Thursday, December 17, 2009

Polis Muda

Ini pertama kali aku bekerja waktu petang. Seronok juga. Tidor lewat dan bangun di waktu hampir tengah hari. Sudah hampir dua bulan aku bekerja dengan The Malay Mail dan semalam aku ke arah Ampang.

Suasana sibuk waktu petang ditambah dengan hujan lebat membuatkan aku tidak mahu memandu. Masa terbuang di dalam trafik yang teruk. Aku lebih suka menggunakan kenderaan awam. Cepat Efisen dan sedap memandang gadis yang baru pulang dari pejabat.

Balik pada cerita asal, di Ampang satu sekatan jalanraya bersepadu dilakukan. Ini kali pertama AADK bersama polis RELA dan JPJ melakukan sekatan. Besar juga misi kali ini. Tetapi hanya 16 daripada 130 yang ditahan positif dadah. Jumlah yang agak sedikit. Kasihan juga kepada mereka mereka yang ‘kantoi’. Ada yang baru pulang dari kerja dan ada yang menunggang motorsikal bersama kekasih hati ditahan selepas positif dadah. Kenalah si wanita itu menunggu sehingga semua selesai.

Kesian mereka mereka ini hanya mahu berseronok lebih dengan hasil hidup mereka. Mereka tidak mampu membeli jam Rolex untuk ditayang, tidak mampu berseluar Versace untuk bergaya, tidak mampu menogak arak mewah untuk berkhayal. Tapi apa boleh buat. Setelah semua selesai, teman sepejabat pula memberitahu ada satu operasi mesin kuda. Dari Ampang ke Petaling pula. Sampai saja lokasi trak majlis pembandaran sudah mengangkut komputer dan bahan bahan bukti. Jadi aku menyibuk saja berbual bual bersama polis.

Aku sepatutnya sudah boleh pulang ke kantor dan mula menaip tetapi mahu turut serta kerana ini melihat hasil rampasan.Tidak lama selepas itu, dapat pula berita lain. Kali ini lagi seronok. Suspek saorang pengedar dadah sudah dikenal pasti dan berada di pusat karoke di Hotel Armada PJ.

Aku, Joe dan Azri bergegas ke sana. Polis belom sampai tapi kami sudah berlagak seperti Special Branch (SB) melihat keadaan. Si Joe bekerja malam. Ketua polis PJ sampai 5 minit kemudian. Kami bertiga pon mengekor di belakang. Seperti tadi kami berlagak seperti SB.

Pusat karoke itu ditingkat 2 hotel berkenaan dan melihat gaya hotel itu boleh jadi sudah ada mata mata lain yang memandang. Kami hampa. Suspek sudah berjaya meloloskan diri. Pusat karoke itu bersih dari sosok suspek itu. Hanya ada mat dan minah ronggeng yang lalai menyanyi. Ada juga saorang berwajah wanita tetapi ber-ICkan Mohd Najib. Cantik seperti model tapi berbelalai. Cehh…

Lagak gaya kami yang seperti SB itu memang menjadi. Salah satu polis berpangkat rendah dan masih muda memberikan tabik hormat kepada kami dan bertanyakan aku adakah pengunjung pusat hiburan ini boleh dibebaskan..Hahaha. Aku hanya tersenyum dan berkata belom boleh lagi. Tunggu arahan.

Macam mana lah polis muda yang menyandang senapang automatik Heckler & Koch MP5 buatan Germany di bahu boleh melihat aku sebagai anggota polis? Aku pulang kerumah jam 330 dan sampai jam 4 pagi. Tetiba tiba teringat lagu Iwan Fals..”Ramai polisi bersenjata berwajah garang”…

No comments:

Post a Comment