Esok hari rabu..maka genaplah dua minggu Jamil pulang ke kampung halamannya di Madras. Mar Muthu pula sudah genap 4 tahun tidak bertemu. Apa lah nasib dia sekarang. Aku dan Jamil mengenali antara satu sama lain kira-kira 3 bulan yang lalu. Jamil seorang pelayan di restoran mamak di kawasan tempat aku selalu melepak. Kerana berkongsi minat aku dan Jamil senang berbual. cakap melayu nya pon tidak kurang hebatnya..cakap inggeris boleh tahan la merapunya.
Mengikut kata Jamil dia harus pulang kerana tidak mampu untuk memperbaharui permit kerja yang berharga Ampat ribu mata wang ringgit. Jadi dia harus pulang setelah 10 tahun kerja keras di Malaya. Tambah jamil di India susah mahu cari kerja halal tapi nasibnya baik kerana abang iparnya ada Kedai elektrik. Dia memasang angan-angan mahu berkahwain apabila sampai India, calon pon dah ada walaupon tak secantik Freida Pinto.
Mar Muthu pula aku kenal semasa bekerja sebagai buruh di sabuah pasar raya. Dia teman kerja aku dan bersama memunggah stok untuk disusun. Kadang-kadang tak larat dibuatnya kerana barangan terlalu banyak. Jangan terkejut kerana si muthu ini lulusan sarjana di dalam bidang sejarah di Universiti dekat India. kerana miskin dia terpaksa kerja sebagai buruh di sini.
Pernah sekali si Muthu di tuduh mencuri minum minuman keras di stor. Dia di tampar oleh pegawai penyiasat pasar raya dan bingkas rakan-rakannya memprotes di depan pintu. Sikit lagi mahu jadi bergaduh.
Rupa-rupa yang mencuri minum adalah orang tempatan..orang kita jugak, tak fasal-fasal si muthu yang kena. Buat malu saja..
Apa agaknya nasib si jamil dan si muthu sekarang?sudah kah dia berkahwin?jadikah dia berkahwin,si muthu ni dekat mana? hidup lagi ke dia?sebagai manusia aku kesian melihat mereka terbang jauh-jauh untuk cari duit.Hati mahu kena tabah..
Selamat jalan Jamil Selamat jalan Muthu..
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pahammmmm aku....
ReplyDeletesebab ko bongok...sebab tu ko tak paham..ko lupe ko bongok ke?
ReplyDeletehaha gajah mmg bongok.
ReplyDeleten wat ko pongek,
patutla ckp2 kau da serupe dorg.