Wednesday, March 24, 2010

Mengapa Sekarang

Hari ini aku terkejut beruk bila melihat TV Tiga. Slot buletin utama nya betul betul memberukkan aku. Mana tidak nya, bekas ahli PKR yang kini adun bebas membuat kenyataan yang memeranjatkan satu Malaya.

Ini adalah petikan yang diambil dari berita Bernama-"Kulim-Bandar Baharu member of parliament Zulkifli Noordin said he would meet several individuals including Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and apologise for the plots to discredit them", Earlier when debating the motion of thanks on the address of the Yang di-Pertuan Agong, Zulkifli said he was offered a generous reward to implicate Najib and wife Datin Seri Rosmah Mansor in the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu".


Soalnya disini aku bukan mahu mempersoalkan sejauh mana kebenaran hal cerita Minah Mongolia ni tetapi aku ingin mempersoalkan dimana letaknya integriti atau iman mamat Zul ni. Kerana jika benar terdapatnya habuan yang ditawar kepada nya mengapa dan kenapa sekarang dia mempersoalkan hal itu diparliament? Hal minah Mongolia ini sudah berlaku bertahun sudah dan masakan sekarang dia sedar bahawa semua tuduhan itu adalah salah?

Sebagai Islam tulen dan berketayap putih lagi suci berjanggut kecil sunnah Muhammad, mengapa kini setelah menjadi adun bebas dia berteriak? Jika benar dia di tawar kan habuan untuk mengenakan Tuan Perdana Menteri dia sudah berteriak sejak dahulu lagi. Kerana Islam itu benar tidak kira lah apa tuduhan sekalipon jika perkara itu salah ianya tetap salah, dan tidak perlu ditunggu bertahun-tahun untuk membongkar perkara ini.

Dia juga memanjatkan syukur kepada Maha Pencipta kerana menyelamatkan nya dari terus hanyut. Mengapa? Dahulu dia tidak sedar kah perjuangannya itu salah? Sebagai pejuang Islam tulen seharusnya dia sudah sedar bahawa segala tindak tanduk nya dari dahulu sudah salah. Kerana dari dahulu ucapannya penuh dengan kata pujian kepada Tuhan sambil berdoa. Takkan dia menipu rakyat dari dahulu dengan syarahan agamanya?

Jadi jika begitu nampak benar ada udang disebalik batu. Aku tidak percaya orang-orang yang fasih tentang agama ini sewenang-wenangnya bertukar fikiran. Takkanlah kerana isu Allah dia tiba-tiba membuat pengakuan ini..Aku tidak nampak signifikasinya.

Was was aku dibuatnya..Mengapa sekarang?

Wednesday, March 17, 2010

Dosa

Atas tekanan aku terpaksa, tiada niat untuk meluka, aku hanya manusia biasa, yang sampai kiamat akan berdosa...

Friday, March 5, 2010

Hijrah

Hari ini kalau mengikut kalendar Islam tarikhnya 19 Rabiul Awal 1431.Jika mengikut islam Muharram adalah tahun baru dan tahun baru dalam kalendar islam masih lagi jauh. 07-12-2010 barulah umat islam akan menyambut tahun baru. Cerita tahun baru ini telah diceritakan kepada aku sejak aku sekolah rendah lagi. Kisah perjalanan Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Jika dalam bahasa inggeris di sebut Renaissance iaitu zaman Pencerahan dari yang buruk ke baik dari yang gelap ke cerah.

Perjalanan Muhammad menjadi sejarah yang sering kali diulang untuk manusia melihat pengorbanan pada zaman itu untuk lari dari kegelapan. Bukan sahaja di zaman Muhammad tetapi selepas itu telah banyak cerita hijrah dari pelbagai manusia direkodkan untuk dijadikan bahan sejarah dan bahan bacaan.

Tetapi tidak semua cerita hijrah itu cerita tentang perjalanan yang cerah. Ada juga cerita perjalanan dari putih ke hitam cerita pembelotan dan pengkhiantan. Itu lumrah alam semesta. Ada baik ada buruk.

Aku pernah mendengar cerita tentang perbezaan antara Thaksin Sinawat dan Che Guevara. Ada persamaan antara mereka, iaitu mereka berdua meninggalkan negara masing-masing untuk lari daripada ditangkap. Tetapi bezanya cerita mereka adalah megapa mereka lari meninggalkan bumi masing-masing. Thaksin berhijrah ke London kerana takut ditangkap polisi Thailand olih kerana skandal rasuah dan baru baru ini harta yang berkoyan koyan dirampas. Che (salute) pula lari ke Bolivia kerana dicari CIA. Che pejuang total untuk kemerdekaan. Dia diburu kerana jika dia hidup rancangan Amarika untuk memonopoli ekonomi Amarika latin akan gagal. Paksi kapitalis Amarika juga akan gagal. Jadi Che wajib diburu dan dihapuskan. Hasilnya dia dibunuh.

Adakah hijrah mereka berdua sama? Tentu sekali tidak. Moral dan prinsip boleh dilihat dari sudut pegangan dan kepercayaan.

Di Malaya tidak kurang juga cerita hijrahnya. Seminggu dua ini heboh cerita manusia berhijrah. Sama seperti cerita diatas rakyat sudah boleh menilai cerita hijrah mereka tetapi perlu berhati hati agar tidak terkeliru dengan gaya dan alasan mereka berpindah (hijrah).

Alasan yang keluar dari mulut mulut ini adalah tidak lain tidak bukan kerana nama ALLAH. Kononnya Allah dilelong kesana sini dijual oleh agama lain dibeli oleh Islam dan 'difotostate' di kedai runcit. Maka mereka yang berhijrah ini merasakan agama mereka sudah dijual beli dan mereka sebagai pengamal agama tulen berasa dihina.

Lakonan ini sudah bolih diagak dan ditayangkan. Muka diakhbar berketayap putih suci menggambarkan mereka baru lepas Solat Asar.

Ini semua mainan politikus. rakyat selalu lupa bahawa masih ramai lagi mereka yang didalam PR berjiwa kontrek dan projek. Semua mahukan wang berjuta-juta. Hanya segelintir di dalam PR yang betul2 fokus untuk rakyat. Tidak dapat projek mulalah bising dan menyalak semua kerana wang lantas agama dijaja.

Jangan samakan hijrah Mohsin Fadzli Samsuri, Tan Tee Beng dan Fairus Khairuddin dengan hijrah Muhammad dari Mekah ke Madinah, Che yang lari dari Cuba ke Bolivia dan Yunus Ali dari Malaya ke Beirut. Kerana Hijrah Muhammad, Che dan Yunus tidak didorong oleh wang dan harta ia didorong oleh prinsip dan kepercayaan.