Sunday, October 30, 2011

Semangat mahasiswa

Sejarah perjuangan anak muda dan anak mahasiswa telah lama wujud. Di Malaysia ianya wujud sekitar tahun 1930an di Kolej Perguruan Sultan Idris dimana Kesatuan Melayu Muda diasaskan. Sejak pada itu semangat api anak muda ini tidak pernah padam, dan meletus hebat pada tahun 70an dan 80an. Demonstrasi pro rakyat dukungan mahasiswa ini sering disalah erti dan dianggap perjuangan kaum sosialis yang radikal dari segi ideologinya walhal mereka yang mengaku islam ini lupa bahawasanya nabi terakhir junjungan kita berjuang mengangkat senjata demi rakyat yang tertindas.

Baik di bumi islam mahu pun dibumi bukan islam, mahasiswa memainkan peranan yang cukup penting dalam konstruktur politik sesebuah negara. Namun kekangan yang kita terima dibumi bertuah Malaysia ini telah membantutkan progress mahasiswa sebagai penjana idea.

Di bumi Korea Selatan, Mahasiswa dan gerakan anak muda telah memainkan sejarah yang cukup besar dan telah merubah konstrak politik negara mereka. Namun perjuangan mereka bukan satu perjuangan yang mudah. Ketika Korea Selatan di himpit krisis kepimpinan junta tentera, anak muda dan para mahasiswalah yang menjadi benteng dan penggerak demokrasi. Saban hari mereka akan berdemo dan membincangkan lanskap politik yang harus diubah untuk masa depan mereka. Gerakan ini cukup hebat sehinggakan ramai dari diantara mereka di label sebagai komunis tajaan pihak utara dan diseksa oleh pihak inteligensi.

Pada masa yang sama, kuasa imperialis amarika turut bersetuju dengan tindakan kerajaan brutal ini. Tetapi apabila kuasa rakyat berjaya menendang keluar regim zalim itu, pihak amarika mengubah dasar dan pendirian mereka semata mata ingin mengekalkan kuasa di bahgian selatan semenanjung korea. Tiada sekatan atau akta menyekat kebebasan mahasiswa untuk aktif baik di dalam bidang politik ataupun aktivisasi selepas itu.

Di Malaysia, sayangnya perkara ini tidak berlaku. Akta AUKU kononnya adalah untuk memelihara mahasiswa dari terjerumus ke lobang yang salah. Tiada ruang demokarsi untuk pelajar menyuarakan pandangan dan hanya pandangan yang menjilat kuasa penguasa sahaja yang akan diiktiraf sebagai idea. Segala ideologi yang bertentangan akan dilihat sebagai idea golongan kiri.

Mutakhir ini, semangat mahasiswa itu kembali meresap seperti pada awal 70an dan 80an dahulu. Progress ini dilihat sebagai satu tanda yang baik untuk masa hadapan mahasiswa dan tidaklah pula anak muda ini lupa diri apabila diri mereka diangkat sebagai perubah status quo.

Sejarah telah membuktikan golongan mahasiswa dan anak muda telah memainkan peranan yang besar dalam merubah sesbuah regim yang zalim. Jangan lah kita menipu diri sendiri dengan menidakkan peranan meraka. Jangan juga ada diantara kita yang lupa bahawasanya dibelakang Nabi terakhir dikota Mekah dahulu, anak muda lah yang berdiri tegak disisi baginda mengangkat senjata melawan penguasa zalim dan anak muda itu juga merupakan mahasiswa mahasiswa didikan Muhamad penyampai terakhir.

No comments:

Post a Comment