Tuesday, May 12, 2009

Alahai..kesian kau Henry Ford

Zaman sekarang ni macam-macam kereta dan motor ada atas jalan. dari yang kecil sampai lah yang besor. dari Perodua sampailah Brabus. Semua ini memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat. kalau zaman dulu orang pakai kuda dan burung helang untuk mengutus surat sekarang tak payah. hidupkan kereta zzoomm pantas bergerak.

Kalau hujan lebat sekali pon tak basah kena air hujan tapi kalau bermotor tu basah la nak buat macam mana. Tapi kita lupa siapa agaknya yang susah payah memerah otak untuk mencipta sabuah kenderaan. Jika tidak kerana di bijaksaan makhluk ini mungkin kita masih mengutus surat guna helang atau masih menunggang kuda. Lalu aku teringat pada manusia ini, Henry Ford warga Amerika yang berjaya sampai hari ini. Ya dia sudah pulang ke hadrat tuhan tapi nama nya ada di setiap jalan. tak kira lah di Togo atau di Cleveland dari Yangoon dan Brunei bersepah nama si ford ni.

Si Ford ini telah berjaya mengagumkan Thomas Edison dengan hasil rekaannya. Atas hasil ini Ford bertambah cargas untuk mereka kenderaan bermotor. Nasib si Ford ini bertambah baik, dia berjaya menjadi model hadapan majalah Times dan dia juga mendapat anugerah dari kerajaan Nazi german kerana otak yang kreatif.

Macam macam lagi rekaan si Ford ni. Kapal terbang pon dia reka sempena perang dunia pertama. Dari tahun ke tahun berbagai ciptaan Ford telah diubah suai dari segi keselamatan. Tapi sayang, zaman sekarang nama Ford telah dimalukan oleh pengguna jalan raya. Setiap hari nama Ford akan dibusukkan dengan perangai pemandu jalan raya.

Tak cukup di sini di Jordan pon nama Ford menjadi taik. Orang sudah tidak peduli siapa yang mereka kereta, tidak peduli hasil titik peluh si Ford ini. Semua orang sudah tidak kesah dengan arwah si Ford ini. Susah payah dia fikir untuk kemudahan manusia tapi sayang semua orang sudah lupa nama Ford.

Susah payah si Ford ini memikirkan langkah keselamatan untuk manusia. Dia mereka signal kiri dan kanan dan lampu brek tapi sekarang semakin sikit pemandu yang memahami niat sebenar Ford. Ford tidak mahu hasil rekaannya membawa celaka pada manusia. Ford juga tidak mahu namanya menjadi busuk kerana perangai manusia yang tidak faham erti selamat.

Berapa ramai manusia sekarang yang reti memberi signal jika mahu masuk ke simpang?Berapa ramai yang menyalakan lampu hazard jika kereta rosak?

Jika si Ford ni masih hidup mungkin dia mengharamkan kereta nya dari diperlakukan sebegini rupa mungkin dia tidak akan mereka kemudahan jika dia tahu namanya akan busuk ditengah jalan raya. Sudah berapa banyak kereta Ford yang sudah remuk dan barai akibat perbuatan sendiri?

Mungkin si pemandu ni orang kaya, orang atasan. Boleh beli 13 lagi bijik kereta Ford tapi kasihanilah si Ford ni..Bertahun-tahun dia mereka tapi sayang tak ada siapa pon yang tahu menghargai jasa si Ford ini.

lebih baik kau reka Playstation 4 atau kau patot reka Bong bermotor. Senang hendak stone..Alahai kesian kau Ford...

p/s Masuk simpang berilah signal..memudahkan pemandu lain yang faham niat sebenar Ford yang cintakan keselamatan dan keamanan di atas jalan raya.

5 comments:

  1. kete ko jugak yang ade turbo! pigi dh!

    ReplyDelete
  2. Ni mesti ada pemandu kereta Ford buat sial ngan ko Pian.... :)

    p/s: Zaheera seorg pemandu berkhemah yg sentiasa menggunakan signalnya.. Hon kereta jarang sama skali.. :)

    ReplyDelete
  3. Bagus klo ko bg signal..jgn lupa senyum apabila bayar tol dekat minah tol atau abg tol

    ReplyDelete
  4. ye aku pakai turbo tapi aku bg signal setiap kali memasuki simpang dan setiap kali memotong kereta lembab di hadapan...

    ReplyDelete