Thursday, September 10, 2009

Kepala Lembu, Snooker dan Mesin Kuda

Lapar perut sekarang ini, semalam selepas berbuka aku merayap bersama mus (sepupu aku). Kami merayap di kawasan pandamaran, kalau tak silap aku kawasan jajahan ronnie liu. Port kami malam tu kedai snooker. Bukan nak main snooker pon, aku xlah cun sangat tapi si mus ni otai snooker. Dia mencari kenalan lama sewaktu muda dan bujang dahulu.

Aku pon dah lama x main snooker ni jadi saja jer try se-frame jolok telor setan ni. (nama lain bagi snooker). Tunggu punya tunggu kawan si mus ni tak datang datang. Yang ada kawan lain-lain. Mereka ni semua otai main snooker. Cun. Ada yang dah berumur 60 tahun masih lagi gagah menjolok telor setan ni. Dah la tua cun pulak tu..haih..Siap main lucky ball lagi.

Dalam kedai snooker ni bukan saja melayu cina dan india pon ada. Yang syok tu masing2 berjudi sekali. Aku bukan nk cerita pasal bab halal haram. Aku nak cerita yang konsep 1 malaysia ni dah berjaya lama dah. Semuanya kerana snooker dan mesin kuda. Hal kepala lembu yang berarak secara misteri seolah olah tiada kesan pada mereka ni. Mereka tidak kisah hal propaganda murahan jajaan pihak tertentu.

Aku suka melihat mereka seronok menikmati malam mereka dengan senyuman sebaik sahaja tikaman mereka mengena. Melayu memegang bahu si india si india berkongsi minuman dengan si cina. Alangkah indahnya dunia pusat snooker dan mesin kuda. Tiada propaganda murahan tiada binatang misteri berarak tiada fatwa membabi buta kedengaran. Mereka berseronok sampai pagi tiba.

Bagi aku, propaganda pihak tertentu belom lagi mengena tepat pada sasaran nya. Rakyat lebih gemarkan harmoni dari berparang berkeris.

p/s Tulisan ini bukan menghasut rakyat terutama beragama islam untuk berjudi di malam ramadhan. Ini cerita masyarakat yang tidak mahu pergaduhan tercetus dan penipuan berleluasa.

No comments:

Post a Comment