perbuatan seks ala gay itu dilihat sebagai perbuatan yang sungguh jijik. Ya saya setuju memang jijik tapi mengatakan ianya jijik tidak cukup untuk memberikan hak kepada kita menghukum golongan ini. Pada saat ini ramai yang akan menggangap saya membawa fahaman liberal atau lebih buruk atheist. Tunggu dahulu.

Sama ada gay atau tidak gay itu bukan persoalannya. Kepada sesiapa yang telah menonton 'the kite runner' pasti anda akan terkejut melihat babak apabila kanak kanak bernama Hassan diliwat oleh seorang pemuda bernama Assef. Lalu kita pun berfikir masakan orang Afghan ini bisa meliwat, bukankah mereka lebih warak melihat dari segi pakaian dan budayanya. Meliwat kanak kanak lelaki adalah perkara yang sering berlaku dinegara bergolak itu, ianya tidak bermaksud semua lelaki di Afghan menghalalkan liwat, tidak, pengembala pengembala kambing juga meliwat kambing mereka ketika berada di padang pasir. Ianya seperti satu bentuk hukuman. Saya sebelum ke Afghan beberapa tahun dahulu telah diingatkan oleh arwah Yunus agar tidak terlalu rapat dengan golongan lelaki yang berumur disana khuatir jika saya akan diliwat. Ini bukan jenaka. Yunus dengan seriusnya berkata "kau jangan gelak orang disana memang suka meliwat lelaki lagi lagi macam kau ni"

Di Malaysia pula kerap kali kita mendengar cerita sang bapa merogol anak sendiri, si datuk merogol cucu sendiri dan bermacam macam lagi kes serangan seksual ke atas lelaki dan perempuan. Mereka ini jika di tanya mereka tidak akan mengaku bahawa mereka itu gay atau pon biseksual malah mereka juga tidak tahu apa makna sebenar gay dan biseksual. Jawapan yang akan diberikan adalah 'saya mengikut hawa nafsu saya tidak sedar syaitan telah membisikkan ke telinga saya' dan bermacam macam alasan. Ini kerana mereka tidak mengenali diri sendiri dan tidak tahu menghormati orang sekeliling.

Menjadi gay pondan atau lesbian bukan seratus peratus kerana seks dan juga tidak bermakna jika kita bukan dari golongan gay pondan atau biseksual kita tidak akan melakukan perbuatan diluar batas norma manusia. Menyalahkan gay kerana menjadi gay tidak akan mengubah apa apa. Menghina pondan kerana menjadi pondan tidak akan memperbetulkan keadaan. Benar semua agama melarang perbuatan menongkah arus ini, baik islam, kristen mahupun yahudi dan juga tidak benar hanya golongan liberal, atheist, agnostic sahaja yang akan bersetuju dengan LGBT. Ada juga golongan agamawan yang menerima golongan LGBT ini dan melayan mereka sama seperti manusia manusia lain dan ada juga golongan liberal & atheist ini berfahaman fasis.

Yang perlu ditentang adalah diskriminasi terhadap sesama manusia. Menentang diskriminasi antara manusia ini sama maksudnya dengan menentang kezaliman zionist di tebing barat dan gaza, sama seperti menentang kekejaman Nazi di eropah, sama juga seperti menentang tindakan zalim askar indonesia terhadap rakyat di papua dan timur timur. Dan untuk menentang mereka mereka yang zalim ini kita perlu tahu apakah sebab sebabnya. Kita juga harus memahami isu pokoknya disini dan memahami bahawa penghormatan terhadap manusia tidak boleh dipaksa ataupun dibeli ianya datang apabila kita tahu bagaimana cara untuk menghoramati sesuatu susuk itu bukan dari pangkat atau pun rupa paras. Kita menentang sesuatu susuk itu bukan kerana dia gay pondan mahupon lelaki tulen. Kita menentang seseorang itu kerana jasad itu melakukan perbuatan yang zalim.

Adalah penting untuk kita memahami mengapa jalan ini yang telah dipilih oleh golongan ini. Ramai manusia di dunia ini baik di arab, palestine, israel, china, brazil, nigeria, singapura dan di mana mana sahaja adalah dari golongan LGBT dan jika ditanya sama ada mereka mempercayai tuhan atau tidak rata rata mereka cukup percaya dengan kewujudan Maha Esa. Jika mereka ini yang kita anggap jijik masih lagi boleh percaya pada kuasa tuhan yang maha pemurah mengapa tidak kita yang kononnya suci ini memberi secebis penghormatan pada mereka.

Apa juga fahaman yang kita anuti tidak kira konservatif, liberal, demokrat, anarki, komunis, syiah, sunni, athiest , agnostic tidak akan membawa apa apa beza jika kita saling mendiskriminasi. Adakah kita lupa bahawa Yang Maha Esa melihat iman dan taqwa bukanlah fahaman mahupon harta.

Apakah saya masih di anggap liberal?

Sunday, October 30, 2011

Semangat mahasiswa

Sejarah perjuangan anak muda dan anak mahasiswa telah lama wujud. Di Malaysia ianya wujud sekitar tahun 1930an di Kolej Perguruan Sultan Idris dimana Kesatuan Melayu Muda diasaskan. Sejak pada itu semangat api anak muda ini tidak pernah padam, dan meletus hebat pada tahun 70an dan 80an. Demonstrasi pro rakyat dukungan mahasiswa ini sering disalah erti dan dianggap perjuangan kaum sosialis yang radikal dari segi ideologinya walhal mereka yang mengaku islam ini lupa bahawasanya nabi terakhir junjungan kita berjuang mengangkat senjata demi rakyat yang tertindas.

Baik di bumi islam mahu pun dibumi bukan islam, mahasiswa memainkan peranan yang cukup penting dalam konstruktur politik sesebuah negara. Namun kekangan yang kita terima dibumi bertuah Malaysia ini telah membantutkan progress mahasiswa sebagai penjana idea.

Di bumi Korea Selatan, Mahasiswa dan gerakan anak muda telah memainkan sejarah yang cukup besar dan telah merubah konstrak politik negara mereka. Namun perjuangan mereka bukan satu perjuangan yang mudah. Ketika Korea Selatan di himpit krisis kepimpinan junta tentera, anak muda dan para mahasiswalah yang menjadi benteng dan penggerak demokrasi. Saban hari mereka akan berdemo dan membincangkan lanskap politik yang harus diubah untuk masa depan mereka. Gerakan ini cukup hebat sehinggakan ramai dari diantara mereka di label sebagai komunis tajaan pihak utara dan diseksa oleh pihak inteligensi.

Pada masa yang sama, kuasa imperialis amarika turut bersetuju dengan tindakan kerajaan brutal ini. Tetapi apabila kuasa rakyat berjaya menendang keluar regim zalim itu, pihak amarika mengubah dasar dan pendirian mereka semata mata ingin mengekalkan kuasa di bahgian selatan semenanjung korea. Tiada sekatan atau akta menyekat kebebasan mahasiswa untuk aktif baik di dalam bidang politik ataupun aktivisasi selepas itu.

Di Malaysia, sayangnya perkara ini tidak berlaku. Akta AUKU kononnya adalah untuk memelihara mahasiswa dari terjerumus ke lobang yang salah. Tiada ruang demokarsi untuk pelajar menyuarakan pandangan dan hanya pandangan yang menjilat kuasa penguasa sahaja yang akan diiktiraf sebagai idea. Segala ideologi yang bertentangan akan dilihat sebagai idea golongan kiri.

Mutakhir ini, semangat mahasiswa itu kembali meresap seperti pada awal 70an dan 80an dahulu. Progress ini dilihat sebagai satu tanda yang baik untuk masa hadapan mahasiswa dan tidaklah pula anak muda ini lupa diri apabila diri mereka diangkat sebagai perubah status quo.

Sejarah telah membuktikan golongan mahasiswa dan anak muda telah memainkan peranan yang besar dalam merubah sesbuah regim yang zalim. Jangan lah kita menipu diri sendiri dengan menidakkan peranan meraka. Jangan juga ada diantara kita yang lupa bahawasanya dibelakang Nabi terakhir dikota Mekah dahulu, anak muda lah yang berdiri tegak disisi baginda mengangkat senjata melawan penguasa zalim dan anak muda itu juga merupakan mahasiswa mahasiswa didikan Muhamad penyampai terakhir.

Wednesday, September 21, 2011

Troy Anthony Davis

20 tahun lamanya kau meringkuk terpenjara atas dosa yang tidak pernah kau akui
20 tahun lamanya kau melawan penahanan keatas jiwa bebas yang pernah kau miliki
20 tahun lamanya kau hidup dengan melihat dunia dari bayangan kepala sendiri

Hari ini 20 tahun sesudah itu, roh kau sudah telah meresap ke alam bumi
Hari ini 20 tahun sesudah itu, mereka masih belom dapat memberi bukti
Hari ini 20 tahun sesudah itu, nama kau disebut dijulang dan dilaungi

Ribuan menangisi, ribuan meratapi ribuan kecewa setelah mendengar berita
Dari jauh kami melihat dari jauh kami mendengar dari jauh kami memberi doa
Tepat jam 11 malam waktu Georgia setelah 20 tahun lamanya kau pergi bersama sejuta rasa

Esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan kami akan tetap mengingati peristiwa pembunuhan kau hari ni, peristiwa 1989 di Savannah dan peristiwa perlawanan yang tidak pernah berhenti dan hari ini Troy Anthony Davis, kau telah membuka mata dan hati kami.

Bagi mereka ini adalah perlaksanaan tetapi bagi kami ini adalah pembunuhan!

Thursday, September 15, 2011

Apa selepas ini?

Hakim telah memberi keputusan muktamad. Koperal Jenain di hukum penjara 5 tahun. Persoalannya, apakah ini pengakhiran buat kita smeua? Adakah kita semua boleh berasa senang hati dan adakah ibu arwah kembali tenang?

Untuk aku, semua ini belom selesai. Ini hanya permualaan. Dan untuk aku juga, aku tidak rasa Koperal Jenain berniat untuk membunuh Aminulrasyid dan juga aku tidak menyalahkan Aminulrasyid kerana lari daripada ditahan polis.

Persoalan seterusnya siapakah yang harus memikul tanggungjawab? Apakah tindakan yang akan diambil oleh badan kerajaan khususnya badan kepolisian? Jika perkara ini berlaku di Eropah, ketua polisnya sudah tentu akan meletak jawatan dan satu sistem pencegahan yang lebih efektif akan dirangka dan diketengahkan bagi membendung kematian trajik seperti ini. Dalam pada itu, aku juga percaya, tidak ada satu pon anggota polis diluar sana akan mengambil iktibar dari kejadian ini. Mereka hanya akan berkata kata "semuanya salah kami, bila kami dilanggar mat rempit saorang pon tidak ambil peduli" Mentaliti sebegini harus diubah. Siapa peduli siapa tak peduli ini tidak dapat menjustifikasi kan apa apa. Yang mati tetap mati.

Oleh itu, untuk merubah mentaliti seperti ini wajiblah satu sistem pembelajaran contohnya, dalam bidang hak asasi manusia dan langkah pencegahan direka dan di praktik bagi mengelak kejadian sebegini berulang. Semua badan kerajaan dan bukan kerajaan harus memikirkannya bersama. Pihak polis juga tidak harus terus berlagak ego kerana umum mengetahui, badan polis kini jika di tanya atau dibuat survey, pasti jawapannya GAGAL. Ini fakta yang harus mereka terima. Komen awal dari bekas ketua polis selangor juga tidak melambangkan kecerdikkan akal seorang pemimpin badan keselamatan.

Keadilan unutk Aminulrasyid tidak tercapai dengan terpenjaranya Koperal Jenain. Arwah tidak akan hidup kembali. Ibu arwah tidak akan senyum seperti biasa dan Koperal Jenain pasti mahu mengundur masa. Dan jika Koperal Jenain diberi ilmu yang cukup pasti kejadian ini berakhir dengan cerita yang berbeza.

Persoalan yang terakhir, sudah bersediakah kita untuk mengaku salah dan bersama sama mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang reput ini?

Sekali lagi, kisah penjara Koperal Jenain tidak akan dapat menghidupkan arwah, tidak akan dapat mengembirakan hati ibu dan keluarga dan tidak sama sekali dapat membersihkan nama badan kepolisian Malaysia. Ini bukan persoalan, ini kenyataan.

Monday, August 29, 2011

Mengenang Aidilfitri

Aku melihat kematian sejak dari usia yang kecil, aku masih ingat ketika aku berusia 5 tahun, aku melihat sang doktor datang ke rumah datuk untuk merawat jantungnya dan itulah kali pertama aku memegang 'stetoskop'. Sebulan dua selepas itu datuk pergi mengadap Ilahi. Kala itu, aku duduk betul-betul di hadapan arwah ayah dan aku sendiri melihat dia meratapi kematian bapanya dengan penuh kesedihan. Tidak berapa lama selepas itu, nenek pula mengikut jejak datuk.

Menyusuri arwah datuk dan nenek adalah abang kepada bapa aku, penyakit nya tidak aku ketahui dan tidak silap aku ia terjadi sekitar tahun 93. Sekali lagi bapa meratapi kematian abang kandungnya dengan penuh kesedihan dan seperti telah diarahkan aku duduk di tempat yang sama dimana aku melihat arwah datuk terbaring kaku beberapa tahun yang sudah.

Tahun 1997 giliran bapa pula mengadap yang Maha Esa. Aku berumur 10 tahun dan tidak lah aku benar benar fahami maksud kematian ketika itu. 2001, kakak sulung kepada arwah bapa pula tiba saatnya untuk pergi. Dia salah seorang yang benar benar rapat dengan aku sejak tiadanya arwah bapa, sebulan selepas itu seorang lagi ahli keluarga bapa menemui ajal. Dia yang aku panggil Pak Andak amat rapat sejak aku belom pandai berjalan apatah lagi berlari.

4 bulan yang lepas, ibu angkat aku, meninggal akibat sakit buah pinggang. Dia yang aku panggil mak, kerana menjaga kau dari kecil pergi ketika aku berada di perantauan. Aku benar benar patah hati terasa seperti kehilangan seorang ibu. Kecewa, marah dan geram tidak dapat aku hindari perasaan ini. Beberapa hari yang sudah, ibu tiri kepada emak pula yang ditarik nyawanya. Juga aku tidak dapat hadir kerana masih berada diperantauan hanya menerima panggilan dari hujung telefon. Aku kecewa kerana tidak dapat melihat mereka tidak dapat mengusung jenazah mereka seperi mana mereka pernah mendukung aku dikala kecil dahulu. Semuanya tidak dapat aku balas.

Kepada semua umat manusia, hendaknya berhati hatilah ketika memandu untuk pulang menyambut cuti. Aku telah merasai banyak kematian dan melihat banyak kesedihan dan aku sangat memahami perasaan ketika menerima berita berita sebegini. Dan juga sempena lebaran tahun ini sama sama lah kita mengutuk serangan keatas umat manusia
Bukan hanya mengenang mereka di Palestin dan Iraq, tetapi mereka di Kashmir, Tibet, Afrika dan segala ceruk dunia.

Semoga lebaran tahun ini, kita dapat menilai bahwasanya, mengutuk tindakan kejam ini adalah wajib bukan kerna kita dijanji kan surga dan pahala, tetapi bahwa kita tidak mahu melihat si anak menangis di sisi ibu, kita tidak mahu melihat sang emak meratap duka kematian si anak tunggal dan percayalah bahwasanya melihat pemergian orang orang tersayang adalah suatu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata kata.

Salam Aidilfitri untuk semua umat manusia dari Gwangju.

Monday, August 22, 2011

Selamat Jalan Untuk kali Ini

Bila kah nafas ini akan terhenti, mungkin esok mungkin lusa,
Bila kah kita akan terus menyedut isi isi bumi, mungkin seratus tahun lagi.
Dan jika kita tidak lagi bernafas keesokkan hari, wajah siapa yang ingin kita lihat dan ratapi.

Bila nafas ini sudah terhenti,adakah bisa kita mengenal janji janji yang ditaburi,
Di lubuk hati kita, masih adakah rasa yang ingin di kongsi jika esok kita tiada lagi
Inginkah kita mengucap maaf dan meminta ucapan sayang buat kali ini.

Maafkan aku jika aku tidak dapat menghadir diri melihat engkau pergi
Perjalanan itu hanya seperti mimpi, perjalanan itu perjalanan sendiri.
Jika aku menyusul nanti, ntah bila siapa yang pasti, tapi apa yang pasti aku akan memeluk kau dan kita bakal berjalan kembali.
Berjalan di alam yang aku dan engkau tidak pernah alami melihat wajah wajah yang pernah aku sayangi dan mereka juga akan gembira kerana pertemuan ini tercipta lagi
Ketika itu aku pasti, rasanya akan sama seperti kita baru bersua untuk pertama kali.


Buat semua yang telah pergi dari alam ini


Khas buat Halimah Idid 1938-2011








Monday, August 15, 2011

Semoga berjaya Cesc

Berita pemindahan Cesc Fabregas ke pasukan handalan Barcelona amat mengecewakan aku. Tidak pernah aku berasa sebegini kecewa melihat seorang pemain bola pergi meninggalkan kelabnya. Semasa Thierry Henry berpindah ke Nou Camp aku tidak sekecewa ini.

Impian Cesc untuk pulang ke kelab asalnya setelah hampir 9 tahun di kota London sudah tercapai. Aku memahami hasratnya dan impiannya. Dia meninggalkan kelab Catalan itu sewaktu usianya 16 tahun untuk menimba pengalaman di Liga Perdana Inggeris dan di Arsenal, dia diangkat sebagai kapten dan juga salah seorang dari 11 pemain yang berjaya mengharungi 38 perlawanan tanpa kalah tahun 2003.

Namun dia juga sama seperti manusia manusia lain yang punyai mimpi dan cita cita. Setiap pada kita juga ada mimpi dan cita cita. Harapan dan impian kisah suka dan duka. Ini lah perjalanan hidup manusia yang belom pasti warna jalannya dan yang belom pasti selok beloknya.

Apa yang pasti kita hanya perlu berjalan terus melangkah apa saja halangan. Semoga beliau dapat bertemu surganya di sana.

Tidak pernah aku berasa sebegini sedih apabila bercakap soal bola sepak.



Salah satu aksi magik dari Cesc, antara yang gol terbaik yang pernah dihasilkan.

Thursday, August 4, 2011

Nasi kosong dan kuah kari

Aku berbuka dengan nasi kosong dan kari daging yang aku masak sendiri. Tiada kuih tiada air buah tiada kurma dan tiada teman. Selama 25 tahun ini lah kali pertama aku merasai ramadhan sebegini. Walaupon aku bukannya penganut yang taat, namun perasaan untuk merasai nikmat berbuka itu masih ada.

Sewaktu aku membesar aku tidak gemar berbuka bersama emak dan arwah bapak, aku lebih suka ke rumah nenek yang jauh nya hanya 30 langkah tapak kaki dari rumah orang tua aku. Sebabnya disana suasananya meriah, juadahnya banyak walaupon kebanyakkan hari nya aku tidak berpuasa. Dirumah orang tua aku, hanya emak dan bapak, kedua dua kakak aku sudah pon berumah tangga ketika usia aku baru 8 tahun. Abang aku aku tidak ingat, mungkin dia ada bersama aku ataupon dia kerumah pakcik yang juga tidak berapa jauh.

Setelah bapak pergi, aku masih berbuka di rumah nenek kerana suasananya, emak sudah memahami tetapi kadang kadang aku berbuka dengannya cuma jarang dan dia tidak kisah. Di asrama juga begitu sehingga ke universiti, asalkan suasananya meriah aku akan pasti gembira.

Tapi, itu semua hanyalah kenangan, rumah nenek tidak semeriah dahulu, semua membawa haluan, aku percaya ini lah perjalanan hidup setiap manusia. Yang datang pasti akan pergi, yang muda pasti akan tua, yang gagah pasti akan lemah dan yang dikasihi ada kalanya mengkhianati. Mungkin begini lah perasaan Yunus di Lebanon sewaktu mengangkat senjata, maut ada menanti setiap masa, mungkin begini lah perasaan emak yang juga keseorangan, mungkin begini lah perasaan Muhammad ketika dibenci Bani Quraisy, mungkin beginilah perasaan banduan banduan dipenjara, mengigati yang dikasihi, merindui yang disayangi menyesali seribu janji.

Kita hanya mampu berjalan mampu mendongak tapi belom pasti dapat mengagak apa yang menanti. Salah dan silap itu sudah pasti terjadi, tengking herdik itu kadang kala permainan diri. Itulah kita jasad yang selalu alpa jasad yang entah berapa kali bersumpah berjanji.

Ramadhan setiap tahun kita akan memberi kata yang sama, meminta pengampunan yang sama, menangis atas kesilapan yang sama, tapi kita lupa, yang kita hanya jasad lemah dari secebis tanah. Rayakan ramadhan ini bukan hanya semata mata mahu mencari firdausi, perbaiki diri dan duniawi.

Salam Ramadhan dari Gwangju.

Monday, August 1, 2011

Kata adalah senjata

Kelakar sekali apabila aku membaca hasil tulisan salah seorang kontributor utusan, beliau menulis tentang perjuangan saorang sasterawan Indonesia yang menulis begitu kritikal sekali tentang kerajaan regim suharto.

Sasterawan yang di maksudkan adalah Pramoedya Ananta Toer. Dia dikaitkan dengan gerakan komunisme oleh pak harto, dan dicampak ke lembah penjara tanpa bicara selama beberapa lama. Di dalam tulisan si pengarang, dia menceritakan bagaimana kerasnya tulisan Pak Pramoedya sehingga pemimpin negara itu begitu takot dengan kedua dua belah tangan nya. Tulisan nya juga tidak lebih hanya untuk memperkecilkan tindakan sasterawan negara Pak Samad Said yang turun kejalan raya beberapa minggu sudah.

Di dalam tulisan beliau, dia menulis, "Dia melampaui seorang sasterawan, sebaliknya melibatkan diri dalam perjuangan politik membela golongan yang menjadi mangsa pijakan elitis politik." "Pramoedya yang sangat dibenci sekali gus digeruni oleh diktator seperti Suharto bukanlah kerana dia turun membuat demonstrasi di jalanan" "Pena di tangan sasterawan jauh lebih berbisa daripada lontaran kata-kata retorik orang politik kononnya menjadi pejuang rakyat.
Maka bersatulah sasterawan untuk berjuang menggunakan pena, bukannya turun ke jalan raya".


Aku hanya mampu ketawa kecil apabila tulisan ini diterbitkan. Sekecil itu fikrah dan sudut pandang saorang yang mengaku diri nya sebagai penulis. Tapi ini bukan sesuatu yang pelik bin hairan. Ingatilah bahawa, suatu masa dahulu, perawi-perawi digunakan olih Yazid ibnu Muawwiyah untuk menjustifikasikan tindakannya melenyapkan darah daging Muhammad. Ia, benar ianya pembunuhan dan tiada kena mengena dengan tulisan penulis ini, tetapi modus operandi dan niat asalnya adalah sama , untuk mengumpul kata setuju. Mengolah kata tidak kepada ya, iaitu sasterawan patot fokus kepada tulisan bukannya turun ke jalanraya.

Perhatikan dimana penulis ini bijak mengambil contoh, diambilnya sasterawan yang dipercayai simpatisan terhadap komunis dan dikarang ayat seperti diktator dan gerilya untuk menghalalkan niat utama tulisannya. Adapon ini semua adalah taktik akhir penjilat penjilat kuasa untuk menjilat beberapa titis air kuasa yang menitik dari hujung kerusi takhta.

Jika Pak Pramoedya digeruni dengan tulisan dan tangannya, Pak Samad Said juga digeruni dengan keberaniannya menolak jaringan kuasa rakus dan jijik dengan turun kejalan raya. Jika Pak Pramoedya, ditakuti dengan jerit laung nya dari tulisan dan buku buku, Pak Samad Said juga ditakuti dengan kebisaan tangannya, kekuatan prinsipnya yang ingin membebaskan Malaysia dari regim rakus.

Pak Pramoedya dan Pak Samad adalah contoh dua sasterewan yang tidak tunduk kepada taik kuasa. Tidak tunduk kepada penjilat najis harta dan tidak sujud pada kaki sang perakus takhta.

Monday, July 18, 2011

Sudut pandang saya

Saudara sekalian, izinkan saya mengambil contoh cerita dibumi Palestin. Mengapakah jika apabila kita menonton di kaca TV akan penentangan rakyat Palestin dibumi mereka kita akan berasa bahawa ianya adalah satu perjuangan yang telus. Mengapa sewaktu kita melihat mereka berdemo di bandar Ramallah dan Gaza, kita turut berasa bahawa kita mahu bersama mereka.

Apabila askar Zionist itu menembak rambang wanita dan kanak kanak kita berasa marah dan geram. Dan mengapa kita tidak sesekali berkata bahawa, perhimpunan rakyat Palestin itu adalah perhimpunan haram yang akan menganggu gugat sistem ekonomi negara Palestin itu sendiri.

Perhimpunan rakyat Palestin itu adalah sia sia dan hanya membawa mudarat kepada rakyat mereka sendiri. Mengapa kita tidak berkata begitu? Hanya kerana mereka beragama Islam? Hanya kerana mereka itu rakyat Palestin yang terkandung ceritanya di dalam Al-Quran?

Pada minggu yang lepas sewaktu perhimpunan haram Bersih, saya yang tidak berada di dalam kota Kuala Lumpur, memerhatikan dari ruang alam maya rata-rata menggelarkan bahawa mereka mereka yang turun di jalan raya itu hanya membawa musibah dan bencana. Kerosakan dan pembaziran masa. Tidak kurang dengan runtuhnya sistem ekonomi negara. Saya tidak membangkang, itu pendapat mereka sekalian yang lahirnya dari akal fikrah kita sendiri.

Tetapi saya hairan mengapa kita melihat perjuangan rakyat Palestin itu satu perjuangan yang hakiki tetapi tidak melihat perjuangan dibumi sendiri itu sebagai perbuatan yang sah. Dengan alasan, Bersih sudah dipolitik kan? Ambiga bukan seorang beragama islam dan negara ini sudah sememangnya aman?. Apa situasi di Palestin tidak pernah dipolitikkan? Apa rakyat palestin itu semuanya Islam? Apa Palestin dahulu tidak pernah aman?

Ada pon tulisan ini bukan mahu mempertikaikan pandangan dan kepercayaan saudara sekalian. Tetapi 1 perkara yang kita lupa bahawa, dimana wujudnya penindasan, maka muncullah penentangan. Ini bukan teori yang direka reka dan bukannya rekaan saya. Ini satu perasaan yang wujud di dalam tubuh badan manusia yang tidak kira usianya.

Jika kanak kanak berusia 7 tahun kita rampas mainannya, maka dia sendiri akan memberontak menangis. Jika kita mencuri wang dari kawan sendiri, masakan kita mahu berdiam diri. Masakan rakyat Yahudi dari Poland berdiam diri sewaktu Hitler melancarkan genosid keatas puak Yahudi di eropah. Sudah tentunya tidak. Masakan UMNO berdiam diri ketika rakyat cuba meluahkan amarah di jalan raya? Jawapannya sila baca Utusan Malaysia.

Dari situ jelas bahawa dimana ada penindasan pasti wujudnya penentangan. Apa yang paling wajib difahami adalah apa yang diperjuangkan itu. Bukan menilai dari sudut rupa wajah jasad yang memimpin. Saya suka percaya bahawa setiap perkara itu mempunyai dua wajah yang berbeza sama seperti wang syiling. Adanya kaum manusia yang menyokong ideologi Nazism, ada yang tidak. Ada yang menyokong Bersih ada yang tidak.

Melihat perjuangan Palestin sebagai gerakan yang benar dan sah adalah tindakan yang betul, tetapi menyalahkan gerakan Bersih dengan kenyataan kenyataan yang tidak masok akal adalah satu pilihan yang salah. Ini sudut pandang dari saya. Kerana sudah saya katakan, menilai perjuangan itu harus dilihat dari sudut apa yang dibawa untuk pembaharuan. Dan jangan kita lupa bahawa setiap penindasan itu akan wujud bersama penentangan. Yang kita mahu hanya perbaharuan dan hak, dan pembaharuan serta hak itulah yang turut dituntut oleh darah rakyat Mesir, Syria, Tunisia, Libya, China, Cuba, Burma, Sudan, Timur Timor, Afghanistan, Iraq, Palestin dan bumi bertuah Malaysia.

Wednesday, July 13, 2011

Jika mereka peduli

Tamat sudah perayaan bersih di seluruh dunia. Jika di Tunisia mereka ada Jasmine Revolution, ada yang menggelar Malaysia dengan Revolusi Bunga Raya sempena nama bunga kebangsaan. Aku tidak berapa setuju meskipon bersih dirayakan di kebanyakkan pelusuk dunia.

Apa yang pasti perayaan ini telah membuka banyak mata baik dari yang menyokong atau pon tidak. Wajah wajah yang turun ke jalan raya juga sudah mempunyai pelbagai rupa dan warna muda dan yang tua. Segala teori dan dakwaan juga telah diterbitkan di ruang akhbar, baca dan nilai.

Regim fasis seperti ini akan melakukan apa sahaja untuk teros bertakhta. Di Amarika, Cuba, Italy, dan lain lain negara yang masih berjuang semuanya telah diceritakan sejarahnya.

Sebelum Micheal Jackson di sahkan mati, beliau ada menerbitkan sebuah lagu. Mari kita hayati..Benar kata raja pop dunia ini, mereka tidak peduli. Jika mereka peduli sudah tentu kita tidak perlu turun ke jalan raya 9 Julai yang lepas.

">

Tuesday, July 12, 2011

Jasad Bahagia

Tidak cukup dengan ucapan sayang aku hulurkan tangan untuk kau genggam,
TIdak cukup dengan ucapan syahdu aku hulurkan kan tangan untuk kau pegang
Tidak cukup dengan rasa rindu aku depakan tangan untuk kau dakap

Berapa jauh jalan kita tempuhi, berapa lobang dalam telah kita loncati
Peluh keringat basah lekit menjadi teman saban hari
Kau tersenyum tika aku mendongak, Aku tersenyum hanya dengan melihat kau tersenyum, semudah itu.

Sambil putaran lagu di pusing berkali kali, membayangkan semua bencana tidak pernah terjadi,
Sambil berbaring di padang yang hijau, membayangkan semua masa masa lampau.
Mendengar kicau burung dari dahan, membayangkan segala kenangan yang telah dipertahan.

Tidak kira apa yang pernah terucap, tidak kira apa yang pernah diluah
Jika masa itu boleh dijaga, kitalah jasad yang paling ceria
Jika masa itu boleh diputar tak kira masa, kitalah jasad yang paling setia,
Jika masa itu dapat di simpan didalam balang kaca, segala kenangan terpahat sedia.
Kitalah jasad yang paling bahagia,

Monday, July 4, 2011

A true tale of a man

This is a true story, a story of an unsung hero who spent five years fighting together with the Palestinian people. This is the story of Yunus Ali, a Malaysian citizen, a former student activist in the early 1970’s and also a former member of the Palestinian Liberation Organization (PLO) in the 1970’s.

I will try my best to tell his story as simply as I can because for me, Yunus is one of a kind. Not many of us were born with the courage to leave our own country and to fight together with people that we have never met before.

The story starts in 1974 when the Malaysian government was cracking down hard on student activists. Yunus was among the top student activists wanted by the government for his role in a series of demonstrations condemning the government’s actions against the poor peasants in Kedah. Knowing that the secret police were everywhere on his university campus, Yunus sought refuge at his long time friend’s house. His friend was also at that time married to Abu Yaakub, a former PLO ambassador in Kuala Lumpur.

Many activists from various backgrounds were arrested and were detained under the Internal Security Act (ISA). Yunus and a few friends, however, managed to escape. I personally do not know what year he fled the country and arrived in Lebanon. Through Abu Yaakub, he arrived safely in Beirut. Yunus received six months training and later he was selected to a PLO Commando Unit. The unit was an elite force specialized in fighting against the Zionists and the fascist Phalangist terrorists. A couple of years later, Yunus became one of Yasser Arafat’s bodyguards. Then in the early 1980’s, because of the civil war in Lebanon, he fled to the United Kingdom.

In the United Kingdom, through his personal contacts, Yunus managed to pursue his studies in Sociology at North East London University. After years of living in exile, Yunus finally flew back home. It was in late 1988 and the situation in Malaysia was not getting any better. This time, he was caught. Along with more than one hundred activists and politicians, he was sent without a fair trial to a Kamunting prison for two years.

In December 2008, I first saw Yunus at a theater in Kuala Lumpur. For the first time I saw how he looked. I had heard about his stories from local activists and from the stories, I imagined that Yunus was a tough built guy with a fierce look. However, I couldn’t believe my eyes as I saw him that night, “You gotta be kidding”, I said. Yunus was a small built guy, filled with smiles on his face as people greeted him. “Is this Yunus Ali who fought against the Zionists in Lebanon? He doesn’t look like a commando at all,” I said to myself. As soon as the theater finished, I went home but still I could not believe that the short plump guy I had seen was Yunus.

In May 2009, after University I enrolled in a local Non Profit Organization (NGO) in Kuala Lumpur. The organization that I joined was run by Yunus and focused on free and fair elections in Malaysia and South East Asia. On that particular month, there was a by-election in Penang and that was also the first time I met Yunus face to face. In his blue Proton Wira, we had an ice breaking session since we had not known each other before. While I was driving his car, I asked him this question. “How did you get into Lebanon and became a guerilla fighter?” He smiled and did not reply to my question. We were driving along the Ipoh highway surrounded by beautiful green mountains when he suddenly said, “Do you see those big mountains?” Yes I said. “In Lebanon, I have to stay undetected on top of the hill for days. It was some part of my guerilla training method, and during my time, I’ve killed more Arabs than Zionists. These Arabs, they were part of the Phalangist movement with their fascist ideology. They received training and weapons from the Israelis as well. I chose to fight with the Palestinian people for one reason. Palestine is a sovereign state. I did not join them to kill people, and my intention was to help liberate Palestine from the oppressive Zionist regime,” he said without pausing.

In 2010, Yunus’s health condition was not good. He had been in and out of the hospital since early 2000 after being diagnosed with lupus disease. Yet, he managed to travel to several countries including Afghanistan in 2009 to monitor the general election. Although his condition was getting worse, Yunus was blessed with a strong heart. During Ramadhan in 2010, he cooked a huge pot of lamb curry to serve to us during the breaking fast. It was his last dish before he died a week later.

Although Yunus received a guerilla training routine, it did not change him in the slightest way. He was a very soft-spoken man with a low profile. Smiles were always on his face and telling jokes was his part of his character. His last words to a friend were “make love & make revolution”.

Yunus was not only a fighter, but a loving father, a caring friend, and an absolute believer in freedom and justice.

Yunus bin Lebai Ali (1951 – 2010)

Tulisan ini diterbitkan oleh majalah Gwangju News edisi Julai.

Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum Vit

Hari ini aku menonton kau dari jaringan internet Vit, Hari ini aku melihat kau dari kaca komputer aku Vit, Hari ini aku mendengar suara kau yang tiada lagi ketika ini Vit, Hari ini aku melihat kau bersama rakyat Palestin dari jauh Vit..

Vit, perasaan aku bercampur baur, fikiran aku tak tentu hala. Vit, kau yang masih muda sanggup meninggalkan lapangan dunia untuk bersama mereka yang terperuk sempit di celah dunia. Vit sahabat ku yang tidak pernah aku bertemu, apa sebenarnya yang berada di fikiran mu?

Vit, selepas beberapa minit mendengar suara kau aku tersentak, masa kan dunia ini mampu melahirkan seorang yang begitu berani seperti kau. Mana mungkin dunia ini mampu melahirkan pahlawan seperti kau. Vit, aku ingin bertemu dengan kau, aku ingin bertanya pelbagai benda. Adakah aku terlewat wahai sahabat?

Vit, kesanggupan kau yang sedia mengorbankan diri untuk keadilan sememangnya luar biasa. Kau berhadapan dengan tentera yang tidak berhati perut semata mata kerana prinsip kau yang teguh.

Sejujur jujurnya Vit, aku mahu dilahirkan dengan hati kau yang berani, namon aku tidak begitu. Vit, jika kau mendengar, sampai kan pesan ini kepada yang Maha Esa, mintalah pesanlah agar hati hati manusia ini dibuka, dibuka untuk menerima kebenaran dan keamanan, juga bisikan lah agar diberi peluang untuk manusia yang masih bernafas ini berubah,merubah segala dosa dosa lama.

Vit, jika aku berpeluang, akan aku lawat makam mu di Italy. Akan aku tanamkan coretan ini disebelah pusara mu agar dapat kau membacanya. Vit, jika kita bertemu kelak, anggaplah kita sudah pon bersuai kenal.

Salute Dari Sahabat Mu..

http://english.aljazeera.net/programmes/aljazeeraworld/2011/06/201162975140291805.html

Tuesday, June 28, 2011

Permainan Politikus

Kurang dari dua minggu lagi acara pembersihan pilihanraya bakal berlangsung. Dan jika dilihat di kaca tv dan di muka akhbar bermacam macam reaksi yang ditonjol kan. Beratus ratus pendangan telah dimuntahkan, baik dari politikus, agamawan, sasterawan mahupon rakyat jelata.

Ada yang menyokong ada yang tidak. Itu lumrah alam, duit syiling juga mempunyai dua belah sisi yang berbeza. Tetapi kefahaman tentang wajarnya perhimpunan itu diadakan adalah sangat penting. Tidak kurang juga yang mengatakan bersih sudah menjadi alat politik sesetangah susuk dan tidak lagi nuetral posisinya di mata sesetangah jasad.

Benar, kempen bersih ini dipelopori oleh sosok sosok politikus dari pihak penentang kerajaan. Sungguhpon bersih dikendali oleh sosok yang non partisan, ada juga pihak yang menuduh ini adalah rangkaian penentang kerajaan yang mahu mengambil tampuk kuasa secara rakus. Sejauh mana kebenarannya?

Jika kita membaca berita beberapa bulan yang lepas, kita akan melihat betapa dashyatnya mesir bergolak. Dari situ kebangkitan rakyat menendang keluar susuk mubarak. Maka kita disini pon mengucapkan syabas kepada rakyat mesir. Tetapi kebangkitan itu turut disertai oleh badan politik yang paling digeruni oleh mubarak. Ikhwan Muslimin nama diberi. Untuk kita buka sejarah adalah terlalu panjang cerita perlawanan Ikhwan menentang regim mubarak. Ikhwan yang dibuka oleh Hasan Al Banna adalah penentang utama mubarak dan ramai ahli politikus nya ke penjara kerana menentang suara susuk mubarak.

Tidak lupa kepada pihak Hizbullah. Dikenali sebagai Parti Tuhan yang dikepalai oleh imam syiah Hassan Nasrullah. Setelah berjaya menentang Zionist dan mengadakan tunjuk perasaan besar besaran rakyat lebanon sebulat suara memilih Parti ini sebagai kepala negara walaupon pada mulanya parti ini adalah sebuah organisasi yang sangat kecil.

Adalah pon tujuan info itu ditulis adalah untuk memberi contoh parti politik bergerak. Tanpa memenangi hati rakyat tidak mungkin sesuatu parti politik itu dapat bertahan. Adalah gagal satu satu parti politik itu jika mereka gagal untuk melihat peluang meraih sokongan rakyat. Didalam hal Bersih ini, parti PAS Keadilan dan DAP masing masing melihat peluang yang sama di dalam perikatan Pakatan Rakyat. Peluang menumbangkan kerajaan UMNO /BN dan adalah bodoh jika mereka tidak mengambil peluang ini.

Benar Bersih dilaungkan sebagai suara rakyat dan harus dilihat nuetral. Jadi apa relevan nya PAS Keadilan DAP mengambil tempat. Disini peranan kita sebagai rakyat adalah penting. Rakyat harus juga bijak membaca permainan politik yang dimainkan oleh mereka. Adalah gagal seseorang rakyat itu jika dia menerima bulat bulat atau mengutuk secara membabi buta peranan Pakatan Rakyat di dalam bersih. Sesungguhnya orang orang seperti ini gagal memahami permainan politikus.

Bersih adalah gerakan bebas, tetapi yang mampu membawa kekuatan massa adalah parti politik yang mempunyai penyokong. Tugas Bersih adalah untuk membawa 8 perkara mengubah sistem elektoral. Peranan parti politik membawa kekuatan massa. Dalam masa yang sama kekuatan massa itu adalah rakyat yang percaya bahawa sistem elektoral tidak lagi boleh diharapkan maka ia perlu diubah. Pakatan rakyat mengambil peluang ini kerana secara jelas pihak SPR tidak mengendalikan pilihanraya dengan adil.

Akan tetapi kenyataan Saudara Anwar baru baru ini jelas menunjukkan sikap oppurtunisnya. Adalah tidak wajar sama sekali untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa dikala rakyat semua dahagakan satu perubahan yang mampu menukar wajah malaysia. Secara jujur saya melihat suara Mat Sabu yang benar benar ikhlas mahukan perubahan. Benarlah Parti ini sudah berubah wajah setelah muktamarnya baru baru ini.

Di sebelah pihak yang lain kita lihat, Adakah UMNO tidak akan menggunakan cara yang sama sekiranya mereka ditempat PR? Jawapannya sudah tentu mereka akan melakukan perkara yang sama, bahkan UMNO telah memobilisasikan rakyat sewaktu menentang Malayan Union dimana 20000 rakyat turun membantah.

Sekali lagi disini rakyat memainkan peranan amat penting. Tidak kira sesiapa yang memerintah, perlaksanaan 8 perkara dibawa Bersih ini harus di implementasi. Jika Pakatan juga gagal merubah perkara ini sekiranya berjaya mengambil alih tampuk kuasa, adalah wajib kita sebagai rakyat melakukan Bersih 3.0 dan percayalah saat itu UMNO Perkasa, Pekida, Persatuan Teksi, Polis, SPR, Bomba, Persatuan Silat Lincah,Hindraf, Kesatuan Ulama Umno dan peniaga makanan runcit akan terhegeh hegeh melaung mejerit demokrasi bersama sama Bersih di jalan raya.

Jadi bukalah hati untuk peluang demokarasi bertapak di malaysia, dan biarlah Bersih menjadi pintu pertamanya ruang demokrasi ini dibuka. Perjalanan kita masih panjang, dan garisan penamat masih lagi jauh sekiranya kita tidak keluar dan dapat membezakan antara opportunis partai politik dengan rakyat marhaen yang jujur mahukan perubahan.

Yang perlu diubah adalah sistem bukan tubuh badan seseorang susuk, adalah gagal kita sebagai khalifah dimuka bumi ini jika kita gagal mengenal pasti sistem yang korup dan memuja sosok yang daging nya sudah busuk.

Friday, June 10, 2011

Artikel dari Yunus Ali 2007

Semasa aku membelek belek segala email yang aku terima semenjak 2004, aku terjumpa dengan email ini. Email ini dikirim kan pada aku oleh Tad pada 2007. Semasa itu aku masih belom lagi mengenali siapa dia Yunus Ali dan aku juga baru sedari yang aku terlepas pandang untuk membuka email ini. Ya Tuhan, setelah 4 tahun artikel ini di tulis, baru lah aku membaca nya dan Yunus sendiri sudah pon menemui kehidupan abadi.


alfian,

great stuff all around! anyway, below is the article
you requested. you can also visit joe kidd's website
where ot just political and thoughtful articles
available but also some review of gigs and what's
next. check it out: http://ricecooker.kerbau.com/

maybe i see you again in april...for now take care and
be safe wherever you are.

hasta leugo,
Tad

Saddam: Pembunuhan Pemimpin di Iraq
oleh Yunus Ali

Maka matilah Saddam Hussein di tali gantung pada 30hb
Jan.2006 bersamaan Hari Raya Qorban (dirayakan di Iraq
sehari lebih awal dari Malaysia).

Saddam ini bukannya pula baik orangnya, dia ini adalah
seorang despot yang menaiki kuasa melalui kekerasan
senjata dan pembunuhan. Tetapi jika diperhatikan
sejarah di tanah bernama Iraq ini, kita akan dapati
satu aspek pergolakan kuasa yang ganas, berdarah dan
ngeri.

Zaman Khalifah


Saidinar Ali mati ditikam oleh pembunuh dari golongan
Khawarij di Kufah, Iraq. Anaknya pula, Hussein (cucu
nabi Mohamad s.a.w) dipenggal lehernya di Karbala,
juga Iraq, kepala diletakkan ke atas dulang untuk
dipersembahkan pada Yazid (anak Muawiyah anak Abu
Sufian musuh Mohamad ketika Islam bermula di Mekah)
yang bertakhta di Damsyik.

Maka berkuasalah dinasti Omayyah di seluruh tanah
Arab, namun tanah Iraq tidaklah aman walaupun di kuasa
oleh dinasti Omayyah itu yang diasaskan oleh Muawiyah
dari Damsyik. Keadaan masa itu sepertilah yang dialami
oleh tentera Amerika di Iraq sekarang ini.

Akhirnya, penentangan dari Iraq itu dapat
menggulingkan dinasti Omayyah di Damsyik, dan sebagai
gantinya maka didirikanlah dinasti Abassiah di Baghdad
yang menguasai seluruh tanah Arab/Islam, kecuali
serpihan Omayyah yang masih berkuasa di Andalusia
(Sepanyol hari ini).

Maka Iraq pun di perintah oleh dinasti Abassiah sekian
lama. Bukan dengan cara demokrasi, tetapi secara
despotik (kekerasan). Benar, di zaman Abassiah
berlakunya kegemilangan ilmu sastera dan sains (Seribu
Satu Malam, Al-Kemi, Al-Gebra…) yang kemudiannya
mempolopori Zaman Kecerahan di Eropah. Namun ramai
juga ulama yang di penjara, disiksa dan dibunuh oleh
raja-raja dinasti Abassiah – mazhab lawan mazhab,
pro-sufi anti-sufi, zaman itulah juga.

Mongol

Maka pada satu hari di bulan Februari tahun 1258
sampailah Hulagu Khan anak Kublai Khan anak Genghiz
Khan dari Mongolia menjajah kota Baghdad, Dinasti
Abassiah jadi porak poranda – kota Baghdad dibakar,
kitab-kitab dihumban ke sungai Dujlah sehingga hitam
airnya dilarut dakwat. Dan Al-Muktasim, raja Abassiah
ketika itu, dibungkuskan di dalam hamparan permaidani
lalu di hinjak-hinjak oleh kuda-kuda perang Mongol.

Semua kaum leluarga si Al-Muktasim ini di bunuh oleh
Hulagu Khan kecuali seorang anak lelaki dan seorang
anak perempuannya yang dijadikan hamba sahaya dan
dihantar ke Mongolia. Jadi ada agaknya benih kaum
Quraish Bani Hashim (Abassiah keturunan daripada Abas,
bapa saudara nabi Mohamad s.a.w) yang bertabur di
Mongolia. Saka itulah agaknya yang memikat dan
memerangkap baginda dari Malaysia hingga menggunakan
bom C4.

Yang syoknya pula, Hulagu Khan ni pula mati di tangan
adiknya sendiri. Ceritanya begini. Berke Khan saudara
Hulagu ini sebelumnya telah pun memeluk agama Islam.
Maka amatlah murka beliau apabila dikhabarkan
kepadanya bahawa Al-Muktasim, serumpun sedarah daging
nabi, dibunuh sebegitu rupa oleh Hulagu Khan. Maka
Hulagu itu diperangilah oleh Berke sehingga kalahlah
tentera Hulagu dan akhirnya Hulagu mati dibunuh di
medan perang.

British

Kita fast forward pula di zaman moden ini. British
masuk ke Iraq dalam tahun 1918 selepas Perang Dunia 2
setelah robohnya dinasti Othmaniah (di Turkey yang
kontrol Iraq masa itu). Seperti biasa, British
angkatlah tok Arab, yang kononnya dari Bani Hashim
keturunan nabi, untuk menjadi raja di Iraq. Statusnya
samalah dengan raja-raja Melayu zaman British di
Malaya.

Raja Feisal namanya (nama sama dengan Raja Feisal
al-Saud yang ditembak mati oleh anak saudaranya di
Riyadh) mati ditembak oleh pemberontak Iraq. British
naikkan pula anaknya Raja Farouk (sama nama dengan
Raja Farouk di Mesir konco British yang diguling oleh
Presiden Nasir), tetapi dapat juga diguling oleh
pemberontak Iraq. Dia diikat hidup dan di seret dengan
landrover (jeep buatan British) di jalanraya kota
Baghdad, sehinggalah tinggal tulang saja. Ini dicerita
oleh arwah bapa saudara saya sendiri, ketika kejadian
itu dia tinggal di Baghdad belajar di sana.

Lepas zaman raja-raja boneka British, naiklah pula
golongan tentera sebagai elit pemerintah di Iraq.
Brigadier Abdul-Karim Qassem dan Kolonel Abdul Salam
Arif merampas kuasa. Tetapi kapal tak boleh ada dua
nakhoda, Si Karim ini dapat mengatasi Arif, Arif kalah
dan dipenjarakan.

Awal Saddam

Di era ini Saddam sedang remaja dan menjadi aktivis
Parti Baath Arab (berideologi nasionalis-sosialis yang
diasaskan oleh Michael Aflak). Namun awal-awal lagi
Saddam ini sudah menjadi talibarut CIA yang menyusup
ke dalam Parti Baath. Amerika ini berminat dengan
Baath kerana pertamanya ia anti-British dan Amerika
mahu mengaut kepentingan dari bekas-bekas jejahan
British. Brigadier Si Abdul Karim ini pula, presiden
Iraq ketika itu pro Russia. Dalam keadaan Perang
Dingin, Parti Baath yang nasionalis itu bolehlah
dianggap sekutu oleh CIA, apatah lagi Saddam sudah
menjadi budak upahan Amerika. Apakah tidaknya, ketika
Saddam lari dari Iraq ke Mesir, makan- minum, duit
poket dan sehingga belanja kahwin dengan sepupunya
Sejada pun ditanggung oleh CIA.

Saddam berjaya diseludupkan kembali ke Iraq, dan Parti
Baath merancang untuk menggulingkan Abdul Karim.
Akhirnya Abdul Karim dapat ditembak mati dengan
serangan hendap di kota Baghdad oleh aktivis-aktivis
Parti Baath. Saddam Hussein mengaku beliau sendiri
yang memesinggan konvoy Abdul Karim, dan mitos ini
diabadikan ke dalam sebuah filem. Ala gangster
Chicagolah juga.

Kolonel Abdul Salam Arif, yang ketika itu pro Parti
Baath, dikeluarkan dari penjara dan dinaikkan jadi
Presiden Iraq. Tetapi beransur-ansur pula pihak
pimpinan tentera yang pro-Baath disingkirkan oleh
Abdul Salam Arif, sehinggalah Abdul Salam Arif
digulingkan oleh seorang jeneral dari Parti Baath
Ahmad Hassan Al-Bakar Al-Tikriti namanya, kroni Saddam
sendiri.

Kuatlah Saddam, dialah Setiausaha Agung Parti Baath
Iraq (berpecah dengan Baath di Syria) merangkap
Timbalan Presiden Iraq. Masa ini ramailah ketua-ketua
tertinggi Parti Baath di Iraq yang dibunuh oleh Saddam
– kerana syak wasangka pro Baath Syria dan juga yang
tidak menyokong Saddam dan kronisme Al-Tikriti.

Saddam Memerintah

Dalam tahun 1979 Saddam mengambil alih kuasa dari
Hassan Al-Bakar. Ketika di bawah pemerintahan Saddam
ini, ramailah juga Rakyat Iraq yang disembelihnya.
Kaum Kurdis, bawah pimpinan Barzani, mula-mula
bekerjasama dengan Parti Baath dan Saddam. Tetapi
Barzani ini rapat pula dengan Russia. Agaknya, setelah
dibisik oleh CIA, maka puak Kurdis diperangi oleh
Saddam dan ramailah yang disembelihnya.

Selepas Perang Arab-Israel 1973, Iraq telah
menjalingkan hubungan rapat dengan Russia dengan
tujuan untuk mendapatkan bekalan senjata dari situ.
Sebagai tukarannya, Parti Komunis Iraq diberi kongsi
kuasa oleh parti Baath di bawah pemerintahan Hassan
Al-Bakar. Tetapi setelah tali barut CIA Saddam Hussein
ini mengambil alih kuasa di Iraq, mereka juga
disembelih mati. Yang anti-komunis jangan bersorak,
baca pula cerita berikutnya.

Kenaikkan Saddam ke atas singgahsana pemerintahan di
Iraq berselaras dengan kenaikan Revolusi Islam
Khomeini di Iran. Revolusi Islam dan Khomeini ini
anti-imperialis Amerika tidaklah terkira semangatnya,
macam komunislah juga.

Hei, konco CIA bertakhta di Baghdad, ini kad yang
boleh digunakan. Dengan bantuan senjata dari Amerika
Syarikat pula, Saddam mengisytahar perang ke atas Iran
yang anti-Amerika itu. Lapan tahun berperang, seinci
tanah yang diidamkan Saddam pun tak dapat. Beratus
ribu rakyat Islam Arab dan Iran mati sia-sia. Tak
kurang ramai tentera Iran yang mati digas beracun
(mustard yang dibekalkan dari Amerika) oleh Saddam.
Termasuklah juga rakyat Kurdish kerana memberontak
melawan Saddam – mereka dibunuh dengan gas racun dan
juga ditembak mati, yang sudah pun dijadikan kes untuk
menggantung mati Saddam.

Saddam gagal dalam peperangan dengan Iran. Hutang
bertampuk berbilion dollar. terutamanya pada Kuwait.
Kuwait bagaikan ceti menuntut hutang, minyak Iraq
dikatakan disedut oleh Kuwait melalui telaga minyak
yang sempadannya masih samar-samar. Saddam mengadu hal
kepada duta Amerika di Baghdad, duta itu memberitahu
Saddam bahawa masalah sempadan Kuwait-Iraq di luar
kepentingan Amerika - seperti memasang jerat sahaja.

Dengan senangnya Saddam menakluki Kuwait. Tetapi
Kuwait ini pun boneka Amerikalah juga. Saddam ini,
walaupun boneka CIA, tapi dia ini anti-Israel pula,
tidaklah boleh dipercaya sangat, malah lobi Zionis di
Washington sudah lama bertungkus lumus untuk
mendapatkan Amerika menggulingkan Saddam.

Pilihan Amerika ialah antara Sheikh Al-Jabbar Kuwait
yang tidak bertulang belakang lagi pengikut jari
telunjuk Amerika dengan Saddam Hussein yang gila kuasa
tak tentu hala tujunya. Amerika memilih Shiekh
Al-Jabbar, maka Iraq pun diserang,

Amerika menang tetapi peliknya Saddam tidak pun
digulingkan oleh Amerika. Kaum Syiah dan Kurdish
dijanjikan bantuan Amerika jika mereka sendiri
menggulingkan Saddam. Memberontaklah Syiah dan
Kurdish, malang bagi mereka, pemberontakan itu mampu
dihapuskan oleh Saddam, Amerika biarkan sahaja bak Si
Luncai dengan labunya. Beribu-ribulah pula yang kena
sembelih, termasuklah Imam Sadar, bapa kepada Sheikh
Sadar yang kini mengetui pemberontakan kaum Syiah yang
anti-Amerika.

Neo-con aka Zionis

Apabila Bush bertakhta di Amerika, berlaku pula
peristiwa 9/11 dan neo-con aka zionis sangat
berpengaruh dan berkuasa di Washington, maka Iraq &
Saddam pun diheboh-hebohkan oleh propaganda mereka
sebagai sebahagian daripada pengganas yang
bersekongkol dengan Osama Ben Ladin.

Tetapi Saddam ini anti-pergerakan Islam, susah orang
nak percaya dia ini member dengan Osama. Maka
dihebohkan juga Saddam mempunyai Senjata Pemusnah
Agung aka bom nuklear dan kemia. Walaupun pihak CIA
memberi maklumat menafikan kesahihan hujah itu, tetapi
tersangat berkuasanya neo-con aka zionis itu yang ada
pada watak-watak seperti Dick Chiney, Wolforwitz,
Runsfield, Condolisa Rice (puak yang didampingi Anuar
Ibrahim, penasihat Parti Keadilan, ketika ‘bekerja’ di
Washington), maka Bush terdoronglah juga untuk
memerangi dan menakluki Iraq.

Rupa-rupanya tidak ada bom nuclear dan kemia, neo-kon
aka zionis hebahkan pula kononnya tentera Amerika
berada di Iraq ialah untuk melakukan pertukaran rejim
demi usaha mendemokrasikan Asia Barat. Sasaran
berikutnya ialah Syria dan Iran – negara yang
anti-Israel. Kuwait, negeri-negeri Teluk dan Saudi
Arabia taklah perlu didemokrasikan kerana mereka ini
boneka Amerika dan anti-Israel dilidah saja, tetapi
secara rahsia yang bukan rahsia berunding dengan
Israel.

Sejarah tidaklah mengikut sangat skrip Amerika. Iraq
ini, sebagaimana disurahkan dia atas, ialah tanah
pemberontakan dan pembunuhan. Jadi, lebih ramai
tentera Amerika yang mati di Iraq daripada yang mati
pada peristiwa 9/11 iaitu hampir 3,000 orang. Yang
cedera pula, yang hilang kaki, yang hilang tangan,
yang buta dan luka-luka tak kurang daripada 30,000
orang.

Pasca Saddam

Walaupun Saddam berjaya digantung mati oleh neo-con
aka Zionis dengan kerjasama boneka bernama al-Maliki
dan konco-konconya di Zon Hijau, tetapi Baghdad, Iraq
dan rakyat Iraq tidaklah dapat dikuasai sepenuhnya
oleh mana-mana pihak.

Pemberontakan dan pembunuhan rakyat dan ketua-ketuanya
akan berlarutan di Iraq. Sebagaimana berlakunya pada
Ali, Hussein, Al-Muktasim, Hulagu, Raja Feisal, Raja
Farouk, Bregadier Abdul Karim Qasim dan Saddam
Hussein; begitulah juga akan terjadi pada mana-mana
ketua yang mengaku dirinya pemimpin Iraq, apatah lagi
yang merangkap jadi boneka Amerika di bawah pengaruh
zionis (walaupun tanpa neo-con lagi).

END.

Yunus Ali - 1hb Januari 2007

Sunday, May 22, 2011

And the play continues

Did anybody notice that several months ago, there was a huge street performance across the Arab nation? Millions of viewers across the globe watched this street performance every single day. The beauty of this street performance was printed out in our daily newspapers and showed on TV broadcasts. It was probably the biggest live show that history has ever seen.

Yes, you can call it a demonstration. Many theories about the Arab revolution have been discussed from various scholars, let alone the politicians who were using the show as a stepping stone to gain support from their own people. Not forgetting preachers in the mosques, the churches and the self proclaimed anarchists. Call it what ever you want, you are free to decide but, as for me that was the most magnificent live performance I’ve ever seen.

No, I am not going to talk about who should lead those countries, what is next, who is next, bla bla bla. I don’t care what Mubarak is doing now, nor Ben Ali or whoever. They are history. The people have spoken and it is time for us to give a big round of applause for the actors and actresses, for the greatest show ever. Khalas.

But let us travel some time back when Blackberry was just a dream and the Iphone was something only Zeus could explain.

30 years ago, the same scenario was here in this town. 30 years ago, before there was Facebook and Twitter, an army general whom I could define as an older version of Mubarak, brought down the same play. Now, 30 years after the similar burlesque, thousands of kilometers away from here, a new developed street performance has been made and it is a success just like it was in 1980.

30 years ago, a young man named, Sun Tae Song was one of the ‘actors’ in that street performance. The young lad was 25 years old when he learnt to ‘dance’ and ‘run’ on the street. He was not a student of performing arts for sure, but Song, who studied at Chonnam University, was among the first to ignite the spirit of May uprising. Now at 55 years of age, he can only remember how triumphant it was.

However, that play was not like any other series on TV. Everything was real. The tears, the blood, the sweat, the hunger and the dead were all real. Nothing was fake and no one came back alive after they were shot. Song lost 6 of his close friends during the ‘opera’ and he himself has been sent to jail four times.

Recalling the incident, the grey haired man said, “I do not know how I am still alive. All I can think back then was, I will surely die, hit by a bullet by an unknown soldier from my own race. Sometimes I do ask my self, how did I survive”.

Now 30 years after the uprising, he sees himself on the streets of Tahrir Square. He knows the feeling, he knows how hard it was to keep on performing for the people’s sake and he knows how bereaved he was when he knew that his comrades were no longer by his side and that he had to continue their roles.

All the young people on the street in Tahrir Square and Tunisia played the same role as Song and his friends did 30 years ago. The colour of the blood was the same as it was 30 years ago, the heat and the sweat were still the same as it is today. They also share one common goal, a common goal created 30 years ago; that is to crack down the regime and to give freedom to the people.

Although Song and the young people in Egypt and Tunisia have never met each other nor can they speak to one another, the spirit and belief that lies inside their hearts is true and sincere. No one taught them how to act on the street, no one showed them how to run and to avoid sprayed bullets and for sure, there was no director to howl ‘cut’ each time a member fell on the ground bleeding.

This one-of-a-kind ‘street performance’ is not an urban legend. This street play is so strong that it can change almost everything. Not only that, there are thousands of performers willing to do anything to cause change. Perhaps the Oscar Award should be given to them for being the bravest actors and actresses the whole world has ever seen.

The fight for freedom and peace will not stop even though many have died. The struggle for a better future will not halt. No matter how huge the army sent, no matter how advance the weapons used, it is still not enough to stop the people. Mubarak, Ben Ali and Chun Doo Hwan are now history, changed by the people who preformed on the street and the street is where it all begins.

In celebrating the anniversary of the people’s uprising in Gwangju, let us again salute those who have sacrificed their lives for us. Let us honor the people of Gwangju, let us praise the people of Egypt and let us bow to the people who believe in freedom. The street performance will continue to roll as long as the people are united to act.

“Where there is oppression there’s resistance, where there is a regime, there’s the people”

Friday, May 20, 2011

Adakah ini satu konspirasi?

Sebelum kalian membaca apa yang ingin aku sampaikan, ingin aku beritahu, ini adalah teori. Teori yang aku terfikir setelah melihat dan merasai sendiri sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Sejak akhir akhir ini hangat diperhebohkan dengan cerita adegan salahlaku salah seorang ahli politik. Tidak perlu aku kupas. Sudah basi, busuk dan tidak lagi laku di dada akhbar. Melainkan berita utusan meloya dan seangkatan dengan nya. Ianya jelas, tidak perlu diselindung lagi.

Timbul sesudah itu, cerita sang penyimbah asid. Cerita ini seram menakutkan seperti cerita hantu kumkum sewaktu aku sedang bersekolah rendah. Pada waktu itu kanak kanak seusia dgn aku tidak berani utk tidor seorang, macam macam cerita dari macam macam rupa manusia. Akhir nya senyap tidak lagi heboh.

Berbalik kepada cerita asal. Cerita penyimbah asid. Cerita ini pada asalnya berlaku disekitar Kuala Lumpur. Jika tidak salah disekitar Wangsa Maju Setiawangsa. Lalu beberapa hari selepas cerita ini merebak pula ke Shah Alam. Tidak dapat tidak hal ini sememangnya mengerikan dan membawa ketakutan. Sewajarnya rakyat harus mengambil langkah berwaspada ini wajib.

Cuma, aku skeptikal. Aku yang juga pernah berkerja di meja jenayah, tidak dapat lari dari memikirkan motif sebenar kejadian ini. Kecewa dengan kekasihnya mungkin membuatkan makhluk ini berasa dendam dengan wanita. Atau si pelaku sudah ditipu oleh kekasih nya. Ini semua kemungkinan.

Dalam pada itu, negara juga dikejutkan dengan pelbagai cerita cerita kelakar. Jangan lupa pada kes jam tangan omega, sumpah laknat yang kini sudah jadi sumpah lahanat. Video yang polis sudah tahu pelakonnya tetapi enggan memberitahu alasan tiada asas, laporan kes altantuya sudah bocor (walaupon sudah lama isinya hangat)Kes kematian Sarbani dan tidak lain tidak bukan kes liwat Saiful yang secara tiba2, sang hakim berkata, saiful adalah saksi benar dan berwibawa.

2001, dunia dikejutkan dengan runtuhnya WTC. Amarika secara jelas mengatakan ini kerja (arwah) Bin Laden. Walhal perkara ini dinafikan sekerasnya dari rangkaian Al-Qaeda. Documentari dari anak muda di AS sendiri menunjukan wujudnya konspirasi. Ini semua adalah untuk memesongkan fikiran rakyat dunia dan AS. Memusingkan kepala rakyat dari melihat perkara sebenar.(Mahu menguasai Afghan supaya dapat melebarkan sayap imperialis, Iran, India, Pakistan yang dikatakan mempunyai senjata nuklear) Dalam pada itu Amarika mewujudkan slogan War on Terror dan secara jelas ianya satu propaganda untuk mengolah kata setuju dari semua negara.

Sememangnya cerita konspirasi ini bunyinya seperti tidak masok akal. Sanggup kah Bush mengorbankan ribuan nyawa rakyat semata mata ingin menyerang Afghanistan? Kedengaran seperti tidak masok akal. Takkanlah pula sistem jaringan CIA dan intaligansi Amarika tidak dapat mengesan pelan Bin Laden ini. Perlu diingatkan Pakistan adalah salah satu sarang CIA dan jutaan dollar telah habis untuk membeli warga Pakistan untuk belot dan menyalurkan maklumat tentang AlQaeda dan Taliban. Jadi tidak masok akal jika kapal terbang itu sewenang wenangnya melanggar WTC tanpa dapat dihidu oleh mukabarat CIA yang bersepah sepah di Pakistan dan Afghanistan.

Lalu cerita nya kembali kepada Malaysia. Teori konspirasi. Ingat kepada tragedi Sauk? Bagaimana bertan tan M16 boleh muat pada jeep pajero dan begitu mudah sekali jaringan Al Maunah ini menyelinap masuk ke kem tentara. Bayangkan, kumpulan sekecil ini dan memperbodohkan askar melayu diraja, tidak hairan jika pada saat ini jika agen zionist dari jaringan APCO sedang mengira ngira rentak dan langkah yang harus diambil. Bunyi sekali lagi seperti tidak masok akal. Benar bunyi nya tidak masok akal.

Soal pokoknya disini, adalah untuk mengekalkan tampuk kuasa. Itu yang paling penting tidak kira apa cara sekali pon. Termasok mengorbankan nyawa ribuan rakyat. Cuba kalian semua fikirkan, pada era regime Saddam Hussein, apa cara membunuh yang tidak dilakukan oleh nya. Menembak, mengebom, memancung dan menikam ratusan ribu nyawa puak kurdish dan syiah. TERMASUK MENGGUNAKAN GAS BERACUN. Segala apa usaha telah dilakukan oleh Saddam hanya untuk terus duduk di takhta negara Iraq. Ini diberitahu sendiri oleh rakyat Iraq kepada aku beberapa hari lepas. Saddam akan menggunakan segala apa yang ada didunia ini untuk kekal berkuasa.

Maaf jika aku meyimpang jauh, aku mahu memberi contoh bagaimana jauhnya sang penguasa sanggup bertindak apabila dirinya diancam.

Jadi, beberapa hari selepas cerita penyimbah asid ini muncul, muncul dikaca tv, rupa wajah suspek. Keluarlah gambarnya yang berkulit gelap mirip lelaki india. Jangan kita bohong kepada diri sendiri, dengan melihat warna kulit didalam gambar itu, secara automatik kita akan menganggap si pelaku itu berketurunan india. Kenapa tidak cina dan melayu? Jawapannya ada pada kalian.

Tidak dapat dinafikan, permainan api perkauman sudah mula muncul. Bermula dengan hak istimewa orang melayu, kepada betapa kurang ajarnya paderi yang mahu menumbangkan islam, betapa biadapnya si cina yang mahu menghapuskan ekonomi melayu kepada betapa kejamnya wajah si india dikaca tv yang dituduh menyimbah asid. Permainan ini telah dimainkan oleh Mubarak, telah dimainkan di China telah dimain di Amarika.

Konspirasi demi konspirasi dimainkan agar kita lupa akan hal sebenar. Hal bagaimana rapuhnya sistem ekonomi ketika ini, rapuhnya sistem kehakiman, lemahnya sistem penguatkuasa baik dari polis, sistem anti rasuah dan sistem ketulusan pilihanraya.

Teori aku mudah, sang penyimbah asid mungkin tidak akan ditangkap dan kes ini akan reda, dan jika si pelaku ini ditangkap, dia adalah seorang india. Dan minyak api perkauman akan menyala demi untuk sang pemerintah berkuasa dengan melakukan apa cara sekali pon.

Yang penting adalah rakyat tidak lupa pada perkara pokok iaitu mengubah dasar kerajaan kepada yang lebih telus dan pada masa yang sama berhati hati agar tidak menjadi mangsa konspirasi sang penyimbah asid.

Monday, April 25, 2011

Hitam

Tahun demi tahun telah berlalu
Sejak dari hari itu aku mula kenal erti kematian
Tahun demi tahun berlalu
Aku pasti itu lah maksud kesedihan
Tahun demi tahun berlalu
Tidak pernah putus dari ingatan

Kematian menjemput saat kita masih gembira
Kematian datang saat kita tersenyum
Kematian menegur saat kita belum puas mengira bintang
Kematian menepuk bahu saat kita baru mula belajar berkasih sayang

Sambil ditemani malam dingin aku terbayang wajah wajah mereka
Satu persatu, raut muka , dan hilai tawa
Setiap satu daripada mereka yang punya kisah suka dan duka
Pelukan manja dan ciuman manis pengubat luka

Kebanyakkan mereka tidak sempat aku memberi cerita
Cerita cerita dunia dari kisah kisah merata
Tidak tidak satu pon yang tahu
Bak kata pujangga kadang kala kematian itu lebih penting dari hidup yang sementara.

Thursday, April 21, 2011

Belasungkawa

Ini hari, Khamis 21 April aku menerima satu panggilan telefon. Sebelum aku menjawab panggilan itu tiada sebarang rasa yang terlintas. Lantas aku jawab panggilan tersebut yang datang nya dari kakak aku sendiri. Seperti saja dia tahu yang aku akan bersedih jika mendengar berita yang tidak berapa enak, dia bersahaja menegur, "lama tak dengar cerita, busy sangat ke" dan beberapa patah perkataan yang aku sendiri tidak ingat. Selepas itu aku pon menjawab yang aku ada menghantar FB message dan disebabkan line telefon tidak begitu bagus dia mencelah dan mengatakan apa tujuan sebenar panggilan itu dibuat (sekali lagi dengan nada bersahaja seperti ianya perkara biasa).

Pada mula nya aku tidak langsung tersentak atau terperanjat kerana gaya dan tone suara yang disampaikan langsung tidak menunjukkan apa apa tanda kesedihan. Aku bagaikan dikejutkan dari tidor apabila aku bertanya sekali dan barulah aku betul betul terjaga. Aku cuma membisu seribu bahasa. Tak terucap walau sepatah. Yang aku dengar dari hujung telefon hanya kata kata memberi semangat supaya berdoa.

Siapakah dia yang telah pergi meninggalkan aku. Dia yang pergi adalah aku anggap seperti emak aku sendiri. Malah aku sendiri memanggilnya mak kerana sedari aku berusia 2 tahun dialah yang menjaga makan minum lapar dan dahaga aku. Kulitnya hitam manis dan mempunyai tabiat melatah. Dia juga adalah ibu tunggal setelah kematian suaminya yang aku sendiri tidak pernah berjumpa. Anak-anak nya seramai 6 orang dibesarkan dengan penat lelahnya sendiri mengambil upah kerja kerja sambilan. Hidupnya tidak semewah mana, rumah usang nya kini telah lama roboh dan hidupnya berpindah randah.

Bila raya menjelma dia akan sibuk menerima tempahan membuat dodol. Demi tuhan, tidak pernah aku merasa dodol sesedap dodol nya. Dengan duit itu jugalah segala persiapan hari raya untuk keluarganya dibeli. Jika tidak salah aku sewaktu aku berusia 5 tahun, aku sudah dihantar ke tadika kerana pada waktu itu dia dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis. Oleh kerana kedua orang tua aku sibuk bekerja aku terus tinggal di tadika itu pada siang hari. Namun kadang kala aku masih ke rumahnya dan masih lagi memanggil dia 'mak' dan cukup gemar baginya meminta aku mencium pipinya. Aku pula suka mendengar latahannya apabila di usik.

2009, Aku bertemu dengan nya dimajlis perkahwinan salah seorang sepupu aku. Dia harus dipapah ketika berjalan. Keadaannya tidak segagah dahulu yang selalu menunggang basikal kesana kemari. Wajahnya sudah teruk berkedut badannya lemah dan tidak lagi kuat untuk mengacau dodol. Semuanya telah tidak dikerjakan. Hidupnya hanya duduk dirumah ditemani ubat ubatan dari hospital. Namun suaranya memanggil aku dan meminta ciuman masih tidak berubah. Sama seperti waktu waktu dahulu ketika dia seorang perempuan yang gagah mencari nafkah untuk anak anaknya.

2010 Sekian lama aku tidak berjumpa dengannya. Aku mendengar khabar berita tentang dirinya dari makcik aku sendiri. Aku sedar keadaan tidak begitu baik. Terlantar dirumah akibat terlalu lemah untuk bangun. Mungkin kesan ubat ubatan sudah mula memakan dirinya. Pada tahun itu juga aku mula sibuk dengan kerja.Aidil fitri yang lalu, ibu kandung aku berpesan agar aku pergi melawatnya namun ia tidak berlaku.

2011 Petang tadi ibu ku menelefon, dia mengaku dia ada melawat dan sudah tahu akan keadaan orang tua itu yang makin bertambah buruk sejak 3 minggu yang lalu namun dia tidak mahu memberitahu kerana tidak mahu aku berasa tidak senang hati. Cuma satu perkara yang aku kesalkan. Kesalan ini akan aku bawa bersama ke liang lahad aku nanti. Aku tiada disisinya untuk aku cium pipi nya buat kali akhir ketika dia sudah tidak lagi boleh meminta dan tidak langsung berupaya mengusung jenazah ke tanah kubur sebagai tanda kasih seorang anak. Aku yang masih mampu berjalan tidak langsung ada daya untuk berada disebelah tanah kuburnya. Tiada apa yang boleh aku lakukan dan belom terbalas jasa jasanya menjadikan aku seorang manusia. Namun aku bersyukur kerana dia tidak lagi perlu menganggung derita. Biarlah dia terus aman selama lamanya.

Halimah Abdul Aziz (1938 - 2011) mak...

Thursday, March 10, 2011

Gugur daun daun di pokok itu
Togel badannya tidak berselimut
Angin pagi itu masih tidak tahu untuk berhenti
Bukan satu dan dua tapi berpuluh pokok semuanya berbogel

Cahaya suria tegak berdiri
Namun angin itu masih seperti tadi
Dibawa kenangan yang lama bersama
Entah dari mana muncul tiba tiba

Gambar demi gambar wajah demi wajah
Suara senyuman jelingan lambaian tangan
Kata demi kata bisikan setiap kali bersama
Angin tadi menjadi penyampai

Berlalu pergi segala gambar dan lirik kata
Tidak diberitahu bila akan menjelma
Entah esok entah lusa
Angin itu akan mengelilingi dunia mengumpul segala rasa

Sunday, March 6, 2011

I Have Forgiven Jesus

Why did you give me So much desire?
When there is nowhere I can go To offload this desire
And why did you give me So much love
In a loveless world When there's no one I can turn to
To unlock all this love And why did you stick me in
Self-deprecating bones and skin....

Friday, March 4, 2011

Hari ke 4

Suhu paras beku masih tidak berubah. Setiap pagi suhu di bandar Gwangju adalah negatif 1 dan apabila malam menjelma paras beku itu jatuh ke angka negatif 2 atau 3. Empat helai baju dipakai sekali gus belum tentu dapat menghalang angin beku dari Siberia ini. Musim paling sejuk adalah Januari dan pengakhiran March akan bermula musim bunga atau Spring.

Makanan agak sukar,tiada mamak atau gerai masakan orang melayu. Semuanya masakan tempatan. Rasa yang agak pelik bagi aku tapi tiada masalah yang besar, sudah dua hari aku memasak nasi sendiri. Tengahari pula makan diluar. Malam Jumaat disini tidak banyak bezanya dengan bandar Kuala Lumpur. Ramai anak muda yang keluar bersantai walaupon suhu menggila. Ramai yang ke kedai kopi dan ke restoran untuk bersantai menikmati soju (rice wine) bersama teman teman.

Masih baru aku disini dan belom banyak yang boleh diceritakan, jika aku tulis semuanya ia agak cliche. Masa masih panjang semoga kita bertemu di jalan raya kelak.

Tuesday, March 1, 2011

Fenomena baru

Malam pertama di daerah Gwangju.. Sejak dari pagi suhu tidak berganjak tetap kejam menusuk tulang. Sekali angin bertiup seperti hablur kaca melekat di pipi. Selapis baju sejuk tidak memadai untuk menentang kuasanya.

Malam ini bosan mengadap cerita mat saleh di kaca tv orang korea. Namun internet di mengecewakan cuma aku masih belom faham cara menggunakan telefon awam ditepi jalan. Bahasa menjadi batu penghalang. Belom banyak yang boleh dicerita, kecuali desas desus pemimpin utara mahu menyerang rakyat dibelah selatan diconteng di muka akhbar.

Makanan tidak banyak membantu, rasa rupa dan bentuk sememangnya berbeza dari tekak melayu. Mungkin esok ada warna yang baru juga cuaca sejuk akan berakhir dan musim bunga akan tiba harapnya suhu gila ini akan pergi buat sementara.

Selamat Malam

Monday, February 14, 2011

Malam harapan

Berkayuh dan terus kan mengayuh
Walau perjalanan masih jauh
Jangan sesekali kita mengeluh
Tiada apa ia cuma peluh

Jika malam ini kita tidak bersama
Jangan kau berhenti dari kayuhan
Seberat mana kandungan beban
Kayuhlah dengan perlahan lahan

Tiada apa yang perlu dilihat
Tiada apa yang perlu diingat
Seribu kenangan sejuta kemanisan
Kau dan aku hanya akan bersendirian

Tapi jika malam ini kita bersama
Jangan kau berharap yang kita akan bersama malam tahun hadapan
Jika malam ini kita bersama
Penuhilah ia dengan kenangan

Kerana esok, pabila kita terbangun
Ingatilah malam sebelumnya
Jika ia kecewa jika ia bahagia
Ingatlah yang kita masih lagi berkayuh dengan penuh harapan

Tuesday, January 18, 2011

Artikel dari KK Tan Rasisma adalah punca Utama

Perbuatan biadab rejim Zionist di dalam menghasut pihak ketenteraannya di Israel untuk melakukan operasi perang keatas orang awam di Palestine hanya boleh di jelaskan dengan hanya satu maksud – RASISME

Adalah dinyatakan di sini artikel ini tidak menyalah atau menyerang kaum Yahudi atau penganut agama Judaism dan ia turut menghormati kesaksamaan hak masyarakat Yahudi dari serata dunia untuk hidup aman damai dan bebas melakukan ritual keagamaan seperti mana yang dilakukan oleh penduduk dunia yang lain. Ia akan memberikan gambaran yang jelas tentang perbezaan antara Zionist dan Yahudi dan antara Zionisme sebagai fahaman dan Judaism sebagai satu agama.

Permulaan Zionisme bermula sebagai satu ideologi yang datangnya dari Theodore Herzl pada 1900 untuk mencari tanah air bagi Yahudi berdasarkan pada tafsirannya dari kitab taurah.( Zion merujuk pada kota lama di Jerusalem di dalam Taurah telah ditawan oleh David dimana Dia muncul sebagai simbol Judaism dan terma itu telah diexploitasi oleh gerakan politik Zionist ). Entah mengapa Palestine telah menjadi pilihan mereka.

Pada 1917, gerakan Zionist mendapat sokongan pertama mereka dari kerajaan British pada penubuhan Pengakuan Balfour. Pada pengakuan tersebut menyatakan bahawa British “ melihat penubuhan di Palestine sebagai tanah air berdaulat bagi masyarakat Yahudi “ dengan pemahaman dimana tidak akan berlaku apa-apa yang boleh mendatangkan prasangka terhadap hak awam dan hak agama bagi masyarakat bukan Yahudi di Palestine”…

Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Palestine sudah dipopulasi oleh rakyat mereka sendiri sejak berkurun lamanya dan telah menanggap penubuhan (balfour declaration) sebagai satu sindiran yang di lobi oleh rangkaian rahsia yang datangnya dari pengaruh Zionist yang kuat dari Britain dan US. Pengaruh dan perkembangan besar kuasa Zionist di dalam dunia global politik masih hingga ke hari ini memeningkan kepala penganalisis-penganalisi dunia.

Immigrasi kaum Yahudi terutamanya dari eropah ke Palestine telah dicatatkan sebagai satu perkara penting selepas perang dunia pertama. Ianya telah mencapai kepada satu bentuk yang lebih besar selepas perang dunia kedua apabila “Holocaust” digunakan sebagai alasan oleh pihak Zionist untuk menuntut sebuah Negara Israel yang merdeka di bumi Palestine, dimana selepas itu masih berada di bawah jagaan pihak British.

Selepas beberapa serangan bom yang digerakkan oleh pihak Zionist (ya, Zionist telah menjadi orang pertama di dunia menggunakan terma Terroris untuk mencapai objektif politik pada era peperangan) dan bersama kempen-kempen yang di rancang dengan teliti di barat (dimana pihak media sudah sememangnya dikawal dan dipengaruhi oleh kuasa Zionist)

Pihak British akhirnya setuju untuk menubuhkan penubuhan wilayah Israel pada 1948. Masyarakat Palestin telah diarahkan untuk keluar dari penempatan masing-masing supaya berpindah ke kawasan yang tidak dipersetujui oleh mereka seperti di Tebing Barat dan di Gaza. Namun Palestine tidak mempunyai banyak pilihan melainkan melancarkan penentangan dan pemberontakkan terhadap puak Zionist.
Kebanyakan negara barat menyokong pelan penubuhan Israel kerana beberapa factor geo-politik, Perhimpunan agung UN pada 1975 (resolusi 3379) mengistiharkan Zionist adalah salah satu bentuk fahaman Racis dan menghentam Israel kerana bersekongkol dengan regim apartheid di Afrika Selatan. Hanya pada tahun 1991 16 tahun selepas itu sejurus kejatuhan Kesatuan Soviet dan pemulihan dasar politik di dalam UN dan kemunduran kesatuan Arab selepas perang Iraq pada 1991 resolusi 1975 digubal semula.

Israel di dalam banyak bentuk adalah dilihat sebagai Apartheid dimana mereka mendiskriminasi puak Arab dan bukan Yahudi termasuk Yahudi oriental. Bukan sesuatu yang memeranjatkan bagi kebanyakkan orang mengapa Israel adalah penyokong kuat dasar Apartheid di Afrika Selatan. Regim Zionist melayan penduduk asal palestine seperti binatang sama seperti masyarakat kulit putih menindas hamba kulit hitam. Yang membezakannya adalah kekejaman yang berlaku di Afrika Selatan dan di barat berlaku di dalam tampuk masyarakat itu sendiri dan telah terabadi di depan mata masyarakat itu sendiri, akan tetapi kekejaman regim Zionist mengambil tempat di luar Israel dimana penduduk Israel sendiri tidak dapat melihat kekejaman yang dialami dan penderitaan penduduk Palestine yang di gasak oleh Zionist. Oleh itu, kekejaman yang dilakukan oleh Zionist adalh lebih dahsyat dan lebih brutal.

Satu pameran foto di Tel Aviv pada 2004 bertajuk "Bawa Hebron kembali ke Tel Aviv" bertujuan untuk memberi pengenalan yang halus tentang babak-babak yang dialami oleh soldadu Israel tanpa melihatkan malapetaka yang sebenar dialami oleh penduduk Palestine. Akan tetapi pameran itu hanya menbawa kepada ketidak percayaan, kesedihan dan kemarahan penduduk awam Israel.Secara terang-terangan penduduk awam Israel telah di jamu dengan propoganda dan penipuan tentang bagaimana layanan sebenar kerajaan terhadap penduduk Palestine.

Banyak repot telah direkodkan tentang pegawai kanan dan soldadu dari Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang menolak untuk mengikut arahan pihak atasan (dan mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan hukuman penjara) untuk mengebom dan membunuh kerana mereka melihat arahan-arahan tersebut sangat buruk dan bertentangan dengan suara hati mereka yang bebas. Mereka menuduh pemerintah IDF memberi arahan kepada soldadu untuk melakukan kekejaman terhadap orang awam yang tidak bersalah dan untuk menyebabkan kesan penderitaan yang semaksimum mungkin dan memberi ketakutan kepada orang awam Palestine.

Satu rakaman television baru-baru ini terhadap bekas kapten Tentera Udara Israel Yontan Shapira tentang serangan terbaru keatas Gaza, menentang serangan yang dilakukan oleh pihak regim. Beliau menuduh IDF sengaja menyasarkan serangan keatas orang awam. Beliau berkata " Bagaimana pembunuhan keatas wanita dan kanak-kanak dapat menolong menjadikan Israel satu negara yang selamat atau ianya digunakan untuk membela serangan roket dari Hamas".

Ribuan penduduk yahudi yang tinggal di barat dengan kemudahan mengakses situasi yang sebenar telah secara terbuka menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel. Sementara mereka juga tidak memaafkan serangan roket dari Hamas, tetapi kebanyakkan mereka melihat tindakan IDF itu sebagai tindakan yang tidak seimbang.Ianya seperti satu hukuman terhadap 500 orang hamba kulit hitam kerana salah satu hamba kulit hitam didapati bersalah membunuh seorang yang berkulit putih. Semakin ramai yahudidari seluruh dunia sedang melihat watak sebenar regim Zionist dan menentannya secara terbuka.

Zionist mempunyai satu cara psycology kerana mengunakan Holocust dan diskriminasi terhadap Yahudi di eropah sebagai satu alasan kepada pembentukkan Israel dan setiap kritikan terhadap ideology Zionist selalu dikaitkan dengan Rasis atau anti- semantic.Judaism adalah satu agama tetapi satu bangsa boleh dirujuk kepada satu etnik, budaya atau kumpulan agama yang menjalankan satu set undang-undang yang sama.

Ironinya, regim Zionist bertindak zalim keatas penduduk Palestine sama seperti Nazi bertindak keatas penduduk yahudi dan Nazi dituduh sebagai satu fahaman yang rasis dan ianya ternyata benar. Barangkali ramai yang mempertikaikan Israel sebagai satu negara yang demokrasi (hanya kepada Israelis), tapi sama juga seperti regim Nazi,- Adolf Hitler dipilih oleh rakyat German secara demokrasi. Dipilih secara demokrasi tidak memberikan satu kelulusan terhadap mana-mana parti untuk menindas yang lemah atau kaum minoriti. Ia mesti berlandaskan hukum universal seperti menghormati hak-hak asasi manusia dan kesaksamaan. Apa pon jua ketidak adilan yang dialami oleh kaum Yahudi, ianya tidak boleh digunakan untuk meluluskan pelan penubuhan negara Israel dan layanan kejam terhadap penduduk Palestine. Sama seperti khutbah yang disampaikan oleh Hitler tentang keagungan bangsa kulit putih Aryan di dalam ideologi Nazi nya, Zionist turut berkhutbah tentang keagungan dan hak esklusif bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang "terpilih".

Bermacam-macam alasan diberikan tentang serangan di Gaza termasuklah pilihanraya yang bakal berlaku di Israel, pelantikkan presiden US yang mendatang Barack Obama, pergolakkan kuasa di Palestine antara Fatah dan Hamas dan lain-lain. Apa pon jua alasan yang diberikan, tindakan tidak berperikemanusiaan regim Zionist terhadap Palestine hanya boleh diungkap dengan satu nama -RASIS, dan RASISME adalah tunjang dan akar di dalam kitab Zionist (bukannya Judaism) sejak penubuhan ideologi yang bermula 100 tahun dahulu.

Kebanyakkan negara dan PBB telah sampai kesatu konklusi di mana menerima untuk meneruskan jalan damai adalah untuk membezakan dua-dua sempadan Israel dan Palestine (Gaza dan tebing barat), hidup aman damai dan menghormati antara satu sam lain. Akan tetapi untuk mencapai matlamat tersebut satu regim yang baru di Israel perlu diwujudkan segera dimana regim itu perlu memnghormati hak orang asal iaitu Palestine, Muslim Arab dan orang bukan yahudi secara sama rata.

Barangkali, di bawah tampuk pimpinan baru presiden US di dalam menyatukan minat jangka panjang Israel dan Timur Tengah dan untuk mngukuhkan kesaksamaan dan Keadilan dimana Obama berpegang teguh keatas prinsip ini, perlu menggesa pertukaran regim yang baru di Israel sama seperti penukaran regim di Iraq (pimpinan Saddam Hussien) pada 2003. Zionist di Israel perlu ditolak oleh dunia sama seperti dunia menolak dasar Aparthied di Afrika Selatan tidak lama dahulu.

-Di alih bahasa dari teks asal-

Monday, January 3, 2011

Hati hati keras mula membeku, mata mata kuyu mula tercengang, bibir bibir hitam mula mereput, kaki kaki usang sudah tersekat. Ini semua kerana musim sejuk yang lalu.

Mengalirlah air mata dari kelopak kosong, bunga bunga merah terus layu, jiwa lopong melintas waktu. Ini semua kerana musim sejuk yang lalu.

Cerita cerita malam itu, senyuman senyuman pagi itu, lagu dan lirik hari itu. Ini semua kerana musim sejuk yang lalu.

Dan musim sejuk itu sedang berlalu..

Malam sejuk 3 Januari yang lalu