Tuesday, August 18, 2009
Demi Masa
Tamat sudah waktu berkempen bagi semua calon presidensi dan calon provinsi di Afghanistan. Esok semuanya tidak lagi dibenarkan untuk berkempen dan pada 20 ogos
2009 adalah hari bersejarah bagi seluruh rakyat Afghanistan. Mereka akan kembali mengundi Presiden untuk Afghanistan. Sama ada Karzai akan terus bertakhta atau mungkin Dr. Abdullah Abdullah atau Ahmad Zai akan menerajui Afghanistan. Dua figura ini dilihat saingan sengit bagi Karzai tetapi emua itu terletak pada tangan pengundi.
Hari ini juga 17 Ogos Jeneral Dostum telah kembali ke Afghanistan setelah didesak oleh ribuan rakyat Afghan supaya Dostum dibawa pulang dari Turkey. Demonstrasi jalanan telah diadakan bagi mendesak kerajaan membawa pulang Dostum akhirnya berjaya.
Rata-rata pengundi Afghan sangat teruja dengan piliharaya kali ini. Pilihanraya terakhir adalah pada tahun 2005. Jika dahulu pilihanraya 2005 Afghanistan bekerjasama dengan badan internasional dari negara luar bagi menjalankan proses pilihanraya tetapi kini Afghan sudah mempunyai satu badan bebas iaitu , Independent Election Commission IEC yang bertindak sebagai badan bebas bagi memastikan pilihanraya di Afghan tidak di manipulasi pihak tertentu.
Pengundi Afghan baik lelaki dan wanita semuanya mahu kan perubahan di Afghan bukan sahaja kemajuan ekonomi bahkan dari segi keselamatan dan taraf kehidupan. Umum mengetahui Afghan senantiasa berada di bawah payung peperangan. Perang moden seperti perang Rusia dan Taliban banyak mengubah pandangan rakyat afghan. Mereka tidak lagi mahu duduk dibawah era peperangan dan sudah muak dengan segala bentuk keganasan. Apatah lagi campur tangan Amerika membuatkan keadaan bertambah celaru. Kebanyakkan rakyat Afghan yakin tanpa bantuan Amerika mereka boleh berdiri teguh dan boleh membawa perubahan.
Wanita sudah mula berkecimpung di dalam bidang politik. Di daerah-daerah kecil wanita bergiat cergas menjadi calon provinsi dan membantu calon presidensi. Wanita-wanita turut menjadi petugas piliharaya sekaligus membolehkan mereka mendekati wanita lain yang tidak berpeluang untuk menjadi petugas pilihanraya kerana factor pendidikan. Jika dahulu Taliban melarang wanita untuk bekerja tetapi kini wanita adalah kunci utama kejayaan dan kemajuan Afghan. Wanita juga dipercayai bakal membawa perubahan pada pilihanraya kali ini kerana kebanyakkan wanita telah pun mendapatkan kad pengundi. Jelas sekali perang yang sebegitu lama telah merubah pandangan wanita di Afghan. Mereka tidak lagi takut untuk menegakkan hak mereka sebagai rakyat Afghanistan yang berdaulat.
Di Bandar besar seperti Kabul dan Mazar E Sharif penggunaan media sebagai saluran informasi tentang pilihanraya amat senang untuk dinikmati, system air dan elektrik tidak terjejas tetapi bagi kampong kecil seperti Sayyad dan Sozma Qala yang terletak di provinsi Sar I Pul nasib rakyatnya tidak begitu baik. Sistem air dan elektrik sangat terhad. Air terpaksa diambil dari telaga yang jauh dan elektrik hanya berfungsi pada waktu siang. Rakyatnya pula petani dan pengembala kambing. Taraf kehidupan yang miskin dan daif mebuatkan mereka jauh ketinggalan.
Media tidak dapat digunakkan di sini. Saluran informasi tentang pilihanraya tidak sampai kepada mereka. Faktor pendidikan juga mengecewakan. Tidak ramai yang mampu pergi ke sekolah. Jesteru itu, pilihanraya kali ini memainkan peranan penting bagi memajukan rakyat di kawasan pedalaman Afghan.
Para petani dan pengembala kambing ini semuanya sedar akan kepentingan pendidikan bagi anak-anak mereka tetapi tidak banyak yang boleh mereka lakukan. Hanya harapan yang boleh mereka harapkan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan selepas 20 ogos ini. Tidak ada seorang dari mereka ini yang mahukan kehidupan daif ini diwarisi oleh anak cucu mereka. Mereka turut berdoa agar pilihanraya ini berjalan lancar dan boleh membawa angin perubahan yang baru.
Lantas pilihanraya 2009 kali ini adalah sangat penting bagi kemajuan rakyat Afghanistan. Boleh dilihat dengan jelas sebelum 20 ogos telah ada beberapa serangan bagi mengganggu proses demokarsi ini tetapi rakyat Afghan tetap mahukan pilihanraya ini diteruskan. Rakyat Afghanistan sudah penat hidup di dalam keadaan serba kurang maju dan ketinggalan, kini mereka dahagakan kemajuan dan perubahan di dalam kehidupan seharian mereka. Semoga pilihanraya 2009 ini akan membawa satu perubahan positif di dalam setiap masyarakat Afghanistan.
p/s tulisan ini lewat sehari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OMG!!! Pian u look so hot and handsome!! Damn!!! :)
ReplyDeletei know...phuaaa..poyo sial statement ko..apa ko nk dari aku??duit??kereta kancil aku?
ReplyDelete