Hujung minggu yang lalu aku berkesempatan melapangkan diri yang konon-kononnya sebuk untuk ke majlis sanding salah saorang ahli keluarga terdekat. Dengan berbaju bunga berseluar jeans berserta sepatu tiger bundle aku memandu bug si Tad. Hari itu tidak panas seperti biasa..
Khemah nya hijau dan tema pengantin juga hijau. Mungkin mereka ahli PAS aku tidak tahu..mungkin juga mereka ahli green peace..aku juga tidak tahu..Barangkali mereka meminati warna hijau.
Suasana seperti biasa lah..budak-budak berlari tak kira terik matahari, orang tua-tua konon-konon sebuk tapi cakap yang lebih..makcik-makcik dengan sembang-sembang. Anak-anak gadis melihat teruna..Anak jantan mencari bunga. Suasana ini tidak pernah berubah.
Tapi yang berubah mungkin aku, jika dulu sewaktu awal 90an kerja-kerja kenduri ini dibuat bergotong royong..yang tua memasak nasi yang muda mengangkat belanga yang cantik memotong sayur yang gagah memasang khemah..semuanya kerja semuanya tak kisah.
Hujung minggu yang lalu yang tua bergoyang kaki yang gagah menyedut tembakau yang cantik bertelefon bermesej yang hensem berspek mata hitam sahaja..semua peduli semua kesah.
Ohh lupa sekarang sudah 2009..aku sangat ketinggalan. Aku sangat tak cool..Tapi aku peduli.
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko mesti tergolong dlm jejaka gagah berkacamata hitam kan...
ReplyDeleteish ish ishhh
heh blom jd pengapit lagi tuh sha.
ReplyDeletehehehe :P
pongek ko blom tuka link aku lagi lah!
ReplyDeletekalau macam tuh, aku pun tak cool cz majlis kawen ade kendarat, ada rewang, ade sesi tol(bagi adat orang johor) lagi meriah dan best ;)
ReplyDeletetau xpa iznie..
ReplyDeleteala ko ni naz mcm2 hal lah sapa soh tuka link..aku bukan reti noo..