Sunday, October 4, 2009

Aku Sebatang Pen dari Emas dan Berlian

“Aku dimana? Kenapa tempat ini panas, tidak seperti di Peranchis yang dingin. Eh, kenapa ada pen-pen berjenama murah diatas meja itu. Ciss, apa tempat ini? Nasib baik aku masih berada di dalam kotak. Jika tidak pasti aku akan jatuh sakit”. Aku merungut.

Pintu pejabat dibuka, kelihatan dua orang manusia seorang lelaki dan seorang perempuan menuju masuk. “Eh dia ni mamat yang tidak tahu berbahasa inggeris di Peranchis, dia ni ke yang membeli aku? Siapa pula minah cun ni?” Aku memerhati.

“Sayang I heard you baru balik dari Peranchis apa you beli untuk I? Takkan you beli untuk bini tua you je. I ni takkan tak dapat apa-apa buah tangan dari sana?” keluh gadis muda yang cun itu.

“Of course dear, when I in France I see many beautiful things, I think I want to buy for you all. But I have meeting everywhere, no time but don’t sad sad dear. Here I buy you this beg Luis Vutton sayang” Kata Mr. H yang merapu meraban berbahasa inggeris. Aku tergelak apabila mendengar dia menyebut beg Louis Vuitton dengan sebutan Luis Vutton.

“Wow honey this beg is so gorgeous, I love you darling”, kata minah cun ni.

“Aik takkan I love you jer, I pergi seminggu dan I rindu kat you, I love you jer yang you bagi kat I”? En. H kelihatan seperti mahukan sesuatu.

“Alala sayang come here” minah cun cuba memujuk.

Aku tergamam melihat gadis cun ni bangun dan terus duduk di peha En. H, dan selepas itu……

Adegan seterusnya tidak mendapat kelulusan FINAS harap anda semua faham sendiri

Tidak lebih dan tidak kurang dari 5 minit semuanya berakhir. Aku menarik nafas lega, kerana tahan melihat perot boroi En.H yang umurnya aku agak-agak sudah 50-an. Gadis cun itu bingkas memperbetulkan skrit yang tadi terlondeh. En H tersenyum sinis tanda kemenangan.

Beg baru cap LV dibimbit dan menuju keluar. Selepas minah cun itu keluar masuk pula mamat ntah dari mana ni. Di tangannya sebuah briefcase dan kelihatan lebih segak dari En H. Seperti sudah biasa, mamat itu membuka peti beg nya, dan nah…duit. Semuanya duit di dalam briefcase itu. Jumlah nya aku rasa tidak kurang dari 200,000 ringgit.

“Ini duitnya H, duit hasil jualan tanah rizab orang kampung bulan lepas. Tauke Chin happy kau bagi kontrek ni dekat dia, jadi ini hadiah untuk kau.”

“Wah, cepat bisness dengan tauke cina ni. Kalau dengan Melayu bulan depan baru dapat hasil, ini yang buat aku happy ni”. Lantas aku di keluarkan dari kotak. “ Ni kau tengok pen ni, kau rasa berapa harga pen ni?

“Wow gila pen ni, siap ada berlian lagi. Mana kau beli ni? Eh mana kau dapat duit tiba-tiba ni? Tak bagitau aku sikit pon?

“ Janganlah marah Jenal, aku beli dekat Peranchis hari tu. 500, 000 dollar jer. Duit mana aku dapat tak kan kau tak tau? Berapa banyak orang atasan aku dah sogok untuk dapatkan projek? Tu buku sains dan matematik dalam bahasa Sepanyol tu kau ingat sapa yang dapat kontrek kalau bukan aku? Jenal, Jenal..Kau ni macam tak biasa pulak dengan aku.”

“Patut la makin kembang perot kau aku tengok. Takkan untuk aku tak da satu sen dua sen? Sejak bila kau berkira dengan aku ni Hasni oii..”

“Kau ni Jenal tak reti bersabar ke? Sabar tu separuh dari iman, mana iman kau ni Jenal? Hahaha..Nah cek 70,000 ribu ni. Ambil lah itu hasil tanah orang asli yang kita kebas buat sekolah memandu dua bulan lepas. Kau enjoy lah puas-puas dulu dengan duit tu. Eh nanti dulu biar aku sain cek itu dengan pen berlian yang aku baru beli ni. Baru ada ‘ong’.

“Pandai kau berkhutbah Hasni, bila masuk Islam?” hahahaha. Terima kasih la..Eh sekolah memandu dekat tanah orang asli tu dah roboh. Tak kuat foundationnya. Si Muthu tu lah mana punya kontrator dia cari, duit nak cepat jer. Tapi kau jangan risau kali ni kroni aku pulak yang bina balik sekolah tu, nasib baik tak mampos tok ketua tu kalau tak mati aku nak menjawab.”

“Eh aku haus la Jenal kau tolong buka peti ais tu, aku ada bawak balik Russian Vodka dari Peranchis. Terbaik datang dari ladang tahu”.

Hahahaha…mereka terus berhibur.

Aku cuma memerhati dua susuk itu. Mereka kelihatan tidak boleh dipercayai langsung. Habis duit orang orang miskin dikebas. Apa patut aku buat, aku baru sahaja terlibat dengan kerja kotor mereka tadi. Aku ni diperbuat dari emas dan berlian aku tak layak duduk semeja dengan malaun-malaun ini.

Puas aku berfikir tapi semuanya buntu. Sebatang pen lain menegur aku, Pen itu sudah tua dan buruk tapi berguna untuk menulis memo memo kecil. Kami berbual dan berkenalan. Aku bertanya siapa mereka tadi dan apa sebenarnya yang berlaku di sini. Menurut kata pen tua ini, mereka adalah golongan atasan yang kaya dan bertambah kaya dengan hasil rompakan duit orang-orang miskin tanpa disedari oleh sesiapa pon. Si gadis cun itu tadi adalah wanita simpanan En. H dan Si Jenal itu pula rakan kongsi En H.

Pen tua ini berkata dia sudah melihat perkara ini bertahun lamanya. Segala macam kerja kotor yang telah terjadi dan setiap kali perkara kotor itu terjadi pen tua ini akan terlibat sama. Pen tua inilah yang menjadi saksi pen tua inilah yang menjadi tanda termetrainya perjanjian kotor mereka. Pen tua ini sewaktu datang dahulu sama seperti aku. Suci dan bersih. Tetapi sekarang pen tua ni telah bermandikan darah dan keringat orang orang yang susah. Ramai orang yang menjadi mangsa dek kerana tanda berwarna biru diatas helaian kertas. Dan tanda biru itu datang dari pen tua ni.

Pada malam itu, ketika tiada orang di pejabat dan segalanya gelap, aku termanggu sendirian. Aku mengenangkan nasib aku. Aku dari keluarga yang baik-baik dan aku sangat dihormati. Aku tidak sanggup menjadi kotor dan hitam dari tangan-tangan yang putih tetapi berhati hitam lagi legam. Kenapa aku perlu terlibat sama?

Aku perlu melarikan diri tapi aku tidak mampu. Sama seperti pen tua itu. Lihat saja tubuh badannya yang sudah tua. Sudah berapa lama pen tua itu menanggung segala rahsia manusia jahanam dan menanggung dosa dan keringat orang-orang miskin. Alangkah bagusnya jika pen tua itu boleh bersuara seperti manusia. Pasti ke meringkuk lah mereka di penjara.

Tidak aku tidak mahu terlibat.Aku tidak mahu menanda tangani perjanjian syaitan mereka. Aku tidak mahu membunuh orang-orang miskin dan mengayakan orang-orang jahanam ini. Aku tidak mahu melihat dunia ini bertambah gelap dan hitam kerana aku sebatang pen dari emas dan berlian…

Apakah aku akan mengalami nasib seperti pen tua itu?...

1 comment:

  1. rajin gila!
    bila nak raya keramat?
    asfar yeyekelapa pun datang jugak sini.
    cit!

    ReplyDelete