Sunday, December 20, 2009

Paku, Rambut, Cili Kering dan Kacang Hijau

Kita sebagai manusia tidak kira apa kelas sekali pon pasti pernah merasai kehilangan. Tidak kira lah kehilangan orang tersayang, hilang maruah diri, hilang kucing dan anjing, Semua kita pernah merasainya. Aku jugak telah beberapa kali merasai kehilangan.

Ketika aku masih lagi budak-budak, wang belanja dapur yang arwah bapa aku simpan pernah hilang dari almari. Jumlah nya tidak pula aku ingat. Ratus ringgit kot. Jadi setelah hilang secara tiba-tiba En. Tahir pon mengamuk lah. Seperti biasa aku orang pertama yang disoal dan oleh kerana aku sendiri tidak tahu mana port simpanan wang itu jadi aku terlepas. Suspek kedua harus lah Tad, abang aku. Oleh kerana dia sudah matang jadi soal siasat lebih keras. Tapi bukan juga Tad.

Lalu bapa aku pergi bertanya pendapat orang orang tua. Jawapan orang orang tua tidak lain tidak bukan kerja TOYOL. Toyol makhluk halus berbadan hijau kalu mengikut mitos. Aku pon tak pernah jumpa. Untuk mengelak wang dari hilang orang tua itu berkata letakkan kacang hijau, rambut dan paku sedikit cili kering didalam bekas berisi wang. Lepas itu tidak lagi aku dengar cerita kehilangan wang dirumah aku. Entah betul entah tak hanya tuhan yang tahu.

Baru baru ini seorang rakan baik juga kehilangan wang. Ini lebih menarik. Wang gaji yang disimpan di bawah tempat duduk pemandu lesap. Aku sendiri tidak tahu motif dia menyimpan wang dibawah ‘seat’. Tapi apa yang aku tahu duit itu lesap tanpa sebarang kesan jenayah seperti pecah kereta atau ragut.

Pelik bukan. Ya memang pelik. Ditambah pula dengan cerita bahawa di dalam sampul berisi wang itu hanya ditinggalkan wang berjumlah 5 ringgit padahal kesemua note wang di dalam sampul adala 50 ringgit. Toyol?? Siapa yang tahu. Oh ya duit kawan aku yang dirembat berjumlah 1000 ringgit. Celaka punya TOYOL!

Kes paling baru entah la kerja TOYOL atau siapa. Sebab aku fikir toyol ini jenis setan bayi yang hanya mampu curi wang. Ini kes melibatkan kehilangan enjin kapal terbang. Kerja bapak toyol ke?? Macam mana orang boleh curi enjin kapal terbang dan jual pada Amarika Selatan? Ini enjin tamiya ke atau toyol ini betul2 boleh curi enjin tanpa boleh dilihat oleh manusia biasa yang mempunyai dua bijik mata.

Harga bukan 1000 bukan seratus. Harga 50 juta ringgit bagi sebuah enjin turbojet F-5E Tiger 11. Dahsyat toyol ini. Kayalah si pembela toyol kalo hari hari rembat enjin. Mungkin lain kali perlu diletakkan dalam enjin itu PAKU, RAMBUT, KACANG HIJAU dan CILI KERING.

8 comments:

  1. walau seribu toyol yang ada, tuannya cuma satu. mungkin yang di kerusi empuk. keh keh.

    ReplyDelete
  2. nope! not if you bring this story - they will keep you in ISA for sure or you will be found MIA :P

    ReplyDelete
  3. Time duit marka gay hang tu lesap ... Aku yg disoal siasat tau ... Hang tgk duit punya pasal GF pon kena soal siasat . apa punya turr ...

    ReplyDelete
  4. SAPA LAGI NK CURI KALO BUKAN GF SENDIRI..HAHAHA hang la toyol tu..xpa aku tak bgtau dia.

    ReplyDelete
  5. Aku merompak duit gaji dia dgn cara lain ... setakat nk pi godak2 bawah seat not my style oke !!!! ahhahahah ... Time dia soal siasat rsa nk penampaq ja dia ... Tp memikirkan yg dia tgh panic, aku masuk telinga kanan kluaq telinga kiri .. :)

    ReplyDelete
  6. Pi mampih rah...Duit aku yang hilang,apa hangpa dok sibuk, kalau hangpa buat donation bagi kat aku seribu takpa jugak.....hahahahha

    ReplyDelete