Tuesday, August 25, 2009

Cerita Bahasa

Al-maklum PPSMI dari pemansuhan 2012 ke 2017. Janji itu telah dibohong tepat ke muka aku dan ke muka jutaan pemegang kad pengenalan warga Malaya. Tapi itu bukan ceritanya kali ni. Biarlah yang otai-otai berkata-kata hal PPSMI aku akan sokong pembubarannya.

Sewaktu misi, aku telah diberi saorang penterjemah. Dalam bahasa Parsi ia juga disebut tarjamah. Nama tarjamah aku Fazel Ahmad Rasooli. Mamat keturunan Uzbek ini graduan universiti tempatan. Di Afghanistan berpuluh-puluh bahasa wujud. Bahasa yang sering digunakan ialah Dari dan Parsi. Dari dan Parsi seakan-akan sama tetapi berbeza. Sama seperti kita Malaya dan Indonesia. Seakan sama tapi berbeda. Dari ialah bahasa kebangsaan Afghan. Ada bahasa Arab, Pasturn, Dari, Parsi, Uzbeki, Turkmeni, Urdu (Hindi) dan ada lagi bahasa kecil yang digunakan di kampung kampung. Di Afghan rata-rata rakyatnya fasih menggunakan bahasa-bahasa ini.


Si Fazel ni boleh berbahasa 7 dialek. Maksud aku 7 bahasa. English, Dari, Urdu, Pasturn, Parsi Uzbeki dan Turkmeni. Setiap bahasa ada kelainannya cara sebutannya ejaannya tatabahasanya. Jadi aku pon hairan. Di Malaya aku sudah hidup 23 tahun tetapi masih haram tidak tahu berbahasa cina dan bahasa tamil. Ini semua aku salahkan kolonial british yang memecahkan tembok manusia di Malaya dulu. Melayu di kampung hanya akan berbicara Bahasa Melayu. Cina di bandar tidak mementingkan sgt bahasa melayu. Cukup sekadar alar kadar. India di estet ketinggalan.

Cina tidak akan belajar bahasa tamil, india tidak akan belajar bahasa cina apatah lagi melayu. Yang ada pon cuma beberapa kerat. Itu pon di waktu sekolah dan penggunaannya tidak meluas.

Tidak seperti di Afghan bahasa sangat maju di sini. Sesiapa sahaja dari anak kecil hingga ke tua bangka semuanya fasih lebih dari 4 bahasa. Yang hairan mereka tidak pula belajar bahasa dari Matematik dan Sains. Bahkan ramai anak kecil tidak bersekolah. Jelas bahasa itu tidak boleh diguna pakai di dalam pengajaran yang kompleks. Bahasa itu datang dari penggunaan harian yang santai dan humor. Kita belajar berbahasa dari cara itu. Cuba kita imbas sewaktu kecil, adakah kita belajar bahasa melayu dari kiraan matematik dan berpantun menggunakan teori pemejal wapan dari Sains?

Soalan aku kepada Fazel, How did you learn these languages? Jawapannya mudah. Hindi dari Television, ketika menonton cerita hindustan dan bahasa tempatan lain dari pergaulan harian. Untuk makluman, masyarakat Afghan bukan semuanya Arab. Arab sangat minoriti. Yang majoriti adalah Uzbeki, Pasturn, dan Turkmeni. Jadi pelbagai budaya dan bahasa wujud di sini. Tetap mereka tidak belajar berbahasa dari Math and Science.

Ada bukti baru aku jumpa. Anak kecil bernama Anatullah yang menjadi tukang pengilat kasut di pasar dan lorong lorong di Kabul boleh berbahasa English dengan baik dan boleh berbahasa Peranchis juga. Anak ini baru berumur 10 tahun tidak lebih tidak kurang. Anak buah aku di Malaya sudah berumur 13 tahun tetapi english nya tidak seperti Anatullah. Ini kerana anak buah aku belajar english dari kiraan sifir dan graf dari matematik dan belajar tatabahasa english dari oksigen dan fotosintesis dari Sains.

Jelas ini tidak membantu. Sususan ayat tatabahasa puisi pantun semuanya datang dari pembelajaran bahasa itu sendiri. Perkara kompleks tidak akan membantu.

Aku rasa Dr.M perlu ke Afghan dan belajar berbahasa dari anak kecil ini supaya anak kecil di Malaya akan terus maju di dalam penggunaan English. Afghanistan berdentum dentam dengan bomb dan peluru dan masih boleh belajar bahasa, tetapi Malaya yang acah-acah aman tunggang langgang dengan bahasa.

Mana lebih bahaya? Anak muda yang membesar menjadi bodoh atau anak muda yang membesar dengan berani serta bijak. (Termasuk bijak mengelak peluru). Nak belajar english pon payah di Malaya ni. Macam Taliban pon ada Malaya ni kerana mahu belajar ada saja pantang larangnya.


Anatullah si pengilat kasut dari celah lorong Kabul

P/S Anatullah berbaju biru bukannya coklat.

2 comments:

  1. '..ini semua aku salahkan kolonial British yang memecahkan tembok manusia di Malaya dahulu..'

    fakta polisi pemerintahan British di TM memang tidak dapat disangkal. benar kata kamu. dan itu sudahpun berlaku. xdapat untuk kita ubah sejarah.

    namun , apa kamu mahu menjadikan ini selamanya sebagai alasan? atau kamu sebenarnya cuba menenangkan diri dengan sikap malas dan suka beralasan kamu?

    belajarlah. dan jangan memberi alasan terhadap kecetakan ilmu kita dengan menuding jari kepada orang lain.

    heh.

    ReplyDelete
  2. cara yang salah tetap salah..harus diperbetulkan. tidak ada kene mengena dgn alasan atau malas.

    ReplyDelete