Friday, November 27, 2009

Korban

Beberapa hari sebulum Hari Korban sebuah keluarga manusia tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dibakar api. Sesen pun tidak sempat dibawa keluar. Emas, perak, kaca, semuanya hangus hitam menjadi abu.

Tinggal lah manusia itu 4 beranak berbaju T dan berseluar panjang. Manusia manusia ini bukan kelas atasan. Manusia ini tidak pernah berkunjung ke kota London atau bermalam di Paris. Jauh sekali untuk memakai baju buatan Itali.

Manusia manusia ini penjual sayur di pasar. Mengangkat beban yang berat waktu hari panas dan menjamah nasi bungkus di tepi jalan. Serai petai dan hasil bumi menjadi sumber pendapat. Jauh sekali untuk mengaut untung besar.

Sehari sebelum Korban, dua manusia tersangkut di tengah tengah kesempitan dunia. Seorang ditembak dan seorang tersungkur jatuh. Manusia manusia ini gagal untuk mengharung arus dunia.

Kesempitan itu menyempit kan jalan untuk berjalan teguh. Jalan yang diambil bukan mudah. Jika nasib baik dapatlah manusia ini hidup seminggu jika tidak, inilah akibatnya. Ditembak dan ditangkap. Manusia ini tidak bergaji tidak mendapat ilmu secukupnya.

Manusia berkorban dan terkorban kerana pusingan dunia. Dunia yang tidak selalu senyum dan kadang kala terbalik. Rumah yang hanya tinggal abu menceritakan pengorbanan manusia yang gagah melawan arus dunia. Manusia yang tidak mudah mengalah melawan haluan dunia

Manusia yang gagal itu gagal melawan arus dunia. Dunia tidak memberi mereka peluang. Mereka mereka ini tidak berdaya melawan kuasa dunia. Keangkuhan dunia ini terlalu berat bagi mereka yang berjiwa kecil.

Itu nasib mereka mereka di hari Korban. Setengah dari kita berkorban demi dunia ada setengah dari kita terkorban kerana mengejar dunia. Apa agaknya nasib kita yang lain ini..

Wednesday, November 11, 2009

Lapar

Sejak dari dahulu lagi tekak aku ni telah dipuaskan dengan masakan melayu...tidak pernah pula ibu ku memasak spaghetti atau lasagna untuk kami sekeluarga makan malam dan aku boleh memberi jaminan bahawa sesungguhnya ibu tidak tahu menahu ttg rupa bentuk dan rasa kedua-dua juadah eropah ini...

Kalo dahulu masakan asam pedas..kuah lemak cili api, ikan cencaru goreng berlada ini adalah masakan yg membuka nafsu berahi aku terhadap makanan...sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi...tetapi baru-baru sesuatu yg amat merisaukan aku tentang begitu payah utk menikmati makanan ini lebih lebih lagi apabila pulang ke kampung...

Semuanya bermula dengan satu soalan pendek...aku bertanyakan ibu saudara aku yg telah pon berumur lebih separuh abad tentang nafsu berahi aku cukup bergelodak inginkan kuah lemak cili api masakannya dan jawapan nya cukup mengecewakan aku...katanya sekarang kelapa sudah naik harga dan pokok kelapa pon sekarang sudah tumbang menyembah bumi...lalu aku bertanya jika ke kedai apek berapa apek jual sebiji kelapa katanya sebiji seringgit dan harganya boleh berubah-ubah dan perlu menambah wang upah 30 sen utk diparut oleh en apek tua itu...jadi sebiji 1.30...

lalu aku tanyakan jika daulu berapa harga sebiji kelapa ini..mengikut akal fikrah orang tua ini katanya 50-60 sen sebiji dahulu..

lalu aku berfikir..kemana perginya pokok-pokok kelapa ini...sudah tumbang kah ia? sudah menopos kah pokok-pokok ini lalu tidak berupaya membuat sebiji kelapa..atau mungkin carrefour, giant dan tesco sudah membolot segala macam jenis santan segera di dalam kotak lalu membunuh kerjaya seorang apek dikedai runcit..dan apek itu juga terpaksa bermain harga untuk seseorang membeli sebiji kelapa...kesian pon ada kepada apek kedai runcit ini...

mungkin juga tanah-tanah yg dahulu membantu pembiakkan kelapa sudah diturap utk dijadikan kawasan perumahan baru atau telah diubah suai menjadi kelab golf utk para usahawan berurus niaga tender besar...

Bila agaknya boleh aku merasa masakan orang tua ini lagi..umurnya pon sudah dimamah zaman..keupayaann orang tua ini pon sudah kurang lalu aku berfikir lagi mungkin aku perlu membiasakan diri memakan masakan eropah selepas ini..aku perlu ajar tekak ulam melayu aku ini menerima perubahan arus pemodenan negara dan menyebut nama masakan ini dgn betul agar tidak ditertawakan oleh pelayan berkolar putih dah bertali leher...

tetapi kemana perginya pokok-pokok kelapa yg dahulu menyumbang kepada kepuasan aku terhadap masakan ini..namun begitu aku tersenyum mendengar jawapan orang tua ku ini..katanya.."nantilah mat..ada kelapa nanti aku masakan untuk ko"aku senyum lalu menyalakan sebatang rokok..kemana perginya pokok-pokok ini.....

Monday, November 9, 2009

Berubah.

Ketika tulisan ini di tulis PAS sedang dihentam dari setiap sudut. Atas kanan kiri bawah depan belakang. Semua menjadi panas apabila Tok Guru mula mempersoalkan kewibawaan beberapa kerat pemimpin yang dilihat tidak mampu memacu PAS, lebih lebih lagi ketika sokongan pemuda pemudi anak anak muda mat mat dan minah minah dari kota dan desa sudah mula merosot.

Tidak payah disebut nama pemimpin yang ditulis disetiap surat khabar semua orang tahu. Komen komen dari pemerhati politik dan penganalisis politik dari universitas tempatan juga sudah mula keluar. Terbaru komen dari Dr Aziz Bari yang diselar oleh Hassan Tantawi sebagai biadap. Selepas itu pendedahan dari Dr Abu Hassan yang mengatakan penyokong muda sudah beralih arah. PAS sepatutnya lebih matang menerima kritikan.

Aku tiada darjat Phd aku tiada thesis yang mampu dibuat rujukan untuk menganalisis politik. Tetapi zaman moden ini setiap informasi datang dan pergi seperti angin. Jadi tiada sebab untuk setiap rakyat Malaya berkata informasi tidak cukup. Bagi aku yang masih mentah ini semuanya punca datangnya dari beberapa kerat pemimpin PAS sendiri. Kata-kata ini dipetik dari Farish Noor dari buku yang bertajuk ‘Dibalik Malaysia’. “UMNO dan PAS tidak habis habis mahu menunjukkan siapa lebih Islam dari siapa”.

Aku setuju dengan saudara Farish. PAS tidak menunjukkan tanda tanda mahu mengambil alih tampuk kepimpinan dari UMNO-BN tapi sebalik hanya mahu dikenal sebagai parti aku lebih Islam dari parti kau. Jadi aku akan masuk syurga dulu dari engkau. (Dengan menulis sebegini aku rasa aku sudah dicap sebagai liberal atau menganuti fahaman Islam liberal, mungkin jika ada yang lebih radikal dari itu aku dicap sebagai fasis agama). Suka atau tidak ini yang berlaku di dalam PAS.

Isu kedatangan penyanyi berbontot besar Beyonce dan isu minuman keras di Selangor adalah antara isu mengapa anak muda lari dari menyokong PAS. Ini reality. Aku sebagai anak muda tahu apa yang anak muda lain fikirkan. Isu-isu yang sepatutnya dipandang lebih serius tidak diberi perhatian. Lihat saja di Bagan Pinang, PAS kalah teruk kerana memainkan isu-isu yang remeh. Tiada foundation yang kukuh untuk menawan hati anak-anak muda dari Bagan Pinang. (Aku tahu kerana menjadi pemantau pilihanraya sejak hari pertama). Penceramah PAS lesu tiada isu selain isu halal haram dosa pahala.

Bukan tidak boleh berceramah seperti itu, aku faham sesungguhnya kita sebagai umat Islam perlu dididik dengan agama tetapi pada masa sekarang atau lebih tepat lagi masa mahu mengambil alih tampuk kerajaan dan membantu rakyat dari segenap lapisan agama dan kepercayaan PAS perlu satu anjakan seperti yang pernah dibuat sewaktu era Dr Burhanuddin Al-Helmy. Visi dan ideologi Dr Burhanuddin perlu diguna pakai dan di masukkan untuk memacu PAS.

Pemimpin PAS yang disebut-sebut perlu dibuang. Sudah sampai masa mereka, jana kuasa baru perlu mengambil tempat. Bukan mereka tidak bagus(memang tak bagus pon) tetapi sudah sampai masa untuk menukar kepada otak yang lebih segar dan muda. (sama seperti enjin juga. Sampai masa rosak dan lembab).

Apa yang lebih penting sekarang ialah menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih mementingkan hak rakyat (jika PR berkuasa kelak aku harap PR tidak lupa asal usul mereka.Jika mereka lupa wajib kita robohkan mereka seperti BN). Rakyat yang perlu diberikan kemewahan hidup bukan dibelenggu dengan isu penyanyi isu arak dan isu siapa lebih islam dari siapa. PAS juga harus ingat zaman teknologi pantas ini mudah saja tembok tembok rapuh untuk patah dan jahanam.(Jangan sampai itu terkena pada batang hidung sendiri). Berubah sekarang atau kalah pada PRU ke 13. Jika itu berlaku selamat tinggal reformasi selamat tinggal slogan hidup rakyat selamat tinggal duit royalty minyak selamat tinggal rakyat marhaen. Selamat kembali ISA selamat kembali Ibrahim Ali selamat kembali kroni setan dan puaka.

Waktu itu jangan harap nak berdemo jangan harap minyak turun harga. Padan dengan muka korang. Aku boleh bet waktu itu Hasan Ali akan rejoin UMNO. Waktu itu statement Hasan Ali akan berbunyi seperti ini. “Pakatan Rakyat hanya mainan politik Anwar Ibrahim dan DAP. Orang orang Melayu ditipu dan orang orang Islam dipinggirkan, PAS hanya kuda tungangan DAP”. PAS perlu merombak bukan saja ahli malah otak otak pemimpin juga perlu dirombak. Bekalkan mereka dengan kitab kitab politik dari haluan berbeza. Jangan tertumpu pada satu mazhab sahaja. Tidak salah membaca. Aku tidak mahu fahaman Ibrahim Ali beranak pinak.

P/s Sayang sekali Dr Burhanuddin meninggal ketika belom mencapai hajatnya dan kerana falsafah politik yang radikal dan kukuh UMNO menjadi takot dan menggunakan ISA sebagai senjata menahan kebangkitan suara rakyak. Dr Burhanuddin dituduh sebagai penggerak anti Malaysia. Jika beliau dapat hidup lebih lama PAS tidak akan jadi seperti hari ini. Mungkin Malaya pon tidak akan jadi begini.

Untuk lebih kefahaman belilah buku Farish A Noor Dibalik Malaysia. Hentikanlah membeli Mastika dan Mangga. (aku tak dapat komisen pon, jangan ingat aku dapat).