Semalam aku tidak sihat, cirit-birit dan muntah-muntah. Semuanya gara-gara melantak sesuka-hati. Hari ini setelah melantak ubat dan berehat aku kembali cargas. Pagi ini aku berpindah dari Jowzjan kembali ke Saripul kerana sudah bertemu rumah baru yang lebih selesa. Tapi banyak juga hal nya dengan pihak atasan yang aku tidak faham struktur organisasinya.
Lepas segalanya siap aku dan yuli terus ke penjara di Saripul, tujuannya untuk meninjau persiapan piliharaya di penjara. Mana tahu jika banduan telah diberi kad mengundi dan telah diberi informasi tentang mengundi.
Penjara disini tidak seperti di Kajang atau di Pudu. Penjara ini kecil sahaja. Seratus 30 banduan dan hanya 12 daripada mereka adalah wanita. Pada mulanya aku tidak nampak pon saorang bandua tetapi warden penjara memberitahu aku mereka yang berpakaian biasa itu semuanya adalah banduan. Terkejut aku. Mereka adalah tukang kebun tukang sapu yang berjalan bebas termasuk ke bilik warden itu sendiri.
Tidak seperti di Malaya di mana mereka akan terkurung di sel dan hanya akan beraktiviti pada jam tertentu. Disini setiap sel akan mempunyai televisyen radio dan akhbar. Mereka tidak dikurung seperti di dalam sel.
Aku berpeluang untuk interview 2 banduan. Lelaki dan perempuan. Sang lelaki itu telah pon tua. 60 tahun aku rasa manakala wanita dalam 30 an. Wanita itu membawa masok 2 anak yang masih kecil dan mereka tinggal bersama di dalam penjara ini, kerana suami berada di luar bekerja. Aku kesian melihat anak kecil itu yang terpaksa duduk disini untuk tempoh lagi 8 tahun kerana ibu mereka dipenjara 10 tahun atas kesalahan yang tidak aku tanya. Aku tidak mahu tahu sama sekali dan jangan tanya kenapa.
Pakcik yang sudah tua ini pula sudah 3 tahun disini dan akan meringkuk selama entah berapa lama kerana dia sendiri tidak tahu. Ada yang memberitahu 20 tahun ada yang berkata 16 tahun, dia sendiri tidak tahu berapa lama. Aku melihat keadaan orang tua ini aku dapat rasakan yang di akan mati di dalam penjara. Malang nasib orang tua ini.
Aku tidak mahu tahu apa kesalahan mereka kerana kita semua melakukan kesilapan...
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment