Friday, November 19, 2010

Hanya engkau yang memahami kisah ini

Lihat, keretapi itu berhenti..
Eh ia kembali bergerak..
Menuju ke destinasi..
Satu persatu penumpangnya turun..

Hanya kau sahaja yang memahami..
Ia terhenti dan kemudian terus berlari
Memecut meninggalkan masa memecut membuat sejarah yang kini
Masa yang tertinggal tidak akan bercantum kembali
Hasrat aku hanya mahu engkau terus bahgia
Bahgia dengan masa yang baru terus menempuh badai didepan

Kadang kala ia akan terhenti
Terhenti untuk kita merenung sejenak betapa jauh telah kita rempuhi
Terhenti untuk kita mengenangkan kesalahan lampau yang aku tidak terniat untuk melakukan
Terhenti untuk kita memberi peluang untuk memperbaiki

Engkau yang memahami cerita keretapi ini
Cerita bagaimana pada malam itu aku berkata 'keretapi ini akan bergerak sentiasa kerana cinta aku pada engkau
Keretapi ini akan kadang kala terhenti
Tetapi akan terus bergerak kerana kisah cinta ini akan terus berada di dalam isian keretapi.
Ia akan terus bergerak walaupon si konduktor nya telah mati..

*Ketika kisah ini ditulis guruh sedang bergegar kilat sedang memancar..

6 comments:

  1. sesekali berhenti untuk melihat diri itu bagus. mungkin ada bagasi perlu ditinggalkan. ada kala yang perlu diganti. buang yang keruh, ambil yang jernih. Dengar otai ni berkata.. :D

    ReplyDelete
  2. hasnol - apa yang jangan?
    Mami Kay- Kesimpulan yang jelas..mami kay adalah otai sebenar..

    ReplyDelete