Monday, November 9, 2009

Berubah.

Ketika tulisan ini di tulis PAS sedang dihentam dari setiap sudut. Atas kanan kiri bawah depan belakang. Semua menjadi panas apabila Tok Guru mula mempersoalkan kewibawaan beberapa kerat pemimpin yang dilihat tidak mampu memacu PAS, lebih lebih lagi ketika sokongan pemuda pemudi anak anak muda mat mat dan minah minah dari kota dan desa sudah mula merosot.

Tidak payah disebut nama pemimpin yang ditulis disetiap surat khabar semua orang tahu. Komen komen dari pemerhati politik dan penganalisis politik dari universitas tempatan juga sudah mula keluar. Terbaru komen dari Dr Aziz Bari yang diselar oleh Hassan Tantawi sebagai biadap. Selepas itu pendedahan dari Dr Abu Hassan yang mengatakan penyokong muda sudah beralih arah. PAS sepatutnya lebih matang menerima kritikan.

Aku tiada darjat Phd aku tiada thesis yang mampu dibuat rujukan untuk menganalisis politik. Tetapi zaman moden ini setiap informasi datang dan pergi seperti angin. Jadi tiada sebab untuk setiap rakyat Malaya berkata informasi tidak cukup. Bagi aku yang masih mentah ini semuanya punca datangnya dari beberapa kerat pemimpin PAS sendiri. Kata-kata ini dipetik dari Farish Noor dari buku yang bertajuk ‘Dibalik Malaysia’. “UMNO dan PAS tidak habis habis mahu menunjukkan siapa lebih Islam dari siapa”.

Aku setuju dengan saudara Farish. PAS tidak menunjukkan tanda tanda mahu mengambil alih tampuk kepimpinan dari UMNO-BN tapi sebalik hanya mahu dikenal sebagai parti aku lebih Islam dari parti kau. Jadi aku akan masuk syurga dulu dari engkau. (Dengan menulis sebegini aku rasa aku sudah dicap sebagai liberal atau menganuti fahaman Islam liberal, mungkin jika ada yang lebih radikal dari itu aku dicap sebagai fasis agama). Suka atau tidak ini yang berlaku di dalam PAS.

Isu kedatangan penyanyi berbontot besar Beyonce dan isu minuman keras di Selangor adalah antara isu mengapa anak muda lari dari menyokong PAS. Ini reality. Aku sebagai anak muda tahu apa yang anak muda lain fikirkan. Isu-isu yang sepatutnya dipandang lebih serius tidak diberi perhatian. Lihat saja di Bagan Pinang, PAS kalah teruk kerana memainkan isu-isu yang remeh. Tiada foundation yang kukuh untuk menawan hati anak-anak muda dari Bagan Pinang. (Aku tahu kerana menjadi pemantau pilihanraya sejak hari pertama). Penceramah PAS lesu tiada isu selain isu halal haram dosa pahala.

Bukan tidak boleh berceramah seperti itu, aku faham sesungguhnya kita sebagai umat Islam perlu dididik dengan agama tetapi pada masa sekarang atau lebih tepat lagi masa mahu mengambil alih tampuk kerajaan dan membantu rakyat dari segenap lapisan agama dan kepercayaan PAS perlu satu anjakan seperti yang pernah dibuat sewaktu era Dr Burhanuddin Al-Helmy. Visi dan ideologi Dr Burhanuddin perlu diguna pakai dan di masukkan untuk memacu PAS.

Pemimpin PAS yang disebut-sebut perlu dibuang. Sudah sampai masa mereka, jana kuasa baru perlu mengambil tempat. Bukan mereka tidak bagus(memang tak bagus pon) tetapi sudah sampai masa untuk menukar kepada otak yang lebih segar dan muda. (sama seperti enjin juga. Sampai masa rosak dan lembab).

Apa yang lebih penting sekarang ialah menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih mementingkan hak rakyat (jika PR berkuasa kelak aku harap PR tidak lupa asal usul mereka.Jika mereka lupa wajib kita robohkan mereka seperti BN). Rakyat yang perlu diberikan kemewahan hidup bukan dibelenggu dengan isu penyanyi isu arak dan isu siapa lebih islam dari siapa. PAS juga harus ingat zaman teknologi pantas ini mudah saja tembok tembok rapuh untuk patah dan jahanam.(Jangan sampai itu terkena pada batang hidung sendiri). Berubah sekarang atau kalah pada PRU ke 13. Jika itu berlaku selamat tinggal reformasi selamat tinggal slogan hidup rakyat selamat tinggal duit royalty minyak selamat tinggal rakyat marhaen. Selamat kembali ISA selamat kembali Ibrahim Ali selamat kembali kroni setan dan puaka.

Waktu itu jangan harap nak berdemo jangan harap minyak turun harga. Padan dengan muka korang. Aku boleh bet waktu itu Hasan Ali akan rejoin UMNO. Waktu itu statement Hasan Ali akan berbunyi seperti ini. “Pakatan Rakyat hanya mainan politik Anwar Ibrahim dan DAP. Orang orang Melayu ditipu dan orang orang Islam dipinggirkan, PAS hanya kuda tungangan DAP”. PAS perlu merombak bukan saja ahli malah otak otak pemimpin juga perlu dirombak. Bekalkan mereka dengan kitab kitab politik dari haluan berbeza. Jangan tertumpu pada satu mazhab sahaja. Tidak salah membaca. Aku tidak mahu fahaman Ibrahim Ali beranak pinak.

P/s Sayang sekali Dr Burhanuddin meninggal ketika belom mencapai hajatnya dan kerana falsafah politik yang radikal dan kukuh UMNO menjadi takot dan menggunakan ISA sebagai senjata menahan kebangkitan suara rakyak. Dr Burhanuddin dituduh sebagai penggerak anti Malaysia. Jika beliau dapat hidup lebih lama PAS tidak akan jadi seperti hari ini. Mungkin Malaya pon tidak akan jadi begini.

Untuk lebih kefahaman belilah buku Farish A Noor Dibalik Malaysia. Hentikanlah membeli Mastika dan Mangga. (aku tak dapat komisen pon, jangan ingat aku dapat).

2 comments:

  1. mane buku aku tuh?? buat harta??

    ReplyDelete
  2. Aku dah agak kau akan menjadi og pertama yg komen.aku lupa la ingatkan aku yer...

    ReplyDelete