Tuesday, September 15, 2009

Selamat Berhari Raya

Kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia bakal berhari raya. Songkok sudah dibeli, kain songkek siap dijahit, daging rendang sudah ditempah, mercun dan bunga api jadi mainan. Perasaan gembira sudah jelas.


Semalam ketika memandu pulang sudah kelihatan banyak pelita yang sudah siap dinyalakan. Ini menandakan malam tujuh liku. Malam penuh keberkatan. Sejak dari kanak-kanak lagi aku cukup suka dengan malam tujuh liku ini. Pelita akan dinyalakan bunga api dan mercun akan membingitkan suasana. Yang paling sibuk adalah budak-budak.

Perasaan 20 tahun dahulu masih lagi ada, melihat gelagat Mail Aidil dan Aiman seperti melihat gelagat aku, adik beradik dan saudara rapat ketika masih berhingus. Begitu juga Mail, Aidil dan Aiman apabila mereka dewasa kelak. Perasaan yang sama akan mereka rasa. Biarlah budak-budak yang gembira ketika berhari raya kerana bak kata P. Ramlee

“Masa tak akan kembali”.

Selamat Hari Raya pada semua umat manusia seluruh dunia. Maaf Zahir dan Batin.

4 comments:

  1. selamat, selamat hari raya. tapi ko tak pose.

    ReplyDelete
  2. Paku dulang Paku serpih..kau sambung la sendiri hasnol..hahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Saudara Alfian Tahir sekeluarga serta kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin.

    Yang Ikhlas

    Mat Amin
    (Blog Kampung Perdamaian Sukhirin sudah berpinah ke
    http://matamin02.blogspot.com)

    ReplyDelete
  4. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Moderator Tak Cerita sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

    Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

    Yang Ikhlas
    Mat Amin
    KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

    ReplyDelete