Friday, July 3, 2009

MJ hanyalah MJ



Genap seminggu MJ meninggalkan kita, berita secara tiba-tiba dan telah mengejutkan satu dunia. Sampai hari ni MJ masih belom dimakamkan dan masih menjadi topik hangat di hotel lima bintang sampai ke warung nasi lemak tepi jalan.

Ramai berbual hal hidup si MJ, ramai berspekulasi akan hal agama MJ, berspekulasi akan hal wang MJ, harta berkoyan-koyan dan paling hangat hal MJ memutihkan kulit yang hitam.

Sewaktu konsert-konsertnya MJ kelihatan seperti Jesus, ramai yang hysteria takkala aksi moonwalk dilakukan. Gadis-gadis muda berteriak dan menangis kerana aksi MJ yang cukup gah. Tak kurang juga mereka yang terpaksa diusung kerana pengsan.

Aku masih teringat sewaktu MJ masih hidup, hal kedatangannya ke Malaysia mendapat tentangan para penjaga akhlak, kononnya MJ ni bakal memesongkan manusia islam di sini. MJ dituduh sebagai manusia yang tidak bersyukur kerana cuba memutihkan kulit yang gelap, sebagai penentang kuasa tuhan kerana mahu kelihatan putih.

Sesungguhnya, MJ hanyalah MJ, cubaan memesongkan manusia islam di sini hanya dimomokkan oleh penjaga akhlak dimana sekiranya kita pergi ke konsertnya kita bakal mengikut jejak langkah MJ yang cuba melawan kuasa dari atas. (tak perlu ke konsert, di tv pon kita sudah boleh tengok jadi apahal nya jika ke konsert).

Melawan kuasa tuhan itu hanya omong kosong dari penjaga akhlak ini. MJ sendiri bukan saorang muslim pada ketika itu, soal melawan kuasa tuhan tidak timbul. Dia bukan saorang yang percaya dengan islam pada waktu itu dan dia manusia yang kaya raya. Saat itu juga tentangan perkauman sangat kuat. MJ yang berkulit gelap dikecam oleh mereka yang rasis.

Beberapa tahun lepas berita MJ menganut islam menjadi topik, jadi sekiranya benar apa pula kata penjaga akhlak ini? Adakah MJ masih lagi cuba melawan kuasa tuhan dengan menganuti agama islam? Sudah lah berani mengubah warna kulit dan berani pula MJ menganuti agama islam yang dahulu dilawannya. (sekarang pening kepala penjaga akhlak ini).

MJ hanyalah MJ. Dia cukup menghiburkan dan itu tidak dapat dinafi oleh semua orang termasuk penjaga-penjaga akhlak. Takkan lah mereka ini tidak pernah mendengar lagu thriller dan beat it di radio sambil cuba meniru aksi dan suara MJ. Jika tidak pernah mereka berbohong secara terang-terangan. Soal melawan yang Maha Esa tidak timbul dan sekiranya benar MJ memeluk islam itu sudah menunjukkan kuasa tuhan mengatasi segala-galanya termasuk tuduhan para penjaga akhlak yang impikan syurga disaat matinya mereka.

Dan aku peminat MJ

1 comment:

  1. Pasal dia memutih kan kulit tu.... Hmmmm... aku rse aku pnah bace buku or tgk cerite hidup dia kat TV yg dia mula buat plastik surgery semua ni bukan sebab nk putih... semuanya bermula sebab dia ada skin problem (jerawat yg kronik)... and then he started to gila2 dok nk buat plastik surgery... :)

    p/s: x sure la betul ke tak.. cube google.. hehhehe :)

    ReplyDelete