Friday, January 15, 2010

Cerita Saheh

Ini cerita benar yang baru semalam aku dengar. Ini cerita dari orang tua yang hampir seratus tahun umurnya. Orang tua ini telah bertahun-tahun meangkat senjata di celah-celah hutan dan tuhan masih memanjangkan usianya.

Orang tua ini berhenti hanya dengan pangkat lans koperal. Pangkat rendah yang jika dinilai pada zaman sekarang gajinya haya mencecah 1500 tolak campur elaun itu dan ini boleh lah hidup membujang.

Cerita dia sememangnya sama dengan berpuluh cerita orang tua yang telah aku dengar. Masuk hutan keluar hutan komunis sana komunis sini bunuh sana bunuh sini lari terjatuh bangun sendiri. Plot cerita yang cliche. Tapi begitula agaknya keadaan di zaman dulu. Apa yang aku paham dari cerita orang tua ini adalah selama 33 tahun 5 bulan dan 27 hari dia menjadi anggota polis sekali pon tidak pernah di naikkan pangkat. Walaupon sudah berkali-kali terlepas maut. Itu pon hnaya sekali sahaja menerima pingat dari mamat penjajah.

Pingat itu hanya penyedap mata. Nak di gadai entahkan berapa sen. Pandai Mat Saleh menipu orang Malaya. Sampai lah sekarang cara yang sama diguna, Tun Tan Tin, Datuk Dato' Datok. Menipu dan terus menipu dengan pangkat dan pingat. Tapi orang tua ini mengeluh. Tidak sekali pon jasanya dikenang. Dia berkata, pernah sekali dia bertanya pada bos nya mengapa tidak pernah dinaikkan pangkat sedangkan komrat komrat yang lain telah dibawa keatas.

Ini jawapan bos nya "Ali macam ini lah. Kau, sipolan dan sipolan mahu pergi memancing. Semua membawa joran tapi kau saorang sahaja yang tak bawa umpan. Joran ada tapi umpan takda macam mana mahu dapat ikan Ali" Maksudnya begini, Jika mahu mendapatkan sesuatu (pangkat) dengan bersijilkan report tidak cukup perlu disertakan sekali dengan ongkosnya.

Ini jawapan orang tua itu. "Tuan tak bilang awal-awal. Umpan saya sudah habis membeli barang dapur untuk anak dan bini"

Sampailah sekarang orang tua itu masih menyimpan pingat cabuk buatan British untuk dikenang anak dan cucu. Apa boleh buat mahukan pangkat perlu dahulu menyuap perut orang besar-besar. Pandai mat mat saleh bikin bisnes pangkat dan pingat sampai terbawa bawa ke zaman 2010. -tamat-

No comments:

Post a Comment