Wednesday, July 22, 2009

Kesian Beruk2 itu

Beberapa hari lepas aku ada menonton Tv3 punya berita. Biasalah putar alam sikit2. Kadang-kadang syok juga tengok berita ni. Boleh kita bezakan cara penyampaian berita dan maklumat dari setiap massa di Malaya.

Dalam masa setengah jam keluar lah berita para anggota Rela menembak beberapa ekor tupai dan berok2 di hutan. Tak salah aku di Penang. (kalau salah maaf ler.aku dah tak ingat). Alasan mereka berok2 dan tupai2 ni telah mengganggu tanaman dan merosakkan tanaman. Jadi berduyun-duyun berok dan tupai terburai isi perot nya terkena peluru senapang patah dari RELA.

Yang aku kesian tu Berok dan tupai tu semua comel2. Tupai yang kecik terburai isi perot. Berok yang cute pecah kepalanya. Kenapalah zalim sangat militan RELA ni. Tak boleh ker di pasang satu jerangkap samar yang besar untuk menangkap berok2 dan tupai2 itu dan lepaskan ke hutan. Jadi sistem kitaran alam yang kita belajar dari sains itu dapat diteruskan. Dan RELA ni tak sekolah ker?Memang lah berok2 dan tupai2 tu makan buah-buahan. Jadi mereka sebat ajelah apa yang ada. Kalau berok2 tu mintak izin korang kata berok dari kayangan pulak. Jelmaan hantu yang tak tenteram lah Jin makcik jenab yang tak dapat di buang lah..haiiii....

Satu lagi kita fikir..kenapa berok2 dan tupai2 ni makan hasil tanaman orang..kenapa tak makan hasil hutan..jawapan nya mudah. Tengok sekeliling..berapa banyak hutan dah diliwat pemaju..berapa banyak hutan disondol traktor pemaju..Mana pergi hutan2 ni? Semuanya untuk duit untuk jadi kaya macam Qorun..tapi Qorun tak tebang pokok2.

Kaya kaya kaya apa ada dengan kaya, sampai sanggup membunuh berok2 dan tupai2 yang comel lagi cool...Dan yang paling best selepas acara menembak makhluk comel itu para anggota RELA dihadiahkan hamper saorang satu...(apa punya otak).

4 comments:

  1. takpe ah.nanti ader competition tembak RELA2 tu plak.ko supply senapang ke, AK47 ke untuk anak-anak beruk,okay?

    ReplyDelete
  2. Yelah hani layan kan kepala ko..(bak kata datok)

    ReplyDelete
  3. bagus la.
    anda bukan saja seorang pejuang hak asasi manusia malah binatang sekali.
    syabas!

    ReplyDelete
  4. Pian... aku ada 1 story kat ko.. pasal beruk2..

    "Kat ampang ni... orang2 ampang suke sgt la pi jogging kat Taman TAR (ala area dekat Kelab darul Ehsan tu)... Kat sini banyak beruk2...

    Dulu beruk2 ni sgt2 friendly.. kekadang tu org2 Ampang dtg bawak anak2 diaorg petang2 bagi makan beruk2 ni.. Beruk ni, roti murah x ada brand diaorg tak pandang.. diaorg nak Gardenia...

    Tp sekarang org2 Ampang dh jarang ke sana sebab ada pot lain baik punya nk jogging.. so beruk2 ni pon jarang la dapat makan free..

    Sekarang beruk2 ni dah mengganas.. beruk2 ni malas nk ke hutan behampiran cari makanan .. beruk2 ni nk roti Gardenia juga.. Beruk2 ni sekaang selalu menyerang 2 3 kerat org yg still bejogging kat situ tapi x bg makan kat beruk2 ni..."

    -sekian saje cerita menagarut aku ni tuk dikongsi bersama -

    ReplyDelete