Sunday, August 30, 2009

Kepala Suci dari Kayangan

Entah dari mana kau tiba, melulu dicelah celah "puluhan ribu yang berhimpun"
Kau datang membawa sinar, kepada rakyat yang suci hatinya
Wahai kepala yang suci terangilah kepala kepala yang gelap
Wahai kepala yang suci janganlah engkau khuatir akan kepala kepala yang gelap
Nescaya api neraka lah mereka



Tuesday, August 25, 2009

Cerita Bahasa

Al-maklum PPSMI dari pemansuhan 2012 ke 2017. Janji itu telah dibohong tepat ke muka aku dan ke muka jutaan pemegang kad pengenalan warga Malaya. Tapi itu bukan ceritanya kali ni. Biarlah yang otai-otai berkata-kata hal PPSMI aku akan sokong pembubarannya.

Sewaktu misi, aku telah diberi saorang penterjemah. Dalam bahasa Parsi ia juga disebut tarjamah. Nama tarjamah aku Fazel Ahmad Rasooli. Mamat keturunan Uzbek ini graduan universiti tempatan. Di Afghanistan berpuluh-puluh bahasa wujud. Bahasa yang sering digunakan ialah Dari dan Parsi. Dari dan Parsi seakan-akan sama tetapi berbeza. Sama seperti kita Malaya dan Indonesia. Seakan sama tapi berbeda. Dari ialah bahasa kebangsaan Afghan. Ada bahasa Arab, Pasturn, Dari, Parsi, Uzbeki, Turkmeni, Urdu (Hindi) dan ada lagi bahasa kecil yang digunakan di kampung kampung. Di Afghan rata-rata rakyatnya fasih menggunakan bahasa-bahasa ini.


Si Fazel ni boleh berbahasa 7 dialek. Maksud aku 7 bahasa. English, Dari, Urdu, Pasturn, Parsi Uzbeki dan Turkmeni. Setiap bahasa ada kelainannya cara sebutannya ejaannya tatabahasanya. Jadi aku pon hairan. Di Malaya aku sudah hidup 23 tahun tetapi masih haram tidak tahu berbahasa cina dan bahasa tamil. Ini semua aku salahkan kolonial british yang memecahkan tembok manusia di Malaya dulu. Melayu di kampung hanya akan berbicara Bahasa Melayu. Cina di bandar tidak mementingkan sgt bahasa melayu. Cukup sekadar alar kadar. India di estet ketinggalan.

Cina tidak akan belajar bahasa tamil, india tidak akan belajar bahasa cina apatah lagi melayu. Yang ada pon cuma beberapa kerat. Itu pon di waktu sekolah dan penggunaannya tidak meluas.

Tidak seperti di Afghan bahasa sangat maju di sini. Sesiapa sahaja dari anak kecil hingga ke tua bangka semuanya fasih lebih dari 4 bahasa. Yang hairan mereka tidak pula belajar bahasa dari Matematik dan Sains. Bahkan ramai anak kecil tidak bersekolah. Jelas bahasa itu tidak boleh diguna pakai di dalam pengajaran yang kompleks. Bahasa itu datang dari penggunaan harian yang santai dan humor. Kita belajar berbahasa dari cara itu. Cuba kita imbas sewaktu kecil, adakah kita belajar bahasa melayu dari kiraan matematik dan berpantun menggunakan teori pemejal wapan dari Sains?

Soalan aku kepada Fazel, How did you learn these languages? Jawapannya mudah. Hindi dari Television, ketika menonton cerita hindustan dan bahasa tempatan lain dari pergaulan harian. Untuk makluman, masyarakat Afghan bukan semuanya Arab. Arab sangat minoriti. Yang majoriti adalah Uzbeki, Pasturn, dan Turkmeni. Jadi pelbagai budaya dan bahasa wujud di sini. Tetap mereka tidak belajar berbahasa dari Math and Science.

Ada bukti baru aku jumpa. Anak kecil bernama Anatullah yang menjadi tukang pengilat kasut di pasar dan lorong lorong di Kabul boleh berbahasa English dengan baik dan boleh berbahasa Peranchis juga. Anak ini baru berumur 10 tahun tidak lebih tidak kurang. Anak buah aku di Malaya sudah berumur 13 tahun tetapi english nya tidak seperti Anatullah. Ini kerana anak buah aku belajar english dari kiraan sifir dan graf dari matematik dan belajar tatabahasa english dari oksigen dan fotosintesis dari Sains.

Jelas ini tidak membantu. Sususan ayat tatabahasa puisi pantun semuanya datang dari pembelajaran bahasa itu sendiri. Perkara kompleks tidak akan membantu.

Aku rasa Dr.M perlu ke Afghan dan belajar berbahasa dari anak kecil ini supaya anak kecil di Malaya akan terus maju di dalam penggunaan English. Afghanistan berdentum dentam dengan bomb dan peluru dan masih boleh belajar bahasa, tetapi Malaya yang acah-acah aman tunggang langgang dengan bahasa.

Mana lebih bahaya? Anak muda yang membesar menjadi bodoh atau anak muda yang membesar dengan berani serta bijak. (Termasuk bijak mengelak peluru). Nak belajar english pon payah di Malaya ni. Macam Taliban pon ada Malaya ni kerana mahu belajar ada saja pantang larangnya.


Anatullah si pengilat kasut dari celah lorong Kabul

P/S Anatullah berbaju biru bukannya coklat.

Gila Panas Gila

Sekarang tajuk cerita sudah berubah. Tiada lagi Kabul, Sar-E-Pul dan Mazar. Kini Dubai. Bandar panas bagai nak gila ni destinasi aku untuk satu malam sebelum balik esok. Suhu 45 celsius. Yang merayap berjalan kaki hanya pekerja migrant dari Filipino, Indonesia, India dan negara jiran yang lain. Warga UAE tidak ada yang larat berjalan. Semua memandu kereta mewah sambil dihawa dinginkan. Tanpa air yang cukup kulit akan merekah bibir akan merekah dan akhirnya dihidrat.

Air lebih berharga dari Lapiz Lazulli...

Monday, August 24, 2009

Selamat Tinggal Semangat Ahmad Shah Masoud

Waktu malaya 3.28 pagi, waktu sini 1235 pagi. Baru sahaja selesai majlis minum malam untuk hari terakhir. Restoran Sufi juga sudah tutup. Bahan api asli dari Afghan masih lagi banyak dan sudah tidak larat untuk dihabis kan. Esok sudah berada di tempat lain...Jika umur panjang kita berjumpa lagi di tanah tumpah nya darah Ahmad Shah Masoud.

pemantau ANFREL Yuli(tiada dalam gambar), Aku, Yunus dan Air Chalieobun bersama pasukan upahan

Saturday, August 22, 2009

Kembali Ke Kabul (KKK)

Jam sekarang waktu 6.30 pagi waktu Afghanistan. Malaya pula 9.25. Aku tidor dengan nyenyak nya di bilik berhawa dingin ini. Tapi sudah menjadi kebiasaan sejak aku sampai, waktu bangun tidor adalah sekitar jam 6.30 pagi. Tidak boleh lebih kerana jam 5 pagi matahari sudah naik. Afghanistan mempunyai masa siang yang lebih panjang jadi pada bulan puasa nya lebih panjang dari Malaya. Aku sudah 2 hari pulang ke Kabul.

Aku pulang dengan menaiki pesawat USAID yang dipandu oleh Mat Saleh US. Di dalam pesawat semua penumpang adalah masyarakat ASIA. Mat Saleh jadi driver saja disini. Sempat juga aku meninjau keluar tingkap untuk melihat sendiri pergunungan Hindu-Kush yang sebelum ini aku hanya dengar-dengar.

Pilihanraya sudah selesai tetapi masih belom tahu siapa mendapat mandat. Karzai mengaku menang Abdullah Abdullah turut mengaku menang. Taliban pon tidak kurang hebatnya. Di satu tempat aku lupa namanya, 2 orang dikerat jarinya kerana mengundi, di Baghlan pula 2 orang digantung kerana mengundi, bom dan roket itu seperti hadiah kepada pengundi. 65 biji roket dihadiahkan kepada pengundi di Kunduz, di kabul Krismas tiba awal, Jam 7.30 pagi 20 hari bulan lalu bandar kabul di bom. Jadi logik akalnya Kabul lebih tidak selamat.

Tapi tidak pula kedenganran sebarang insiden selepas 21 hari bulan di Kabul atau mungkin para penentang sudah kembali ke port masing-masing. Atau mungkin pada bulan puasa ini mereka sebuk menyediakan hidangan berbuka dan bersahur. Tidak ada masa untuk mengangkat senjata. Baru aku teringat..aku lupa untuk bangun sahur rupanya..herghh lapar perut ni..
Hindu-Kush

Wednesday, August 19, 2009

Akhirnya Yunus Ali sudah sembuh..

Semalaman semalam yunus ali terlantar di atas katil. Tidak bermaya dan lembik dibuat nya akibat tersalah makan..aku pun pelik apa yang dimakannya..aku makan sama dengan apa yang dia makan atau mungkin malam itu dia curi curi makan makanan dalam peti sejuk.

Pagi itu jam 6 dia sudah kejutkan aku..cirit-birit katanya..aku pon ingat sekadar itu saja tapi makin terok..muntah-muntah pulak pak ya ni..Teros memerlukan khidmat doktor..doktor yang datang memberi beberapa jenis ubat..dan pak yunus perlu kan IV drip dan beberapa botol serum. Aku tak sanggup melihat jarum yang begitu banyak..jadi aku pon keluar dari bilik pak ya. Selesai cucuk mencucuk aku melawat dia, dia kelihatan lembik nak bercakap pon tak larat.

Kami biarkan dia berehat, dalam tengah hari aku tengok pak ya macam tak kebah dari sakitnya, lalu aku membuat keputusan perlu ke hospital. Maklumlah Pak ya ni tua perlukan rawatan yang rapi. Terus anjing servcor ni buat darah aku naik. Hospital yang baik ada di Jawzjan 30 minit dari Saripul. Mereka ni anjing kapitalis tidak mahu bertolak ansur tetap mahu kan hospital di sini. Alasan keselamatan.

Aku pon dengan geram hati pergi ke Hospital di sini. Hospital pertama kami sampai doktor ke Iran. Haram Jadah boleh pulak doktor ke Iran. Bodoh punya servcor. Nasib baik ada hospital satu lagi. Disitu pak ya diberi rawatan dan ubat yang lebih dan boleh pulang. Tak ada katil pon kt hospital tu.

Hari ini selepas beberapa suntikan serum dan ubat ubatan dia sudah semakin pulih. Sudah lalu untuk makan dan sudah boleh berjalan seperti biasa. Jika tidak terbaring lesu sahaja. Tapi aku masih tak puas hati dengan servcor. Cilaka kau servcor!


Pak Ya petang sebelum kejadian, bergaya dengan Pump Gun hehehe

Tuesday, August 18, 2009

Demi Masa



Tamat sudah waktu berkempen bagi semua calon presidensi dan calon provinsi di Afghanistan. Esok semuanya tidak lagi dibenarkan untuk berkempen dan pada 20 ogos
2009 adalah hari bersejarah bagi seluruh rakyat Afghanistan. Mereka akan kembali mengundi Presiden untuk Afghanistan. Sama ada Karzai akan terus bertakhta atau mungkin Dr. Abdullah Abdullah atau Ahmad Zai akan menerajui Afghanistan. Dua figura ini dilihat saingan sengit bagi Karzai tetapi emua itu terletak pada tangan pengundi.

Hari ini juga 17 Ogos Jeneral Dostum telah kembali ke Afghanistan setelah didesak oleh ribuan rakyat Afghan supaya Dostum dibawa pulang dari Turkey. Demonstrasi jalanan telah diadakan bagi mendesak kerajaan membawa pulang Dostum akhirnya berjaya.

Rata-rata pengundi Afghan sangat teruja dengan piliharaya kali ini. Pilihanraya terakhir adalah pada tahun 2005. Jika dahulu pilihanraya 2005 Afghanistan bekerjasama dengan badan internasional dari negara luar bagi menjalankan proses pilihanraya tetapi kini Afghan sudah mempunyai satu badan bebas iaitu , Independent Election Commission IEC yang bertindak sebagai badan bebas bagi memastikan pilihanraya di Afghan tidak di manipulasi pihak tertentu.

Pengundi Afghan baik lelaki dan wanita semuanya mahu kan perubahan di Afghan bukan sahaja kemajuan ekonomi bahkan dari segi keselamatan dan taraf kehidupan. Umum mengetahui Afghan senantiasa berada di bawah payung peperangan. Perang moden seperti perang Rusia dan Taliban banyak mengubah pandangan rakyat afghan. Mereka tidak lagi mahu duduk dibawah era peperangan dan sudah muak dengan segala bentuk keganasan. Apatah lagi campur tangan Amerika membuatkan keadaan bertambah celaru. Kebanyakkan rakyat Afghan yakin tanpa bantuan Amerika mereka boleh berdiri teguh dan boleh membawa perubahan.

Wanita sudah mula berkecimpung di dalam bidang politik. Di daerah-daerah kecil wanita bergiat cergas menjadi calon provinsi dan membantu calon presidensi. Wanita-wanita turut menjadi petugas piliharaya sekaligus membolehkan mereka mendekati wanita lain yang tidak berpeluang untuk menjadi petugas pilihanraya kerana factor pendidikan. Jika dahulu Taliban melarang wanita untuk bekerja tetapi kini wanita adalah kunci utama kejayaan dan kemajuan Afghan. Wanita juga dipercayai bakal membawa perubahan pada pilihanraya kali ini kerana kebanyakkan wanita telah pun mendapatkan kad pengundi. Jelas sekali perang yang sebegitu lama telah merubah pandangan wanita di Afghan. Mereka tidak lagi takut untuk menegakkan hak mereka sebagai rakyat Afghanistan yang berdaulat.

Di Bandar besar seperti Kabul dan Mazar E Sharif penggunaan media sebagai saluran informasi tentang pilihanraya amat senang untuk dinikmati, system air dan elektrik tidak terjejas tetapi bagi kampong kecil seperti Sayyad dan Sozma Qala yang terletak di provinsi Sar I Pul nasib rakyatnya tidak begitu baik. Sistem air dan elektrik sangat terhad. Air terpaksa diambil dari telaga yang jauh dan elektrik hanya berfungsi pada waktu siang. Rakyatnya pula petani dan pengembala kambing. Taraf kehidupan yang miskin dan daif mebuatkan mereka jauh ketinggalan.

Media tidak dapat digunakkan di sini. Saluran informasi tentang pilihanraya tidak sampai kepada mereka. Faktor pendidikan juga mengecewakan. Tidak ramai yang mampu pergi ke sekolah. Jesteru itu, pilihanraya kali ini memainkan peranan penting bagi memajukan rakyat di kawasan pedalaman Afghan.

Para petani dan pengembala kambing ini semuanya sedar akan kepentingan pendidikan bagi anak-anak mereka tetapi tidak banyak yang boleh mereka lakukan. Hanya harapan yang boleh mereka harapkan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan selepas 20 ogos ini. Tidak ada seorang dari mereka ini yang mahukan kehidupan daif ini diwarisi oleh anak cucu mereka. Mereka turut berdoa agar pilihanraya ini berjalan lancar dan boleh membawa angin perubahan yang baru.

Lantas pilihanraya 2009 kali ini adalah sangat penting bagi kemajuan rakyat Afghanistan. Boleh dilihat dengan jelas sebelum 20 ogos telah ada beberapa serangan bagi mengganggu proses demokarsi ini tetapi rakyat Afghan tetap mahukan pilihanraya ini diteruskan. Rakyat Afghanistan sudah penat hidup di dalam keadaan serba kurang maju dan ketinggalan, kini mereka dahagakan kemajuan dan perubahan di dalam kehidupan seharian mereka. Semoga pilihanraya 2009 ini akan membawa satu perubahan positif di dalam setiap masyarakat Afghanistan.

p/s tulisan ini lewat sehari

Thursday, August 13, 2009

The Good, The Bad and there is nothing Ugly about it..




Blue 'Mighty' Mosque


What up?




Black blue eye kid




Environmental friendly neighborhood


Sayyad








Sick cycle carousel


Serikandi pengembala kambing


Sozma Qala Mountain

To be continued..

Wednesday, August 12, 2009

Kembali bekerja

Semalam aku tidak sihat, cirit-birit dan muntah-muntah. Semuanya gara-gara melantak sesuka-hati. Hari ini setelah melantak ubat dan berehat aku kembali cargas. Pagi ini aku berpindah dari Jowzjan kembali ke Saripul kerana sudah bertemu rumah baru yang lebih selesa. Tapi banyak juga hal nya dengan pihak atasan yang aku tidak faham struktur organisasinya.

Lepas segalanya siap aku dan yuli terus ke penjara di Saripul, tujuannya untuk meninjau persiapan piliharaya di penjara. Mana tahu jika banduan telah diberi kad mengundi dan telah diberi informasi tentang mengundi.

Penjara disini tidak seperti di Kajang atau di Pudu. Penjara ini kecil sahaja. Seratus 30 banduan dan hanya 12 daripada mereka adalah wanita. Pada mulanya aku tidak nampak pon saorang bandua tetapi warden penjara memberitahu aku mereka yang berpakaian biasa itu semuanya adalah banduan. Terkejut aku. Mereka adalah tukang kebun tukang sapu yang berjalan bebas termasuk ke bilik warden itu sendiri.

Tidak seperti di Malaya di mana mereka akan terkurung di sel dan hanya akan beraktiviti pada jam tertentu. Disini setiap sel akan mempunyai televisyen radio dan akhbar. Mereka tidak dikurung seperti di dalam sel.

Aku berpeluang untuk interview 2 banduan. Lelaki dan perempuan. Sang lelaki itu telah pon tua. 60 tahun aku rasa manakala wanita dalam 30 an. Wanita itu membawa masok 2 anak yang masih kecil dan mereka tinggal bersama di dalam penjara ini, kerana suami berada di luar bekerja. Aku kesian melihat anak kecil itu yang terpaksa duduk disini untuk tempoh lagi 8 tahun kerana ibu mereka dipenjara 10 tahun atas kesalahan yang tidak aku tanya. Aku tidak mahu tahu sama sekali dan jangan tanya kenapa.

Pakcik yang sudah tua ini pula sudah 3 tahun disini dan akan meringkuk selama entah berapa lama kerana dia sendiri tidak tahu. Ada yang memberitahu 20 tahun ada yang berkata 16 tahun, dia sendiri tidak tahu berapa lama. Aku melihat keadaan orang tua ini aku dapat rasakan yang di akan mati di dalam penjara. Malang nasib orang tua ini.

Aku tidak mahu tahu apa kesalahan mereka kerana kita semua melakukan kesilapan...

Monday, August 10, 2009

Salah Melantak

Jam 3 pagi waktu Afghan aku sudah terjaga dan tidak boleh tidor, badan terasa panas dan perot tidak stabil. Berpuluh-puluh kali aku berpusing-pusing untuk tidor tapi gagal. Dengan mata yang mengantuk jam 6.30 pagi aku ke klinik untuk berubat. Doktor kata aku salah makan. Aku makan briyani semalam.

Tekanan darah aku pon rendah kata doktor dan aku dihantar ke hospital untuk diberi glukos. Orang kampung cakap masok air dalam badan. Melihat jarom yang besar aku tidak mahu. Phobia aku adalah pada jarom. Orang lain phobia dengan labah-labah atau lipas aku dengan jarom.

Aku tidak mahu dicucuk jarom. Nasib aku baik, Tara ada glukosa yang boleh diminum tanpa perlu menggunakan jarom. Sekarang aku berehat di guest house sendirian.

P/s Tadi muntah keluar semua briyani..herrgghhh..

Sozma Qala

Hari ini masalah kecil timbul. Kami masih mencari lokasi yang lebih selasa untuk didiami. Di tambah dengan kehadiran STO yang akan tiba pada 15 ogos ini. Jadi rumah yang lebih besar dan selesa amat penting. Rumah masih belom ditemui. Tapi itu bukan ceritanya kali ini.

Hari ini aku ke Sozma Qala kampung kecil dari provinsi Saripul. Tidak jauh hanya 40 km dari Saripul tetapi memakan masa 2 jam kerana struktur jalan yang tidak elok hanya berpandukan laluan trek dan debu tebal membantu melambatkan perjalanan.

Turun naik bukit melihat kambing unta dan kanak-kanak membanting tulang membuka mata aku, kanak-kanak ini tidak seperti kanak-kanak dari Damansara atau Ampang. Kanak-kanak ini kanak-kanak Sozma Qala yang rumah mereka dibuat dari tanah liat dan tidak ada laluan elektrik dan air. Air perlu diambil jauh dari rumah. Rumah pula nun di atas bukit. Bila malam tiba mereka ini duduk dalam dan tidor dalam gelap.

Mereka pengembala lembu dan kambing yang menunggang keldai sebagai kenderaan menggantikan motor dan kereta dari Sentul. Kanak-kanak ini berbaju lusuh dan berdebu seluruh badan. Tidak ada cawangan kiko dan rocky one di sini. Suhu yang mencecah 37 selsius menjadi teman hari-hari. Ibu dan bapa membanting tulang di bendang yang sangat luas lebih luas dari bendang di Jitra.

Jalan raya bergoyang-goyang dan beralur-alur membuatkan aku pening. Hati pon tak tenteram kerana kiri dan kanan hanya gunung dan bukit yang tandus. Kepala ini seram memikirkan cerita-cerita dari radio dan TV. Syukur pada tuhan kerana semuanya selamat.

Esok aku akan kembali ke Sozma Qala.....

Sunday, August 9, 2009

Dibalik Burqa Berselindung Wajah....

Jumaat yang lalu aku sudah tiba di bandar Mazar E Sharif. Bandar maju di belah utara Afghanistan. Pada hari itu aku sempat merayau-rayau di sekitar masjid biru dan Mazar. Seperti rombongan puteri AMENO yang mengunjingi Pengkalan Chepa Kelantan untuk mencari toto. Begitu jua lah rombongan wanita disini. Mereka membeli-belah mencari karpet.

Keesokkan hari pula bersama rombongan dari Jawzjan. Faizal dan Tara untuk merayau-rayau. Aku di bawa berjalan oleh Komandante Ismet yang berasal dari Mazar. Mazar jika dilihat dari luar kelihatan seperti Petaling Street dan Chow Kit. Apabila turun lebih dari itu. Sesak nya sesesak nafas menghirup nikotin.

Lantas kami berjalan menuju setiap kedai. Pakaian wanita dan karpet menjadi tumpuan. Aku dan Faizal memandang mandang sekitar. Semua berburqa berkelitup wajah. Tiba di sabuah mall yang agak sesak jadi melangkah masok. Tiba-tiba melihat kurang yang berburqa. Dan yang paling pasti mata ini tidak menipu dan mata ini tidak mengantuk dan bermimpi. Gadis Afghanistan sangat lah cantik. Mata ini tidak puas memerhatikan mereka melangkah. Setiap jelingan membuat hati menjadi resah.

Lantas terfikir, dari mana datangnya wajah yang begitu cantik. Aku teringat cerita Kingdom of Heaven. Mereka seluruh dunia datang untuk berebut kan Jerusalem dan mungkin begini lah asal mereka. Tentera rom, Tentera Inggeris, Tentera Mongol, Tentera Rusia telah beratus-ratus tahun menjelajah benua ini, jadi tidak mustahil mereka ini juga telah meninggalkan benih kepada wanita tempatan.

Aku dan Faizal juga telah memasang niat untuk mencari jodoh disini tetapi tidak boleh melakukan gaya mat rempit dari Sentul kerana itu bahaya. Jadi kami lupakan hasrat itu kerana masih belom tahu bagaimana mahu menawan hati gadis indah dari sini.

Jadi biar kan aku habis kan ayat ini,Dibalik Burqa Berselindung Wajah Indah dari Syurga...

Friday, August 7, 2009

Mazar E Sharif & The Blue Mosque

Sebelum aku merepek aku mahu mengaku sebagai saorang yang bodoh kerana tidak membawa kabel penyambung bagi kamera cap kanon aku. Sungguh bodoh kerana tanpa kabel penyambung bagaimana aku mahu memuat turun gambar Masjid Biru di Mazar E Sharif.

Masjid ini menjadi tumpuan seluruh warga Afghan dan dunia kerana rakyat afghan percaya bahawa jasad Imam Ali @ Ali R.A bersemadi disini. Aku tiba sewaktu mereka sedang menunaikan solat Jumaat. Dipanah terik mentari yang suhunya 40 darjah celcius adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan.

Mazar E Sharif adalah sabuah bandar yang membangun. Jauh lebih membangun dari Saripul. Jika mahu dibuat perbandingan di Malaya, Mazar seperti Shah Alam. Bandar nya tersusun tetapi jalanraya nya seakan-akan filem arahan Razak Mohideeeeenn..Semuanya kelam kabut dan laju-laju belaka. Gadis disini semuanya cool dan cantik tetapi jangan diphewitkan mereka..nahas kau nanti.

Di dataran masjid, terdapat beberapa kuburan yang bertahun lamanya dan tidak aku ketahui siapa empunya. Ribuan orang mengunjungi masjid ini dan kesempatan ini diambil oleh pengemis jalanan, kanak-kanak yang saling tidak tumpah seperti filem Slumdog Millionaire lakonan Freida Pinto yang cantik. Jangan menjadi pemurah disini. Akibat yang teruk jika bersedekah disini kerana semua kanak-kanak akan menyerbu sesiapa saja yang mengeluarkan wang bagi tujuan mengaut pahala. Tidak cukup dengan itu kanak-kanak ini cukup kreatif. Jika mengemis itu sesuatu yang jelas mereka mengubah strategi dengan menyediakan alat penimbang berat badan. Tujuannya mudah, sesiapa mahu menimbang berat perlu memberi sekurang-kurangnya 3 dolar.

Aku tidak berpeluang untuk memasuki kawasan dalam masjid kerana Narjit tidak boleh memasukinya jadi aku menemani dia diluar panas yang terik sambil yang lain merasa kenikmatannya di dalam.

Sekali lagi aku sungguh bodoh kerana meninggalkan kabel di Saripul..Sesuatu yang jarang aku lakukan kerana aku saorang yang bijak.

Thursday, August 6, 2009

Wrestling, Joget, dan Anjing Kurap

Baru selesai menghabiskan report untuk hari esok. Hari Jumaat adalah hari wajib bagi pemantau untuk menghantar report menerusi internet ke Kabol. Waktu Malaya hampir 4 pagi. Disini 0010 tengah malam. Aku memang berniat untuk tidor lewat malam ini. Selalunya jam 1000 malam aku sudah tidak lagi sedar.

Dari tadi (sebelum membuat report) aku menghabiskan masa melepak bersama beberapa guard di luar kamar. Kami berbual kosong sambil ditemani seekor anjing kurap. Anjing ini anjing tidak bertuan. Ia akan berlegar-legar didepan pintu masok ke rumah tumpang aku. Narjit yang baik hati akan selalu memberi ia makan pada waktu malam. Pelahap sungguh anjing ini sehinggakan tulang ayam habis ditelan. Sup sayur habis dihirup. Buah Kharbuza (melon) pon ditelan. Kelaparan agaknya. Aku asyik melihat gelagat anjing ini yang kadang-kadang menyalak tak tentu pasal.

Tidak jaoh dari tempat tinggal aku kelihatan cahaya terang dan bunyi-bunyian yang jelas dan kuat. Seperti ada keramaian, lalu aku bertanya pada guard apakah bunyian itu. Sahlah ada keramaian, ada kenduri kawin. Lalu dia bertanya mahu kah kau pergi? Aku ok saja tetapi tidak mungkin dibenarkan keluar kerana sudah malam. Aku teringat majlis kahwin di Malaya. Pastinya ada band ataupon karaoke. Disini ada joget dan tarian sambil dipalu gendang yang bunyinya seakan-akan lagu hindi. Asyik sekali dan kuat bunyinya. Jarak nya aku rasa ada dalam sekilometer tapi jelas didengar.

Kami teruskan berbual-bual sehingga masok ke topik menonton TV. Disini pengaruh wrestling masih kuat. WWE, WCW dan macam-macam lagi menjadi hit bagi mereka. Aku beritahu mereka aku tidak minat sukan ini, aku minat bola. Mereka beria-ria bercerita tentang John Cena, Triple H dan entah sapa-sapa entah. Aku ini jadi tukang gelak saja. Sambil mengendong AK-47 dibahu mereka bercerita tentang syoknya menonton wrestling, aku hanya gelak dan gelak dan gelak kerana mereka sememangnya kelakar.

Sudah tidak lagi kedengaran bunyi gendang dan ombak tarian hanya nyalakkan anjing sekali-sekala menemani aku. Guard yang tadi lincah sudah mula menguap kerana suhu diluar mencecah 17 darjah celcius. Tapi aku belom mengantuk.

Tuesday, August 4, 2009

Narjit is my Team Leader

Kali ini biar aku bercerita tentang ketua team aku. Namanya Narjit Dai berketurunan Nepal. Narjit adalah seorang yang sangat rajin dan sangat berbudi pekerti. Dia lah orang pertama yang memangggil aku SIR. Dah berkali-kali aku kata padanya jangan panggil aku SIR tetapi dia tetap panggil aku SIR. Sudah seminggu aku bersama dia disini di Sar I Pul.

Apa saja permintaan aku dan yuli pasti ditunaikan. Rokok dibeli air dituang makan dihidang, baju dihantar laundry, kelengkapan disediakan keselamatan dijaga. Heerrgghh..cuma makan tak disuap, mandi tak dimandikan dan berak basuh sendiri. Yang lain-lain semua Narjit yang sediakan.

Aku dan yuli kadang kala menyuruh nya agar tidak melakukan kerja-kerja seperti mengemas bilik dan membeli rokok untuk kami tetapi dia sudah begitu sangat mengambil berat. Pada waktu malam aku membuang masa dengan berborak dengan dia.

Rupa-rupanya dia pernah bekerja di Malaysia 2 tahun dahulu. Sebagai operator. Entah bagaimana boleh jadi guard kami pon aku tak tahu. Dia dulu bekerja di Penang, tempat Hafriz Aizat. Mungkin Chino kenal dia ni.hehehe.

Dia sudah setahun berada di Afghanistan dan bekerja sebagai pengawal peribadi. Yang pelik nya dia tidak membawa senjata. Kung fu agaknya si Narjit ni.

Apa yang pasti setelah habis misi ini aku akan merindui dia kerana dia sangat banyak membantu aku menyediakan segala kelengkapan.

P/S Sebentar tadi aku dapati bahawa tuala aku sudah di basuh..dan tidak lain tidak bukan Narjit lah yang membasuhnya...(menggunakan tangan)..

Monday, August 3, 2009

17 hari..esok 16 hari lagi..

Aku bosan di sini..Serius sekali. Tapi apabila malam aku sedikit gembira kerana esok hari baru dan masa akan terus berlalu. Bukannya apa aku tidak boleh melakukan apa-apa disini tiada orang tiada gaya kehidupan seperti di Kabul dan Mazar e Sharif.

Sini malam nya suram..setiap kali pagi aku merasa malas kerana mood tiada tetapi apabila terkenangkan hari yang berlalu aku sedikit gembira. Melihat gelagat orang di pasar juga aku gembira kerana dapat melihat sesuatu. Tadi aku menerima hadiah dari warga tempatan. Sabuah pakaian tradisional Afghanistan.

Jika kamu menonton TV dan melihat susuk presiden Hamid Karzai anda pasti tahu..Alah yang berwarna hijau dan disandang di bahu seperti kot cuma tidak perlu di masukkan tangan. Baik sungguh hati rakyat Afghan ini.

Aku berharap masa akan cepat berlalu, pilihanraya 20 hb dan selepas itu aku boleh pulang ke Kabul dan 26hb aku sudah bertolak pulang ke tanah air.

Peluang masuk TB dan Paper


Siap buat lambang Peace..hahahaha..ingat ini bergambar di depan tugu negara ke?
"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com


Ini berita lawak..tugas polis bukan jaga orang awam, tugas polis tembak gas kepada orang awam. Sb tu brader berger tutup kedai..burger habis berasap..Polis bukan jaga kamu, polis jaga sekatan jalan raya.

Kepada brader burger penjual air jambu telefon number tu..mintak ganti rugi. Mintak pampasan..tapi jangan kene tipu..entah bila mereka nak bagi duit pampasan.Tunggu katak la..

Saturday, August 1, 2009

Syabas Demon-stran

Aku tidak dapat bersama para rakyat di KL. Aku hanya mampu membaca segala tindak tanduk dari internet yang kadang-kala berfungsi. Aku bangga melihat para demonstran yang sanggup turun dari seluruh pelusuk negara untuk bersama-sama memperjuangkan nasib mereka yang tidak begitu baik kerana di kurung tanpa bicara di Kamunting

Tapi di dalam rasa bangga itu aku juga sedih apabila masih ada yang terlalu gelap hati untuk bersama-sama merasa kesengsaraan mereka. Baru sebentar tadi aku melihat beberapa keluhan dari mereka yang sangat marah dengan demonstrasi anti ISA. Alasan mereka menyusahkan traffic, bisness rakyat terkatup, kenapa perlu takot dengan ISA jika tidak bersalah dan bermacam-macam lagi.

Entah..jika berbuih mulut ini berkata-kata hal buruk ISA ini mereka masih tidak dapat menerimanya. Bagi mereka biarlah orang yang menanggung itu menanggung sendiri tidak perlu lah aku atau kamu berasa peduli.

Tapi tidak apa aku bukan mahu semua orang bersetuju dengan apa yang aku fikir, tapi biar masa menjadi saksi. Mungkin 20 tahun dari sekarang jika masih wujud ISA itu sudah tiba pula masa anak-anak kita yang bangun mempertahankan hak asasi manusia. Mungkin jam itu anak-anak mereka yang berada ditengah jalan raya untuk bersama menumbangkan kerakusan pihak tertentu.

Tidak apa jika mereka tidak setuju, anak-anak dan waris mereka masih lagi bernyawa..Tapi cuba direnungkan ini..kita rakyat Malaya terlalu berasa selesa dengan apa yang kita ada sampaikan kita lupa dan tidak sedar masih ada golongan yang tidak berada di tahap keselesaan mereka..ungkapan ini aku petik dari kata saorang saudara rapat

"We are living in our comfort zone but still there are many who are not in their comfort zone"

Jadi tidak perlulah kamu mengaku bersujud lima kali sehari atau kamu terlalu pandai untuk berbicara soal kemanusiaan. Jelasnya hati kamu semakin hitam...