Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka!

Ramai beranggapan seksualiti merdeka itu satu majlis yang songsang dan tidak bermoral. Tidak bermoral kerana majlis itu mengiktiraf mereka mereka yang gay,lesbian, pondan dan biseksual. Dalam bidalan orang melayu perbuatan ini dipanggil menongkah arus. Dan ramai juga diantara kita apabila membincangkan hal ini akan terus melompat kepada satu konklusi yang cukup mudah. Konklusi itu tidak lain tidak bukan seks luar tabii.

Apabila kita melompat kepada konklusi itu kita telah membuat satu keputusan yang salah. Ini adalah kerana kita orang melayu cukup 'taboo' dengan perkataan seks. Kita melihat semuanya dari sudut pandang seks tanpa memberi perhatian kepada aspek aspek lain. Perbuatan seks ala gay itu dilihat sebagai perbuatan yang sungguh jijik. Ya saya setuju memang jijik tapi mengatakan ianya jijik tidak cukup untuk memberikan hak kepada kita menghukum golongan ini. Pada saat ini ramai yang akan menggangap saya membawa fahaman liberal atau lebih buruk atheist. Tunggu dahulu.

Sama ada gay atau tidak gay itu bukan persoalannya. Kepada sesiapa yang telah menonton 'the kite runner' pasti anda akan terkejut melihat babak apabila kanak kanak bernama Hassan diliwat oleh seorang pemuda bernama Assef. Lalu kita pun berfikir masakan orang Afghan ini bisa meliwat, bukankah mereka lebih warak melihat dari segi pakaian dan budayanya. Meliwat kanak kanak lelaki adalah perkara yang sering berlaku dinegara bergolak itu, ianya tidak bermaksud semua lelaki di Afghan menghalalkan liwat, tidak, pengembala pengembala kambing juga meliwat kambing mereka ketika berada di padang pasir. Ianya seperti satu bentuk hukuman. Saya sebelum ke Afghan beberapa tahun dahulu telah diingatkan oleh arwah Yunus agar tidak terlalu rapat dengan golongan lelaki yang berumur disana khuatir jika saya akan diliwat. Ini bukan jenaka. Yunus dengan seriusnya berkata "kau jangan gelak orang disana memang suka meliwat lelaki lagi lagi macam kau ni"

Di Malaysia pula kerap kali kita mendengar cerita sang bapa merogol anak sendiri, si datuk merogol cucu sendiri dan bermacam macam lagi kes serangan seksual ke atas lelaki dan perempuan. Mereka ini jika di tanya mereka tidak akan mengaku bahawa mereka itu gay atau pon biseksual malah mereka juga tidak tahu apa makna sebenar gay dan biseksual. Jawapan yang akan diberikan adalah 'saya mengikut hawa nafsu saya tidak sedar syaitan telah membisikkan ke telinga saya' dan bermacam macam alasan. Ini kerana mereka tidak mengenali diri sendiri dan tidak tahu menghormati orang sekeliling.

Menjadi gay pondan atau lesbian bukan seratus peratus kerana seks dan juga tidak bermakna jika kita bukan dari golongan gay pondan atau biseksual kita tidak akan melakukan perbuatan diluar batas norma manusia. Menyalahkan gay kerana menjadi gay tidak akan mengubah apa apa. Menghina pondan kerana menjadi pondan tidak akan memperbetulkan keadaan. Benar semua agama melarang perbuatan menongkah arus ini, baik islam, kristen mahupun yahudi dan juga tidak benar hanya golongan liberal, atheist, agnostic sahaja yang akan bersetuju dengan LGBT. Ada juga golongan agamawan yang menerima golongan LGBT ini dan melayan mereka sama seperti manusia manusia lain dan ada juga golongan liberal & atheist ini berfahaman fasis.

Yang perlu ditentang adalah diskriminasi terhadap sesama manusia. Menentang diskriminasi antara manusia ini sama maksudnya dengan menentang kezaliman zionist di tebing barat dan gaza, sama seperti menentang kekejaman Nazi di eropah, sama juga seperti menentang tindakan zalim askar indonesia terhadap rakyat di papua dan timur timur. Dan untuk menentang mereka mereka yang zalim ini kita perlu tahu apakah sebab sebabnya. Kita juga harus memahami isu pokoknya disini dan memahami bahawa penghormatan terhadap manusia tidak boleh dipaksa ataupun dibeli ianya datang apabila kita tahu bagaimana cara untuk menghoramati sesuatu susuk itu bukan dari pangkat atau pun rupa paras. Kita menentang sesuatu susuk itu bukan kerana dia gay pondan mahupon lelaki tulen. Kita menentang seseorang itu kerana jasad itu melakukan perbuatan yang zalim.

Adalah penting untuk kita memahami mengapa jalan ini yang telah dipilih oleh golongan ini. Ramai manusia di dunia ini baik di arab, palestine, israel, china, brazil, nigeria, singapura dan di mana mana sahaja adalah dari golongan LGBT dan jika ditanya sama ada mereka mempercayai tuhan atau tidak rata rata mereka cukup percaya dengan kewujudan Maha Esa. Jika mereka ini yang kita anggap jijik masih lagi boleh percaya pada kuasa tuhan yang maha pemurah mengapa tidak kita yang kononnya suci ini memberi secebis penghormatan pada mereka.

Apa juga fahaman yang kita anuti tidak kira konservatif, liberal, demokrat, anarki, komunis, syiah, sunni, athiest , agnostic tidak akan membawa apa apa beza jika kita saling mendiskriminasi. Adakah kita lupa bahawa Yang Maha Esa melihat iman dan taqwa bukanlah fahaman mahupon harta.

Apakah saya masih di anggap liberal?

2 comments: