Friday, May 20, 2011

Adakah ini satu konspirasi?

Sebelum kalian membaca apa yang ingin aku sampaikan, ingin aku beritahu, ini adalah teori. Teori yang aku terfikir setelah melihat dan merasai sendiri sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Sejak akhir akhir ini hangat diperhebohkan dengan cerita adegan salahlaku salah seorang ahli politik. Tidak perlu aku kupas. Sudah basi, busuk dan tidak lagi laku di dada akhbar. Melainkan berita utusan meloya dan seangkatan dengan nya. Ianya jelas, tidak perlu diselindung lagi.

Timbul sesudah itu, cerita sang penyimbah asid. Cerita ini seram menakutkan seperti cerita hantu kumkum sewaktu aku sedang bersekolah rendah. Pada waktu itu kanak kanak seusia dgn aku tidak berani utk tidor seorang, macam macam cerita dari macam macam rupa manusia. Akhir nya senyap tidak lagi heboh.

Berbalik kepada cerita asal. Cerita penyimbah asid. Cerita ini pada asalnya berlaku disekitar Kuala Lumpur. Jika tidak salah disekitar Wangsa Maju Setiawangsa. Lalu beberapa hari selepas cerita ini merebak pula ke Shah Alam. Tidak dapat tidak hal ini sememangnya mengerikan dan membawa ketakutan. Sewajarnya rakyat harus mengambil langkah berwaspada ini wajib.

Cuma, aku skeptikal. Aku yang juga pernah berkerja di meja jenayah, tidak dapat lari dari memikirkan motif sebenar kejadian ini. Kecewa dengan kekasihnya mungkin membuatkan makhluk ini berasa dendam dengan wanita. Atau si pelaku sudah ditipu oleh kekasih nya. Ini semua kemungkinan.

Dalam pada itu, negara juga dikejutkan dengan pelbagai cerita cerita kelakar. Jangan lupa pada kes jam tangan omega, sumpah laknat yang kini sudah jadi sumpah lahanat. Video yang polis sudah tahu pelakonnya tetapi enggan memberitahu alasan tiada asas, laporan kes altantuya sudah bocor (walaupon sudah lama isinya hangat)Kes kematian Sarbani dan tidak lain tidak bukan kes liwat Saiful yang secara tiba2, sang hakim berkata, saiful adalah saksi benar dan berwibawa.

2001, dunia dikejutkan dengan runtuhnya WTC. Amarika secara jelas mengatakan ini kerja (arwah) Bin Laden. Walhal perkara ini dinafikan sekerasnya dari rangkaian Al-Qaeda. Documentari dari anak muda di AS sendiri menunjukan wujudnya konspirasi. Ini semua adalah untuk memesongkan fikiran rakyat dunia dan AS. Memusingkan kepala rakyat dari melihat perkara sebenar.(Mahu menguasai Afghan supaya dapat melebarkan sayap imperialis, Iran, India, Pakistan yang dikatakan mempunyai senjata nuklear) Dalam pada itu Amarika mewujudkan slogan War on Terror dan secara jelas ianya satu propaganda untuk mengolah kata setuju dari semua negara.

Sememangnya cerita konspirasi ini bunyinya seperti tidak masok akal. Sanggup kah Bush mengorbankan ribuan nyawa rakyat semata mata ingin menyerang Afghanistan? Kedengaran seperti tidak masok akal. Takkanlah pula sistem jaringan CIA dan intaligansi Amarika tidak dapat mengesan pelan Bin Laden ini. Perlu diingatkan Pakistan adalah salah satu sarang CIA dan jutaan dollar telah habis untuk membeli warga Pakistan untuk belot dan menyalurkan maklumat tentang AlQaeda dan Taliban. Jadi tidak masok akal jika kapal terbang itu sewenang wenangnya melanggar WTC tanpa dapat dihidu oleh mukabarat CIA yang bersepah sepah di Pakistan dan Afghanistan.

Lalu cerita nya kembali kepada Malaysia. Teori konspirasi. Ingat kepada tragedi Sauk? Bagaimana bertan tan M16 boleh muat pada jeep pajero dan begitu mudah sekali jaringan Al Maunah ini menyelinap masuk ke kem tentara. Bayangkan, kumpulan sekecil ini dan memperbodohkan askar melayu diraja, tidak hairan jika pada saat ini jika agen zionist dari jaringan APCO sedang mengira ngira rentak dan langkah yang harus diambil. Bunyi sekali lagi seperti tidak masok akal. Benar bunyi nya tidak masok akal.

Soal pokoknya disini, adalah untuk mengekalkan tampuk kuasa. Itu yang paling penting tidak kira apa cara sekali pon. Termasok mengorbankan nyawa ribuan rakyat. Cuba kalian semua fikirkan, pada era regime Saddam Hussein, apa cara membunuh yang tidak dilakukan oleh nya. Menembak, mengebom, memancung dan menikam ratusan ribu nyawa puak kurdish dan syiah. TERMASUK MENGGUNAKAN GAS BERACUN. Segala apa usaha telah dilakukan oleh Saddam hanya untuk terus duduk di takhta negara Iraq. Ini diberitahu sendiri oleh rakyat Iraq kepada aku beberapa hari lepas. Saddam akan menggunakan segala apa yang ada didunia ini untuk kekal berkuasa.

Maaf jika aku meyimpang jauh, aku mahu memberi contoh bagaimana jauhnya sang penguasa sanggup bertindak apabila dirinya diancam.

Jadi, beberapa hari selepas cerita penyimbah asid ini muncul, muncul dikaca tv, rupa wajah suspek. Keluarlah gambarnya yang berkulit gelap mirip lelaki india. Jangan kita bohong kepada diri sendiri, dengan melihat warna kulit didalam gambar itu, secara automatik kita akan menganggap si pelaku itu berketurunan india. Kenapa tidak cina dan melayu? Jawapannya ada pada kalian.

Tidak dapat dinafikan, permainan api perkauman sudah mula muncul. Bermula dengan hak istimewa orang melayu, kepada betapa kurang ajarnya paderi yang mahu menumbangkan islam, betapa biadapnya si cina yang mahu menghapuskan ekonomi melayu kepada betapa kejamnya wajah si india dikaca tv yang dituduh menyimbah asid. Permainan ini telah dimainkan oleh Mubarak, telah dimainkan di China telah dimain di Amarika.

Konspirasi demi konspirasi dimainkan agar kita lupa akan hal sebenar. Hal bagaimana rapuhnya sistem ekonomi ketika ini, rapuhnya sistem kehakiman, lemahnya sistem penguatkuasa baik dari polis, sistem anti rasuah dan sistem ketulusan pilihanraya.

Teori aku mudah, sang penyimbah asid mungkin tidak akan ditangkap dan kes ini akan reda, dan jika si pelaku ini ditangkap, dia adalah seorang india. Dan minyak api perkauman akan menyala demi untuk sang pemerintah berkuasa dengan melakukan apa cara sekali pon.

Yang penting adalah rakyat tidak lupa pada perkara pokok iaitu mengubah dasar kerajaan kepada yang lebih telus dan pada masa yang sama berhati hati agar tidak menjadi mangsa konspirasi sang penyimbah asid.

No comments:

Post a Comment