Hari ini masalah kecil timbul. Kami masih mencari lokasi yang lebih selasa untuk didiami. Di tambah dengan kehadiran STO yang akan tiba pada 15 ogos ini. Jadi rumah yang lebih besar dan selesa amat penting. Rumah masih belom ditemui. Tapi itu bukan ceritanya kali ini.
Hari ini aku ke Sozma Qala kampung kecil dari provinsi Saripul. Tidak jauh hanya 40 km dari Saripul tetapi memakan masa 2 jam kerana struktur jalan yang tidak elok hanya berpandukan laluan trek dan debu tebal membantu melambatkan perjalanan.
Turun naik bukit melihat kambing unta dan kanak-kanak membanting tulang membuka mata aku, kanak-kanak ini tidak seperti kanak-kanak dari Damansara atau Ampang. Kanak-kanak ini kanak-kanak Sozma Qala yang rumah mereka dibuat dari tanah liat dan tidak ada laluan elektrik dan air. Air perlu diambil jauh dari rumah. Rumah pula nun di atas bukit. Bila malam tiba mereka ini duduk dalam dan tidor dalam gelap.
Mereka pengembala lembu dan kambing yang menunggang keldai sebagai kenderaan menggantikan motor dan kereta dari Sentul. Kanak-kanak ini berbaju lusuh dan berdebu seluruh badan. Tidak ada cawangan kiko dan rocky one di sini. Suhu yang mencecah 37 selsius menjadi teman hari-hari. Ibu dan bapa membanting tulang di bendang yang sangat luas lebih luas dari bendang di Jitra.
Jalan raya bergoyang-goyang dan beralur-alur membuatkan aku pening. Hati pon tak tenteram kerana kiri dan kanan hanya gunung dan bukit yang tandus. Kepala ini seram memikirkan cerita-cerita dari radio dan TV. Syukur pada tuhan kerana semuanya selamat.
Esok aku akan kembali ke Sozma Qala.....
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment