Sunday, January 31, 2010

Salah al Salah

Orang tua bernama salah al salah ini tidak sepopular Sheikh ahmad yasin atau Yasser Arafat. Tetapi pakcik salah ini adalah salah saorang pejuang pembebesan Palestine merdeka.Lahir pada tahun 1937 Pakcik ini telah menyaksikan kaum keluarganya dihalau dari bumi Palestine.

Sewaktu kecil ibunya pernah berkata kpd beliau "anakku Al-Salah,jika kamu mahu kemenangan kamu perlu berjuang. Kamu tidak akan menang jika kamu hanya berkata-kata.Oleh kerana kata-kata ini Al-Salah bangun dari mimpi dan berjuang demi tanah tumpahnya darah.

PFLP adalah sebahagian dari anggota PLO dimana Salah menjadi salah saorang ahlinya.Al-Fatah adalah aliran kanan manakala PFLP pula aliran kiri dan pengikut mazhab marxist-leninst.PFLP tidak gemar berunding dimeja bulat lebih2 lagi bersama israel.PFLP pendukong perjuangan bersenjata yang mahu membebaskan Palestine secara total.

Kerana itulah perjanjian Oslo 1993 ditentang oleh PFLP kerana perjanjian itu langsung tidak menguntungkan rakyat Palestine yang terdiri daripada Arab Muslim dan Kristian.
Salah dengan jelas menegaskan perjuangan PFLP adalah utk membebaskan Palestine dari israel dan tiada kene mengena dgn agama yang dianuti oleh kaum yahudi.

Bagi Salah, tiada ertinya perjuangan Palestine jika rakyat Palestine yang terdiri dari agama Islam dan Kristian tidak bersatu menentang zionist israel.Salah telah berada di Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu untuk sesi lawatan.

P/s Gambarnya tidak sempat aku muat turun.

Tuesday, January 19, 2010

Hoi..

This is a straight forward story..eh silap ini adalah satu cerita langsung. Cerita bagaimana kita rakyat Malaya yang ber-IC biru dan beranak pinak dan menetap di negara satu Malaya. Nak baca silakan tak nak baca boleh pergi ke facebook atau twitter.

Aku ni bukanlah pandai sangat pon tapi dari kecik lagi aku dah perhati sikit sikit perubahan di Malaya. Kalau dulu tak sikit pon aku amik port tapi sekarang aku dah terasa tempias nya mungkin sebab aku dah bekerja dan perlu membayar cukai.

GST akan diluluskan mac ini. Kepada rakyat yang tak tau GST ini sila google. Aku tak ingat GST ini nama penuh dia apa. Malas nk ingat. Tapi cukai ini memang sekali gus tidak akan menyenangkan orang orang macam aku. Orang orang yang mempunyai hutang keliling pinggang. PTPTN aku berpuluh ribu, aku pinjam dulu pon sebab tak mampu nk tanggung wang sendiri. Hidup saorang pemuda di kota metropolitan pasti mahu berhibur. Berhibur perlukan wang. Untuk merasa terhibur perlu melabur wang. Ditambah pula dengan GST lagi bertambah perit untuk berhibur.

Tapi aku perasan satu bende yang paling tidak masuk akal selain GST. Kereta nasional yakni kereta buatan tempatan. Kereta yang aku maksudkan kereta Perodua. Mungkin aku tidak pandai berbisnes dan aku juga bad di dalam kiraan ilmu hisab. Tapi logik akal manusia boleh berfikir. Isunya gini, kereta Viva 660 bodynya putih dan hitam di bumper. Tidak diberi alat pemantul lampu apabila rosak ditengah jalan, cover rim tidak dapat, dan tidak dilengkapi dengan sensor undur (reverse censor). Jika mahu cantik perlu bayar lebih mahu canggih bayar lebih. Ini ertinya kasi tambah hutang lagi. Banyak lagi kereta nasional yang bermasalah seperti viva ini. Malas nk cerita panjang.

Kenapa hidup orang miskin perlu disusahkan lagi dengan bermacam2 hal. Tidak boleh ada privilege (keistimewaan) untuk orang orang kurang berada. Kereta nasional namanya apa salah bagi keselesaan pada pemegang IC berwarna biru. Perlukah semua orang menjadi kaya baru dunia ini aman sentosa? Aku tidak mahu menjadi kaya oleh itu mungkin aku perlu mengumpul hutang sampai dunia kiamat.

Makin susah orang itu makin payah hidupnya. Patutnya makin susah orang itu makin banyak dibantu hidupnya supaya semua boleh tersenyum. Asyik asyik pro-kapitalis jer senyum mana boleh.

Friday, January 15, 2010

Cerita Saheh

Ini cerita benar yang baru semalam aku dengar. Ini cerita dari orang tua yang hampir seratus tahun umurnya. Orang tua ini telah bertahun-tahun meangkat senjata di celah-celah hutan dan tuhan masih memanjangkan usianya.

Orang tua ini berhenti hanya dengan pangkat lans koperal. Pangkat rendah yang jika dinilai pada zaman sekarang gajinya haya mencecah 1500 tolak campur elaun itu dan ini boleh lah hidup membujang.

Cerita dia sememangnya sama dengan berpuluh cerita orang tua yang telah aku dengar. Masuk hutan keluar hutan komunis sana komunis sini bunuh sana bunuh sini lari terjatuh bangun sendiri. Plot cerita yang cliche. Tapi begitula agaknya keadaan di zaman dulu. Apa yang aku paham dari cerita orang tua ini adalah selama 33 tahun 5 bulan dan 27 hari dia menjadi anggota polis sekali pon tidak pernah di naikkan pangkat. Walaupon sudah berkali-kali terlepas maut. Itu pon hnaya sekali sahaja menerima pingat dari mamat penjajah.

Pingat itu hanya penyedap mata. Nak di gadai entahkan berapa sen. Pandai Mat Saleh menipu orang Malaya. Sampai lah sekarang cara yang sama diguna, Tun Tan Tin, Datuk Dato' Datok. Menipu dan terus menipu dengan pangkat dan pingat. Tapi orang tua ini mengeluh. Tidak sekali pon jasanya dikenang. Dia berkata, pernah sekali dia bertanya pada bos nya mengapa tidak pernah dinaikkan pangkat sedangkan komrat komrat yang lain telah dibawa keatas.

Ini jawapan bos nya "Ali macam ini lah. Kau, sipolan dan sipolan mahu pergi memancing. Semua membawa joran tapi kau saorang sahaja yang tak bawa umpan. Joran ada tapi umpan takda macam mana mahu dapat ikan Ali" Maksudnya begini, Jika mahu mendapatkan sesuatu (pangkat) dengan bersijilkan report tidak cukup perlu disertakan sekali dengan ongkosnya.

Ini jawapan orang tua itu. "Tuan tak bilang awal-awal. Umpan saya sudah habis membeli barang dapur untuk anak dan bini"

Sampailah sekarang orang tua itu masih menyimpan pingat cabuk buatan British untuk dikenang anak dan cucu. Apa boleh buat mahukan pangkat perlu dahulu menyuap perut orang besar-besar. Pandai mat mat saleh bikin bisnes pangkat dan pingat sampai terbawa bawa ke zaman 2010. -tamat-

Monday, January 11, 2010

TV 60an

Tiba-tiba Malaya seperti kembali ke era 60an. Era masyarakat masih lagi belom ada internet radio dan TV secara meluas. Zaman itu jika mempunyai TV dan radio sudah cukup mewah dan cool.

Kenapa kita secara tiba tiba kebelakang? Ini kerana dua tiga hari ini berita di radio TV dan internet semuanya bercerita hal rumah ibadat diserang. Suasana tidak tenteram beginilah mungkin yang berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu.

Soal agama seperti ini cukup sensetif baik bagi mereka yang alim mahupun tidak. Bahaya dan ancaman tidak mengenal alim dan tidak alim. Meningkatkan taraf kebencian pada sesetangah golongan adalah cara yang terbaik bagi meraih sokongan. Dengan cara ini dapatlah golongan tertentu meraih simpati dengan cara tidak betul. Tidak kisah lah pihak mana pon yang menggunakan taktik ini tetapi adalah tidak wajar menggunakan agama sebagai bahan dagangan untuk politik. Lebih lebih lagi dengan nama Sang Pencipta.

Walaupun berdemo itu satu cabang demokrasi tetapi sikap double standard pemerintah menunjukkan ketidak ikhlasan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Adakah kerana dengan nama tuhan baru berdemo itu halal?

Tiba-tiba saja penuh Masjid Negara penuh kain rentang laungan nama Pencipta yang selama ini sepi. Semuanya menangguk di air keruh. Untuk melihatkan aku lebih alim dari engkau maka taktik ini digunakan walhal kau dan aku sama sahaja. Tiba-tiba semuannya mengaku Ayatollah.

Serangan keatas rumah ibadat adalah taktik paling kotor sekali bagi meraih sokongan golongan tertentu dan cara menakut nakutkan rakyat dengan cara ini sangatlah tidak bertanggungjawab. Mungkin dengan zaman internet ini dapatlah rakyat sekalian memahami perjalanan politik di Malaya dan tidak termakan lakonan sandiwara sang politikus.

Dahulu kononnya pihak penjajah dengan bantuan pemimpin Melayu pernah berkata, komunis ini tidak mempercayai tuhan maka tidak bisa hidup dengan panduan ilahi.
Tapi sekarang terbalik, mereka yang ada agama sudah mula menjual nya sebagai bahan dagangan seperti tubuh pelacur demi memastikan kuasa mutlak di pihak mereka.

Pergilah mampus.

Satu forum antara pengamal agama yang fasih dan mahir tentang selok belok agama tidak kira Islam Krstian Buddha dan Hindu perlu dilaksanakan dengan segera bagi membuka mata dan minda rakyat Malaya.