Beberapa hari sebulum Hari Korban sebuah keluarga manusia tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dibakar api. Sesen pun tidak sempat dibawa keluar. Emas, perak, kaca, semuanya hangus hitam menjadi abu.
Tinggal lah manusia itu 4 beranak berbaju T dan berseluar panjang. Manusia manusia ini bukan kelas atasan. Manusia ini tidak pernah berkunjung ke kota London atau bermalam di Paris. Jauh sekali untuk memakai baju buatan Itali.
Manusia manusia ini penjual sayur di pasar. Mengangkat beban yang berat waktu hari panas dan menjamah nasi bungkus di tepi jalan. Serai petai dan hasil bumi menjadi sumber pendapat. Jauh sekali untuk mengaut untung besar.
Sehari sebelum Korban, dua manusia tersangkut di tengah tengah kesempitan dunia. Seorang ditembak dan seorang tersungkur jatuh. Manusia manusia ini gagal untuk mengharung arus dunia.
Kesempitan itu menyempit kan jalan untuk berjalan teguh. Jalan yang diambil bukan mudah. Jika nasib baik dapatlah manusia ini hidup seminggu jika tidak, inilah akibatnya. Ditembak dan ditangkap. Manusia ini tidak bergaji tidak mendapat ilmu secukupnya.
Manusia berkorban dan terkorban kerana pusingan dunia. Dunia yang tidak selalu senyum dan kadang kala terbalik. Rumah yang hanya tinggal abu menceritakan pengorbanan manusia yang gagah melawan arus dunia. Manusia yang tidak mudah mengalah melawan haluan dunia
Manusia yang gagal itu gagal melawan arus dunia. Dunia tidak memberi mereka peluang. Mereka mereka ini tidak berdaya melawan kuasa dunia. Keangkuhan dunia ini terlalu berat bagi mereka yang berjiwa kecil.
Itu nasib mereka mereka di hari Korban. Setengah dari kita berkorban demi dunia ada setengah dari kita terkorban kerana mengejar dunia. Apa agaknya nasib kita yang lain ini..
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment