Tuesday, June 16, 2009

Toh Lung San a.k.a Lai Raifel

Ramai yang kenal nama Rashid Maidin, Chin Peng, Abdullah C.D, Suiriani dan Shamsiah Fakeh, tapi jarang kita dengar nama ini. Toh Lung San a.k.a Lai Raifel. Si Lai Raifel ini lah orang yang bertanggungjawab memberikan pendedahan politik kepada Rashid Maidin. Jika tidak mungkin Rashid Maidin tidak menjadi komunis dan mungkin arwah Rashid hanya menjadi penjual air tebu dan goring pisang.

Si Lai Raifel berkenalan dengan arwah Rashid semasa bekerja di kilang arang batu dekat Kinta. Raifel memberikan buku bacaan bertajuk The Japanese Aggression yang mengandungi gambar dan cerita tentang jahatnya rejim fasis Jepun ini. Raifel bersekolah dengan Chin Peng dan Suriani. Selepas perang dunia ke-2, dia aktif menentang Jepun dan menyokong China.

Ditangkap dan dipenjara olih British sewaktu kesatuan buruh sedang hangat dan membesarkan pengaruh di Malaya. Di bebaskan sewaktu Jepun menyerang Malaya olih British dan mendapat latihan tentera dari 101 Special Training School di Temasik. British waktu ini berkerjasama dengan Komunis bagi menentang Jepun.

Mengetuai Regiment Kedua MPAJA pada 1942, pada pertengahan 1943 pasukan Raifel dikepong Jepun dan ditangkap. Beratus-ratus cara digunakan olih Jepun untuk mengorek rahsia dari Raifel tapi tidak berguna, akhir sekali Raifel di pancung kepala nya.

Pada hari jatuh hukum, 300 askar Jepun dihantar bagi mengawasi kawasan jatuh hukum. Sewaktu saat-saat akhir hidupnya, Raifel berteriak tanpa rasa gentar “Jahanam fasis Jepun dan Hidup PKM”.

Lai Raifel adalah putera Malaya, mengorbankan hidup mudanya menentang fasis Jepun dan dia mati pada usianya baru mencecah 21 tahun.

Cerita berdasarkan pengalaman arwah Rashid Maidin. The Memoirs of Rashid Maidin From Armed Struggle to Peace

2 comments: