Friday, October 30, 2009

Jangan menderma wang di masjid dan surau.

Ini cerita yang tidak ditokok tambah, cerita ini cerita benar dan tidak menipu. Kisah ini diceritakan oleh saorang tua 2-3 hari yang lepas dekat aku. Orang tua ni dah macam bapak aku sendiri. Separuh umur aku hidup mengenali dia, jadi cerita ini cerita sahih.

Orang tua ini sudah pencen, dan biasanya bila dah pencen orang orang tua suka duduk dikampung dan menambah amal ibadat yang tercicir ketika sibuk bekerja dulu. Jadi orang tua ini pon balik lah ke kampung. Kampung orang tua ini tidak lah jauh, di sempadan negeri selangor dan negeri sembilan. Aku selalu juga ikut dia balik kampung jadi aku tahulah selok belok kampung orang tua ini. Betul2 depan rumah peninggalan arwah mak ayah orang tua ini ada sabuah surau yang agak lama tapi masih lagi cerah dengan orang ramai.

Surau dan masjid biasanya ada ajk bahagian seperti ajk kewangan ajk peralatan dan lain2. Nak dijadikan cerita suatu hari orang tua ini bersama saorang lagi temannya bertemu dengan ajk kewangan surau terbabit. Entah apa nama dia aku malas nak ingat. Jadi orang tua ini pon bersama temannya tadi meminta rekod keluar masuk wang termasuk wang derma orang ramai kepada surau itu.

Prosedur itu adalah prosedur biasa. Meminta rekod keluar masuk wang kerana langkah ini dapat lah dikesan mana pergi perbelanjaan wang surau itu. Tapi jawapan ajk itu sangat tidak boleh dipakai. "Kau tidak pecayo kat den lagi ko?" Itu jawapan yang paling tidak masuk akal.

Bukan soal percaya atau tidak, ini soal perbelanjaan wang yang diderma oeh orang ramai. Jadi prosedur tetap prosedur. Jawapan ajk itu seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Oleh kerana tidak mahu bertekak orang tua ini pon mengalah dan pulang.

Keesokkan harinya datang saorang hamba Allah menderma tin susu. Kebetulan ajk kewangan ini mempunyai sabuah kedai runcit. Tanpa perasaan malu ajk ini mengofferkan dirinya menjual tin susu itu di kedai runcitnya atas alasan takot susu itu rosak atau expired. Naik angin orang tua ini mendengar usul ajk itu. Orang tua ini terus menegah kerana perbuatan itu sama seperti mencuri wang derma.

Adalah lebih elok jika setiap kali selepas solat tetamu rumah Allah ini dijamu dengan air teh dan jika ada ceramah boleh lah digunakan susu itu untuk dibancuh. Itu usul dari orang tua ini. Ajk surau itu tidak berkata apa2 kerana semua tahu tindakan itu salah. Rekod keluar masok wang belom lagi diserah dan ini menimbulkan tnada tanya kemana wang derma itu pergi. Hendak kata dibelanjakan tidak nampak pula hasilnya, hendak kata wang itu masih ada tidak nampak pula mana wang itu.

Dengan akal yang aku ada, aku membuat kesimpulan ajk masjid itu sudah rembat duit derma surau untuk perutnya sendiri. Ini satu kisah yang aku tahu dan aku kongsi bersama. Tapi cuba kita fikir berapa banyak masjid surau, gereja, tokong, kuil yang wang derma orang ramai telah dirembat oleh ajk ajk rumah ibadat kita. Aku tidaklah menuduh semua rumah ibadat wangnya dirembat tetapi soal wang duit dinar dan dollar ini mata manusia mana yang tidak gelap. Bukan saja di Malaya, malah di Vatican City, Jerusalem dan St Petersburg's pasti ada kes merembat wang.

Oleh itu, jalan terbaik untuk mengelak wang derma atau wang tiket ke syurga ini dirembat oleh perampok alim ini adalah kita jangan beri sesen ke tabung rumah ibadat. Adalah lebih sempurna jika kita memberi wang kepada orang gila ditengah bandaraya 5 ringgit atau 10 ringgit. Jika ternampak 'homeless' sedang tidor selitkan wang nota sebanyak 10 ringgit. Golongan gila dan 'homeless' ini tidak bertuan dan selalu kesaorangan jadi peluang mereka untuk dimanipulasi amat rendah sekali. Duit yang diberi tidak akan digunakan untuk membeli belah atau pon membeli kredit telefon. Duit itu akan digunakan untuk membeli sebungkus nasi lemak dan air selama 2-3 hari.

Jika kita masih mahu menderma ke rumah rumah ibadat adalah lebih cantik jika kita menderma barangan atau makanan. Sejadah, getah paip, tukul besi, penyapu sampah, mee, gula, kopi sangat berguna. Tetamu tuhan masing-masing juga dapat mengenyangkan perut setelah penat melakukan ibadat.

Akhir sekali jangan kita lupa tuhan manusia adalah dollar, yen, dinar dan ringgit.Oleh itu, selamat beramal ibadat..

2 comments:

  1. salam..
    aku just nak tya.. adakah hanya assumption ko je yg dia mmg rembat? atau terbukti ada penyelewengan dari akaun tuh.

    Bagi aku, mgkin dia nak jual tin susu tu n duit tu bole masuk tabung surau.

    N standard org2 kampung yg tua-tua n dah lama bab2 keje2 dia n mmg dia akan ada ego, bile org persoalkan keja2 dia.

    So ada 50-50 chances yg dia merembat. Kalau betul, nasihat lah dia. kalau "assumption" ko salah, mintak maaflah kat dia.

    Apa-apa pon selidik dulu hjg pangkal.

    Ni just opinion aku, Ko mesti lagi tahu sbb ko mmg kenal sume org2 kampung ko.

    Aku sokong 100% pasal derma kat org gile, homeless n derma barang2. N infact. org2 yg mntak sedekah la etc kt jalan yg xgile tu pn, patutnye bagi nasi ke roti ke apa2.. instead of bagi duit.

    Sbb byk je derang dpt duit beli rokok la, g tgk wayang la. Aku pernah bagi makanan kene marah balik ngn peminta sedekah.sbb dia nak duit nak watpe pn aku x tau.

    So xde bezanye peminta sedekah ngn mat pau!

    ReplyDelete
  2. mungkim cerita aku ni tak berapa mendalam.mamat ajk tu nak cover duit tabung surau yang telah dirembat dengan menjual tin susu yg didermakan..kan tak patot begitu...

    ReplyDelete