Monday, June 29, 2009

Tutup mulut nanti setan masuk




Teringat sewaktu menuntut di sekolah agama dahulu. Kalau menguap ustaz ustazah akan bagi tahu "tutup mulut jika menguap, nanti syaitan masuk, itu lah akibatnya malas sembahyang malas puasa" jadi aku pon tutup mulut, bukan apa buruk benor rupe kalau ternganga sebegini rupa.

Pernah menonton discovery channel? pernah melihat buaya dan biawak menguap?berapa besar saiz mulut binatang esotik itu?besar bukan, berduyun-duyun syaitan masuk dalam perut mereka.

Akibat berdiri ditengah panas, mendengar syarahan entah hape-hape, memakai baju sedondon, menyanyi lagu tak ikot tempo, inilah yang bakal terjadi.

HUAAAAAA, ai mengatok bebenor persidangan AMENO ni. kain tak habis sidai lagi, nasik belom ditanak, anak-anak entah kemana merayap..lebih baik aku menguap!


Gambar ehsan Tukar Tiub (dia dapat dari mana pon aku tak tahu)

Saturday, June 27, 2009

Agama sekilo berapa rupee, Tuhan segram berapa ringgit?

Aku sangat bosan bila membaca tulisan hal penjaga akhlak dan moral yang bermatian mahu menjaga kehidupan orang lain dengan alasan “atas nama agama dan aku sebagai penganut yang taat wajib membawa kau ke jalan yang lurus”. Tapi sebenarnya hanya mahu mencari kuasa, mahu dirinya diangkat sebagai saorang pejuang yang taat dan yang zuhud. Mahu di label di dada-dada akhbar sebagai penganut yang taat.

Aku juga bosan bila terdengar di radio dan TV tentang si anu bin si anu yang heboh soal agama. Heboh berjuang heboh bersyahrah heboh dengan dalil-dalil. Jika ada yang menyentuh bab agama dialah yang bangun dialah yang mengangkat keris. Darah dalam system badan nya terus menggelegak jika ada yang cuba melawan. Pada hal, kuasa mahu terus memerintah yang mahu dipertahankan. Dia mahu dilihat sebagai pembela, pemegang panji agama. Jadi modal yang paling besar adalah modal agama.

Atas modal agama penjual-penjual agama ini menjual Mekah. Pergi mengerjakan Haji dan Ummrah, jika tidak tidak lengkap rukun Islam tidak lengkap diri jika tidak melihat Kaabah tidak mencium Hajr Aswad. Pada hal semua nya mencari untung dengan menjual agama. Sistem kapitalis menghalal kan semua nya.

Mullah di Iran juga begitu. Berserban, berjubah, bertasbih dengan bermodalkan apa? Modal mereka agama. Membunuh anak-anak muda yang menentang mereka dengan modal apa? Agama.

Jika datang sasaorang mahu membeli agama berapa agaknya sekilo? Jika ada orang mahu membeli tuhan berapa agaknya sekati?

Tuesday, June 23, 2009

Lagenda...

Semasa aku meningkat remaja band yang paling aku minat dan puja adalah NIRVANA. Band grunge paling top pada awal 1990. Siapa yang tidak kenal Kurt Cobain saorang artis yang sangat berbakat. Sebut saja Kurt Cobain pasti ramai yang tahu, jika tak tahu anda sangatlah tak cool.

Smells Like Teen Spirit menendang Micheal jackson dari carta number 1 di Hollywood. Beribu-ribu anak muda dari seluruh dunia terjebak dengan wabak grunge. Kurt mengalami masalah kanser perut. Untuk meredakan kesakitan dia mengambil heroin sebagai penenang.

Usia 27 tahun Kurt Cobain dijumpai mati dengan kesan tembakan senapang patah di kepala. Autopsy menunjukkan Kurt berada di bawah pengaruh dadah sewaktu dia membunuh diri. Banyak persoalan timbul kerana sasaorang di bawah pengaruh dadah jenis heroin tidak akan mampu menangkat senapang patah dan membunuh diri. Isteri Kurt Courtney Love turut disyaki terlibat membunuh Kurt. Harta Kurt yang berjuta-juta menggelap amta Courtney. Band Hole yang dianggotai Courtney juga tidak sehebat Nirvana..

Sehingga hari ini bukti jelas masih belum dijumpai. Kurt mati pada usia yang muda sama seperti lagenda musik seperti Jim Morrison (the doors), Janis Joplin, dan Jimi Hendrix. Lagenda mungkin ditakdir untuk mati pada usia muda.


Janis Joplin Kurt Cobain Jimi Hendrix Jim Morrison

Thursday, June 18, 2009

Kasihang Hadi Awang

Idea berpadu dari Hadi diludah oleh PR, Nick Aziz orang PAS yang paling marah, nasib baik Karpal tak suruh Hadi bertaubat. Dulu sudah ditendang dari Perikatan mana hendak ditendang sekali lagi.

Atas nama melayu kononnya Pas dan Ameno patut berpadu. Melayu bakal mundur jika tak berpadu. Ini kepercayaan rukun iman ke-7 Hadi Awang. Habeslah jika tak berpadu tapi yang dicari adalah kuasa. Kuasa wang, kuasa ekonomi, kuasa politik dan segala macam lagi.

Hadi Awang mungkin berangan mahu meng-over come pengaruh Ameno jika jadi berpaduan. 50 tahun berkuasa, Hadi fikir Ameno tu budak sekolah ke? Hadi bermimpi menjadi Ayatollah agaknya yang boleh mengguling Shah Iran yang dibantu Amarika.

Hadi Awang agaknya berfikir untuk menjadi revolusioner sama seperti Che atau pon Zapata, tapi dengan method berlainan. Sekali lagi Ameno sudah 50 tahun “berrevolusi”
Che Hadi Awang..

Hadi, Hadi mung mahu Perdana Menteri ke? Atau Hadi mahu jawatang Finance Minister? Sudah-sudah lah Hadi denga cadangan berpadung..Jangan bagi alasang berpadung demi melayung. Selama ini melayung bawah Amenong pong takda sebok nok berpadung. Sudah-sudahlah, janga sampa Nick Aziz yang keluar Pas masuk Sosialis Malaysia. Baru padang mukang..Kah Kah Kah (gelak TT).

Tuesday, June 16, 2009

Toh Lung San a.k.a Lai Raifel

Ramai yang kenal nama Rashid Maidin, Chin Peng, Abdullah C.D, Suiriani dan Shamsiah Fakeh, tapi jarang kita dengar nama ini. Toh Lung San a.k.a Lai Raifel. Si Lai Raifel ini lah orang yang bertanggungjawab memberikan pendedahan politik kepada Rashid Maidin. Jika tidak mungkin Rashid Maidin tidak menjadi komunis dan mungkin arwah Rashid hanya menjadi penjual air tebu dan goring pisang.

Si Lai Raifel berkenalan dengan arwah Rashid semasa bekerja di kilang arang batu dekat Kinta. Raifel memberikan buku bacaan bertajuk The Japanese Aggression yang mengandungi gambar dan cerita tentang jahatnya rejim fasis Jepun ini. Raifel bersekolah dengan Chin Peng dan Suriani. Selepas perang dunia ke-2, dia aktif menentang Jepun dan menyokong China.

Ditangkap dan dipenjara olih British sewaktu kesatuan buruh sedang hangat dan membesarkan pengaruh di Malaya. Di bebaskan sewaktu Jepun menyerang Malaya olih British dan mendapat latihan tentera dari 101 Special Training School di Temasik. British waktu ini berkerjasama dengan Komunis bagi menentang Jepun.

Mengetuai Regiment Kedua MPAJA pada 1942, pada pertengahan 1943 pasukan Raifel dikepong Jepun dan ditangkap. Beratus-ratus cara digunakan olih Jepun untuk mengorek rahsia dari Raifel tapi tidak berguna, akhir sekali Raifel di pancung kepala nya.

Pada hari jatuh hukum, 300 askar Jepun dihantar bagi mengawasi kawasan jatuh hukum. Sewaktu saat-saat akhir hidupnya, Raifel berteriak tanpa rasa gentar “Jahanam fasis Jepun dan Hidup PKM”.

Lai Raifel adalah putera Malaya, mengorbankan hidup mudanya menentang fasis Jepun dan dia mati pada usianya baru mencecah 21 tahun.

Cerita berdasarkan pengalaman arwah Rashid Maidin. The Memoirs of Rashid Maidin From Armed Struggle to Peace

Monday, June 15, 2009

Teksi Wanita

Sudah jam 2.30 pagi. Mata belom mengantuk dan masih ada program TV yang menarik untuk ditonton. Channel 553 National Geography sedang menayangkan cerita Don’t Tell My Mother. Ini pertama kali aku menontonnya. Untuk hari ini si pengacara ke Republik Iran.

Seperti biasalah, pendahuluan mesti kisah Ayatullah Khomieni dan kejatuhan monarki Shah Iran. Mana-mana pon cerita ini tidak pernah lekang dari topik perbualan. Tambahan sekarang kecoh hal pilihanraya Iran.

Ada satu sebab yang menarik perhatian aku ketika leka menonton cerita ini. Rupa-rupanya di Iran ada satu system pengangkutan yang menarik. Sistem ini khas untuk para wanita. Teksi wanita atau di dalam bahasa inggeris Women’s Taxi.

Pemandu teksi ini wajib berjantinakan saorang wanita. Sistem yang baru 2 tahun setengah dijalankan sudah menarik minat ramai golongan wanita di Tehran. Ibu kota Iran. Sistem ini di implimentasi kerana mahu mngurangkan kes pencabulan ke atas wanita-wanita yang menaiki teksi yang di pandu oleh golongan lelaki. Jika dilihat kejelitaan wanita Iran sudah tentu mampu menggugat nafsu lelaki. Hidung mancung kulit putih dan gebu. Ditambah pula dengan lesung pipit. Waduh..cair mamat-mamat Iran di sini.

Bukan itu sahaja, selepas waktu bekerja pemandu teksi wanita ini akan diberi kelas khas bagi menyelenggara teksi-teksi mereka jika ada masalah kenderaan. Sistem ini sangat berkesan bagi membendung masalah gangguan seksual keatas wanita-wanita. Mungkin boleh di adaptasi dan di lakukan di Malaysia.

Jika ada pembaca dari SIS yang terbaca blog ini, cepat-cepat lah cadangkan kepada kerajaan. Mana lah tahu boleh membersihkan nama yang sekarang kecoh di kampong dan di pekan.

Wednesday, June 10, 2009

The old cannot kill the young forever

Satu dunia memperingati tragedi Dataran Tiananmen seluruh dunia berkabung mengenangkan nasib mereka-mereka yang maut di muncung senapang. Keberanian para mahasiswa pada hari tersebut terus menjadi lagenda. National Geography turut menayangkan dokumentari sempena hari berkabung itu. Tapi sayang aku terlepas menonton dokumentari tersebut.

Dari blog hinggalah ke You Tube semuanya heboh hal Dataran Tiananmen. Paling diberi tumpuan adalah aksi saorang pemuda bernama Wang Weilin yang menahan sabuah kereta kebal yang mampu melenyek badannya sehingga hancur. Bagi aku itu simbol perjuangan mahasiswa pada saat itu.

Tak cukup dengan insiden Dataran Tiananmen yang mengorbankan nyawa manusia cerita perjuangan mahasiswa di Amerika Syarikat juga keluar.(sampahseni.blogspot.com) Seperti biasa yang hilang adalah nyawa. Perjuangan para mahasiswa sudah lama dilakukan. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Tapi berapa ramai yang sedar dan ambil ‘pot’ tentang cerita-cerita ini.

Nama-nama besar sekarang pernah merasai nikmat berdemo menentang kezaliman. Syed Husin Ali pernah ditangkap sewaktu berdemo bersama para petani di Baling. Jam itu dia saorang pensyarah. Anwar Ibrahim juga ditangkap sama, Mat Sabu, Guan Eng, Yunus Ali, Hishamuddin Rais dan ramai lagi turut ditangkap dan bercuti ke ISA.

Pada 2001, 7 mahasiswa dari beberapa universiti tempatan telah dibuang dari pengajian setelah didapati bersalah berdemo menentang ISA. Cerita ini baru aku dengar dari saorang teman baru. Dua penuntut UiTM telah dibuang dari kampus setelah berdemo menentang ISA. Perbicaraan mahkamah kampus mendapati mereka telah melanggar tatatertib yang di tetapkan oleh AUKU.

Lain pula halnya jika berdemo untuk mencium bontot sasaorang. Beribu-ribu pelajar tajaan UiTM dijulang sebagai hero kerana mempertahankan kedaulatan institusi itu. Aku graduan UiTM. Tapi aku tidak turut serta kerana di dalam AUKU telah terang-terangan meletakkan syarat dimana pelajar UiTM di haramkan untuk berdemo. Tidak pula dinyatakan jika berdemo untuk kerajaan adalah demo halal dan jika berdemo untuk menentang adalah haram dan akan dibuang. Di dalam AUKU dinyatakan pelajar tidak dibenarkan untuk berdemo. Jadi aku hanya menurut perintah yang jelas dinyatakan.

Jadi kenapa tidak dibuang pelajar-pelajar itu. Bukti sudah ada TV, Akhbar semuanya ada gambar-gambar pelajar berarak siap dengan bantuan polis. Jadi dimana halalnya dimana haramnya? Boleh ke yang haram itu halal dan yang halal itu haram? Aku celaru tidak faham. Menentang yang zalim itu wajib tiada kompromi.

Mahasiswa samaada yang berjaya bergraduasi atau tidak berjaya bergraduasi adalah tetap saorang mahasiswa. Mereka ini golongan intelektual yang boleh berfikir jadi tidak perlu ditutup otaknya dari terus mencari. Samaada mereka ke kiri atau ke kanan itu hak dan pendirian yang telah mereka pilih. Jadi salute kepada mereka-mereka yang menjadi ikon-ikon mahasiswa pada zaman ini.


Tragedi Tiananmen 1989

Tragedi UiTM 2007

Gambar diambil dari Google.

Monday, June 8, 2009

Kenduri Kahwin (mungkin aku tak cool)

Hujung minggu yang lalu aku berkesempatan melapangkan diri yang konon-kononnya sebuk untuk ke majlis sanding salah saorang ahli keluarga terdekat. Dengan berbaju bunga berseluar jeans berserta sepatu tiger bundle aku memandu bug si Tad. Hari itu tidak panas seperti biasa..

Khemah nya hijau dan tema pengantin juga hijau. Mungkin mereka ahli PAS aku tidak tahu..mungkin juga mereka ahli green peace..aku juga tidak tahu..Barangkali mereka meminati warna hijau.

Suasana seperti biasa lah..budak-budak berlari tak kira terik matahari, orang tua-tua konon-konon sebuk tapi cakap yang lebih..makcik-makcik dengan sembang-sembang. Anak-anak gadis melihat teruna..Anak jantan mencari bunga. Suasana ini tidak pernah berubah.

Tapi yang berubah mungkin aku, jika dulu sewaktu awal 90an kerja-kerja kenduri ini dibuat bergotong royong..yang tua memasak nasi yang muda mengangkat belanga yang cantik memotong sayur yang gagah memasang khemah..semuanya kerja semuanya tak kisah.

Hujung minggu yang lalu yang tua bergoyang kaki yang gagah menyedut tembakau yang cantik bertelefon bermesej yang hensem berspek mata hitam sahaja..semua peduli semua kesah.

Ohh lupa sekarang sudah 2009..aku sangat ketinggalan. Aku sangat tak cool..Tapi aku peduli.

Buntu

Tiada kata yang berjiwa,Tiada idea yang bernyawa,Tiada tulisan yang bercahaya


Aku Buntu!

Tuesday, June 2, 2009

Mari Mengenal Lagi

Jika sebelum ini kita sudah mengenal En Yunus kali ini kita bakal mengenali para anggota SB polis (Special Branch). Budak-budak lelaki kebanyakkan sudah kenal kelibat dan susuk tubuh SB Sb ini tapi masih ada yang ragu-ragu dan was-was akan gaya mereka.

Jika ke balai polis jangan hanya ingat mereka yang beruniform biru itu adalah pegawai polis dan mereka yang berpakaian biasa seperti orang awam itu hanyalah orang awam. Jangan silap mereka juga polis hanya mereka ada tugas-tugas khas yang membolehkan mereka berpakaian biasa. Mereka berpakaian biasa kerana mahu mengelak dari dikenali oleh penjenayah dan jika mereka berpakaian biru mudahlah mendedahkan identiti mereka. Silap-silap boleh di tembak. Tetapi kita boleh mengenali susuk ini dari beberapa aspek.

Kelibat mereka kadang kala tidak dapat di pastikan. Tujuan dan matlamat mereka hampir mustahil unutk di ketahui. Kadang kala tersilap mengagak susuk-susuk ini gengster. Sewaktu di Penanti susuk ini amat banyak sekali. hampir di mana mana ada saja SB. Kedai makan warung nasi kandar ceramah dan rapat umum kedai toto kedai runcit tepi-tepi jalan semua penuh dengan kelibat ini.

Mereka ini mudah dikenali jika selalu bersua muka atau terserempak. Perhatikan riak wajah mereka, serius dan mesti ada facial hair. Mat-Mat jambu biasanya tak jadi SB. Misai yang tebal tanpa janggut. Tidak berjambang yang panjang seperti bassist system of a down. Facial hair mereka tidak terurus. Bibir hitam akibat menghisap rokok dengan kadar yang serius. Bibir pink macam Najib kita tak jadi SB. Rambut pendek dan jarang berambut panjang

Itu bab wajah, sekarang bab penampilan. Harus berseluar jeans. brand tidak harus pada satu cap saja. kalau yang ranggi mungkin levi's atau wrengler. Gucci dan Armani tak laku. bukan apa takot ditembusi peluru musuh (mahal beb). Ber t-shirt. T-shirt yang popular sekarang adalah t-shirt cap polo yang ada number 3. apa kaitan number 3 ni tak tahu. 3 line kot. Kaler putih dan hitam memang menjadi pujaan mereka (SB). Mungkin trend sekarang. Kasut pula harus adidas nike ataupon jenis sarong. Kaler putih. Kasut sukan ini memberi keselesaan lebih pada mereka yang kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Lagipon tebal senang nak sepak dan terajang.

Jika berbual di dalam telefon nada mereka keras. Jika terdengar sebutan tuan dan baik tuan berita faham dan segala terma yang jarang kita dengar sah la mereka SB. Jika duduk sekumpulan mereka akan memandang dengan lirikan yang tajam. Muka ala-ala gengster sambil memandang keliling. Jika malam tiba kebanykkan mereka ber jaket. Siang panas. Malam baru ada stail jika berjaket.

Akhir sekali jika ternampak beberapa kelibat bertubuh sasa dengan penampilan yang sudah dnyatakan lepak di kedai minum perhatikan gelagat mereka. Mereka tidak akan ketawa terbahak-bahak, mereka akan menghisap rokok dunhill dengan banyak mereka akan memegang telefon bimbit mereka dan mata yang memandang sekeliling. Perbualan mereka juga tidak dapat di dengari...

Selamat Mengenal Pasti..

Perhatikan mereka yang berpakaian biasa

Bundle Bijok

Sebelum pulang dari Penanti dan daerah-daerah kecil yang lain aku sempat singgah di beberapa kedai yang menjual pakaian lusuh dan longgok. Sebutan inggerisnya bundle. Di penanti kedainya berdekatan antara satu sama lain. Walaupon dekat tiada elemen santau dan voodoo digunakan untuk menjahanamkan kedai bundle yang lain2. Semuanya sepakat berniaga..

Harga semua barangan pakaian memang boleh dibawa berbincang..kadang kala tidak perlu berbincang kerana harga yang sangat gila murah..satu topi wool aku beli harganya 50 puluh sen ya lima puluh sen..jika di uptown dan bundle sekitar lembah kelang paling murah mesti 5 ringgit. Ini tidak 50 puluh sen..berapa kali ganda lu pikir la sendiri.

Baju-baju semuanya murah dan elok lagi. Aku angkat baju puma untuk bermain futsal kaler yang rare dan agak sekolah lama.

Di dalam banyak-banyak bende aku beli yang paling berbaloi-baloi ada sepasung kasut Onitsuka Tiger dari Jepun..PErnah saorang kawan beli kasut ini dari butik di sunway harganya..400 matawang ringgit..400 ratus john! di Penanti aku beli dengan harga 60 ringgit john..ya 60 matawang ringgit..kaler putih sekolah lama dan kelihatan lusuh..perghh..

sila lah ke penanti kerana banyak yang menanti..berbaloi-baloi.