Friday, July 24, 2009

Jubah Jambang & Bang Bang Bang

Waktu sekarang Jam 7 petang di sini Kabul. Aku baru saja bangun dari tidor setelah semalaman terbang dari K.lumpur ke dubai dan dubai ke Kabul. Penat memang penat. Dari semalam aku tidor tidak cukup. Di Dubai cuaca cukup panas. Jam 3 pagi suhunya 33 celcius. Pergh..tak tahan aku. Flight ke Kabul pula penuh dengan Askar Gringo Amarika. Sama ada mereka ini anggota Black Water atau pon askar upahan aku tidak tahu. Senang mahu kenal mereka ni. Tattoo penuh di tangan.

Suhu di Kabul 26 celcius. nyaman dan enak. Gunung ganang kiri dan kanan. Bangunan boleh dikatakan kelihatan lama kerana sewaktu perang soviet Afghan terok dibedil. Habis pokok-pokok pon ditebang oleh Soviet. Jalan raya berlubang lubang dan kereta semuanya tidak tentu hala. Laju laju belaka.

Ohh ya, aku di sini bukan untuk bercuti tetapi atas urusan kerja. Tugas aku menjadi pemantau pilihanraya bersama komrad lain dibawah naungan ANFREL (Asian Network for Free & Fair Election) sila lah google ya. Sebulan aku disini umtuk bekerja.

Di sini hotelnya old school @ sekolah lama, tapi pemandangan memanng klasik tidak seperti Hilton atau Marriot yang ala-ala mewah.Di sini pokok-pokok ros cukup banyak dan pohon apa ntah macam pokok balak di tanam merata. Cantik dan segar.

Otak masih blur lagi. Aku tidak tahu apa lagi yang patot di tulis. Mungkin esok lusa aku tulis lagi..Selamat malam dari Kabol.

7 comments:

  1. wahh.... :D sounds interesting! keep us updated ok? at least we know that you are doing alright!

    ReplyDelete
  2. aku rakam pole dancing dgn mullah omar nti..ok i'll update my kerja..

    ReplyDelete
  3. eyp u mesej i mahal eh? rm2 1 mesej?

    ReplyDelete
  4. ko sial la pian.
    berjaya jugak kau mengeluarkan diri dari malaysia.
    sebulan pulak tu kat sana.
    jeles sial!

    ReplyDelete
  5. take care pian!! send us updates. :)

    ReplyDelete
  6. Naz- u tukar link lagi ker pongek??

    Malaysia bosan la politik tak habis2..

    Rajin2 la melawat blog aku yek..

    ReplyDelete