Monday, September 28, 2009

Aku sebatang pen dari Emas dan Berlian

Aku sebatang pen dari Peranchis. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Toulouse. Adik beradik aku cukup ramai, beribu-ribu saudara mara aku. Tapi dalam banyak-banyak adik beradik aku, akulah yang paling istimewa dan yang paling cantik. Badan aku diperbuat dari emas. Berkilat berkilau badan aku dan ramai yang memuji aku kerana aku sangat cantik. Bukan setakat itu saja, dihujung kepala aku ada sebutir berlian dari Congo. Berlian Congo ini sangat lah terkenal sejak berkurun lamanya. Mana aku tahu, aku terdengar seorang manusia berkata-kata dibelakang aku tempoh hari.

Aku dibalut dengan kain sutera negara China untuk memastikan aku tidak calar dan kotor dari tangan manusia. Sebuah kotak khas untuk tempat aku berehat dan aku di pamerkan dari sebuah peti kaca yang siap dengan alat penggera. “Begitu dahsyatnya aku dari engkau manusia, hahaha”, gelak aku melihat manusia gemuk yang sedang memerhatikan aku.

Suatu hari aku terdengar perbualan manusia-manusia diluar sana. Mereka ingin memiliki aku. “Gila apa mereka ini, tak tahu ke aku diperbuat dari emas dan berlian dan aku sangat mahal” kata aku sendirian. Ternyata aku silap, mereka ini orang orang kaya yang hartanya tak akan susut sehingga hari kiamat. Tapi siapa mereka ini? Bagaimana mereka boleh jadi begitu kaya raya? Apa hasil kerja mereka? Aku termanggu sendirian.

Tiba-tiba peti kaca aku dibuka, aku membuka mata dan melihat seorang manusia lelaki yang bersih mukanya dan kelihatan segak bertali leher tersenyum takkala melihat susuk aku. Dengan dialek inggeris dia bertanya kepada penjaga aku. “Mr Robert, How much?” katanya pendek. “500,000 dollars Mr. H, This pen is not just a pen, look at the diamond, do you know how many lives were sacrifice just to get this one bloody diamond Mr. H?”
“I know I know Robert” balas Mr. H yang jelas sekali tidak tahu berbahasa Inggeris.

Lalu pintu kaca aku ditutup semula dan mereka menuju ke dalam pejabat untuk berbincang. Dari apa yang aku dengar Mr. H ini seorang ahli politik merangkap seorang yang berpengaruh di sebuah negara di Asia. Negara mana aku tidak tahu.

Satu hari ketika aku sedang bersantai, sekali lagi pintu kaca aku dibuka. Aku terus diangkat dan di bersihkan. Sejurus selepas itu aku di letakkan di dalam sebuah kotak bersalut perak dan tiba-tiba semua menjadi gelap………

Bersambung,

Sunday, September 27, 2009

Gila rupanya si Amarika ni.

Dulu time aku budak budak lagi aku suka tengok filem perang vietnam di TV3. Aku ingat lagi aku mesti tengok dengan arwah bapak aku. Die cukup minat cerita perang perang ni. Aku sebagai budak kecil suka tengok filem aksi. Tajuk ceritanya ialah 'Nam Tour of Duty'(boleh cari di youtube) tapi aku yakin lagu dalam cerita tu lagu Paint it Black dari kumpulan The Rolling Stones.

Semasa di Saigon aku merayap di sekitar bandar nya dari apa yang aku baca dari buku lonely planet adalah wajib untuk melihat musium perang di sini. Jadi aku pon pergilah naik motor. Aku membonceng sebab tak reti nak bawak dan jalan raya sini gila.

Dicepatkan cerita, ramai warga Amarika melawat tempat ini. Aku tak pasti apa perasaan mereka apabila melihat kegilaan warga Amarika berperang bagai nak gila sempena meluaskan kuasa imprialist mereka yang zalim ini.

Lebih separuh yang terkorban adalah rakyat biasa veitnam. Jumlahnya jutaan nyawa bukan sedikit. Lebih lebih lagi kesannya boleh di lihat sampai sekarang hasil penggunaan bahan toksik 'Agent Orange'. Pon boleh di google. Bukan sahaja rakyat vietnam, malah askar US yang berjuang dalam perang gagal itu turut terkena tempias. Mereka pulang membawa penyakit kepada ahli keluarga dan anak waris mereka.

Jika zaman moden ini kita dengar dari Israel, tapi lama dah US sekutu Israel ni guna bahan kimia dalam perang mereka. Jahat memang jahat. Jika berkunjung ke Saigon jangan lupa ke Musium ini. Nama musium ini Remnants of War Museum.

Saksikan sendiri kejahatan askar US.





Tinggalan sejarah perang Vietnam.

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya Pertama

Aku tahu dah masuk raya ke 5 dah hari ini dan aku percaya ramai yang bosan berhari raya..beberapa kawan turut meluahkan rasa bosan mereka bersama facebook dan twitter. Itulah teknologi sekarang. Cepat Betul dan Mesra.

Aku bukan apa, raya sekarang dah x macam dulu. Mungkin zaman kanak-kanak yang seronok tapi yang paling aku perasan masa cepat betul berlalu. Kalau dulu boleh sempat beraya beberapa rumah saudara tapi sekarang dah xda masa. tahu tahu jer dah 6 petang..

Herghh.....raya raya raya...

Raya di Saigon ada juga makcik makcik dari malaya yang terbang ke sini membeli belah..bosan agaknya makan ketupat di kampung

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Berhari Raya

Kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia bakal berhari raya. Songkok sudah dibeli, kain songkek siap dijahit, daging rendang sudah ditempah, mercun dan bunga api jadi mainan. Perasaan gembira sudah jelas.


Semalam ketika memandu pulang sudah kelihatan banyak pelita yang sudah siap dinyalakan. Ini menandakan malam tujuh liku. Malam penuh keberkatan. Sejak dari kanak-kanak lagi aku cukup suka dengan malam tujuh liku ini. Pelita akan dinyalakan bunga api dan mercun akan membingitkan suasana. Yang paling sibuk adalah budak-budak.

Perasaan 20 tahun dahulu masih lagi ada, melihat gelagat Mail Aidil dan Aiman seperti melihat gelagat aku, adik beradik dan saudara rapat ketika masih berhingus. Begitu juga Mail, Aidil dan Aiman apabila mereka dewasa kelak. Perasaan yang sama akan mereka rasa. Biarlah budak-budak yang gembira ketika berhari raya kerana bak kata P. Ramlee

“Masa tak akan kembali”.

Selamat Hari Raya pada semua umat manusia seluruh dunia. Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 10, 2009

Kepala Lembu, Snooker dan Mesin Kuda

Lapar perut sekarang ini, semalam selepas berbuka aku merayap bersama mus (sepupu aku). Kami merayap di kawasan pandamaran, kalau tak silap aku kawasan jajahan ronnie liu. Port kami malam tu kedai snooker. Bukan nak main snooker pon, aku xlah cun sangat tapi si mus ni otai snooker. Dia mencari kenalan lama sewaktu muda dan bujang dahulu.

Aku pon dah lama x main snooker ni jadi saja jer try se-frame jolok telor setan ni. (nama lain bagi snooker). Tunggu punya tunggu kawan si mus ni tak datang datang. Yang ada kawan lain-lain. Mereka ni semua otai main snooker. Cun. Ada yang dah berumur 60 tahun masih lagi gagah menjolok telor setan ni. Dah la tua cun pulak tu..haih..Siap main lucky ball lagi.

Dalam kedai snooker ni bukan saja melayu cina dan india pon ada. Yang syok tu masing2 berjudi sekali. Aku bukan nk cerita pasal bab halal haram. Aku nak cerita yang konsep 1 malaysia ni dah berjaya lama dah. Semuanya kerana snooker dan mesin kuda. Hal kepala lembu yang berarak secara misteri seolah olah tiada kesan pada mereka ni. Mereka tidak kisah hal propaganda murahan jajaan pihak tertentu.

Aku suka melihat mereka seronok menikmati malam mereka dengan senyuman sebaik sahaja tikaman mereka mengena. Melayu memegang bahu si india si india berkongsi minuman dengan si cina. Alangkah indahnya dunia pusat snooker dan mesin kuda. Tiada propaganda murahan tiada binatang misteri berarak tiada fatwa membabi buta kedengaran. Mereka berseronok sampai pagi tiba.

Bagi aku, propaganda pihak tertentu belom lagi mengena tepat pada sasaran nya. Rakyat lebih gemarkan harmoni dari berparang berkeris.

p/s Tulisan ini bukan menghasut rakyat terutama beragama islam untuk berjudi di malam ramadhan. Ini cerita masyarakat yang tidak mahu pergaduhan tercetus dan penipuan berleluasa.

Saturday, September 5, 2009

Mereka ini ahli syurga kelas pertama

Hanya dengan berteriak ALLAHUAKBAR dan menjunjung AL-QURAN mereka ini dengan secara sahnya menjadi ahli syurga kelas pertama. Hanya dengan mempertahankan MELAYU mereka akan dihantar terus ke syurga tanpa hisab. Mereka ini lah yang wajib kita contohi kerana berani bangun menegakkan syiar Islam dikala rumah ibadat agama lain hanya akan menyesatkan rukun rukun iman yang sebati di dada orang orang islam. Aku tidak layak berteriak ALLAHUAKBAR kerana aku tidak berani bangun untuk mempertahankan iman aku. Malu sungguh aku dengan diri aku...huahahaha





P/s kenapa la aku takda iman macam mereka ni??Imam Ali pon goyang kalau tahu iman mereka segagah begini

Tuesday, September 1, 2009

Sebuah Cinta

Jika tidak kerana Adam yang inginkan Hawa, si pujangga arab akan ketandusan nafsu. Jika tidak kerana sucinya cinta Mumtaz, aku yakin tiada Taj Mahal di bumi India. Jika tidak kerana berahi cinta Romeo, Juliet tidak akan menjadi dewi cinta yang disanjung dunia. Inilah cinta agung yang diimpikan setiap makhluk bernama manusia. Cinta mampu mengubah dunia, meletusnya perang juga kerana cinta.

Bait bait cinta dari lahirnya Hawa hingga tenggelamnya titanic masih lagi gagah mengharungi zaman yang semakin tua. Ucapan kasih dan sayang tidak pernah putus dari mulut insan yang selalu berkasih sayang. Ciuman rindu dan pelukan asmara telah beratus tahun mekar dalam setiap roh manusia

Setiap yang gah pastinya runtuh, setiap yang kebal pastinya musnah. Cinta tidak terkecuali dari runtuh dan musnah. Ciuman rindu dan pelukan asmara tidak semestinya dibalas dengan rasa yang sama. Bait bait cinta tidak selalunya terpahat di jiwa dan kadang kala tergelincir dari ingatan.

Inilah cinta. Cinta datang dengan rupa yang indah, cinta datang dengan susuk yang wangi. Tetapi tidak berakhir dengan kata yang suci ia juga tidak berakhir dengan kisah yang romantis.

Cinta agung adalah cinta yang gagal.