Thursday, September 15, 2011

Apa selepas ini?

Hakim telah memberi keputusan muktamad. Koperal Jenain di hukum penjara 5 tahun. Persoalannya, apakah ini pengakhiran buat kita smeua? Adakah kita semua boleh berasa senang hati dan adakah ibu arwah kembali tenang?

Untuk aku, semua ini belom selesai. Ini hanya permualaan. Dan untuk aku juga, aku tidak rasa Koperal Jenain berniat untuk membunuh Aminulrasyid dan juga aku tidak menyalahkan Aminulrasyid kerana lari daripada ditahan polis.

Persoalan seterusnya siapakah yang harus memikul tanggungjawab? Apakah tindakan yang akan diambil oleh badan kerajaan khususnya badan kepolisian? Jika perkara ini berlaku di Eropah, ketua polisnya sudah tentu akan meletak jawatan dan satu sistem pencegahan yang lebih efektif akan dirangka dan diketengahkan bagi membendung kematian trajik seperti ini. Dalam pada itu, aku juga percaya, tidak ada satu pon anggota polis diluar sana akan mengambil iktibar dari kejadian ini. Mereka hanya akan berkata kata "semuanya salah kami, bila kami dilanggar mat rempit saorang pon tidak ambil peduli" Mentaliti sebegini harus diubah. Siapa peduli siapa tak peduli ini tidak dapat menjustifikasi kan apa apa. Yang mati tetap mati.

Oleh itu, untuk merubah mentaliti seperti ini wajiblah satu sistem pembelajaran contohnya, dalam bidang hak asasi manusia dan langkah pencegahan direka dan di praktik bagi mengelak kejadian sebegini berulang. Semua badan kerajaan dan bukan kerajaan harus memikirkannya bersama. Pihak polis juga tidak harus terus berlagak ego kerana umum mengetahui, badan polis kini jika di tanya atau dibuat survey, pasti jawapannya GAGAL. Ini fakta yang harus mereka terima. Komen awal dari bekas ketua polis selangor juga tidak melambangkan kecerdikkan akal seorang pemimpin badan keselamatan.

Keadilan unutk Aminulrasyid tidak tercapai dengan terpenjaranya Koperal Jenain. Arwah tidak akan hidup kembali. Ibu arwah tidak akan senyum seperti biasa dan Koperal Jenain pasti mahu mengundur masa. Dan jika Koperal Jenain diberi ilmu yang cukup pasti kejadian ini berakhir dengan cerita yang berbeza.

Persoalan yang terakhir, sudah bersediakah kita untuk mengaku salah dan bersama sama mencari jalan untuk memperbaiki sistem yang reput ini?

Sekali lagi, kisah penjara Koperal Jenain tidak akan dapat menghidupkan arwah, tidak akan dapat mengembirakan hati ibu dan keluarga dan tidak sama sekali dapat membersihkan nama badan kepolisian Malaysia. Ini bukan persoalan, ini kenyataan.

No comments:

Post a Comment