Friday, August 7, 2009

Mazar E Sharif & The Blue Mosque

Sebelum aku merepek aku mahu mengaku sebagai saorang yang bodoh kerana tidak membawa kabel penyambung bagi kamera cap kanon aku. Sungguh bodoh kerana tanpa kabel penyambung bagaimana aku mahu memuat turun gambar Masjid Biru di Mazar E Sharif.

Masjid ini menjadi tumpuan seluruh warga Afghan dan dunia kerana rakyat afghan percaya bahawa jasad Imam Ali @ Ali R.A bersemadi disini. Aku tiba sewaktu mereka sedang menunaikan solat Jumaat. Dipanah terik mentari yang suhunya 40 darjah celcius adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan.

Mazar E Sharif adalah sabuah bandar yang membangun. Jauh lebih membangun dari Saripul. Jika mahu dibuat perbandingan di Malaya, Mazar seperti Shah Alam. Bandar nya tersusun tetapi jalanraya nya seakan-akan filem arahan Razak Mohideeeeenn..Semuanya kelam kabut dan laju-laju belaka. Gadis disini semuanya cool dan cantik tetapi jangan diphewitkan mereka..nahas kau nanti.

Di dataran masjid, terdapat beberapa kuburan yang bertahun lamanya dan tidak aku ketahui siapa empunya. Ribuan orang mengunjungi masjid ini dan kesempatan ini diambil oleh pengemis jalanan, kanak-kanak yang saling tidak tumpah seperti filem Slumdog Millionaire lakonan Freida Pinto yang cantik. Jangan menjadi pemurah disini. Akibat yang teruk jika bersedekah disini kerana semua kanak-kanak akan menyerbu sesiapa saja yang mengeluarkan wang bagi tujuan mengaut pahala. Tidak cukup dengan itu kanak-kanak ini cukup kreatif. Jika mengemis itu sesuatu yang jelas mereka mengubah strategi dengan menyediakan alat penimbang berat badan. Tujuannya mudah, sesiapa mahu menimbang berat perlu memberi sekurang-kurangnya 3 dolar.

Aku tidak berpeluang untuk memasuki kawasan dalam masjid kerana Narjit tidak boleh memasukinya jadi aku menemani dia diluar panas yang terik sambil yang lain merasa kenikmatannya di dalam.

Sekali lagi aku sungguh bodoh kerana meninggalkan kabel di Saripul..Sesuatu yang jarang aku lakukan kerana aku saorang yang bijak.

2 comments:

  1. Ye ko mmg bijak Pian.. "Org bijak pon kadang2 buat bende bodoh jugak" ...

    ReplyDelete
  2. hahahaha aku anggap itu satu pujian

    ReplyDelete