Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2!

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2057017/Paedophile-imam-confronted-grown-girls-abused-Swindon-mosque.html

Di England seorang ustaz telah didapati bersalah kerana mencabul anak anak didik nya ketika mereka sedang mengaji Quran. Klik jaringan di atas untuk berita lanjut.

Ustaz ini bukan lah seorang homoseksual apatah lagi biseksual. Aku berani mengatakan bahawa si ustaz ini jika ditanya sama ada dia menyokong kelompok LGBT atau tidak, pasti dia akan menempelak golongan sonsang ini sambil mengeluarkan nas nas dan dalil dari kalamullah. Tapi apakah perbuatannya ini boleh diterima masyarakat? Tentunya tidak sama sekali. Ustaz ini seorang hetero yang tidak menongkah arus tetapi perbuatannya adalah salah sesalah salahnya.

Jelas di sini baik golongan hetero mahupon LGBT adalah sama dari sifat manusiawi. Yang membeza kan kita semua adalah cara kita menghormati antara satu sama lain baik dari agama, warna kulit dan seksualiti. Menjadi hetero tidak bermaksud kita tidak akan melakukan kesalahan seksual dan menjadi golongan LGBT tidak bermaksud kita hanya berniat melempiaskan nafsu serakah. Jelas di sini seks bukan penyebab utama mengapa adanya golongan LGBT wujud di dunia ini. Masalah kita adalah pada otak!

Masalah golongan LBGT di Malaysia ini pula mereka terlalu sibuk memikirkan hal hal dunia artis, fesyen, mencari teman yang jambu dan tidak langsung peka terhadap perjuangan dari sudut politikal demi mempertahankan survival mereka. Oleh kerana itu mereka dilihat jijik dan mereka juga mempunyai tingkah laku yang pada aku menjengkelkan. Ini tidak membantu mereka untuk dilihat sebagai satu kelompok manusia yang harus diiktiraf. Perkara ini sama seperti golongan migran dari bangla indon dan myanmar yang dilihat tidak lebih dari pendatang asing.

Dengan pengharaman majlis seksualiti merdeka ini, rakyat tidak akan dapat memahami masalah ini dan tidak akan dapat memahami golongan ini dan golongan ini juga tidak akan dapat bergerak maju kehadapan untuk menjadi lebih progresif. Mereka ini akan terus ditindas dan dicerca. Oleh kerana mereka ini akan terus ditindas, mereka akan terus berperangai jelak kerana bagi mereka, mereka tidak dihormati oleh masyarakat sekeliling. Dan kita pula akan terus memanjat doa kepada ilahi agar ditempatkan di kalangan orang orang beriman walhal kita tidak sedar bahawa kita tidak lebih dari seorang fasis yang sibuk bermimpi mencari surga. Dan kau akan terus beranggapan bahawa aku seorang yang liberal. Rasakan!

http://www.tariqramadan.com/Islam-and-Homosexuality.html (baca pandangan ahli falsafah tariq ramadan)

1 comment: