Sunday, April 4, 2010

Robert Fisk (The Independent)

Hari Sabtu yang lepas aku berpeluang melihat lebih dekat mamat Robert ini. Mamat ini bukan sebarang Robert. Dia adalah Jurnalis yang terkenal dan telah lama terlibat dengan konflik di Timur Tengah. Isu Palestine, Lebanon, Afganistan, Dunia Arab sudah seperti mainan. Dia jugalah yang pernah menemu bual Osama bin Laden, manusia yang di cari Amarika.

Kunjungannya ke Malaya adalah untuk bercerita tentang Konflik di Palestine dan Timur Tengah dan sumber ada memberitahu dia ingin mengkaji sejarah Perang dunia ke-2 dimana Jepun mendarat di Kelantan terlebih dahulu sebelum Jepun mengebom Pearl Harbour di Hawaii.

Pandangan Robert juga tidak jauh dari pandangan Salah al Salah. Tegasnya Amarika dan sekutunya perlu keluar terus dari negara Islam untuk memastikan keadaan kembali tenang. Selagi tidak keluar nyawa dan darah akan terus mengalir. Media TV dan Suratkhabar juga memainlan peranan. Katanya sekarang "We are sucking the tube from the government". Maksudnya kita menerima bulat2 apa yang diberikan tanpa ada usaha untuk belajar mencari kebenarannya. Dia juga menasihatkan agar para Jurnalis agar melaporkan tanpa ada unsur bias terhadap mereka yang menderita.

Dia juga mengakui kelemahan dunia Islam adalah kerana RASUAH. Ini bukan satu perkara yang menghairankan dan bukannya benda baru. Jika Robert seorang 'Kaffir' boleh berfikiran sebegini mengapa kita yang 'Muslim' masih lagi buta dengan isu-isu sebegini. Jika dia yang dijanjikan neraka ini sanggup mengorbankan nyawanya melaporkan tentang kekejaman Zionis dan Amarika di Timur Tengah mengapa kita yang dijanjikan syurga takot untuk mati syahid melaporkan kekejaman mereka.

Robert Fisk adalah saorang pejuang hak asasi manusia dan Jurnalis terkenal sehinggkan Osama sendiri berani untuk ditemu bual olehnya. Untuk lebih mengenali mamat ini boleh lah mendapatkan buku nya di gedung buku. Bertuah aku dapat mendengar kata-kata dari dia.

P/s Dia tiada gelaran Lord atau Datok atau Tun atau Tan Sri tetapi reputasinya lebih dari Datok Tun dan Tan Sri yang ada di Malaya.

No comments:

Post a Comment